COVID-19
MENINGKAT, GANGGU PENGAJIAN
(Fikrah
Bangi: 765),
BBB:
15 Safar
1442H. = 03 Oktober 2020M.
(Sabtu).
Pada siri yang
lepas kita telah
membicarakan tentang sistem persekolahan dari peringkat rendah membawalah
kepada Sijil Tinggi Persekolahan yang kita cadangkan ianya merupakan pada tahap
kolej yang darinya pelajar disalurkan ke universiti, maktab, kolej
teknikal dan berbagai-bagai latihan bagi pasaran pekerjaan.
Semua
peringkat pengajian hendaklah ditingkatkan mutu pengajian supaya kualiti pengajian di negara ini bernilai tinggi. Gerakan peningkatan mutu
hendaklah dilakukan mulai dari 2020 yang dianggap zaman baru bagi negara bagi
menuju kepada kecemerlangan. Walau bagaimana, mala petaka di dunia – termasuk di
negara kita dengan berlakunya wabak
Covid-19 sejak dari awal Januari 2020. Gangguan akibat dari wabak ini berlaku, persekolahan
yang sepatutnya berjalan seperti biasa terganggu. Persekolahan tertangguh
hingga Ogos 2020. Dalam masa tersebut
berlaku norma baru dari segi pembelajaran,walau bagaimana tidak semua dapat mengikutinya oleh ketiadaan
internet, ketiadaan computer dan
peralatan diakibatkan oleh kemiskinan atau di luar dari kawasan capaian.
Persekolahan
yang dimulai sejak bulan Ogos itu, mengutamakan pelajar-pelajar yang mau
mengambil peperiksaan seperti SPM dan STPM, kemudian melibatkan semua pelajar
dari peringkat rendah hinggalah ke Menengah. Malangnya selepas Pilihanraya
Negeri Sabah pada 26 September yang lepas, tiba-tiba Covid-19 melonjak
kembali di Sabah dan jangkitan darinya berlaku di berbagai
negeri yang dibawa balik oleh mereka yang ke Sabah menyertai kempen
pilihanraya.
Pada 3 Oktober 2020 (Sabtu) kes baru tertinggi
sejak wabak berlaku dinegara ini iaitu 287 kes dalam sehari dengan kes yang
pulih ialah 51, kematian 136, kes
positif ialah 11,771 dan yang masih di dalam siasatan ialah 1,540 (BH, 03 Okt.
2020: hlm. 1). Sebagaimana kes Gangga di Kedah sebelumnya mengakibatkan sebahagian sekolah di negeriitu ditutup,
maka ada sebahagian sekolah di Sabah
tempat berpuncanya merebak Covid-19 seperti 50
buah sekolah di Semporna ditutup sekolah (The Star, 03
Oct. 2020: 1). Menurut Sinar Harian kemungkinan semua sekolah di Sabah
akan ditutup (Sinar Harian, 3 Okt. 2020: 6).
Kesan
dari Covid-19 ini tidak saja berlaku kepada persekolahan, tetapi kebanyakan
universiti yang memulakan pengajian pada awal Oktober ini dengan kehadiran
sendiri pelajar bagi pendaftaran terpaksa mengubah jadual kepada pendaftaran
secara atas talian. Oleh kerana berita lewat diterima, ada kalangan keluarga
dari jauh sudah sampai ke universiti untuk pendaftaran. Setengahnya melahirkan
kekeciwaan, lantaran antara mereka telah menempah tiket kapal terbang untuk
mengringi anak-anak mereka mendaftar. Sebahagian daripada mereka telah menempah
hotel dan rumah sewa.
Kesan
Covid-19 tidak saja terhadap pendidikan, tetapi juga kepada berbagai sektor
yang merencatkan kegiatan ekonomi. Sebagai contoh sejak Ogos tahun ini
sebanyak 745,100 menjadi penganggur yang
memburu pekerjaan. Ia merupakan 4.7%
daripada pasaran pekerja di negara ini
yang hilang pekerjaan (The Star, 03 Oct. 2020: 05).
Ancaman
Covid-19 tidak saja berlaku di negara
kita, tetapi lebih teruk lagi di negera-negara yang lain. Sehingga kini kematian
seluruh dunia melebihi satu juta jiwa. Daripada
jumlah negara yang tertinggi dari segi wabak ialah Amerika (USA)
USA Confirm Case 7,267,593,
Kematian 209,177 dan
pulih 4,524,408
India ,, ,,
5,006823 ,, 94,550 ,
,, 4,941,627
Brazil ,, ,,
4,718,115 ,, 141,441 ,
,, 4.050.837
Rusia ,, ,,
1.151,438 ,, 20,324 ,
,, 943,218.
Dengan
angka semakin menurun diikuti oleh negara-negara Colombia, Peru, Spain,
Mexico, Argentina dan South Africa. (The Star, 28 Sept. 2020: 6).
Antara
negarawan yang diserang oleh Covic-19
sebagai berita terbaru ialah Presiden Amerika Donald Trump dan isterinya
Melania sebagai First Lady di America. Turut mengalami wabak ini dan telah
pulih ialah Perdana Menteri British Boris Johnson. Berita terbaru beberapa
menteri di negara kita yang berkempen di Sabah turut mengalami wabak Covid-19.
Jelas
wabak Covid-19 adalah ancaman kepada dunia. Ancaman kepada ekonomi, pekerjaan,
pelancungan juga pelajaran.
Kita
mendoakan kepada Allah agar Covid-19 segera dapat dihapuskan. Dengan demikian
pemerintahan negara dapat kembali licin, rakyat dapat memulihkan pekerjaan dan
ekonomi dan pelajar-pelajar dapat kembali belajar dengan tenteram dan
menghasilkan pencapaian dengan cemerlang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment