June 4, 2016

Keihsanan Bagi Keinsanan Majoriti Dalam Baldah Tayyibah


BBB,  27 Sha`ban 1437 =  03 Jun 2016 (Juma`at):
Telah disebut bahawa 70% daripada majoriti sesebuah masyarakat  bagi kependudukan sesebuah negara  adalah merupakan orang awam. Sesungguhnya mereka ini dilihat seperti orang banyak dan biasa, tetapi adalah penting dan seharusnya diberi perhatian tinggi contohnya di dalam pembinaan sesebuah masyarakat atau negara. Pentingnya ialah kerana:
1)       Dari masyarakat awam yang normal ini membentuk imej bagi keseluruhan masayarakat.
2)      Maju dan mundur masyarakat bergantung kepada masyarakat awam ini.
3)      Perjuangan mereka ialah untuk survival diri dan keluarga di dalam masyarakat yang mencabar
4)      Mereka biasanya patuh pada nilai dan aturan, asal jangan dikenakan tekanan melampau
5)      Mereka  dapat dibentuk  secara ihsan  menurut kaedah  tersusun dan terancang.
Dalam masyarakat   dan negara, khususnya di dalam masyarakat moden kini  ada mekanisme pentadbiran yang dikepalai oleh  orang politik (siasah  - melalui pilihan). Mereka adalah antara 15% kumpulan  terpilih (ideal) dan menguasai  masyarakat.
Masyarakat awam tidak boleh dibiarkan bergerak dan berkembang tanpa hala tuju.  Mereka perlu digerak dengan idealisme unggul  yang dibawahnya ada mekanisme bagi menuju idealisme tersebut, walaupun pada hakikatnya tidak akan dapat dicapai sepenuhnya idealisme tersebut, tetapi ianya adalah menjadi slogan yang terus hidup dan menjadi harapan kepada mereka dan semua pihak bekerja ke arahnya. Idealisme dan harapan hendaklah sesuai dengan situasi masyarakat dan keperluan mereka.
 Idealisme dan harapan yang dapat menjaga maqasid dan maslahah  rakyat dan ummah  digariskan. Antaranya:
1)      Membina Negara Makmur  dan berkepercayaan kepada Tuhan (Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur)
2)      Memelihara agama dan nilai yang dipegang.
3)      Peluang pekerjaan dan ekonomi  yang  adil
4)      Peluang mendapat pelajaran secara terbuka
5)      Peluang bagi mendapat kediaman untuk keluarga sejahtera
6)      Kedaulatan undang-undang – Adil kepada semua
7)      Kebebasan mengeluarkan pendapat selagi tidak bercanggah dengan undang-undang
8)      Kebebasan memilih kepimpinan
9)      Jaminan keselamatan di dalam negara dan pertahanan dari ancaman luar
10)   Peluang dan galakan bagi memupuk bakat, kreativiti dan inovasi.
Idealisme dan harapan hendaklah dituju kepada orang awam yang menjadi majoriti ummah. Apa yang ditawarkan bukan sebagai suatu yang di luar kemampuan, tetapi  adalah praktik.
Bagi orang banyak atau orang awam apa yang paling dekat kepada mereka ialah survival bagi diri dan keluarga bagi yang telah berkeluarga. Perhatian dan ihsan perlu diberi kepada mereka.
Pengaliran kependudukan dari kampung dan desa ke bandar-bandar dan ke pinggir-pinggir bandar adalah didesak oleh kesempitan hidup mereka yang tidak lagi dapat mengharap kepada hasil getah yang amat rendah harganya dan tidak mampu lagi menjadi sumber kewangan untuk  hidup. Demikian anak muda juga tidak dapat mengharap pada tulang empat kerat bagi membanting tulang di bendang dan di ladang, lantaran mereka berhijrah ke bandar-bandar dan pinggir bandar bagi mendapat pekerjaan sama ada sebagai pekerja-pekerja kilang, buruh di berbagai sektor dan agensi  kerajaan dan swasta. Bagi mendapat tempat tinggal mereka seumpama ini sanggup menjadi setinggan, selain dari menyewa  kediaman yang layak dan sesuai bagi mereka. Keadaan lebih tertekan bila sama dibawa adalah keluarga. Mereka perlu memikirkan bukan saja tempat tinggal, rezeki untuk dimakan dan juga peluang mendapat pelajaran bagi anak-anak mereka. Mereka seperti ini amat mengharapkan kepada pembelaan dan ihsan. Lebih tertekan bagi mereka ialah dengan berlakunya kenaikan harga-harga keperluan yang  di luar kemampuan pendapatan mereka.
Satu gelompang harapan lagi ialah terdiri dari anak-anak muda dan para remaja yang baru  tamat pengajian sekolah menengah. Yang mendapat kelulusan yang baik adalah mempunyai cita-cita dan harapan yang tinggi untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Mereka biasanya mempunyai latar belakang  keluarga yang miskin. Dengan mengharapkan pinjaman dan sara hidup yang tinggi mereka terpaksa mengikat perut bagi meneruskan pengajian. Insya Allah dengan kecekalan dan kesungguhan mereka,  mereka akan mendapat kelulusan pengajian tinggi – universiti.  Mereka juga mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapat pekerjaan dengan pendapatan  agak lumayan, bukan saja untuk diri tetapi juga keluarga di kampung. Tapi dalam keadaan dalam mana pengeluaran pengajian tinggi  begitu ramai dan peluang kerja makin berkurang. Suasana meresahkan mereka. Mereka berpotensi menjadi kelompok yang tidak puashati terhadap pemerintah, jika tiada peluang yang dapat diberi bagi meredakan keresahan mereka . Satu kelompok lagi ialah kalangan lulusaan sekolah pada peringkat agak rendah yang tidak melayakkan mereka ke pengajian tinggi, mereka juga  turut bergerak ke kota bagi mencari peluang kerja. Jika  harapan mereka tidak dapat dipenuhi, maka mereka boleh termasuk di bawah golongan 15%  yang memasalahkan masyarakat.
Sesungguhnya  dalam konsep  baldah tayyibah wa Rabbun Ghafur perlulah merangka pendekatan yang terbaik bagi  memenuhi harapan dan peluang bagi semua pihak, bukan saja di bandar yang menjadi pusat penghijrahan bagi mengadu nasib, tetapi semua tempat termasauk di luar-luar bandar. Antara pendekatan yang  boleh diambil:
1`)   Membuka  pusat-pusat pengajian di  kawasan di  luar bandar  yang mengurangkan aliran ke bandar dan dapat membangunkan kawasan luar bandar.
2)   Membuka kilang dan perusahan di kawasan luar bandar
3. Membanyakkan pusat latihan kreativiti dan inovasi
4.  Menghentikan kemasukan buruh-buruh asing
5.  Membina rumah-rumah mampu milik di kawasan luar bandar
6.  Menambahkan pengeluaran makanan  yang boleh menurnkan kos hidup.
7.  Mendiri kan pusat-pusat komuniti dan masyarakat bagi kegiatan dan bimbingan
8. Menyediakan kemudahan-kemudahan riadah untuk mencergas dan menjaga kesihatan
9. Menggalakkan kegiatan-kegiatan agama yang dapat mendidik peribadi, meredakan kerasahan dan menenangkan merekla.
10. Menggalakan kegiatan sukarela dan volunteer.
Pihak berkuasa yang baik ialah pihak yang dapat merasa detik hati masyarakat dsan bekerja bagi  hasrat dan keperluan mereka di dalam membina `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur.

Sekian.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    ..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´
    _ ¨`»082 313 669 888
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل






































    ReplyDelete