Persoalan insan adalah persoalan
falsafah. Ia adalah makhluk ciptaan
Tuhan relatif paling sempurna. Sedang Allah Tuhan bersifat Paling Sempurna, maka insan adalah paling
dekat dengan Allah. Bahkan sebagai bukti kesempurnaanNya. Pada hakikatnya dari segi kejadian biologi
insan tidak lebih dari elemen-elemen yang lain yang merupakan satu dari
percikan ciptaan Allah. Bahkan ianya adalah bukan dari peringkat awal dari
permulaan wujud fizikal alamiah, sebaliknya
adalah sebagai produk fizikal lanjutan dari makhluk alam. Tentang kejadiannya. Firman Allah bermaksud:
``Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
insan dari pati (yang berasal) dari tanah.`` (Al-Muminun: 12)
Dan banyak lagi ayat-ayat yang merujuk kepada
kejadian insan.
Dan insan adalah dipermuliakan Allah
berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Firman Allah bermaksud:
``Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di
darat dan di laut; dan kami telah berikan rezeki kepada mereka daripada
benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan
selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.``
(Al-Isra`: 70).
Allah Yang Maha Mengetahui yang menyebut
makhluk kejadiannya baik di langit dan dibumi. Kita telah bicarakan pendapat tentang cakerawala kejadian Allah
yang maha luas yang untuk menembusinya jutaan tahun, disebutNya yang
paling dimulia kejadiannya ialah
insan. Ini bererti (contoh insan
dimuliakan) rumah insan ini ialah planet bumi dan laman dan taman bagi rumah
insan ialah seluruh cakerawala wujud dan kandungannya. Planet-planet adalah
pagar-pagar keselamatan bagi rumah bumi yang dihuni insan. Matahari adalah
kandil yang terus menyinari alam dan dunia (siang dan malam) bagi kehidupan
insan dan turunan), manakala berbagai galaksi gugusan bintang-bintang yang
menghiasi cakerawala adalah lampu-lampu thurayya yang menghiasi ruang, laman-laman dan
taman-taman bagi rumah dunia dihuni insan.
Bagi menyedia dan menghiasi rumah dan laman-laman dalam cakerawala dan kandungan
bagi kiraan insan adalah bermilliniam tahun (nisbah dengan kiraan waktu
dunia), suatu masa yang amat lama dan panjang bagi insan, tetapi bagi Allah
untuk mewujudkannya sekadar `Kun fa yakun`. Bayangkan (nisbah bagi insan) untuk
menyediakan sebuah rumah biasa – katakan sebuah rumah bungalow di dalam
keluasan tanah suku ekar di pinggir sebuah bukit dengan peruntukan dan modal
yang cukup, memakan masa yang normal, untuk siap sepenuhnya ialah tiga tahun.
Dengan bangunan yang relatif indah siap dengan perabut yang mahal dan kawasan
berpagar dan mempunyai taman yang menarik membolehkan penghuninya sekeluarga tinggal secara tenteram dan damai
di dalam taman perumahan yang eksklusif bersama-sama jiran-jiran yang bertaraf
sosial yang sama.
Bayangkan pula melalui imaginasi dan realiti
Allah mencipta dunia dan cakerawala di alam semesta dengan berbagai kandungan
dari planet-planet dan gugusan-gugusan bintang-bintang dan berbagai kandungan
yang lain yang dijangka memakan masa
bermillinium tahun (nisbah kepada masa insan) dengan sebuah rumah bernama
`dunia` yang indah. Ketelitian ciptaan (nisbah kepada insan), setiap bahagian di rumah dunia, halaman dan ruang luar yang
sempurna dari landscape dan susun atur semuanya canggih dan teratur.
Kesempurna kejadian ini dapat dilihat seolah-olah melalui proses ujian sebelum dihuni, bahawa pergerakan
planet-planet di atas orbit masing-masing bergerak dengan tepat. Kandil
matahari terus menyala dan bila pertukaran malam bulan mengambil giliran
memantulkan cahaya yang lembut di atap-atap cakerawala, manakala gugus-gugus
bintang adalah thurayya-thurayya yang
menghiasi dengan cahaya indah gemerlap. Begitu lama tempoh percubaan sehingga
pasti semua sempurna (nisbah kepada
insan). Maka baharulah rumah dunia ini diluluskan sebagai layak dihuni.
Bagaimana dihuni dan bilakah penghunian
terjadi ?
Allah mengatur hikmat kejadian, keluarga
pertama yang menduduki rumah dunia di laman dan ruang cakerawala ini ialah
insan yang bernama Adanm dan pasangan
isterinya bernama Hawa – nenek moyang bagi semua manusia.
Kita tidak mengetahui sejak masa mana bermulanya kehidupan insan bernama Adam dan Hawa menghuni rumah
dunia.
Secara kasaar dikirakan
1) Zaman Nabi
Ibrahim adalah zaman Babylon 1`0,000
tahun Sebelaum Masih
2) Dari awal
Masihi hingga kini 2,016 tahun
3) Andaikan
zaman Adam hingga Nabi Ibrahim 5,000
tahun
Jangkaan permulaan hidup insan.
Jumlah 17,016
tahun.
Angka di atas – terutama dari zaman Nabi Adam
hingga kezaman Nabi Ibrahim adalah tidak
tepat. Namun jika secara kasar bahawa hidup insan hanya baru dalam
lingkungan 20,000 tahun yang lepas, sebenarnya masih baharu nisbah
dengan ciptaan alam fizikal di dalam alam semesta ini. Mereka belum berkesempatan meninjau
seluruh kawasan disediakan kepada mereka,
apa lagi
untuk memajukan semuanya. Sebaliknya dalam tempoh tersebut ` kemajuan` yang dicapai
insan di atas muka bumi ini masih terhad dan minimum. Ketara apa yang
dihadapi:
1) Sebahagian
besar daripada mereka yang berjumlah
kurang-lebih 5 billion
adalah di bawah garis kemiskinan. Mereka berjuang untuk mencari rezeki untuk hidup.
2) Sebahagian besar dari mereka masih
terperangkap di dalam kehidupan dan terlibat di dalam peperangan. Mereka
menjadi mangsa kepimpinan yang rakus kuasa.
3) Sebahagian besar masih buta huruf – Tidak berpelajaran
4) Sebahagian lagi gigih melawan penyakit
5) Mendepani berbagai masalah setempat seperti
kemarau, banjir, gempa, ribut, kebakaran dan berbagai-bagai kemalangan.
Semua ini
adalah masalah-masalah kemanusiaan yang menghalanag mereka mendapat
hak-hak sebagai manusia. Jauh dari peluang
untuk memperkembangkan potensi
. Mereka masih amat memerlukan
bimbingan dan pertolongan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment