BBB, 11 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 30 November
2017H. (Khamis):
Pembentangan berkenaan
Rawatan di Dar al-Shifa` ini disampaikan oleh saudara Rashid Ramli.
Sebagaimana maklum rawatan di Dar al-Shifa`
yang dinamakan `Rawatan Islam` iaitu
satu disiplin ilmu tentang rawatan berdasarkan ayat-ayat Al-Qur`an, Al-Hadith, solat, zikir dan do`a iaitu dengan menggunakan kaedah, antaranya
dinamakan `Ruqyah`.
Penyakit ada yang zahir seperti demam,
luka, patah, sakit jantung, darah tinggi, sakit kulit, barah dan sebagainya. Penyakit ini boleh dirawat
bersama dengan bacaan dan do`a ialah dengan menggunakan bahan-bahan tumbuhan –
fauna dan flora sebagai penawar dan ubat. Termasuk rawatan dengan menggunakan kaedah
moden.
Ada penyakit yang batin dan tidak nampak
seperti kerasukan, sihir, santau, racun,
aid, gangguan makhluk halus – iblis, syaitan
dan sebagainya.
Iblis boleh menjelma dengan meniru rupa dan
mengganggu manusia dan dia boleh meresap ke dalam diri dan jiwa manusia dan
mengganggunya seperti waswas dan gangguan-gangguan mental.
Waswas juga adalah penyakit dan
kadang-kadang boleh merosakkan iman. Qarin juga boleh mengganggu dan merosakkan
manusia.
Penyakit-penyakit ini boleh dirawat.
Allah memperuntukkan bagi setiap penyakit
ada ubatnya. Contoh mengubat orang terkena sihir dengan ayat-ayat Al-Qur`an.
Begitu juga mengobati orang sakit mental dengan ayat-ayat A-Qur`an. Seterusnya makhluk halus yang menyerang diubati dengan ayat-ayat Al-Qur`an.
Bisa santau amat merbahaya, pelaku
yang melakukan pengkhianatan setengahnya
menggunakan debu kaca dan miang buluh. Rawatan bagi yang mengalaminya adalah
dengan cara rawatan khusus yang dapat mengeluarkan bahan-bahan berkenaan secara
muntah dan sebagainya.
Dorongan nafsu boleh membawa kepada penyakit
jiwa.
Kena sampuk boleh terganggu dan boleh
menjadi gila.
`Hilang semangat` boleh merosakkan pertahanan mental dan jiwa.
Demikian tekanan jiwa juga membawa kepada
penyakit jiwa dan mental.
Badi akibat kelemahan jiwa.
Keras hati dapat dilembutkan dengan solat, do`a dan membaca Al-Qur`an.
Demikian patah hati dirawat dengan secara keinsafan yang melahirkan rasa sabar
dan redha.
Sakit rindu termasuk di bawah penyakit
jiwa.
Syaitan lemah berdepan orang beriman dan
mengganas terhadap yang tidak beriman.
Merawat sihir juga dengan ayat-ayat
Al-Qur`an
Perlu ada garis panduan dan etika dalam
perubatan.
Bagi mengubati setengah penyakit perlu
kajian dan penyelidikan mendalam.
Tidak menggunakan barang yang kotor dan
najis.
Khidmat yang diberi oleh perawat adalah
percuma – tiada bayaran.
Tidak menggunakan tangkal dan azimat.
Dato` Dr. Haron Din tidak menyetujui konsep
menurun
Maklumat dari:
(Azemi Ahmad, Keratan Akhbar Dato` D. Haron Din – Dar
al-Shifa`, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, 2008).
Terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment