BBB, 26 Zulkaedah 1437 = 29 Ogos 201`6 (Isnin):
Persoalan `Hati` adalah persoalan penting
di dalam bidang tasawuf. Hati dibariskan
dengan nafs, akal hati dan rohani. Al-Imam Al-Ghazali menjadikan `Hati` sebagai pendekatan penting bagi ilmu tasawufnya. Hati memang disebut di
dalam Al-Qur`an dan Al-Hadith, sebagai
contoh ayat-ayat Al-Qur`an menyebut, bermaksud:
``Di dalam hati mereka itu penyakit, maka
Allah menambahkan lagi penyakit kepada mereka.`` (Al-Baqarah: 10)
Atau ayat yang bermaksud:
``Bagi mereka ada hati yang mereka tidak
memahami dengannya dan ada mata yang tidak mereka melihat dengannya.``
(Al-A`raf: 179).
Dan ayat bermaksud::
``Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir Allah.. Ketahuilah dengan zikir
Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.`` (Al-Ra`d: 28).
Manakala Hadith yang masyhur berhubung dengan hati, ialah Hadith;
Daripada Abi `Abdillah al-Nu`man bin Bashir
r.`anhuma berkata, `Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud): ``Sesungguhnya yang halal itu
nyata (terang), dan yang haram itu pun nyata (terang). Dan antara keduanya ada
perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan
manusia. Maka barang siapa memelihara
(dirinya dari) segala yang kesamaran,
sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barang siapa
jatuh dalam perkara kesamaran, jatuhlah
ia ke dalam yang haram, seperti seorang poengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan hampir sangat (ternakan) makan di dalamnya.
Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada
kawasan larangan. Ketahuilah larangan Allah ialah segala yang haramnya.
Katahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah
badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Katahuilah inilah
yang dikatakan hati. Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim.
Mengenai konsep pendidikan Islam, Shaykh
`Abdul Samad di dalam karangannya Siyar
al-Salikin dan Hidayat al-Salikin mendasarkan huraian konsep pendidikannya kepada Hadith Nabi yang bermaksud:
``Sesungguhnya hati mengalami karat
sebagaimana berkaratnya besi`.``
Di dalam pendekatan kesufiannya Al-Muhasibi
ada membincangkan persoalan hati dengan mengatakan:
``Sesungguhnya bahawa Allah `Azza wa Jalla
mewajibkan ke atas hamba hak-hak yang berhubung dengan hati, tidak berhubung dengan anggota. Hak-hak
dimaksudkan bahawa ada tiga:
Pertama:
I`tiqad keimanan dan menjauhi kekufuran
Kedua: I`tiqad Sunnah dan menjauhi bid`ah
Ketiga: I`tiqad ketaatan dan menjauhi dari
berterusan dari perkara yang dibenci Allah `Azza wa Jalla.
Dapat difahami bati yang dimaksudkan bukan
`Hati yang dimaksudkan dengan perasaan`, tetapi melibatkan akal.
Walau bagaimana Al-Muhasibi menyebut `Hati`
sebagai satu aspek di dalam diri yang dapat menerima elemen positif dan
negatif, tetapi dia tidak membuat huraian tentang konsep hati dan rangka
pengolahan yang hati boleh kotor dan
bersih, kandungan pendekatan dan implikasi sebagaimana yang dibuat oleh
Al-Ghazali kelak.
Apa yang disebut oleh Al-Muhasibi, bahawa perkara-perkara yang melibatkan hati seperti
persoalan yang melapangkan jiwa dan
dapat menyelesaikan kewajipan di atas diri terhadap Allah. Rasa senang dan
lapang sedemikian menurutnya adalah merujuk kepada hati, menyembunyikan sesuatu
amalan baik seperti memberi sedekah, walaupun melibatkan sama perbuatan
anggota. Ia adalah perkara yang melibatkan hati yang menandakan keikhlasan yang
jelas merujuk kepada hati. Demikian melakukan sesuatu pekerjaan yang baik bukan
mengharapkan pujian dan tidak bertujuan mencarri kemasyhuran. Jadi kemasyhuran
melibatkan perasaan hati yang mungkin bagi yang terlibat merasa megah kerana
terkenal. Perkara yang melibatkan
terkenal dan perasaan dengan terkenal adalah melibatkan hati.
Takut juga adalah perkara yang merujuk
kepada hati. Takut sama ada terjatuh kepada yang tidak baik terjadi pada diri
seperti keras hati, sebagaimana yang
digambarkan Allah Ta`ala kepada mereka yang keras hati seperti firemannya yang
bermaksud:
``Kemudian hati mereka menjadi keras
selepas itu ianya laksana batu atau lebih keras daripada itu.`` (Al-Baqarah:
74)
Maka adalah dibimbangi diri orang yang
menjadi degil. Bimbang juga terhadap perkara yang baik seperti tidak mendapat
keampunan Allah dan sebagainya. Pokoknya perkara-perkara sedemikian adalah
merujuk kepada pekerjaan hati .
Jadi Al-Muhasibi membicarakan hati sebagai
satu aspek dalaman diri yang menerima pengalaman sama ada aspek positif atau
negatif. Pada peringkat Al-Muhasibi ini belum timbul pendekatan yang melihat
hai sebagai elemen penting dalam tasawuf yang dia boleh dikategorikan kepada
peringkat tinggi di dalam hiraki selepas, nafsu, akal, hati dan ruh. Hati juga
sebagai jendela yang membuka ruang kepada cinta Ilahi dan sebagainya.
Walau bagaimana sebagai permulaan Al-Muhasibi membuka satu ruang baru bagi pendekatan ilmu
tasawuf, walaupun secara melihat hati sebagai bahagian yang menerima dan
mengalami seperti gembira, bahagia, duka dan sebagainya dan belum
menggunakannya sebagai satu pendekatan bagi mengolah pendekatan ilmu tasawuf itu sendiri. Namun apa yang
diteroka beliau menjadi asas bagi
pengolahan lanjut oleh pendukung-pendukung ilmu tasawuf, khusus Al-Imam
Al-Ghazali kelak.
Jadi Al-Muhasibi di samping pendekatan
akhlak turut mengaitkan hati sebagai
elemen ketasawufan yang bersifat dalaman di samping anggota diri melibatkan
amalan luaran.
Sekian
No comments:
Post a Comment