BBB, 28
Syawal 1437 = 02 Ogos 2016 (Selasa):
Kitab al-Wara`
yang dihasilkan oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal sungguhpun membicarakan
persoalan tasawuf sebagaimana Kitab al-Zuhd yang sama dihasilkan oleh Al-Imam
bin Hanbal, tetapi berbeza pendekatan berbanding dengan Kitab al-Zuhd.
Kitab al-Zuhd yang lebih tebal (480 hlm.)
diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut di Lubnan (1403H./1983),
tidak diberi kata pengantar, kecuali oleh Penerbit secara ringkas bersama dengan
bio-data Al-Imam Ahmad dan terus kepada kandungan persoalan. Ini berlainan
dengan Kitab al-Wara`, kitab ini juga
diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah , Beirut Lubnan (1403H./1983M.) –
Sebelumnya pernah diterbitkan di Mesir pada tahun 1340H. dan pada kulitnya (terbitan
Lubnan) ditulis diedar dan disebarkan oleh Dar al-Baz, Makkah al-Mukarramah.
Jika pada Kitab al-Zuhd tidak disebut siapa
yang mentahqiq dan menyelenggarakan naskhah hingga diterbitkan, tetapi bagi
Kitab al-Wara` yang lebih nipis (208 hlm.)
berbanding dengan Kitab al-Zuhd. Kitab al-Wara` disebut Pentahqiq dan
Penyelenggaranya, iaitu al-Doktorah Zainab Ibrahim al-Qarut. Pada permulaan
kitab ini diberi tentang bio-data atau Tarjamah bagi al-Imam Ahmad bin Hanbal Penulis berpeluang memiliki kitab
ini, iaitu dengan membelinya di Madinah
pada 6 Muharram 1406H. bersamaan 20
September 1985 di Madinah al-Munawwarah dalam rangka menunaikan Haji bagi kali
pertama. Pada masa ini Penulis sedang
giat menghimpunkan bahan-bahan tasawuf dalam rangka menulis tesis Ph. D.
Penulis yang juga di dalam bidang tasawuf.
Pendekatan Kitab al-Wara` yang ketara
berbeza dari Kitab al-Zuhd, bahawa Kitab al-Zuhd ditulis dalam gaya Hadith berdasarkan kepada
nama-nama tokoh (53 tokoh) yang
meriwayatkan gaya Hadith, bahkan sebahagian daripadanya ialah Hadith-Hadith Rasulullah s.a.w. tentang zuhud.
Bagi Kitab al-Wara` adalah bertolak dari
tajuk-tajuk persoalan – bukan tokoh seperti Kitab al-Zuhd. Persoalan-persoalan
ialah mengenai tajuk-tajuk yang berhubung dengan tasawuf seperti Keperluan
kepada bekerja, tentang perlunya tinggalkan takabbur, Larangan riba` dan
sebagainya yang di bawah topik-topik berkenaan disertakan riwayat gaya Hadith,
bahkan ada yang langsung Hadith Nabi
s.a.w.
Kitab al-Wara` walaupun nipis berbanding dengan
kitab al-Zuhd, tetapi ianya terbahagi kepada dua bahagian (juz`) satu dari hlm. 1 hingga 97 (45 bab - persoalan) dan bahagian dua dari
hlm. 99 – 208 (51 bab - persoalan). Tidaklah jelas perbezaan antara juz`
pertama dan kedua. Mungkin pemecahan semata pemecahan kepada dua juz` yang
jumlah setiap bahagian berhampiran dari segi jumlah bab.
Tentang Kitab al-Wara` sebagai kitab yang
disusun oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, maka pada permulaan bagi juz` pertama
bagi Kitab al-Wara` dicatat riwayat
sebagai permulaan secara gaya Hadith:
Kitab al-Wara`
Daripada Imam Abi `Abdillah Ahmad bin
Muhammad bin Hanbal al-Shaibani r.`a, karangan Abi Bakr Ahmad bin Muhammad
al-Maruzi, riwayat Shaykh Abi Bakr Ahmad
bin Muhammad bin `Abdil Khaliq daripadanya, riwayat Abi Bakr Ahmad bin Ja`afar
bin Muhammad bin Salam bin al-Khatli daripadanya. Riwayat al-Shaykh Abi Bakr
Muhammad bin Musa al-Khayyat al-Muqri
al-Hanbali daripadanya. Riwayat Shaykh Abi Talib `Abdul Qadir bin Muhammad Ibn
Abi al-Qasim daripadanya. Riwayat oleh dua Shaykh Abi Nasr `Abdil Rahim bin
`Abdul Khaliq bin Ahmad bin `Abdul Qadir
dan Shaykh Abi al-Hasaan `Ali bin `Asakir bin al-Murahhib al-Talihi
daripadanya.
(Sebahagian dari tokoh dalam sanad ini
diberi huraian tentang tarjamah dan
bio-data mereka oleh Pentahqiq – Al-Doktorah
Zainab).
Usaha Pengkaji dan Pentahqiq
Sementara itu pihak Pengkaji dan Pentahqiq,
iaitu al-Doktorah Zainab Ibrahim al-Qarut
selain melengkapkan Kitab al-Wara` dengan latar dan profile al-Imam Ahmad bin
al-Hanbal, beliau menyebut beliau tidak mengetahui/menyaksi Kitab al-Wara` di
dalam tulisan khat – tangan, yang diketahui dan digunakan ialah cetakan awal di
Mesir pada tahun 1340H. Teks inilah digunakan bagi kajian, tahqiq dan
pembaikan.
Antara usahanya ialah memberi latar
tokoh-tokoh yang ada di dalam sanad-sanad
bagi Kitab al-Wara` -pada permulaan di
bawah – 9 orang, namun kata Al-Doktorah Zainab, beliau tidak mampu
mendapat maklumat bagi tokoh-tokoh di dalam sanad- yang nenyebut Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Latar bagi
ahli-ahli sanad yang disertakan ialah:
1) Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Muhammad bin
al-Hajjaj al-Maruzi yang didapati dari Tarikh Baghdad oleh al-Khatib
al-Bagfhdadi
2) Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Muhammad bin `Abd
al-Khaliq juga dari Tarikh al-Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi
3) Tarjamah Abi Bakr Ahmad bin Ja`afar bin
Muhammad bia Salam al-Khatali daripada al-Wafi bi al-Wafiyyat li al-Safadi
4) Tarjamah al-Hafiz Abi al-Fath Muhammad bin
Ahmad bin Muhammad bin Abi al-Fawaris daripada Al-Wafi dengan al-Wafiyyat al-Safadi
5) Tarjamah Abi Bakr Ibn `Ali bin Muhammad bin
Musa al-Khayyat al-Muqri` daripada Tabaqat al-Hanabilah li Ibn Abi Ya`la
6) Tarjamah Abi Talib `Abd al-Qadir bin Muhammad
bin Abi al-Qasim daripada al-Muntazin bagi Ibn al-Jauzi
7) Tarjamah Abi Nasr `Abd al-Rahim bin Muhammad
al-Khaliq daripada `Abd al-Dhahabi
8) Tarjamah Abi al-Hasan `Ali bin `Asakir bin
al-Murahhib bin al-`Awwam al-Batta`ihi daripada Dhay Tabaqat al-Hanabilah bagi
Ibn Rajab, dan
9) Tarjamah Taqiyyuddin Abi Muhammad `Abd
al-Ghaniyy bin `Abd al-Wahid bin `Ali bin Surur al-Maqdisi daripada Tadhkirat
al-Huffaz oleh al-Dhahabi.
Dan bagi menyempurnakan tahqiq bagi Kitab
al-Wara` ini Pentahqiq dan Pentashih telah membuat 30 buah rujukan, antaranya
dari kitab-kitab hadith al- Imam al-Sittah seperti Bukhari, Muslim, Nasai, Tirmidhi, Ibn Majah
dan Abu Daud dan juga al-Musnad al-Imam Ahmad, al-Muwatta` al-Imam Malik,
al-Mundhiri dan al-Darimi., kitab-kitab sejarah, kitab-kitab Tabaqat dan
sebagainya..
Dengan usaha Al-Doktorah Zainab, maka dapat
melengkapkan kandungan dan pendekatan Kitab al-Wara` oleh al-Imam Ahmad bin
Hanbal ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment