KESAN DARI PENDEMIK COVID-19: HARAPAN
(Fikrah
Bangi: 530),
BBB:
16 Sya`ban 1441H. = 10 April 2020M. (Juma`at).
Sesuatu yang mengejutkan pada peringkat global,
ialah pendemik Covid-19. Wabak yang mula tercetus di Wuhan, China ini merebak dengan begitu pantasa
ke seluruh dunia. Pada permulaan negara yang
disifatkan teruk, ialah seperti Iran dan
korea, tetapi hingga ke pertengahan Mac, ianya merebak dengan begitu
pantasa seperti ke Itali, Spanyol dan kini wabak ini mengatasi
negara-negara lain, iaitu di Amerika. Kini wabak ini memakan korban hampir 8,000, termasuk di
negara kita berjumlah 67 kematian.
Ancaman wabak yang bersifat global ini
digeruni oleh semua pihak, sebagai kesan ialah kepatuhan orang ramai terhadap
arahan kerajaan bagi memutuskan rangkaian Covid-19, misalnya arahan megawal
jarak sosial, perlu berada di dalam
rumah dan tidak keluar kecuali sesuatu yang mustahak. Bagi melaksanakan
perintah ini melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Pertahanan Awam. Kepatuhan disifatkan hingga
kepada 96 -98%.
Antara kesan segera, hasil dari orang ramai berada
dikediaman masing-masing, ialah jalan-jalan raya lengang. Mereka yang keluar menghadapi
sekatan dan antara mereka ditahan. Kesan yang dilapokan oleh Dato` Seri Ismail Sabri, Menteri Pertahanan ialah berkurangnya berlaku jenayah dan
kurangnya berlaku kemalanganjalan raya.
Sejak dari
sekatan berlaku, sekolah dan pengajian hingga peringkat universiti tidak
dibuka. Sebagai alternatif, pembelajaran melalui e-learning – atau melalui
talian merupakan pendekatan baru yang mulai popular. Ini disampaikan antaranya
oleh pihak universiti dan sekolah , antaranya melalui saluran tv yang dikhaskan.
Dengan sekatan dari keluar, pendekatan
alternatif bagi peniaga-peniaga ialah
penjualan barangan melalui talian dan khimat hantara . Sekatan akibat dari
wabak Covid-19 mempopularkan kaedah alternate yang digunakan juga sebagai
kaedah komumikasi moden, seperti
menggunakannya sebagai kaedah mesyuarat, rundingan, perbicangan, bahkan menjadi
salah satu kaedah didalam penyiaran. Nampaknya kaedah `Melalui Talian` menjadi
bukan saja kaedah komunikasi, tetapi sebagai kaedah pemasaran dan perniagaan
moden.
Sebagai kesan dari wabak Covid-19,
menjadikan sebahagian manusia insaf dan lebih bersifat kemanusiaan. Insaf terhadap mereka yang susah, maka
dilihat banyak dari pihak NGO secara sukarela memberi tenaga membantu mereka yang
susah, pihak yang berada mengeluarkan bantuan kewangan dan barangan, manakala
pihak koperat menyampaikan sumbangan
kepada Tabung Derma yang diasaskan oleh pihak pemerintah. Pada peringkat
antarabangsa, antara negara menghantarkan bantuan terhadap negara yang
kekuragan misalnya peralatan sebagaimana bantuan negara China terhadap
negara-negara yang teruk mengalami wabak
seperti ke Itali,, bahkan turut sama diterima bantuan oleh Malaysia.
Pada peringkat antarabangsa timbul
inisiatif di bawah PBB bagi melancarkan projek penyelidikan bagi mencari
misalnya vaksyin yang dapat membasmikan virus Covid-19. Kerjasama pada peringkat antarabangsa ini merapatkan
hubungan dan mengurangkan ketegangan politik dan ekonomi sebagaimana berlaku
sebelumnya.
Satu kesan
positif di negara kita, dengan penyatuan tumpuan rakyat terhadap bahaya
Covid-19, melenyapkan perbalahan politik yang sebelumnya sering berlaku. Kita
berharap selepas Covid-19 dapat dihapuskan perbalahan politik yang bersifat
peribadi dan perbalahan bagi merebut jawatan tidak lagi timbul. Pertikaian antara
pihak-pihak tertentu yang banyak menghabiskan masa tidak akan diteruskan.
Kita perlu masa depan yang lebih terbuka
bagi generasi baru mengembangkan bakat dan kebolehan secara kreatif dan inovatif pada dekad dan abad yang akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment