BBB, 20 Safar 1439H. = 20 November 2017M.
(Khamis):
Istilah `Al-Qabdh` berasal dari kata dasar `qabadha` bererti
pegang, sekat, terikat, tertahan. Manakala `Al-Bast*` berasal dari kata dasar `basat*a` bererti terbuka, terhampar, lapang, lawas, kembang.
Kedua-duanya menggambarkabn situasi jiwa yang dialami
oleh sufi di dalam menanggapi pengalaman kesufian, misalnya mendepani
keagungan Ilahi dengan gambaran jiwa pada masa berkenaan.
Sekali lagi Penulis bandingkan suasana jiwa rendah kalangan sasterawan di dalam
menghayati katakan alam dan saluran ilham yang dapat dihayati. Saluran berkenaan ialah `suasana duka` sebagai
menghampiri istilah al-qabdh di atas. Seorang sasterawan bahkan seniman di dalam
menanggapi alam bagi mendapat ilham dicurah Tuhan, mungkin dari jiwa yang
tertekan, gundah dan duka, susah dan tersepit. Pada kebiasaan dalam suasana
begini, ilham mendatang secara bernas, bernilai, halus dan baik. Sasterawan dan
seniman juga menanggapi alam dalam keadaan riang, gembira, dalam suasana senang
dan tiada tekanan. Pada kebiasaan suasana sebegini tidak merupakan suasana yang baik dan sukar
untuk mendapat ilham dan jika ilham juga tiba, maka ianya tidak sebaik
sebagaimana dari suasana tertekan, susah dan duka.
Al-bast ada kesamaan dengan suasana
sasterawan dan seniman di atas. Cuma dalam
tasawuf yang dikira lebih tinggi dari suasana yang dialami sasterawan dan
seniman alamiah, kerana kesufian dikaitkan dengan yang bersifat tinggi dan
rohaniah sifatnya.
Istlah al-qabdh dan al-bast dari segi
kesufian sama dari segi asal kata. Menurut Al-Hujwiri yang membicarakan
perbedaan antara kedua kata itu, bahawa kedua-dua pengalaman al-qabdh dan
al-bast* adalah luar keadaan yang dapat diwujudkan oleh manusia. Ini diasaskan pada ayat Al-Qur`an:
`Wa Allahu yaqbidhu wa yabsut*u wa ilayhi turja`un*` (Al-Baqarah: 245).
BermaksudL ``Allah jualah yang menyempit
dan meluaskan dan kepadaNyalah kamu
dikembalikan.``
Dengan maksud yang lebih khusus al-qabdh
ialah kesempitan hati dalam keadaan terhijab, manakala
Al-bast* ialah kelapangan hati dalam
keadaan penyingkapan (kashaf).
Qabdh ahli ma`rifat seperti takutkan kepada
Pemula
Dan
bast ahli ma`rifat seperti raja` pada Pemula.
Berselisih pendapat kalangan shaykh-shaykh
sufi mana yang lebih tinggi antara qabdh dan al-bast*.
Ada yang melihat al-qabdh lebih tinggi
lantaran di sebut lebih awal di dalam ayat di atas, tetapi ada yang berpendapat
di sebaliknya.
Di dalam qabdh ada kesedihan dan di dalam
al-bast* ada kegembiraan.
Sesungguhnya kesusahan hanya dirasa dalam
perpisahan dari objek keinginan.
Manakala kegembiraan hanya terdapat dalam
persatuan dengan objek keinginan.
Sesungguhnya qabdh dan bast* akibat dari
pengaruh rohani semata-mata yang turun dari Tuhan kepada manusia..
Berkata Bayazid:
``Penyempitan qalbu terletak dalam kelapangan
atau keluasan nafsu.
Kelapangan qalbu terletak dalam penyempitan
nafsu dan nafsu yang sempit menutup kemudharatan.
Al-Hujwiri membawa cerita,
Bahawa Yahya selalu menangis sejak
dilahirkan, manakala `Isa selalu
tersenyum sejak dilahirkan.
Ini bermakna Yahya berada di dalam kesempitan
(qabdh).
Dan `Isa berada di dalam kelapangan (al-bast*).
Bila Yahya berjumpa `Isa dia berkata,
``Apakah engkau tidak takut terputus dari Tuhan ?``
Isa berkata kepada Yahya, ``Apakah engkau
kehilangan harapan (raja`) akan kasih sayang Tuhan ?
Mereka menginsafi dan menerima, ``Tiadalah
air matamu atau senyumanku akan mengubah takdir azali Tuhan.``
Sekian.
No comments:
Post a Comment