BBB, 20 Jamadil-Awwal 1439H. = 09 Disember 2017M. (Sabtu):
Pagi ini , jam 9.00 diadakan gotong royong
bagi membersihkan Masjid Al-Umm sebagai persediaan bagi mengadakan Majlis Sambutan Maulid al-Rasul yang akan di adakan
pada hari Sabtu hadapan 27hb. Rabi`ul-Awwal 1439H. bersamaan 16 Disember 2017.
Keputusan bagi mengadakan gotong royong dan Majlis Maulid al-Rasul telah
diambil dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm pada pertengahan November lepas.
Tumpuan pembersihan ialah terhadap aras utama
yang terdiri dari ruang anjung masjid termasuk bilik-bilik air, beranda
(koridor) kanan dan kiri ruang utama dan ruang solat jamaah utama. Para ahli
gotong royong melempahkan air melalui saluran paip ke ruang anjung dan beranda dan membersihkannya dengan mob, penyapu, lidi,
penolak dan penyedut air. Kaum lelaki
menumpukan kerja pada ruang anjung depan
(termasuk bilik air), beranda kanan
dan ruang solat utama, manakala muslimat tertumpu pada bahagian beranda
sebelah kiri. Mereka semua menggunakan air biasa bagi tujuan pembersihan.
Kecuali tangga ke beranda sebelum kanan yang agak kotor dengan cat, debu dan
lumut dengan menggunakan bahan pemudah tanggal kotoran. Pada dasarnya kotoran
yang terdiri dari habuk-habuk dan
kotoran-kotoran antara tile-tile yang tidak dicuci selama ini menjadi
bersih.
Adapun pada bahagian solat utama, yang agak
kurang kotor, kerana pernah digunakan sebulan lepas, penyuciannya tidak
menggunakan air sebaliknya secara dengan vacume dan mob. Penyucian secara
vacume juga dilakukan bagi membersih pada bahagian dinding dan tiang-tiang.
Penggunaan vacume juga dilakukan bagi pembersihanb di luar dari bangunan
masjid. Dengan secara gotong royong dengan berbagai peralatan dibawa oleh
peserta-peserta yang masing-masing bekerja bersungguh-sungguh kerja pembersihan
dapat disiapkan pada jam 11.30 pagi (dua jam setengah).
Pihak Ahli Jawatankuasa, khususnya muslimat
menyediakan minuman air mineral,nasi lemak, mee goreng, tetapi ada pihak yang
membawa atau menghantar makanan tambahan
seperti nasi beriani, cakes, kerepek pisang yang persediaan berkenaan mencukupi
bagi peserta-peserta gotong royong. Ada antara mereka menyampaikan sejumlah
peruntukan kewangan sebelum tiba masa pembersihan dalam jumlah yang agak
banyak. Dengan pembersihan secara gotong royong ini lantai dan dinding
kelihatan bersih dan bercahaya. Dengan bergotong royong ini juga dapat menyelamatkan kos yang jika diswastakan
memerlukan bayaran yang tinggi yang disebut dan dikira di luar dari kewajaran.
Pada dasarnya Masjid telah hampir siap
sepenuhnya. Jika dlihat pada pagi ini segalanya berjalan dengan baik dari air,
letrik untuk lampu, kipas bahkan air-cond, (Air-cond sengaja tidak dipasang).
Turut dapat digunakan ialah pembesar suara, tapi tak digunakan. Turut siap
ialah segala keperluan bagi ketiga-tiga tingkat, termasuk carpet, perabut bagi
beberapa bilik. Tetapi tingkat bawah dan atas belum lagi dibersih, kerana
belum, terlibat dengan penggunaan. Ada beberapa kerosakan kecil seperti api
pada kubah yang tidak menyeluruh menyala, kerosakan pada konkrit print dan
beberapa bahagian yang lain yang tidak dianggap sebagai major.
Halangan yang dihadapi ialah bersifat
procedure dan formaliti. Pihak jawatankuasa, khususnya jawatankuasa teknikal
sedang berusaha dan dalam masa terdekat, insha Allah akan diperolehi C.P.C. dan
dikuti dengan usaha mendapatkan C.C.C, dari MPKj. Adalah dijangka selepas
mendapat C.P.C. yang tanggungjawab terhadap masjid sempurna diserahkan kepada
ahli jawatankuasa, maka solat berjamaah bagi waktu-waktu akan dilakukan dan
aktiviti masjid akan dipertingkatkan hinggalah penggunaan sepenuhnya akan
dilakukan.
Sesungguhnya masyarakat yang banyak
menyumbang, khususnya bagi membina masjid ini, selama ini tertanya-tanya dan
berpendapat bahawa pembinaan mengambil masa terlampau lama. Sebenarnya sejak dari masuk tapak bagi memulakan
pembinaan(mulai 10.12.2013) sudah empat tahun tempoh pembinaan berlaku, tetapi jika dikira dari lantikan
Jawatankuasa pembinaan bermula dari 4 Februari 2010, maka tempoh pembinaan
masjid Al-Umm sudah melebihi dari 7 tahun.
Sesungguhnya mereka berhak tahu mengenai
perkembangan Masjid Al-Umm, kerana 80%
daripada kos pembinaan Masjid Al-Umm yang berjumlah RM21 juta adalah hasil
sumbangan orang ramai. Mereka, terutama yang telah lanjut umurnya berharap
mereka dapat sama menggunakan masjid hasil derma mereka sebelum mereka
meninggal. Mereka terlalu sayang terhadap masjid ini, kesayangan mereka
terbukti dari kehadiran mereka bergotong royong secara beramai-ramai. Bahkan
ada antara mereka yang mencadangkan sekali lagi di adakan pada awal tahun baru (2018) akan datang
sebelum digunakan untuk solat. Bahkan ada mencadangkan, bila gotong royong
kelak bagi setiap surau dibagi ruang
untuk pihak surau tertentu dan jama`ah melakukan
kebersihan secara bergilir-gilir. Ini membayangkan keinginan mereka
berkerjasama dengan pihak jawatankuasa masjid secara berterusan.
Mereka mau segera menggunakan masjid, mereka
berpendapat dengan segera menggunakan masjid, maka sumber kewangan didapati dan hutang yang
masih tertonggak akan segera dapat dilangsaikan.
Terima kasih kepada semua yang hadir bergotong
royong. Jika sambutan diberi terhadap gotong royong amat memuaskan adalah
diharapkan sambutan bagi Maulid al-Rasul
pada 16 Disember 2017 nanti akan lebih hebat. Kami mempunyai peruntukan
yang mencukupi. Harap datang beramai-ramai bagi merayakan Maulid al-Rasul
SELAMAT DATANG.
Sekian.
No comments:
Post a Comment