BBB, 04 Ramadhan 1439H. = 20 Mei 2018M.
(Ahad):
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm (Induk)
bersama Jawatankuasa Teknikal adalah dua unit yang bekerjasama rapat di dalam
usaha membangunkan fizikal Masjid Al-Umm (Ada ditubuhkan jawatankuasa Tapak sekitar tahun 2014-2015 sebenarnya duplikasi
kerja-kerja Jawatankuasa Teknikal). Sehingga ke tarikh 8 Ramadhan 1438H. = 3
Jun 2017, tarikh dijangka Masjid Al-Umm dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan
Selangor, tetapi tidak jadi, sebenarnya bangunan fizikal Masjid Al-Umm telah
siap 98% dan mempunyai air dan api, dan boleh digunakan secara asas, tetapi
oleh kerana keperluan-keperluan wajib seperti kelulusan secara rasmi terutama
dari bomba dan air (sudah dapat digunakan),
maka ianya adalah meyebabkan tidak berkelayakan untuk digunakan (tiada CCC).
Meskipun tidak dapat dirasmikan, tetapi hingga
ke Ramadhan 1438 (Jun – Pertengahan tahun 2017)
pembinaan fizikal mencapai objektif – Cuma dalam usaha mendapatkan CCC.
Objektif dimaksudkan bukan semata-mata sebagai sebuah masjid biasa, tetapi sejak dari awal mempunyai misi dan visi
tersendiri. Apa yang terhasil:
·
Masjid Al-Umm
dengan berntuknya yang ada berjaya didirikan di atas tapaknya yang disediakan,
tetapi hingga kepada tarikh sebelum digezetkan, PTD. UL 16/3/194-2006 (9)
bertarikh (01 September 2009), tanah masih boleh diubah dan boleh digunakan
untuk tujuan – misalnya perumahan, komersil dan sebagainya, tetapi apabila
diluluskan oleh Dato` Menteri Besar Selangor dan digezetkan, maka ianya telah
berjaya ditetapkan bagi tapak masjid dan berikutnya diluluskan oleh pihak JAIS (Bil.
(16) dlm. JAL. SEL. BKP/03/016/5/ 22 bertarikh 17 Disember 2009,
`Tiada Halangan` mendirikan
masjid` maka dengan demikian masjid
dapat didirikan sebagaimana dapat disaksikan.
·
Masjid Al-Umm
didirikan digerak oleh misi dan visi yang murni, ianya berasal dari cetusan
`Bangi Bandar Ilmu` yang diisytiharkan oleh Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid
Ibrahimn pada 22.6.2008, mendirikan masjid sebagai pusat ibadat dan kegiatan
ilmu adalah salah satu mekanisme melonjakkan Bangi Bandar Ilmu. Saesungguhnya selepas
diisytiharkan Bangi Bandar Ilmu, ADUN
Bangi pada masa itu segera membuat permohonan memohon tapak dan memohon
keizinan bagi mendirikan masjid dari JAIS. Ssungguhnya perasmian tapak juga
dilakukan oleh Dato`Menteri Besar Selangor pada masa itu pada 6 Januari 2013.
·
Plan bagi
Masjid Al-Umm pada mulanya adalah plan masjid biasa dengan dewan solat utama dan pada bahagian atas tingkat satu
ruang bagi solat muslimat. Sebagaimana disebut plan arkitek yang disediakan
URUSBINA Sdn. Berhad mengalami perubahan (62%) bagi menurut misi dan visi pembinaan masjid, selain dari tempat ruang
solat utama dan ruang solat muslimat, Masjid Al-Umm direkabentuk bagi
menjadikannya juga sebagai pusat pengajian keilmuan berbagai bidang dan peringkat.
Pada tingkat satu, bersebelahan ruang solat muslimat terdapat Dua bilik
seminar, jika seminar dalam jumlah yang ramai, dua bilik ini dapat dibuka dan
disatukan menjadikannya sebagai `Dewan Seminar` . Di sebelah kanan bagi ruang
solat muslimat terdapat Dewan Musyuarat yang juga boleh digunakan untuk diskusi ilmiah, bengkel dan
kolokium. Di belakang dari Dewan Solat Muslimat terdapat empat bilik. Dua
daripadanya untuk bilik kuliah, sebuah bagi kelas tahfiz dan sebuah lagi bagi
Bilik Perpustakaan dan IT.
Ruang Utama untuk solat
jamaah dan Juma`at juga digunakan bagi pengajaran secara terbuka seperti
pengajian selepas maghrib hingga isya`, kuliah
dan tazkirah selepas subuh atau waktu-waktu yang lain.
Hasil dari perbincangan,
bahagian bawah tanah bangunan masjid pada asalnya untuk parkir, telah diubah
kepada aras bawah tanah yang dijadikan Dewan Konvensyen, dalam mana perhimpunan
keilmuan dapat diadakan dalam jumlah yang lebih ramai yang melebihi 1000 orang.
Dewan ini juga dapat digunakan untuk mesyuarat dan perhimpunan yang lain
termasuk juga bagi majlis kenduri perkahwinan.
Jadi jelas Masjid Al-Umm
adalah pusat ibadat yang berorientasikan ilmu. Jama`ah beribadat dan meningkat
prestasi ibadat dengan peningkatan keilmuan.
·
Masjid Al-Umm
sesungguhnya diprojekkan berada di Wadi Ilmu (Lembah Ilmu) berada di tanah
bersempadankan Bukit Bangi dan Bukit Mutiara Bangi. Secara mikro ia adalah
sebagai pusat kegiatan ilmu yang secara
makronya Bangi dilihat sebagai `Kampus Terbuka` bagi kegiatan ilmu – Termasuk dengan
adanya 20 pusat pengajian tinggi sekitarnya dengan berpuluh pisat latihan dan
penyelidikan.
Sesungguhnya Masjid
Al-Umm diprojekkan secara mikronya pusat ibadat beroientasikan ilmu dan berada secara makronya di Bangi Bandar Ilmu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment