Adalah kitab kedua bagi Al-Muhasibi kita
bicarakan dari sejumlah lapan kitab
dihasilkan selain dari Al-Ri`ayah (tidak semuanya diterbitkan). Kalau di dalam
Kitab Al-Ri`ayah Li Huquq Allah membicarakan tentang sifat Munjiyat dan
Muhlikat yang lebih berfokus kepada tasawuf yang bersifat akhlak, maka
berlainan dengan kitab Al-Masa`il yang judul penuhnya ialah `Al-Masa`il Fi
Aa`mal al-Qulub Wa al-Jawarih, bererti
``Masalah-Masalah Yang Berhubung Dengan Amalan-Amalan Hati Dan Anggota`
yang merupakan jawapan-jawapan Al-Muhasibi terhadap soalan-soalan murid-murid
atau pengikut-pengikutnya.
Di dalam Al-Masa`il banyak mencerminkan
situasi pertelingkahan keilmuan dan intelektual pada zaman Al-Muhasibi yang
sezaman dengan Ahmad bin Hanbal yang pada masa itu aliran Mu`tazilah mempunyai
kedudukan yang kukuh di sisi pemerintah.
Al-Muhasibi dikenali sebagai Shaykh bagi
al-Shuyukh - Guru Bagi Guro-Guru,
lantaran beliau mempunyai ramai pelajar. Antara pelajar beliau yang terkenal Al-Junayd
bin Muhammad al-Baghdadi. Al-Junayd dikenali
pendukung tasawuf Sunni yang merupakan guru bagi pelejar-pelajar tasawuf
beraliran Sunni dan dikatakan tidak ada sanad daripada sanad-sanad jalan
kesufian Sunni yang tidak bertalian dengan Al-Junayd. Sesungguhny Al-Junayd al-Baghdadi memindahkan pengajaran-pengajaran ustaznya –
Al-Muhasibi, manhajnya dari segi suluk kepada murid-muridnya secara jelas dan
teliti.
Pada zaman Al-Muhasibi hingga kepada
pertengahan abad ketiga Hijrah, timbul
perbedaan pendekatan antara
keilmuan-keilmuan ketara pada zaman itu, iaitu:
1) Pendekatan
Sunni seperti fiqh berasaskan Madrasah
al-Nass dan Asbab al-Nuzul
2) Mu`tazilah berasaskan nass dan tafsiran akal
3) Tasawuf berasaskan Wujdan kerohanian juga
berasaskan nas dan akal. Tasawuf ini asalnya bertolak dari zuhd sebagaimana
yang dibina oleh Al-Muhasibi, juga Ibn Hanbal.
Pengantar bagi kitab Al-Masa`il ini dibuat oleh Shaykh `Abdul Qadir Ahmad `Ata
yang antaranya menyentuh tentang Kitab
al-Masa`il, Kitab al-Makasib dan Kitab
al-al-`Aql
Kitab ini diberi Pengantar
oleh `Abdul Qadir Ahmad `Ata.
Dengan maklumat yang diberi membantu kita mendapat maklumat berhubung
dengan karya Al-Muhasibi yang disebutkan
itu.
Adapun kandsungan bagi Kitab Al-Masa`il
adalah terdiri daripada:
a) Al-Masa`il fi al-Zuhd wa Ghayrihi
b) Al-Masa`il
fi Aa`mal al-Qulub wa al-Jawarih
c) Al-Makasib
d) Al-`Aql
Di dalam pengantar bagi kitab Al-Masa`il
diberi sebab-sebab mengapa diterbit dan sebarkan Kitab al-Masa`il ini kepada
ramai oleh kepentingan-kepentingan berikut:
!)
Al-Muhasibi adalah merupakan daripada pengarang terawal
mengambil pendekatan akhlak keislaman bagi tasawuf Islam. Beliau pula
terdekat dengan zaman salaf yang dia hidup dalam masyarakat berkenaan.
Ketasawufannya menimba dari situasi keilmuan dan kehidpan pada zaman berkenaan.
Beliau juga terdedah dengan berbagai perkembangan pemikiran sezamannya dan
beliau dengan teliti dan bijaksana membina pendekatan tasawuf keakhlakan
berkenaan sebagaimana terbukti di dalam Kitab Al-Ri`ayah dan Al-Masa`il bakal
dibicarakan.
2)
Al-Muhasibi adalah pengarang yang mula mengarang beberapa kitab yang
antara satu sama lain mengukuh dan mengintegrasikan pendekatan tasawuf
keakhlakan berkenaan. Contoh seperti Kitab Al-Ri`ayah secara persendirian dan
Al-Masa`il secara persendirian dan dilihat antara keduanya kukuh mengukuhkan
dan tidak bercanggahan dan demikianlah dengan kitab-kitab beliau yang lain.
3) Kitab-kitabnya membahaskan satu-satu persoalan dengan halus
dan mendalam. Sebagai contoh di bawah Aa`mal al-Qulub dibicarakan sebanyak 15
pecahan dan di bawah Al-Makasib sebelas
pecahan. Demikian dilihat kepada Kitab
Al-Ri`ayah, misalnya di bawah al-Riya`
dipecahkan kepada 42 persoalan dan di bawah Al-Ri`ayah 32 persoalan.
4)
Bila membicarakan persoalan muhlikat (negatif), beliau tidak setakat
membicarakan semata-mata, tetapi memberi cadangan-cadangan bagi mengatasinya.
5)
Aspek-aspek yang dibicarakan oleh Al-Muhasibi, selalu menarik perdebatan
semasanya, umpamanya antara golongan Sunni, Mu`tazilah dan juga bagi golongan
sufi. Ini berert persoalan yang dibawa adalah semasa, releven dan menyentuh
pegangan masyarakat umat. Bahkan persoalan-persoalan yang di bawa masih releven
dengan keadaan kini.
6) Al-Muhasibi menurut `Abdul Qadir Ahmad `Ata` menyusun
kedudukan yang terafdhal di dalam kedudukan susunan sumber dan juga bagi ibadat
tertinggi ialah bersumberkan Al-Qur`an, diikuti dengan al-Sunnah dan amalan
sahabat. Sebagaimana kata `ulama` bahawa seafdhal ibadat ma`rifat Allah,
diikuti membaca Al-Qur`an, istighfar, kemudian salawat ke atas Nabi s.a.w.
Antara yang berpendapat sedemikian ialah Al-Tabari di dalam kitabnya
al-Tidhkar.
7) Pendekatan Al-Muhasibi memberi pengaruh
bukan saja pada zamannya, tetapi kepada generasi-generasi berikutnya seperti
pada:
*
Abu Sa`id al-Kharraz dengan
karangannya Al-Sidq.
*
Abu Talib al-Makki dengan karangan Qut al-Qulub dan `Ilmu al-Qulub
* Al-Ghazali dengan Ihya` `Ulum al-Din
* Muhyi
al-Din Ibn `Arabi dengan Ruh al-Quds
Dan ramai lagi yang terpengaruh dengannya
seperti Shaykh al-Darqawi al-Shadhili, Abu Bakar al-Bannani, Shaykh Fathullah, Syed Muhammad Idris
al-Sanusi, Sayyid Mustafa bin Kamaluddin
al-Bakri dengan karya masing-masing dan lain-lain.
8. Cetusan pendekatan akhlaknya sesuatu
yang kukuh dan berterusan, bahkan merupakan pendekatan tasawuf Sunni.
Demikianlah kedudukan Al-Muhasibi di dalam
pendekatan tasawufnya terutama dengan Al-Ri`ayah dan Al-Masa`il yang pengaruhnya berterusan hingga kini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment