Tahap ini adalah bermula dari akhir tahun 2012. Sebelum daripada itu dalam
mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, seorang AJK yang mempunyai pengalaman
yang luas dari segi pentadbiran dan pembangunan, iaitu Tuan Haji Omar Ja`afar
Bekas Pendaftar Bahagian Pembangunan UKM dalam mesyuarat AJK Pembinaan pada 21
Mac 2012 bersamaan 27 J. Awal 1433 telah mencadangkan agar dilantik seorang
yang berpengalaman dari segi teknikal dalam pembangunan mengetuai bahagian teknikal. Cadangan beliau diterima
dan Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad dari
UKM mengetuai bahagian teknikal. Pada peringkat permulaan bahagian teknikal
lebih menumpukan perhatian pada pelan arkitek yang disediakan oleh Ar. Raja
Fuaddin Raja Ahmad yang juga pada masa itu sebagai AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Mesyuarat Khas
bahagian teknikal yang pertama diadakan pada 14 Ogos 2012 dari jam 10.15 -12.00
pagi di Pejabat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
Melalui mesyuarat teknikal dan mesyuarat Jawatankuasa
Pembinaan yang mulai dikenali sebagai Jawatakuasa Induk, maka dikenalpasti perunding-perunding yang kemudian dibawa
masuk sebagai perunding-perunding bagi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm.
Bahagian Arkitek merupakan Perunding yang paling awal, iaitu Arkitek Urusbina yang
beralamat:
No. 47, Taman Seri Medan,
Jalan Raja Syed Alwi,
0100 Kangar Perlis.
Perunding bahagian Civil Engineer yang dijemput ke perundingan
diketuai Ir. Mohd Safari Ahmad ialah:
Safari Ingeniuers,
No. 20 – 3, Jalan 18/23E,
Taman Danau Kota,
Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Manakala Perunding bahagian Ukur Bahan diketuai Sdr. Mohd Ashri Yusuf ialah:
Tetuan May Consult.
No. 48B, Jalan Jernai.
Medan Idaman Business Centre,
Gombak,
53100, Kuala Lumpur
Seterusnya Perunding bahagian Mechanical dan Electrical ialah:
Perunding AZFAR,
7-1 & 7 -2 , Jalan 3/23A,
Danau Kota, Setapak,
53300 Kuala Lumur.
(Tidak dimasukkan kontrektor, kerana pemilihannya dibuat
akhir 2013 secara interview)
Beberapa ahli dari AJK Pembinaan Induk diwakili ke dalam AJK
Teknikal, iaitu Engineer Haji Ghazali Hussin Bekas Engineer di IKRAM, Bendahari
Tuan Haji Mohd. Nor Yasin, Haji Abdul Rahman Daud dan Mohd Adham bin Annuar
Setiausaha Kerja).
Tiap perunding di atas mengkhusus di dalam bidang masing-masing.
Sebagaimana perunding berhubung dengan arkitek demikianlah dengan perunging misalnya Kejuruteraan Awam misalnya
berhubung dengan anggaran tanah yang
akan dikeluarkan, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Demikian dengan Ukur
Bahan menilai keperluan bahan-bahan bagi pembinaan dari segi kuantiti dan
kualiti dan Bahagian Mrkanikal dan Elektrikal dari segi kemasukan tenaga
elektrik, keperluan peralatan air-cond., kipas dan jangkaan penggunaan tenaga
letrik ke seluruhan. Juga mempastikan sub-station elektrik dapat dipasang lebih
awal hingga tidak terganggu usaha-usaha menyiapkannya bagi penggunaan letrik
Antara hasil penting daripada perbincangan dengan
perunding-perunding ialah menukar binaan Masjid Al-Umm dari dua tingkat kepada
tiga tingkat. Penukaran ini banyak melibatkan pengubahsuaian dari segi pelan arkitek. Selain
daripada itu perubahan juga melibatkan luaran dari segi fizikal, misalnya rumah
mayat, penyediaan kolah, kaedah penjimatan air dan sebagainya, manakala dari
bahagian dalam melibatkan partisan di bahagian bawah dan atas.
Perbincangan ini mendahului tempoh pembinaan, kerana mau
dipastikan semua aspek diberi perhatian. Perunding-perunding memainkan perana
penting menasihat dan membuat cadangan-cadangan melalui mesyuarat yang
diadakan. Meskipun mereka adalah keahlian dalam mesyuarat teknikal, tetapi bila
ada cadangan penting yang hendak dibawa kepada AJK Induk mereka yang berkait
dengan bidang rundingan diminta hadir memberi penjelasan dan cadangan. Pendek kata semua aspek berhubung dengan
pembinaan yang berkait dengan perunding-perunding diteliti terlebih dahulu agar
semua perfect bila pembinaan mula dijalankan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment