KOMUNIKASI
DALAM ISLAM
BBB, 20 Zulkaedah 1439H. = 02 Ogos 2018M.
(Khamis):
Islam sebagai agama yang syumul, lantaran itu menurut
pembentang kertaskerja Islam mempunyai kaedah komunikasi di dalam semua bidang
dan dalam semua aspek. Kaedah komunikasi itu adalah ditentukan oleh nilai-nilai
di dalam Islam yang bersumberkan Al-Qur`an
dan Al-Hadith, perjalanan sahabat
pengolahan `ulama` dan pembawaan para atqiya`.
Komunikasi di dalam Islam dapat dilihat,
antaranya dalam aspek.
1) Komukasi antara
seorang dengan Allah, Rasul dan
para uli al-amr.
2) Komunikasi antara ulama`-ilmuan dan orang ramai
3) Komunikasi antara ibubapa dan anak-anak
4) Komunikasi antara jiran tetangga dan masyarakat
5) Komunikasi antara kenalan dan sahabat
Dan banyak lagi komunikasi-komunikasi yang
lain yang dapat dibicarakan.
Dalam hubungan komunikasi dengan Allah dan
rasul juga taatkan kepada para pemerintah sebagaimana firman
Allah bermaksud:
``Wahai orang-orang yang beriman taatkanlah
kamu kepada Allah dan Rasul dan para uli al-Amr (selagi para uli al-Amr tidak
menyeleweng).`` (al-NISA`: 59).
Komunikasi dengan pemerintah, maka pemerintah
hendaklah menjalankan pemerintahan
secara adil dan memelihara kebajikan rakyat dan rakyat kena patuh jika
sekiranya pemerintahan berjalan dengan baik, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
Komunikasi dengan `ulama` yang difatkan
sebagai pewaris Nabi itu, maka ulama`
hendaklah bersifat jujur dan menyebarkan
keilmuan dengan ikhlas dan tidak menunjukkan sifat-sifat keji seperti tamak dan
sombong umpamanya. Orang ramai pula hendaklah menghormati dan mendekati mereka,
misalnya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yang diajar mereka. Yang belajar
dengan ulama hendaklah menunjukkan kesungguhan dan belajar secara ikhlas, insya
Allah, Allah memberi hidayah dan pertunjukan dan barakah di dalam kehidupan dan
keluarga di dalam aman tenteram, kerana disirami secara lembut oleh
pengajian-pengajian yang dipelajari dan diamalkan. Sesungguhnya masyarakat
berilmu dan beradab lebih maju dan diberkati.
Dari segi komunikasi ibu bapa dengan
anak-anak, sebagaimana dimaklum anak-anak adalah kurniaan Allah paling berharga, tempat tumpahnya kasih sayang dan
harapan masa depan, maka ibu bapa hendaklah bertanggung jawab terhadap
anak-anak dan keluarga. Ibu bapa adalah berjuang, bekerja di dalam mencari
rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Lebih daripada itu, ibu bapa mendidik
anak-anak dan memberi pelajaran sebanyak dan setinggi yang boleh agar mereka
menjadi orang-orang yang berguna yang membela keluarga, masyarakat, agama dan
bangsa.
Bagi anak-anak hendaklah mengasihi,
menghormati dan menjayakan kehendak ibu
bapa agar menjadi orang yang berpelajaran dan berguna. Di dalam hal komunikasi
anak-anakl dengan ibu bapa ini firman Allah yang bermaksud:
``Allah Tuhan engkau memerintah kamu jangan
menyembah, melainkan kepadaNya. Dan dengan dua ibu bapa hendaklah bersikap
baik, walaupun salah seorang atau kedua lanjut usia, Janganlah kamu herdik
kepada keduanya dengan kata-kata ``Uhh !`` dan janganlah mengasiri keduanya dan
berkata-katalah dengan kedua-dua mereka
dengan percakapan yang mulia. Dan hendaklah kamu merendah diri kepada
kedua mereka dan doakanlah, ` `Wahai Tuhanku rahmatkanlah keduanya
sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil hingga besar.`` (Al-Isra`, 23-24).
Berhubung
dengan komunikasi antara jiran tetangga, Islam amat menekankan soal
kejiranan. Kedekatan mereka dan patut berlaku baik hubungan seolah-olah mereka
sebagai kalangan yang berhak menerima warisan dan pentingnya jiran sehingga
jika seseorang itu hendak menghuni
perumahan, maka antara perkara yang seharus diberi perhatian ialah siapa yang
akan berjiran, Pilihlah mereka dengan berjiran dengan mereka yang mesra dari segi kejiranan dan bukan sebaliknya.
Tentang komunikasi persahabatan, maka Islam
adalah menggalakkan bersahabat dengan ramai sahabat yang baik kerana dengan bersahabat yang baik yang keduapihak mendapat faedah. Misalnya
nasihat menasihati dan tolong menolong dan sama bersifat amanah, tetapi jangan
bersahabat dengan mereka yang merosakkan.
Prinsip-prinsip yang baik sebenarnya bukan
saja di dalam Islam, tetapi ianya bersifat universal. Kumunikasi kepada yang
bukan Islam juga berlaku berasaskan prinsip universal dan tidak bercanggah dengan
Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment