BBB, 07 Dzul Qaedah 1437 = 10 Ogos 2016 (Rabu):
Selepas dari pada Al-Imam Ahmad bin Hanbal
membicarakan aspek tasawuf dengan penekanan kepada ciri utama tasawuf, iaitu zuhud dan wara`,
maka adalah dilihat perkembangan selanjutnya berdasarkan bukti-bukti tersurat
ialah mulai lahir percubaan permulaan ke arah membina bahawa tasawuf tidak lain dari penekanan dari
aspek keakhlakan. Penyusunan mula
dilakukan oleh Al-Muhasibi. Nama sebenar
Al-Muhasibi ialah Al-Harith bin Al-Asad
al-Muhasibi dengan kunyah panggilan ialah Abu Abdullah al-Muhasibi (m. 243H.). Dibesar dan mendapat pendidikan
permulaan di Kota Basrah sebuah bandar dan pusat keilmuan padsa zaman Kerajaan
`Abbasiyyah di samping Kupah juga salah sebuah bandar dan pusat keilmuan.
Selepas itu ia menetap di Baghdad kota pemerintahan dan juga pusat keilmuan.
Dia mendalam berbagai bidang, khususnya keilmuan tasawuf.
Dia adalah dari keluarga berada. Pada masa
ayahnya meninggal, ayahnya meninggalkan sejumlah kewangan yang banyak. Iaitu 70
ribu dirham, tetapi kerana jiwa tasawufnya, dikatakan Al-Muhasibi tidak mau
mewarisi harta bapanya, kerana bapanya adalah penganut Qadariyyah-Mu`tazilah.
Sedangkan Al-Muhasibi adalah pendukung aliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah. Ini
juga mencerminkan kezuhudan dan kewarakan Al-Muhasibi yang mementingkan
kebersihan harta dan lebih-lebih lagi akidah dan jiwa.
Ini bermakna zaman Al-Muhasibi adalah zaman
masih berlaku lagi pertikaian intelektual antara Mu`tazilah-Qadariyyah Ahlu
al-Sunnah dan aliran-aliran yang lain.
Al-Muhasibi mendalami di dalam bidang
Hadith, fiqh, al-kalam dan lebih khusus di dalam bidang tasawuf. Di dalam
bidang al-kalam beliau adalah pendukung mazhab Salaf sebagaimana Al-Imam Ahmad
bin Hanbal. Di dalam bidang tasawuf menurut Dr. Abdul Halim Mahmud, Pernah
menjawat sebagai Rektor Universiti Al-Azhar dan mendalami bidang tasawuf dan
banyak memberi kata pengantar kepada
kitab-kitab tasawuf termasuk kitab-kitab yang dihasilklan oleh Al-Muhasibi. Menurut beliau Al-Muhasibi
menghasilkan kitab-kitab tasawuf berikut:
1) Al-Ri`ayat
Li Huquq Allah
2) A`mal al-Qulub wa al-Jawarih
3) Kitab Adab al-Nufus
4) Kitab al-Masa`il fi al-Zuhd
5) Fasl Min Kitab al-`Azamah
6) Kitab fi al-Muraqabah
7) Ahkam al-Taubah
8) Kitab al-Sabr wa al-Redha
9) Kitab al-`Ilm
(Hanya
sebahagian daripada kitab-kitab di atas diterbitkan).
Dengan melihat kepada judul-judul
karangan-karangan al-Muhasibi sudah mencerminlkan persoalan-persoalan
ketasawufan yang dibawa. Misalnya beliau turut membicarakan persoalan zuhud
sebagaimana yang telah dibicarakan oleh Abdullah bin al-Mubarak dan juga oleh
Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau berkesempatan dengan Imam Ahmad bin Hanbal. (Menurut Dr. `Abdul Halim Mahmud, Al-Imam
Ahmad bin Hanbal tidak menyenangi dengan turutnya Al-Muhasibi membicarakan
persoalan Ilmu al-Kalam yang rancak dibicarakan oleh Mu`tazilah dan Ahlu
al-Sunnah pada masa itu).
Selain daripada membicarakan soal
zuhud Al-Muhasibi menambah dan
memperluaskan persoalan ketasawufan kepada membicarakan persoalan taubah dan
muraqabah. Taubah adalah tahap awal bagi pembersihan jiwa sufi dan pra-syarat kepada bertasawuf. Demikian
juga persoalan al-Muhasabah. Kedua-duanya adalah merupakan tariq yang
menyampaikan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala dan merupakan maqamat
qalbiyyah yang antaranya taubat,
nuhasabah, khauf, raja` dan muraqabah.
Al-Muhasibi juga membicarakan persoalan sabar
dan redha juga ikhlas adalah juga maqam-maqam yang dilalui di dalam perjalanan
kerohanian sufi. Persoalan-persoalan di atas memperlihatkan antara tasawuf dan
akhlak mempunyai hubungan yang rapat, bahkan dapat dikatakan bahawa tasawuf
dari satu segi ialah pembinaan nilai dak akhlak yang menjadi sebahagian
daripada ciri-ciri tasawuf. Al-Muhasibi
juga menulis tentang Adab
dan Diri.
Antara kitab terpenting dan terbesar yang
dihasilkan oleh Al-Muhasibi, ialah Kitab Al-Ri`ayat li Huquq Allah. Bermaksud
Menjaga Hak-Hak Allah. Judul dan kandungan buku ini adalah diambil dari antara maksud
Hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu `Abdullah al-Nu`man bin Bashir –
antara maksud di dalam Hadith tersebut bahawa tiap kita adalah penjaga yang
perlu mengawasi diri yang dijaga. Penjagaan hak-hak Allah melibatkan penjagaan
hak-hak manusia dan melibatkan nilai-nilai keakhlakan. Maksud di sini bahawa
judul kitab Al-Ri`ayat li Huquq Allah adalah diambil dari maksud sabda Nabi
Muhammad s.a.w.
Al-Muhasibi membicarakan persoalan yang
lebih halus berkenaan tasawuf ialah perkara-perkara yang berhubung dengan hati
dengan kitabnya yang berjudul A`amal al-Qulub
wa al-Jawarih Bermaksud, Amalan-amalan yang melibatkan hati dan anggota.
Persoalan hati adalah persoalan yang penting di dalam tasawuf, bahkan ianya
merupakan aspek utama di dalam pendekatan dan pembicaraan ilmu tasawuf
Al-Ghazali.
Seterusnya
perkataan `Al-Muhasibi` yang
menjadi nama dan gelaran bagi
Al-Muhasibi adalah mencerminkan sifat dan pembawaan Al-Muhasibi yang
sentiasa bermuhasabah diri. Muhasabah adalah ciri yang seharusnya berterusan ada pada diri
seorang sufi yang sentiasa sedar, menilai dan menghisabkan diri dan sentiasa
berawas agar tidak terbawa kepada kesalahan dan memastikan diri di atas sirat
yang betul di dalam perjalanan menuju Allah.
Sesungguhnya dengan pendekatan dan keilmuan serta
penghasilan penulisan-penulisannya Al-Muhasibi membuka ruang dan poendekatan
yang lebih jelas dan luas di dalam keilmuan tasawuf. Al-Muhasibi mengambil
akhlak sebagai pendekatan tasawuf dan hati sebagai tapak utama di dalam
pembicaraan tasawuf
Sesungguhnya Al-Muhasibi membuka ruang
kepada perluasan keilmuan tasawuf yang kelak lebih diperluaskan oleh Al-Ghazali
dengan tasawuf yang berasakan akhlak dan Hati
dalam membina peribadi.
Sekian.
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
ReplyDeleteatau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D