BBB, 17
Ramadhan 1439H. = 02 Jun 2018M. (Sabtu):
Sambutan Maulid al-Rasul s.a.w. yang berlangsung
pada Sabtu 27 Rabi`ul Awwal 1439H. bersamaan 16 Disember 2017 adalah merupakan
kejayaan. Kejayaan boleh dilihat dari beberapa aspek:
·
Kejayaan
kerana berlakunya peningkatan dari tahap pembinaan fizikal kepada penggunaan
dan pengisian dari segi kegiatan masjid yang diistilahkan kepada pengimarahan.
·
Ujian dan
halangan dari pihak berkuasa agar dibatalkan sambutan Maulid al-Rasul dapat di
atasi dan tiada berlaku sekatan dan halangan.
·
Dengan
penggunaan masjid dapat menunaikan hasrat dan desakan masyarakat, agar Masjid
Al-Umm hendaklah digunakan, maka bermula dari sambutan Maulid al-Rasul itu
masjid mula digunakan.
·
Tiada bantahan
dari pihak arkitek dan kontrektor, walaupun penggunaan asal untuk sambut Maulid
al-Rasul, lantaran dua hari sebelum sambutan, pihak masjid telah mendapat CPC.
·
Mengukuhkan
Teori Takmilah, bahawa bila berdepan antara baik dan yang terlebih baik, maka dengan
ijtihad, ikhtiar dan tawakkal pilihlah tahap yang `terlebih baik`, tahap baik
ialah ikut arahan yang membawa kepada kegagalan dan kekeciwaan dan masjid terus
terbiar dan seolah-olah terbengkalai, tetapi dengan Takmilah dan pilihan yang
terlebih baik, maka ia adalah merupakan jalan yang betul yang menghasilkan natijah
penggunaan masjid berterusan.
Walau bagaimana di dalam kita mengatur
pentadbiran dan mengisi keperluan bagi meningkatkan pengimarahan, tiba-tiba
kita menerima panggilan bersurat dari pihak JAIS untuk hadir pada Isnin 12
Jamadil Awwal 1439H. bersamaan 29 Januari 2018, jam 2.30 petang di Tingkat 9, Bangunan Selatan, Kompleks
Pentadbiran Islam, Negeri Selangor.
Sesungguhnya kita menjangka bahawa sesudah
percubaan menyekat dari mengadakan Maulid al-Rasul sebagaimana diminta oleh
watak antigonis berakhir dengan berlangsungnya sambutan Maulid al-Rasul, tetapi
rupanya tidak berhenti setakat itu, sebaliknya watak antigonis ini yang tidak
menyertai jama`ah berjamaah (sehingga kini), mensenarai kesalahan yang dikira berlaku
di Masjid Al-Umm dan direport kepada pihak JAIS – Bahagian Masjid. Penulis
sebagai Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm diminta datang bagi
menjawab kesalahan-kesalahan yang dilaku dan berlaku di Masjid Al-Umm.
Untuk hadir menjawab tuduhan, Penulis meminta sama untuk hadir
ialah Ir. Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad Timbalan Pengerusi yang juga sebagai
Pengerusi Teknikal Pembinaan Masjid Al-Umm dan minta sama hadir ialah
Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm Tuan Haji Suib
bin Maulud.
Penulis hadir
kepada panggilan di atas bersama Ir. Tuan Haji Ishak, adapun Setiausaha memaklumkan sehari sebelumnya, tidak dapat
hadir dengan alasan `tidak sihat`, walaupun
dalam pertemuan terakhir sebelum dan selepas panggilan mesyuarat ia
kelihatan sihat (Tuhan saja Mengetahui hakikat tidak hadirnya). Kami berdua
bertolak dengan satu kederaan jam 11.30 pagi dari Bangi dan bersolat zohor di
Masjid Salahuddin (Masjid Negeri) dan
selepas itu baru ke Tingkat 9, Bangunan Selatan JAIS. Tiba di bilik mesyuarat
kami berdua agak terkejut, sudah ada watak antigonis bersama pengiringnya.
Dalam mesyuarat Penulis menimbulkan persoalan,
``Mengapa orang yang tidak berkenaan dan tidak
dipelawa oleh Penulis menyertai bagi pihak Masjid Al-Umm, turut berada di dalam
mesyuarat ?``
Jika pihak JAIS menjemput, sesungguhnya tidak
menurut aturan.
Mungkin dimita datang kerana watak berkenaan
yang mungkin membuat aduan.
Hadir di dalam mesyuarat ialah Pentadbir
bahagian Masjid, bahagian pembangunan dan bahagian-bahagian yang lain yang jumlahnya di bawah dari sepuluh orang.
Kedudukan kami berdua, sebagai orang yang kena
tuduh dan diadili, sedang watak antigonis dan pengiring lebih bersikap berdiam
diri dan memerhati !
Sebelum tuduhan dinyatakan, Penulis sebagai
Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm membentangkan tentang
perkembangan dan kemajuan Masjid Al-Umm dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan,
manakala Ir. Tuan Haji Ishak membentangkan tentang kemajuan pembinaan dari segi
teknikal dan fizikal.’
Kami menegaskan bahawa Masjid Al-Umm digunakan selepas mendapat CPC
(14.12.2017). Kaedah penggunaan sedemikian dilakukan juga oleh pihak Masjid
Seri Putera, Bangi. Kami membuktikan dengan dokumen yang kami bawa.
Setelah itu kami dibentang dengan tiga tuduhan
yang dibuat terhadap Masjid Al-Umm -
Kami Ahli Jawatankuasa: Tiga tuduhan berkenaan ialah
1) Bahawa Masjid Al-Umm digunakan tanpa CCC
2) Ada penceramah di Masjid Al-Umm tanpa tauliah
3) Penggunaan Masjid adalah sementara.
Bagi tuduhan pertama, kami menjawab bahawa
pihak arkitek dan kontrektor menyatakan
bahawa - dengan adanya CPC boleh gunakan masjid secara terhad (termasuk tidak
mengadakan solat Juma`at yang dipatuhi hingga kini). Kami mengambil contoh
penggunaan sebagaimana dilakukan oleh Masjid Seri Putera. Penilaian seharusnya
tidak double standard !
Bagi tuduhan kedua, setakat ini buat permulaan
kami menjemput guru-guru yang mengajar di Masjid Al-Hasanah yang ada tauliah,
dan jika ada antara mereka tidak bertauliah, maka keadaan tak bertauliah juga
berlaku di Masjid Al-Hasanah. Ia adalah di luar maklumat kami.
Bagi tuduhan ketiga, memang kami akui
penggunaan kami adalah bersifat sementara dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan
secara terhad.
(Kami dilihat sebagai pesalah dan tidak ada
ciri ihsan dan hormat dalam pembicaraan)
Akhirnya tiga perkara diputuskankan terhadap
Masjid Al-Umm:
1) Tiada larangan solat berjama`ah dan diteruskan
2) Tidak boleh mendirikan solat Juma`at , sehingga
mendapat CCC
3) Pihak PAID Hulu Langat diminta memantau terhadap kegiatan
Masjid Al-Umm.
Pihak JAIS tidak mempersoalkan tentang Sijil
CPC yang diserahkan. Tetapi sebaliknya pihak antigonis kemudian (di Bang)
menyatakan bahawa Sijil CPC adalah `Bohong`.
Oleh kerana pihak antigonis berkenaan banyak
membawa masalah kepada pihak Masjid dan Ahli Jawatanbkuasa Pembinaan dan
Pengimarahan, sebuah mesyuarat membincangkan masalah-masalah watak berkenaan dan
tindakannya yang banyak menimbulkan masalah terhadap masjid dan AJK dihadiri
majoriti AJK pada 31 Januari 2018 bertempat di Pejabat Masjid. Sejumlah
tindakan yang dianggap tidak wajar dilakukan oleh antigonis direkod sebagai bahan bukti jika sebarang
tindakan diambil.
Sekian.
No comments:
Post a Comment