BBB, 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 15 Januari
2018M. (Isnin):
Kewajaran bermaksud di sini apa yang
ditampilkan adalah munasabah, beralasan, mempunyai hujjah ilmiah, bahkan dapat
dipertanggungjawabkan dan terbuka untuk dikritik dan dibincangkan. Misalnya
Takmilah pada permulaan ditampilkan adalah bertujuan bagi membangunkan `Gagasan
Sastera Islam`. Ianya berasaskan tauhid, dan Allah bersifat Kamal (Sempurna)
yang menjadi falsafah bagi kualiti karya dan juga dilihat Allah bersifat Ilmu dan juga Indah yang
menjadi asas bagi seseorang sasterawan hendaklah seorang yang berilmu di
samping mempunyai nilai seni dan estetika yang tinggi. Gabungan dari tiga aspek
ini menjadi kualiti tertinggi yang harus dijalani oleh seseorang sasterawan dan
sebenarnya bagi bidang-bidang seni yang lain. Sebagai hasilnya sesebuah karya
itu kukuh dengan falsafah tauhid bersifat sempurna, berasaskan ilmu dan bernilai
estetika yang tinggi. Gagasan ini mula ditampilkan di dalam Seminar ``Sastera,
Metodologi dan Penetapan Teori` yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
bertempat di Port Dickson dari 21-31 Oktober 1992. Tajuk yang dibentangkan oleh
Penulis pada seminar itu ialah: ``Sastera Islam, Teori Pengindahan dan
Penyempurnaan Dalam Rangka Tauhid.``
(Manasikana, Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik, UKM, 1997:
125-145). Sejak itu teori ini terus diperkembang dan diperolahkan yang kemudian
secara ringkasnya dikenali sebagai `Teori Takmilah.` Perluasan berlaku terhadap
teori apabila ianya diaplikasi terhadap seni bina, apabila penulis
membentangkan kertaskerja bertajuk, ``Perluasan Teori Takmilah``, disamping
sebuah lagi kertaskerja berjudul, ``Gagasan Pesurat Pelengkap Takmilah, Bangi
Makmal Menyerlah`` di dalam seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Suluh
Budiman yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim,
Perak (UPSI) pada 27 Mac 2014. (Abdul Halim Ali (Penyelenggara) ,Teori
Takmilah, Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Tanjung Malim, 2014: 11-21
& 22-36). Apa yang dikemukakan di dalam kertas-kertaskerja yang berhubung
dengan Takmilah yang dikaitkan dengan falsafah tauhid – juga dibina dari
sifat-sifat Allah seperti Kamal- Alim dan Jamal sebagai prinsip bagi Teori
Takmilah dan menjadi kualiti tertinggi yang harus dijalani oleh para sasterawan
dan ahli seni bina (arkitek). Ianya adalah releven dengan sastera dan seni yang
berfalsafah tauhid.
Berhubung dengan kesempatan, bermaksud peluang
yang diberi atau didapati, yakni peluang yang diberi oleh pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka adalah kesempatan bagi Penulis mengemukakan gagasan Teori Takmilah
yang dari peluang permulaan Penulis berpeluang memperluas dan memperkembangkan
teori, prinsip dan falsafah teori ini yang hingga kini sudah melebihi suku abad
(2018-1992).
Berhubung dengan kewajaran membina Masjid
al-Umm di BBB adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
·
Dengan pertambahan
penduduk BBB mendekati 200,000 orang, maka adalah wajar masjid kedua didirikan
di BBB. Sebuah masjid, iaitu Masjid Al-Hasanah tidak mampu menampung dengan
jumlah penduduk Bangi yang makin bertambah. Ketidakmampuan menampung jumlah
penduduk ini menyebabkan 10 buah surau diberi keizinan mendirikan solat Juma`at.
·
Tidak ada
lagi tanah kosong seluas 2 ekar untuk didapati di BBB. Jadi adalah wajar bahawa
tanah tersebut didirikan masjid, walaupun sebenarnya adalah sempit bagi sebuah
masjid.
·
Masjid Al-Umm
BBB dapat menggantikan Surau Al-Umm berdekatan yang agak sempit dan ketinggalan
berbandiung dengan surau-surau lain.
·
Masjid Al-Umm
dapat menyemarakkan kegiatan beribadat dan perkembangan ilmu di BBB sesuai dengan Bangi adalah Bandar Ilmu.
·
Memudahkan
para jama`ah yang kelilingnya terdapat 15 buah surau datang berjamaah dan juga
menunaikan solat Juma`at.
Berhubung dengan peluang ada beberapa peluang
semasa pada masa itu mengapa cadangan membina Masjid al-Umm ini dikemukakan.
·
Pada masa itu
Penulis sebagai ADUN Bangi dan Pengerusi bagi Surau Al-Umm adalah munasabah
sebagai pemimpin di Bangi Penulis memanggil mesyuarat pengerusi-pengerusi surau
atau wakil-wakil bermesyuarat pada 4 Februari 2010 di Surau Al-Umm dan
mencadang agar didirikan Masjid al-Umm dan cadangan diterima.
·
Penulis juga
sebagai ADUN Bangi juga dilantik oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri
Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim selaku Pembantu Exco kepada YB Dato` Dr. Hasan
bin Mohamed Ali membantu beliau di dalam hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu. Surat Dato` Menteri Besar
bertarikh 30 Mei, 2008. Penulis ditugaskan menjaga berkenaan masjid-masjid dan
sekolah-sekolah agama di Negeri Selangor. Dengan kedudukan ini memudahkan
Penulis menguruskan berkenaan permohonan membina Masjid Al-Umm.
·
Penulis juga
dilantik oleh Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infra-Struktur
dan Kemudahan Awam, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato` Dr. Hasan bin Mohamed
Ali menjadi Wakil Kerajaan Negeri Selangor sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Hal
Ehwal Islam. Surat EXCOHA/2008/12(423) bertarikh 9 Disember 2008M. bersamaan 11 Zulhijjah
1429H.
Sesungguhnya dengan kedudukan ini banyak
memudahkan urusan antaranya memohon digezetkan tanah Lot 51177 Jalan 1/4A,
Seksyen Satu, 43650 Bandar Baru Bangi dengan kadar segera. Menjemput YAB Dato`
Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim merasmikan
pemecahan Tanah Masjid al-Umm. Memohon peruntukan dana Masjid al-Umm dari
Kerajaan Negeri Selangor. Memohon kelulusan mendirikan Masjid Al-Umm dari
JAIS-MAIS. Memohon kelulusan memungut derma dari MAIS dan berbagai-bagai lagi urusan.
Sesungguhnya segala urusan berkenaan adalah dapat
disifatkan mudah dan berjalan lancar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment