BBB, 29 Zulkaedah 1435 = 24 September 2014 (Rabu):
Salah satu agenda yang disusun bagi Bengkel Untuk Merancang
Dan Mengimarahkan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, ialah Taklimat Pembangunan
Masjid Al-Umm bagi maklumat peserta-peserta terutama bagi pengerusi-pengerusi
dan setiausaha-setiausaha atau wakil-wakil dari surau-surau Bandar Baru Bangi, juga tamu-tamu jemputan.
Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Daud ahli jawatankuasa pelaksana Bengkel yang juga ahli
jawatankuasa induk (Dilengkapkan dengan maklumat-maklumat tambahan).
Dari segi pembangunan fizikalnya pembinaan Masjid Al-Umm bermula
dari `Masuk Tapak` oleh pihak kontrektor bermula pada 10 Disember 2014. Namun
sebelum bermulanya pembangunan fizikal, ada sejarah dan usaha mendapat kelulusan
pembangunan. Sebelum daripada itu penduduk generasi awal BBB sejak 1978
menggunakan `Rumah Semi D` sebagai surau beralamat di No. 6, Jalan 1/3G dengan ihsan
dari pihak PKNS. Mula digunakan pada 6 Ogos
1978 sempena 1 Ramadhan 1398 (Pada 5 Ogos gotong royong membersihkan
bangunan). Pihak PKNS sebenarnya menyediakan tapak masjid/surau berhampiran
sekolah Rendah BBB seluas 1.89 ekar sejak BBB dibangunkan bermula 1975, ada
usaha dari AJK Surau al-Umm untuk mendirikan surau bagi menggantikan Surau NO.
6, Jalan 1/3G dan pernah mendapat keizinan JAIS 1996, (Surat JAIS (2) dlm. JAIS
Sel. 9189 3/5/10 bertarikh 30 Ogos 1996). Pada 2007 pihak PKNS sendiri pernah
menghantar surat kepada AJK Surau Al-Umm agar mendirikan surau di tapak
berkenaan, kerana PKNS berhasrat untuk mengambil balik rumah semi D berkenaan.
namun tidak bergerak, lantaran AJK sekali mau dirikan masjid dan sekali mau
mendirikan surau. Tiada tindakan berkesan.
Sejak BBB dihuni pada
akhir November 1977 penduduk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kajang,tetapi
oleh kerana sukar bagi warga kampus UKM dan penduduk BBB menunaikan solat
Jumaat, maka UKM menyediakan tempat solat Jumaat bermula bertempat dilobi
Bangunan Pentadbiran UKM, kemudian ke
ruang Perpustakaan Tun Seri Lanang selepas perpustakaan dibuka pada 19 Sya`ban
1400 bersamaan 2hb. Julai 1980. Kemudian solat Jumaat didirikan di Ruang Legar
berhadapan Kentin UKM di tepi Bangunan
Pentadbiran berdekatan Bangunan IBKKM pada masa iti. Apabila bangunan Masjid UKM siap dibina pada
16 April 1982 (mula dibina pada 16 Mac 1979), maka penduduk BBB menggunakan
Masjid UKM sebagai tempat solat Jumaat. Namun kemudiannya untuk memudahkan
jamaah berjamaah, maka Surau Al-Nur dibenarkan mendirikan solat Jumaat pada
akhir 1990an, Surau ini terus mendirikan solat Jumaat, walaupun Masjid
Al-Hasanah yang didirikan pada akhir 1990an itu siap dan mula mendirikan Jumaat
sejak 2001.
Dengan terdirinya Masjid Al-Hasanah, hasrat mendirikan
Masjid tidak timbul buat beberapa masa, tetapi penduduk Bandar Baru Bangi makin
bertambah dan sejak pertengahan 2005 penduduk BBB menjangkau sekitar 80,000
penduduk, maka kewujudan satu masjid di Bandar Baru Bangi dengan beberapa surau
dinaikkan taraf mendirikan Jumaat kemudiannya tidak mencukupi. Sementara itu
usaha mendirikan Masjid (Al-Umm timbul semula dengan Janji pilihanraya sebelum (Mac 2008) untuk mengusahakan pembinaan Masjid
Al-Umm di tapak yang sedia ada di samping misi mau menjadikan Bangi Bandar Ilmu
yang telah dicetuskan sempena menyambut 30 tahun Bandar Baru Bangi pada tahun
2007 (30 Julai hingga 1 September 2007).
Tindakan diambil selepas kemenangan dengan Setiausaha Surau
Al-Umm Tuan Haji Hussen Yunos dengan mempastikan status tanah bagi tapak masjid
dan membuat permohonan terhadap JAIS berhubung mendirikan Masjid. Pejabat Tanah
Hulu Langat membuat jawapan terhadap tujuan mendirikan masjid Ruj. PTD
UL.16/3/5.2008(3) bertarikh 24 Mei 2008. Berikutnya surat maklumat kelulusan
dari Dato` Menteri Besar melalui Pejabat Tanah kepada JAIS Bil. PTD
UL.16/3/194-2006(9)bertarikh 1 September 2009. Pihak JAIS pula menjawab secara
positif JAIS Bil(16) dlm. JAI. SEL.BKP/03/016/5/22 bertarikh 17hb. November
2009, ``Tiada halangan tapak bagi mendirikan masjid dan pewartaan tanah dipohon
(Pewartaan terhadap tanah Lot 51177 Jalan 1/4A, BBB seluas 1.89 ekar diluluskan
pada September 2010 – Kelulusan pembinaan
JAIS pada Jun 2011).
Berikutan dari kelulusan itu, Adun Bangi pada masa itu (Dr.
Shafie Abu Bakar) menjemput Pengerusi-Pengerusi dan Wakil-Wakil Surau di
sekeliling `Tapak Masjid Al-Umm` pada
malam 4 Februari 2010 bagi membincangkan cadangan membina Masjid Al-Umm,
mesyuarat bertempat di Surau Al-Umm.
Mesyuarat yang berlangsung dari jam 9.30 – 11.00 malam bersetuju untuk
mendirikan Masjid Al-Umm dengan peruntukan yang dianggarkan sebanyak RM10 juta.
Sebuah AJK Awal ditubuhkan kea rah mendirikan Masjid Al-Umm
yang terdiri dari:
1.
Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar (Pengerusi)
2.
Mohd. Ghazali bin Abbas – Pengerusi Surau Al-Nur
(Timbalan Pengerusi)
3.
Tuan Haji Hussin bin Yunos Setiausaha
4.
Fahdee bin Faisal
5.
Mohd Hafiz bin Suib
6.
Haji Mohd Nor bin Haji Yassin – Bendahari
7.
Ahmad bin Haji Hasbullah
8.
Imam Supaat Abdul Rahman – Pengerusi Surau
Al-Umm
9.
Haji Abdul Rahman Daud
10.
Mohd. Nezar Osman
11.
Dr. Abdul Rahim Samsuddin
12.
Mohd Said Mohd. Yunus
13.
Amin bin Othman.
Jawatankuasa ini bergerak dan bermesyuarat. Antara hasilnya
ialah menubuhkan tiga AJK Kerja
1 Jawatankuasa Plan Binaan dan Landscaping diketuai Encik
Nasai (Lantikan tanpa hadir dengan Setiausahanya Haji Mohd Said Mohd Yunus
2. Jawatankuasa Dana diketuai Tuan Haji Mohd. Nor Yasin
3. Jawatankuasa Pendidikan diketuai Dr. Tajul Ariffin Noordin
Jawatankuasa berjalan. Antara tindakan ialah membersih kawasan Tapak Masjid Al-Umm
dengan menggunakan mesin jentolak. Dalam masa yang sama Adun Bangi juga
berurusan dengan Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahi melancarkan Bangi Bandar Ilmu pada 22 Jun 2008
dan usaha bagi Y.A.B. Kemudian berusaha agar Dato` Menteri Besar Selangor Tan
Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim datang melawat Tapak Masjid Al-Umm pada 6
Januari 2013. Untuk itu AJK diperkemas. Misalnya mesyuarat November 2012, maka beberapa
penambahan AJK dilakukan, manakala yang
tak tak hadir mesyuarat tergugur dengan
sendirinya. Antara tenaga yang dibawa masuk menjadi AJK ialahTuan Haji Omar bin
Jaafar, Ir.Ir. Haji Ishak bin Arshad
dari UKM, Ir. Hj Ghazali bin Hussin dari IKRAM, Haji Ahmad Sufi Munasir YDP
PPBBB, Haji Mohd Kalok bin Latif Bekas Pendaftar UPMf, Haji Suib bin Maulud
juga Bekas Pendaftar UPM, Mohd Adham bin Annuar Setiausaha Kerja dan Raja
Fuaddin bin Raja Ahmad, tidak termasuk
dua audit dalaman iaitu Amir Abbas bin Mohd. Khalil dan Haji Shamsuddin
bin Puteh Turut dimasukkan kemudian ialah Tuan Haji Suib bin Maulud. Beberapa AJK
dilantik awal digugurkan kerana tidah hadir mesyuarat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment