ZAMAN TENGKU ABDUL RAHMAN
(Fikrah Bangi: 427),
BBB: 22 R. Akhir 1441H. = 19 Disember
2019M/ (Khamis).
Tengku Abdul Rahman Putera dianggap
penyelamat perjuangan Umno dan Perikatan bagi meneruskan perjuangan kemerdekaan
selepas Dato` Onn bin Ja`afar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara.
Pada masa itu semua menganggap Dato` Onn sebagai pengkhianat, kerana
menoinggalkan perjuangan suci, manaka Tengku dianggap penyelamat, kerana
mengambil alih bagi meneruskan perjuangan kemerdekaa tanahair.. Kemarahan
rakyat terbukti Dato` Onn dan Parti Negaranya tidak mendapat sam,butan sama ada
di Johor atau di Kuala Lumpur. Kerjaya politik Dato` Onn hampir berakhir, jika
tidak mendapat sokongan dari penduduk di Kuala Terengganu, khususnya di kawasan
Ladang, Kuala Terengganu dan juga di Seberang Dungun. Dari Kuala Terengganu ini
Dato` Onn berjaya mendapat kerusi parlimen sebelum mengakhiri keriar
politiknya.
Jasa Tengku yang paling utama ialah kerana
berjaya mendapat kemerdekaan Malaya dari British pada 31 Ogos 1957.. Pada
peringkat permulaan Tengku tidapat berpisah dari British, kerana masih dari
segi pertahanan negara masih di bawah British dan bekerjasama dengan Australia
dan New Zealand bagi menjaga keamanan negara. Dari segi dasar luar, Tengku
merapatkan diri (Malaya) dengan negara-negara Komanwel – Persatuan
negara-negara bekas jajahan British. Di dalam hal ini Tengku berjuang dalam
Komanwel bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
Namun di dalam negara, banyak kelemahamn
Tengku, misalnya Tengku dan kabinetnya tidak peka dengan kemiskinan rakyat di
Malaya. Orang Melayu miskin di kampung-kampung di luar bandar, orang India
hidup miskin di estet-estet, manakala orang Cina lebih selesa di bandar-bandar
mengawal perniagaan dan ekonomi Malaya.
Tengku juga tidak peka dengan perjuangan
menegakkan Dasar Pelajaran Razak (1956). Bahasa Melayu yang mau ditegakkan
sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi sepuluh tahun selepas kemerdekaan
tertangguh dari 1967 kepada 1969. Demikian hasrat mewujudkan sekolah menengah
kebangsaan juga terabai. Mujur pada masa itu ada persatuan-persatuanm yang
memperjuangkan bahasa Kebangsaan dan dasar bahasa di sekolah-sekolah.Tengku
bersama Khir Johari Menteri Pelajaran didesak meisytiharkan dasar bahasa
kebvangsaan dan resmi, didesak agar Universiti Kebangsaan didirikan.
Zaman Tengku dapat dikatakan tiada
plan dari segi ekonomi dan sosiakl yang
dapat menyatupadukan rakyat. Tengku adalah dari kalangan elit dan anak raja,
tidak menye;ami kesusahan rakyat yang menyebabkan timbul keresahan di kalamgan
rakyat tidak puashati dengan kepimpinan Tengku yang disifatkan tidak mampu
menyelami kesusahan dan penderitaan rakyat. Perhubungan antara negeri adalah lemah, tiada jalan-jalan sempurna
dibangunkan bagi kemudahan perhubungan. Pendek kata dasar komunikasi amat
lemah.
Walau bagaimana di tengah-tengah kelemahan
ini, walaupun Tengku tidak boleh disifatkan sebagai orang beragama, Tengku
memberi perhatian terhadap agama seperti mendirikan masjid seperti masjid
Negara. Beliau mengadakan Musabaqah AL-Qur`an yang legasi musabaqah ini
berterusan hingga kini. Ia adalah salah
satu mekanisme perhubungan negara dengan negara=-negara Islam. Dari segi
kerjasama dengan negara jiran, Tengku mendapat ancaman utama apabila Tengku
mencadangkan penubuhan Malaysia. Indonesia paling kuat menentang Malaysia danm
Filipina menentang dan menuntut Sabah sebagai sebahagian dari Filipina. Bagi
merapatkan hubungan tengku mencadangkan poenubuhan ASA (Association of South
East Asia) yang persatuan negera-negara ini berkembang dan bertukar menjadi
ASEAN.
Tengu berperanan di dalam perjuangan
kemerdekaan tanah air, tetapi di dalam masa pemerintahannya (1957-1969) tidak
sunyi dari kelemaha-kelemahamn.
Tengku dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
dan Bapa Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment