GANGGUAN TERHADAP NORMA PENGAJIAN
(Fikrah Bangi: 545),
BBB:
03 Ramadhan 1441H. = 26 April 2020M. (Ahad).
Satu daripada sektor yang terjejas
diakibatkan oleh Covid-19 ialah sektor pendidikan. Sektor yang berperanan
mendidik generasi kini dan masa depan ini amat diberi perhatian. Setiap kali
bajet dibentangkan, maka sektor pendidikan diberi peruntukan yang paling tinggi
berbanding dengan kementerian-kementerian yang lain. Kementerian yang paling kanan ini mendidik generasi dari
peringkat paling bawah dari pendidikan tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan
universiti. Setiap hari selama ini, pada
hari-hari bekerja kita melihat anak-anak ke sekolah, guru-guru pula menjalankan
tugas mereka secara dedfikasi. Masing-masing berlomba bagi mencapai
kecemerlangan di dalam bidang didikan masing-masing. Bagi yang berjaya
menyambung pengajian ke pengajian tinggi dan pada awal tahun masyarakat berbangga dengan
keputusan yang dicapai oleh anak-anak dan pertengahan tahun pula universiti-universiti
menyampaikan ijazah kepada yang berjaya melalui tradisi konvokesyen yang
diadakan.
Norma pengajian yang berjalan sebagai nilai
budaya tinggi itu tiba-tiba terhenti dengan berlakunya wabak Covid-19,
khususnya dengan perlaksanaan `Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac 2020 hingga kini. Sejak daripada itu
semua institusi pengajian ditutup. Tiada lagi anak-anak pergi dan pulang dari sekolah, pengajian di
universiti terhenti. Pelajar-pelajar
dihalang dari bergerak dan sebahagian daripada mereka terperangkap di
kampus-kampus. Masalahnya terhentinya
pengajian yang berjalan secara normal selama ini mengakibatkan berbagai masalah. Antaranya pengajian
anak-anak tertganggu. Yang membimbangkan anak-anak yang seharusnya menghadapi
peperiksaan terganggu dari menjalani
peperiksaan, terutama pada peringkat yang penting seperi SPM dan STPM dan yang
setarap dengannya. Pengajian di universiti juga terganggu, kerana mereka tidak
dapat mengikuti pengajian seperti biasa. Mereka juga bimbang dengan peperiksaan
yang sepatutnya mereka hadapi. Anak-anak yang mempunyai semangat yang tinggi,
mungkin berusaha dengan apa cara bagi menghadapi pelajaran dan peperiksaan yang
akan dihadapi. Begitu juga pada peringkat universiti. Tapi apa yang
membimbangkan gangguan terhadap
pengajian sedemikian menyebabkan prestasi pengajian yang sepatutnya dapat dicapai oleh
pelajar-pelajar dan yang lebih membimbangkan, berlakunya kekeciwaan dan antara
mereka menyerah kalah dan menerimanya sebagai nasib yang menjejaskan pelajaran
atau meninggalkan pengajian. Sudah tentu perkara ini disedari oleh pihak
kerajaan, kementerian, pentasbir dan guru-guru.
Menyedari
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar memang berbagai kaedah dan
pendekatan yang dilakukan oleh kementerian, guru-gurudan berbagai pihak yang
berkenaan. Antaranya mengadakan pengajian secara online, walau bagaimana
disedari bahawa daripada 4.7 juta pelajar yang satu juta daripadanya dikaji
menunjukkan bahawa untuk menerima pengajian sedemikian 50% daripada mereka
tidak dapat mengikuti pengajian sedemikian, kerana tidak mempunyai peralatan,
tempat yang tidak dapat dicapai internet, bahkan kemiskinan keluarga. Jadi
hasrat murni ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan berlaku ketidak
seimbangan dari segi pembelajara. Ada pendekatan yang diambil melalui tv
pengajaran, radio dan atas inisiatif
guru-guru menyediakan bahan pengajaran yang di sampaiakan kepada pelajar dengan
berbagai cara. Pengajian diuniversiti juga dijalankan secara online. Walau
bagaimana berlaku ketidaksamarataan penerimaan pelajar-pelajar terhadap pengajaran.
Usaha menghapuskan peperiksaan seperti tahap tiga dan UPSR adalah satu cara
mengurangkan kerisauan anak-anak dan juga ibu bapa. Penangguhan peperiksaan
SPM, STPM, STVM, STAM dan sebagainya kepada semester satu tahun depan adalah
merupakan pendekatan bagi meringankan masalah yang dihadapi pelajar,
Demikianlah juga penangguhan pengajian pada peringkat universiti. Walau apa pun
pelajar-pelajar yang terjejas akibat Covid-19 mengalami kegusaran.
Keadaan sedemikian tidak dapat dipersalahkan mana-mana pihak, tetapi
pelajar-pelajar yang terjejas oleh Covid-19 hendaklah berterusan dipulihkan
semangat mereka. Mereka yang bakal menghadapi peperiksaan hendaklah diberi
tumpuan khusus kepada mereka secara dikelompokkan pada setiap daerah dengan
bimbingan secara intensif. Mereka hendaklah ditanggung semasa mengikuti kursus
secara intensif oleh guru-guru terpilih hinggalah mereka menghadapi
peperiksaan.
Kita perlu menjaga anak-anak generasi kita
di dalam pelajaran dan hendaklah diberi peluang sama di dalam pembelajaran.
Jika kerajaan dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM260 bilion bagi melawan gejala
wabak, maka tidaklah besar mana disediakan peruntukan mengklompokkan
pelajar-pelajaryang hendak menghadapi peperiksaannya ini untuk mereka mendapat
peluang pembelajaran secara intensif bagi membolehkan mereka menghadapi peperiksaan secara yang lebih
sempurna.
Sekian.
No comments:
Post a Comment