DRAMA POLITIK
DAN COVID-19 Di SABAH
(Fikrah
Bangi: 817),
BBB: 16 Jamadil-Awwal 1442H. = 31 Disember 2020M.
(Khamis):
Sebaik keputusan pilihanraya ke 14 (18 Mei
2020), kerajaan negeri negeri yang menang turut menubuhkan pemerintahan negeri. Sabah
turut menubuhkan exco dan portfolio pemerintahan kerajaan negeri. Pada
peringkat Persekutuan PH menubuhkan kerajaan yang Perdana Menterinya ialah Tun Mahathir, walau bagaimana negeri
Sabah dimenangi oleh BN, maka Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri. Sabah mempunyai tradisi melompat ADUN. Melihat kerajaan negeri tidak
selari dengan pemerintah Pusat, Shafie Afdal yang sebagai wira negeri Sabah dan
mengetuai Parti Warisan dengan kerusi yang menghampiri majoriti, berjaya
menarik sokongan sebahagian ADUN yang melompat dan menyokong beliau sebagai
Ketua Menteri. Berlaku angkat sumpah kedua Ketua Menteri, kali ini dari Warisan diketuai Shafie Afdal. Berlaku
tindakan mahkamah dari Musa Aman, walaupun keputusan tidak memihak kepadanya.
Drama
politik Sabah tidak terhenti setakat itu, Musa Aman yang berjaya membersihkan
dirinya dari tuduhan rasuah melalui mahkamah, sesuai dengan kerajaan
Persekutuan diperintah oleh Pakatan Nasional, berusaha mendapat majoriti
sokongan ADUN negeri Sabah dan memohon untuk mempersembahkan jumlah majoriti
kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Johar, walau bagaimana Shafie
mendahului Musa Aman mengadap Tuan Yang Terutama bagi mendapat persetujuan
membubar DUN Sabah, sedangkan rombongan Musa Aman tersekat di tengah jalan dan
tidak diberi perkenan mengadap.
Berikut
dari perisytiharan pembubaran Dewan, maka ditetapkan oleh SPR hari mengundi
bagi memilih ADUN-ADUN Negeri Sabah, iaitu pada 26 September 2020. Perlu diingat pada masa ini Covid-19 sedang
melanda negara termasuk seluruh dunia. Wabak ini yang dikesan di negara ini sejak
(rakyat pertama dijangkiti ialah pada 5
Februari 2020 (Sinar, 5 Februari 2020: 1)
dan pertama meninggal dunia ialah seorang Paderi dari Sarawak (Sinar
18.3.2020: 1). Mesyuarat khas mengenai Covid-19 dilakukan pada 17.3.2020 dan
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di
negera ini mula diisytiharkan pada 18.3.2020).
Berikut
dari kempen pilihanraya di negeri Sabah dalam mana ramai dari mereka yang
berkempen dan berkunjung ke Sabah bagi
berkempen dan menyaksikan pilihanraya di negeri itu dan Pakatan Nasional
merampas kembali Sabah, walaupun wabak dapat dikawal dan turun kepada paras
yang paling rendah pada pertengahan Julai 2020, maka akibat dari jangkitan yang
berlaku pada pilihanraya berkenaan wabak itu merebak dengan pantas di Sabah dan
dibawa balik di negeri-negeri yang lain di Semenanjung. Wabak ini sukar di
kawal dan Sabah kekal mengatasai negeri-negeri
hingga ke akhir November 2020 dan Sabah dikenali sebagai ``Little
Wuhan`.
Pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai Tan Sri Hisham bertungkus lumus
membendung dan mengawal Covid-19
daripada merebak. Pihak kerajaan membayar kos yang mahal bagi menawan kembali
Sabah dari terus di bawah pengaruh PH. Pihak negara mendapat pengajaran dari
pilihanraya Sabah, bahawa ianya tidak dapat dijalankan dalam musim Covid-19
sedang melanda, jika tidak, maka wabak berkenaan akan terus merebak. Berdasarkan pengajaran ini, Kekosongan kerusi
yang berlaku terpaksa ditangguh dengan perisytiharan darurat oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agung,
sebagaimana dilakukan di Batu Sapi, Sabah yang diisytiharkan darurat pada 19
November 2020 diikuti perisytiharan demikian di beberapa kerusi yang lain.
Format
pilihanraya di Sabah adalah mengikut format parti-parti di Sarawak yang
bergabung di bawah nama Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPRS), maka dalam
pilihanraya di Sabah format sedemikian digunakan di Sabah dengan parti-parti
yang termasuk di bawah gabungan GRS
seperti Umno, Usno, PBS dan beberapa yang lain.
Walau
bagaimana kesilapan yang membawa merebaknya Covid-19 di Sabah dapat dibendung,
tenaga-tenaga tambahan terutama dari KKM ditambah di Sabah, al-hamdulillah,
kini situasi Covid 19 di bawah kawalan sebagai contoh:
Tarikh Kes. Seluruh Sabah
Selangor Kuala Lumpur Kematian
09.12.20 75,306 271 417 98 108
22.12.20 95,327
247 1,204 127 438
30.12.20 108,615 230 747 360 457
31.12.20 110,485 280 472 219 463
(Sumber,
The Star).
Dari
data di atas menunjukkan Sabah di bawah Ketua Menterinya Haji Ajiji berjaya
bukan saja mengambil Sabah dan mentadbir dengan baik dan berjaya mengurangkan
wabak Covid-19 yang pada masa selepas pilihanraya di negeri itu merebak dengan
pantas dan kini terkawal.
Dengan
itu drama politik dan Covid-19 dapat dikendali dengan baik.
Sekian.