BBB, 24 Jamadil Awwal 1437 = 04 Mac 2016
(Juma`at):
1) Miftah al-Murid fi `Ilm al-Tauhid oleh Shaykh Zainal Abidin bin
Muhammad yang dikenali juga dengan panggilan Tuan Minal – nisbah kepada nama
tempat di Fatani.
2) Risalah Pada Membicara Asbab Menjadi Murtad oleh `Umar bin Zainal
Abidin Fatani, anak bagi Shaykh Zainal
Abidin
3) Nazam Melayu Pada Bicara Tauhid
Dan Nasihat oleh Tuan Haji Ahmad bin Abdul Rauf, Melaka dan Nazam dari `ulama`
Terengganu.
4) Kitab Muta`allim dari karangan Shaykh Daud bin Abdullah al-Fatani
(Tidak akan dibicarakan).
Tumpuan pembicaraan pada kali ini ialah
terhadap dua risalah terawal iaitu karangan Shaykh Zainal Abidin Muhammad
al-Fatani dan karangan anaknya Risalah
Pada Membicara Asbab Menjadi Murtad karangan `Umar bin Zainal Abidin.
1) Miftah al-Murid fi `Ilm
al-Tauhid:
Karangan ini begitu ringkas, iaitu sekadar 6
halaman yang pada awalnya selepas basmalah, hamdalah dan salawat terus
membicarakan tentang hukum akal yang tiga, iaitu wajib, mustahil dan harus
dengan definisi-definisi bagi setiap hukum berkenaan. Berikutnya disenaraikan
sifat-sifat yang wajib bagi Allah, iaitu 20 sifat satu persatu dengan diberi
makna dengan lawannya (mustahil) dan tanda-tandanya (dalil). Sebagai contoh:
Dan Baqa` ertinya Kekal (dan) makna kekal itu
wujudnya tiada berkesudahan, lawannya `Fana``, mustahil Ia fana`, hanya wajib kekal selama-lamanya.
(Adapun) tanda kekal Allah Ta`ala itu sekalian makhluk ini.
Demikian contoh huraian ringkas bagi setiap
sifat diberikan. Selepas selesai membicarakan sifat 20 pengarang mengatakan:
``Adapun dalil sifat-sifat ma`nawiyyah ini, iaitu dalil sifat-sifat ma`ani yang telah
lalu.`` Selepas itu dibicarakan konsep harus. Kemudian pengarang memecahkan
sifat-sifat berkenaan kepada empat kategori, iaitu Nafsiyyah, Salbiyah, Ma`ani
dan Ma`nawiyyah dengan ta`arif bagi setiap kategori dan sifat-sifat di bawah
setiap kategori berkenaan.
Selepas daripada itu dibicarakan tentang
sifat-sifat wajib bagi Rasul (tiga) dengan dalil-dalil dan mustahil bagi mereka
dan juga harus bagi Rasul. Kemudian dibicarakan dari segi makna Ketuhanan dari
aspek Istighna` dan Iftiqar dan sifat-sifat di bawahnya dan lawan-lawannya –
mustahil dan harus. Begitu jugalah dimasukkan sifat-sifat yang wajib bagi Rasul
dan lawan dan juga yang harus sebagaimana telah dibicarakan. Seterusnya
dibicarakan rukun iman yang lain, iaitu percaya akan malaikat, percaya akan
segala Rasul, Kitab, Hari Kiamat (tidak disebut tentang qada` dan qadar) dan
lawan-lawan yang semuanya diletakkan di bawah dua kalimah Shahadah.
Berikutnya diberi sejarah ringkas Nabi
Muhammad s.a.w. dari kelahiran di Makkah hinggalah kewafatan Baginda di
Madinah. Huraian ditutup dengan makna
dua kalimah Shahadah yang huraian sedemikian menjadi hafalan bagi masyakat pada
zaman tradisi. Risalah adalah ringkas tetapi padat, sesuai bagi pengaji-pengaji
pada peringkat teras dan permulaan.
Adapun Risalah Pada Mmenyatakan Asbab Yang
Jadi Murtad oleh al-Fadhil Umar anak Shaykh Zainal Abidin ialah bertujuan bagi
memelihara diri daripada jatuh murtad
yang dapat dirumuskan sebagaimana berikut:
1) Jaga i`tiqad
2) Jaga perbuatan
3) Jaga perkataan
Huraian yang pertama seperti syak akan wujud
Dhat Allah Ta`ala atau syak tentang Pesuruh
- Rasulullah atau syak pada sesuatu daripada Al-Qur`an, jikalau satu
ayat sekalipun. Juga syak dengan hari kiamat dan sebagainya.
Adapun kedua
jaga dari segi perbuatan seperti sujud bagi berhala atau matahari atau bulan atau makhluk
yang lain.
Manakala jaga dari segi perkataan, iaitu amat
banyak antaranya menuduh orang Islam sebagai kafir, antaranya mempermain dan
mempersenda ayat-ayat Al-Qur`an, menafikan hukum-hukum Allah. Termasuk juga
orang yang mencela dan merendah-rendahkan Nabi.
Pengarang mengingatkan supaya setiap orang
Islam berhati-hati menjaga i`tiqad, perbuatan dan perkataan dari terjatuh
kepada murtad. Pada akhirnya pengarang mencatat:
(Fasal) Wajib atas mereka yang jatuh murtad
daripadanya kembali dengan segera kepada Islam dengan mengucap dua kalimah shahadah dan wajib
meninggalkan daripada barang yang jatuh dengan dia murtad dan wajib atasnya
menyesal atas barang yang keluar daripadanya dan cita-cita ia atas bahawa tiada
kembali kepada seumpamanya dan wajib atasnya qadha` barang yang luput akan dia
daripada segala yang wajib pada shara` di dalam demikian itu masa murtad. Maka
jika tiada taubat ia nescaya wajib atas
Imam menuntuti taubat akan dia dan tiada
diterimakan daripadanya melainkan
Islam atau bunuh (dan) batal dengan
sebab murtad itu puasanya dan tayammumnya dan nikahnya dahulu daripada dukhul
dan demikian kemudian daripadanya jika tiada kembali kepada Islam di dalam masa
idahnya dan tiada sah `aqad nikahnya dan haram sembahyang dan tiada dipusakai
ia dan tiada dipusaka akan dia dan tiada disembahyang atasnya dan tiada mandi
akan dia dan tiada dikafan akan dia dan tiada ditanam akan dia (dan) harta
orang murtad itu jadi harta fa`i kembali kepada baitulmal. Wa Allah Subhanahu
wa Ta`ala a`lam.
Demikian implikasi dan akibat murtad. Apa yang
ditimbulkan di atas ada releven dengan pengajian akidah, bahawa tidak memahami
akidah menyebabkan Islam seseorang Islam tidak sempurna, juga mengingatkan
akibat murtad sama ada sengaja atau jahil memberi implikasi yang lebih besar.
Sebab itu setiap orang Islam perlu memelihara akidah dan mengelak diri dari
perkara-perkara nyang merosakkan akidah Islam.
Sekian.
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888))) Atau insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
ايهما اولى بالشرك يا رسول الله؟ المرمى او الرامى؟ فقال الرامى
•
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos