Shah Alam, 16 Rabiul Akhir 1435 = 16 Februari 2014 (Ahad):
Pagi ini Penulis turut dijemput menghadiri mesyuarat di atas
di Pejabat Pas Negeri di Shah Alam (jam 9.30 pagi), tapi oleh kerana bilik
mesyuarat di sini digunakan oleh pihak pemuda, maka mesyuarat dipindah ke
Tingkat 3, Bangunan World Wide di sini. Bila masuk ke Bilik Mesyuarat di sini
lantas kembali nostalgia bahawa di sinilah tempat bergiatnya Pas Selangor sejak
selepas 2000 sehingga pejabat baru digunakan sejak 3 tahun lepas. Nostalgia
makin bertambah apabila melihat veteran yang hadir lebih kurang 30 orang adalah
AJK Pas negeri Selangor pada masa itu.
Adalah difahamkan bahawa cetusan idea agar ditubuhkan (Kelab=Nadwah)
Veteran Pas ini mula dibisikkan oleh Presiden Pas Tuan Guru Dato` Seri Haji
Abdul Hadi Awang kepada al-Fadhil Ustaz Dr. Daeng Sanusi Mariok veteran Pas.
Selangor diminta memulai penubuhan Nadwah Veteran Pas berkenaan dan pertemuan
pertama telah dilakukan pada Sabtu 8.2.2014 jam 9.30 pagi bertempat di Pejabat
Badan Perhubungan Pas Negeri di Shah Alam di sini dihadiri oleh 24 orang
veteran Pas dan telah ditubuhkan AJK sebagaimana berikut:
Pengerusi
Mohd Kusrin Rahmad
Ketua
Hj. Mohsinon Hj. Tahir
Naib Ketua Muslimin: Hj. Sukiran
Naib Ketua Muslimat: (Ahli Muslimat dari Gombak)
Setiausaha: Sdr.
Yahya Shaari
Pen. Setiausaha: Sdr. Naharuddin Abdul Rashid
Bendahari: Hj.
Kamaruddin Suhaimi
Pen. Bendahari: Hj. Abu Bakar Mohamad
Manakala AJK ialah:
Hj. Hussin Bakri Sungai Besar
Hj. Nor Hadi Kuala
Selangor
(KIV)
Kapar
Hj. Daud bin Yahya Gombak
Hj. Abd Rasid
Latiff Klang
Hj. Abd Rahman Awang Subang
Hj. Wahid Basri Ulu Selangor
Hj. Romli Othman Puchong
Hj. Wan Yunus Wan A. Rahman
Ulu Selangor (?)
Pemeriksa Kira-Kira 1 Hj. Abdul Latif Ahmad
Pemeriksa Kira-Kira 2 Hj. Mohd. Ali Hasaan
Selain daripada itu turut dilantik Ketua Protem Komiti bagi
Nadwah Veteran Pas Kawasan seramai 22 orang bagi 22 kawasan. Nama Penulis
nampaknya turut ditunjuk sebagai Ketua Protem Komiti bagi Kawasan Serdang.
Tujuan penubuhan Tajamok Veteran Pas adalah untuk menyatukan
para pejuang Pas yang lama, melalui persatuan mereka akan terus dapat memberi
sumbangan idea dan sebagainya terhadap Pas di samping dapat mengeratkan
hubungan antara generasi Pas yang lama dengan yang baharu di dalam
memperjuangkan cita-cita keislaman Pas. Tajamok Veteran Pas ini mendukung
Perlembagaan Pas (Pindaan 2011) dan aturan Tajamok Veteran Pas adalah dibuat
menurut fasal 41(8)(j). Badan ini akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Badan
Perhubungan Pas Negeri Selangor dan setelah mendapat pengesahan dan
pengiktirafan dari Pendaftar Pertubuhan ROS. Perasmian akan dilancarkan pada
tarikh yang akan ditentukan.
Dalam sesi perbincangan timbul persoalan mengenai nama yang
dicadangkan `Tajamok Veteran Pas Selangor`. Istilah Tajamok` atas wazan
`tafa`ul` kurang tepat bererti `Himpun Menmghimpun`. Dalam bahasa Melayu sudah
ada kata-kata yang dipinjam dari bahasa Arab, iaitu `Majmu` atau `Jama`ah`,
tapi kalau mau kekalkan erti `Kelab`, maka istlah lebih tepat ialah `Nadwah`, iaitu
`Nadwah Veteran Pas`.
Turut dibincangkan agar wang pendaftaran dan yuran tahunan
diubah daripada RM5.00 kepada RM10.00. Cadangan dipersetujui.
Logo bagi Tajamok Veteran Pas ialah bulatan putih
dilingkungi bulatan hijau dan merah,
iaitu berdasarkan warna bendera Pas.
Mesyuarat membincangkan tentang draft perlembagaan yang akan
terus diperhalusi dan pembentukan AJK Tajamok Veteran Pas Kawasan dan beberapa
agenda lain.
Pertemuan berakhir jam 12.00 tengahari.
Sekian.
No comments:
Post a Comment