BBB, 08
Zulkaedah 1437 = 11 Ogos
2016 (Khamis):
Dr. Abdul Halim yang memberi kata pengantar
kepada kitab - setebal 40 halaman (Kata
Pengantar) membuat kesimpulan pada awal Kitab al-Ri`ayat li Huquq Allah adalah
kitab tasawuf yang beraliran Sunni. Beliau menulis:
``Di dalam kitab Tabaqat al-Sufiyyat menyebut bahawa Al-Harith menjadi salah
seorang sanad bagi rawi Hadith kepada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
(bermaksud):
``Seberat-berat apa yang diletak di dalam
neraca timbangan ialah elok akhlak``.
Kata Dr. `Abdul Halim Mahmud,
``Sesungguhnya berasaskan Hadith itu dia telah berusaha bagi merealisasikan
`konsep keelokan akhlak itu` di dalam pendekatan keilmuan berasaskan akhlak
itu.
Al-Muhasibi, bukan tidak menghadapi cabaran
bagi merealisasikan elok akhlak sebagai
tonggak tasawuf. Beliau berada di tengah kehebatan polimik keilmuan,
khususnya mengenai Ilmu al-Kalam dan
sebagaimana dikatakan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Muhasibi terlibat sama
di dalam polimik ini di dalam menegakkan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Beliau terpaksa berdepan dengan golongan
Qadariyyah-Mu`tazilah, dan juga berdepan dengan ayahnya sendiri yang
mendokong aliran berkenaan yang popular pada masa itu.``
Tetapi Al-Muhasibi tidaklah menonjol di
dalam polimik Ilmu al-Kalam, tetapi beliau lebih terdorong bagi menegakkan
konsep akhlak di dalam keilmuan tasawuf yang beliau sendiri menghasilkan
persuratan-persuratan yang berkait dengan keilmuan berkenaan. Kitab kitab
beliau di dalam bidang bidang tasawuf, bukan sebuah, tetapi banyak buah
sebagaimana telah diperkatakan. Tetapi antara banyak kitab tasawufnya, maka
Kitab Al-Ri`ayat Li Huquq Allah adalah yang terpenting. Sesungguhnya menurut Dr. `Abdul Halim sejak Kitab Al-Ri`ayat Li
Huquq Allah diterbitkan, ia diperbincangkan di dalam berbagai majlis ilmu. Kitab Al-Ri`ayat adalah
muncul sebagai satu `Batu Tanda` bukti keilmuan tasawuf yang mempertalikan
zaman sebelum dan selepasnya, lebih dari itu ia membawa pendekatan tersendiri,
iaitu Pendekatan Akhlak bagi keilmuan tasawuf.
Manakala
al-Shaykh `Abdul Qadir Ahmad `Ata di dalam mentahqiqkan Kitab al-Ri`ayah, turut menyediakan latar pendidikan dan kegiatan Al-Muhasibi. Menurut
Shaykh `Abdul Qadir bahawa pada abad ke 3H. ini perkembangan ilmu telah
melengkapkan pakej bagi aliran-aliran keilmuan pada masa itu. Ini dapat dilihat
di dalam fiqh dengan Hanifah al-Nu`man, Maliki, Shafie dan Hanbali, manakala di
dalam bidang tasawuf dengan kelahiran Ibn al-Mubarak, Ahmad bin Hanbal, Al-Muhasibi, al-Junayd
al-Baghdadi, Ma`ruf al-Karkhi, Bishr al-Hafi dan lain-lain lagi, manakala di
dalam bidang `akidah ialah Ash `ari, Maturidi, dan al-Tahawi.
Tetapi kata Shaykh `Abdul Qadir Ahmad `Ata,
``Walaupun pengkhususan Al-Muhasibi di dalam bidang tasawuf dari segi ilmu dan zauq, tetapi dia juga terlibat di dalam
bidang akidah berpolimik dan berbahas, dia juga mendalam bidang fiqh menurut
mazhab Shafie sebagaimana disebut oleh
Ibn al-Sabki di dalam Tabaqat
al-Shafi`iyyah.
Dilihat dari segi pendekatan persuratan, maka karangan-karangan
Al-Muhasibi tidak seperti kitab-kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq oleh Ibn al-Mubarak
dan kitab Al-Zuhd dan al-Wara` oleh Ahmad bin Hanbal. Bermaksud jika
kitab-kitab oleh `Abdullah al-Mubarak dan Al-Imam Ahmad bin Hanbal mengambil
pendekatan gaya Hadith bagi penyusunan
kitab-kitab berkenaan, maka kitab-kitab Al-Muhasibi tidak lagi mengambil
pendekatan ini, sebaliknya ianya mengambil
pendekatan karangan biasa. Selepas daripada muqaddimah yang membicarakan
kepentingan mendengar, beringat-ingat berdasarkan ayat-ayat al-Qur`an dan Hadith-Hadith memaksudkan pentingnya
mendengar dan belajar keilmuan-leilmuan yang dituntut mempelajarinya. Al-Muhasibi membicarakan kandungan kitab Al-Ri`ayat Li Huquq Allah berdasarkan bab-bab
yang disusun di dalam kitab berkenaan.
Sebagaimana kitabnya berjudul `Al-Ri`ayat
Li Huquq Allah` - Menjaga Hak-Hak Allah, maka persoalan yang berhubung dengan
penjagaan hak-hak ini menjadi bab permulaan dan induk bagi pembicaraan. Walau
bagaimana, walaupun karangan `Al-Ri`ayat` tidak lagi menggunakan gaya Hadith,
tetapi pada awal bab-bab, terdapat kata-kata permulaan seperti:
``Berkata
Al-Harith Rahimahu Allah`` atau
``Aku berkata``
`Dia berkata``, atau `Kataku`
Menunjukkan bahawa bahan-bahan di dalam
karangan adalah merupakan bahan pengajaran yang dicatat dari pengajaran
Al-Harith yang merupakan penerangan `Berkata Al-Harith` dan `Soal Jawab,
Dia berkata (Pertanyaan) dan kataku`
sebagai jawapan.
Ertinya kandungan kitab adalah merupakan
bahan dan hasil pengajaran Al-Harith` terhadap pelajar-pelajar yang mengikuti majlis pengajarannya.
Ini bererti berlaku evolusi penulisan yang
pada peringkat awal lebih dipengaruhi tradisi lisan dan bersifat riwayat yang
mempunyai sanad, rawi-rawi dan matan.
Kemudian berkembangan tradisi karangan
kepada masih lagi dalam tradisi lisan, iaitu melalui pengajaran di dalam majlis-majlis ilmu yang mana guru
menyampaikan pengajaran dan juga ada sesi semacam tanya jawab dan dialog. Semua
ini dicatat oleh juru tulis, atau pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran.
Hasil dari catatan ini terhimpun sebagai sebuah kumpulan pengajaran yang
menjadi kandungan sebuah kitab.
Sebenarnya konsep kepengarangan seperti ini
banyak berlaku dalam maksud sebuah pengarangan kitab adalah merupakan
catatan-catatan pengajaran yang dicatat oleh kerani atau pelajar-pelajar dan terhimpun sebagai sebuah kitab. Contoh
selain dari Kitab Al-Ri`ayat oleh Al-Harith al-Muhasibi ialah Kitab al-Umm Imam
Shafie. Jadi dengan itu cara susunan dan format
kandungannya berlainan dari sebuah karang yang dihasilkan oleh pengarang secara
perseorangan dan menulisnya secara bersendirian.
Sekian.
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
ReplyDeleteatau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di ---> 082==313==669==888
---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D