October 23, 2019

KEWUJUDAN ADALAH PERTANYAAN


KEWUJUDAN ADALAH PERTANYAAN
(Fikrah Bangi: 380),
BBB: 24 Safar 1441H. = 23 Oktober  2019M. (Rabu).
Bagi yang mempunyai akal, walaupun tidak tinggi dari segi pemikiran – sebagai manusia biasa, bayangkan dengan berada di atas permukaan bumi, di kelilingi pokok-pokok yang menghijau berada di tepi sungai yang merupakan sumber air, berdepan dengan bukit bukau, langit tinggi, siang bermentahari dan malam kegelapan, mustahil tidak terbetik dalam minda watak manusia biasa pertanyaan tentang keberadaannya di dalam suasana alam digambarkan atau dalam suasana yang lain pun. Pertanyaan yang memerlukan jawaban.
Jika pun persoalan yang begitu besar dan berat, gerak daya individu dan keberadaannya bersama dengan komunitinya menggerak dirinya oleh tuntutan fizikalnya misalnya memerlukan kepada makanan untuk survival merupakan jawapan asas bagi mengatasai keperluan makanan yang menggerak diri dan kelompokke arah berusaha bagi mendapati makanan dan l;ain-lain keperluan.
Persoalan adalah daya gerak diri awal  sebagai dinamika ke arah ikhtiar, biarpun istilah sedemikian belum lahir sebagai kesedaran, tetapi ia merupakan  cetusan ke arah pergerakan yang membawa diri berusaha dan seterusnya menyelesaikan problem yang dihadapi.
Problem yang awal ialah mengatasi keperluanb fizikal sebagai menyelamatkan diri. Misalnya berusaha mendapat sumber makanan, berusaha mendapat perlindungan dan berusaha mendaatkan keselamatan.  Pendek kata pertanyaan adalah kesedaran tentang keberadaan dan pertanyaan juga adalah peringkat permulaan kesedaran tentang problem-prpblem yang dihadapi dan minta diselesaikan.
Pertanyaan adalah dinamika permulaan ke arah kesedaran dan tindakan. Ia bermula dari perkara asas dan berkembang kepada yang makin besar. Pertanyaan menggerakkan daya ke arah percubaan-percubaan. Bayangkan pada peringkat permulaan, manusia memerlukan pergerakan dari peringkat permulaan. Misalnya memerlukan kesampaian pada suatu tempat, pada peringkat perlulaan dengan berjalan kaki, maka terhasillah denai bagi berjalan kaki. Pertanyaan meminta jawaban bagi menyeberangi katakan sungai yang menghasilkan relacipta perahu, bukan saja bagi menyeberang, tetapi menjadi alat bagi mendapat sumber rezeki dari sungai. Pertanyaan juga mencabar minda  mereka cipta bagi menghasilkan alat misalnya dari kayu, batu dan besi untuk mengerat dan memotong dan sebagainya. Darinya dapat dipotong pokok dan kayu bagi  digunakan untuk binaan tempat tinggal yang dikenali dengan rumah dan sebagainya.
Dengan pertanyaan dan peralatan yang dihasilkan mampu bagi mereka mengusahakan  pertanian bagi menghasilkan dapatan yang lebih banyak. Misalnya dengan menanam padi, menanam pokok-pokok buah-buahan, memburu dan menangkap hasil ikan dari sungai dan laut.
Dari pertanyaan asas menghasilkan jawapan-jawapan kepada keperluan kehidupan, walaupun dapat diistilahkan sebagai pada tahap primitif, tetapi dapat dikatakan dari pertanyaan dan jawapan, menghasilkan kaedah dan cara hidup yang membentuk masyarakat permulaan.
Dalam masyarakat berkenaan mula disedari akan peraturan-peraturan dalam membina satu keluarga yang disedari lelaki memerlukan pasangan perempuan dan anak-anak. Jadi terbentuk pasangan-pasangan dan masyarakat dan berlaku perkahwinan antara keluarga dengan keluarga yang lain. Dari kehidupam kekeluargaan masyarakat memerlukan ada kepimpinan antara mereka. Kepimpinan bukan setakat menjaga kepentingan antara keluarga, tetapi juga untuk mempertahankan wilayah dan kehidupan mayarakat dan keturunan. Jadi mulai lahir konsep kaum dan lebih besar konsep bangsa dan wilayah tanah air yang memerlukan kepada kepimpinan bagi kawasan yang luas. Memerlukan peraturan dan ketua pemerintahan yang dikenali dengan raja. Darinya disedari perlu ada pertahanan dan berbagai-bagai peraturan dan undang-undang.
Dapatlah difahami pertanyaan menghasilkan jawaban-jawaban bagi pertanyaan bagi keperluan dari individu, keluarga, masyarakat dengan aturan dan adat yang membentuk pemerintahan yang pada peringkat awal bersifat tradisional sebelum berkembang kepada tahap yang dikenali dengan moden.
Sekian.

October 19, 2019

KONSEP ALAM DAN ILMU


KONSEP ALAM DAN ILMU
(Fikrah Bangi: 379),
BBB: 20 Safar 1441H. = 19 Oktober 2019M. (Sabtu).
Membuka pandangan tentang wujud secara jelas dan nyata, ialah konsep alam dan ilmu. Ianya kontra kepada sesuatu yang tidak jelas yang  dengan tidak jelas boleh meletakkan diri pada kekaburan yang mungkin meletakkan diri pada tahap jahi dan dengan kejahilan boleh membawa kepada kesilapan.
Istilah alam dan istilah-istilah yang merupakan pecahan daripadanya amat significant dari segi pembicaraan. Alam adalah satu subjek dan objek yang menjadi ruang lingkup bagi ilmu atau tahu. Ianya menjadi subjek dan objek bagi ilmu yang benar, sesuatu yang bukan salah yang meletakkan diri pada kejahilan. Alam adalah objek bagi ilmu atau tahu. Alam adalah sesuatu yang nyata (syahadah) dan alam yang tidak dapat disaksi dengan inderawi yang dinamakan akam ghaib.
Alam nyata adalah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata, seperti manusia, dapat didengar misalnya percakapannya, dapat dirasa dan sebagainya.  Banyak objekyang menjadi ilmu dengan mendapatinya, bermula dari kewujudan fizikal dari yang terbesarnya seperti langit, bumi, planet, bulan bintang dan kandungan cakrawalanya, membawalah kepada yang lebih kecil yang dapat disaksikan di muka bumi dari laut dan sungai, gunung dan bukit,  pokok dan bangunan, kambing dan kucing dan sebagainya. Mengetahui apa lagi mendalaminya menjadi bidang ilmu.
Haruslah diakui apa yang kita saksikan dengan mata kepala kita, sebenarnya merupakan satu bahagian kecil dari kewujudan  Ada lagi wujud yang tidak terhad kepada alat inderawi yang amat kecil dan terhad, tetapi ia adalah merupakan satu daripada jendela-jendela bagi menanggapi wujud yang bersifat nyata. Di sana ada perkara-perkara yang tidak nyata yang merupakan bahagian penting dari kewujudan. Apa yang tidak dapat disaksi secara nyata seperti kebenaran sesuatu yang betul dari ilmu yang ditanggapi secara konsepsi, kebenaran hakikat mati dan selepasnya, kebenaran tentang alam barzakh, kiamat, akhirat, syurga dan neraka.
Manusia yang disifatkan berada di dalam zaman kemajuan, pada hakikatnya masih tidak melangkah maju selain dari memahami tabi`at wujud, terutama apa yang bersifat nyata. Kemajuan mereka sebenarnya masih amat terhad,misalnya dalam menghasil dan mendapatkan makanan untuk diri dan manusia dapat terus hidup, berusaha mendapatkan pakaian,,berusaha mendapat perlindungan yang lebih selesa, berusaha untuk bergerak dan berkomunikasi lebih cepat dan selesa. Mereka masih dalam perjuangan antara usaha  untuk mendapat kesenangan. Bagi yang lebih maju mereka dalam proses mencari rahsia-rahsia dan tabi`at alam untukmemahami dan menggunakannya untuk penghidupan.
Alam dan ilmu menjadi dinamika yang menggerak manusia mencari rahsia alam dan menggunakannya untuk kehidupan yang lebih selesa yang disifatkannya sebagai lebih sejahtera. Dalam konteks kehidupan fizikal mereka lebih menekankan kepada penyelidikan terhadap alam nyata.. Mereka kurang memberi perhatian kepada yang bersifat subjektif dan ghaib yang mencetuskan kerisauan sebagaimana risaunya mereka yang tidak berjaya memenuhi keperluan fizikal.  Kerisauan dari segi  yang bersifat subjektif dan ghaib sebenarnya tidak kurang mengancam kehidupan mereka. Misalnya risau dalam mengejar kebahagiaan dan keselamatan, risau terhadap apa yang  akan dihadapi selepas mati, , risau terhadap balasan perkara jahat yang dilakukan. Di dalam agama Islam perkara yang berhubung dengan kematian, akhirat, balasan baik dan buruk, seksa neraka dan nikmat syurga adalah dibicarakan secara teratur mengikut prinsip Islam.
Semua perkara di atas yang berkait dengan alam – alam syahadah dan ghaib ytang menjadi wadah keilmuan yang menjadikan orang yang mendalaminya dikenali sebagai alim dengan maklumat yang diketahui. Dari pengkajian dan kemajuan menghasilkan tamadun, tetapi lebih dari itu keilmuan menjadikan manusia sebagai kejadian yang mempunyai peraturan, menjadikan mereka sejahtera dan tinggi dengan nilai-nilai kemanusiaan dan menjadikan manusia sebagai berperadaban.
Sekian.
Makluman: 
Beberapa hari selepas ini Penulis bercuti dan tidak menulis di dalam Blog ini.
Sekian

October 18, 2019

PANDANGAN WUJUD


PANDANGAN  WUJUD
(Fikrah Bangi: 378),
BBB: 19 Safar 1441H. = 18 Oktober 2019).
Pandangan wujud ini adalah sebagai tempat bertolak atau permulaan yang darinya akan dikembangkan pembicaraan selanjutnya.
Pandangan di sini bukan terhad kepada pandangan fizikal melalui indera mata, tetapi  mempunyai maksud yang luas yang mencakupi erti faham, dapatan,  hasil, natijah dan keyakinan. Manakala wujud dalam makna biasa ialah `Ada` Ia adalah berasal dari istilah `Arab yang kata dasarnya ialah `wajada` - ada. Dan wujud ialah nama terbitan `Wujud` ertinya `Ada`. Wujud adalah istilah falsafah yang berhubung dengan bidang, theologi dan juga theosophy. Dikatakan ia diungkapkan oleh Ibn Sina seorang ahli falsafah Islam bagi memberi makna kepada hakikat wujud. Wujud ialah sesuatu yang difahami, didapati, sesuatu yang merupakan hasil, bahkan natijah, bahkan secara pasti dan yakin akan wujudnya kewujudan sesuatu yang tarafnya adalah kebenaran.
Wujud adalah sesuatu yang diterima wujudnya seperti `Wujudnya Alam. Tiada siapa yang dapat menafikan tentang wujudnya alam ini secara fizikal. Ianya dapat dibuktikan secara fizikal dan inderawi seperti ia dapat dilihat dari segi fizikal, misalnya kewujudan muka bumi yang luas terbentang
luas, di atasnya tegak gunung ganang, tumbuh di atasnya  berbagai jenis pokok dan pohon. Mengalir di  bawahnya sungai dari hulunya di atas tanah tinggi ke kuala hasil dari hujan yang menyuburkan tanaman dan  dapat manfaat darinya berbagai hidupan. Manakala sebahagian besar dari permukaan bumi adalah terdiri dari lautan yang di dalamnya juga berbagai hidupan yang dapat dimanfaatkan. Selain dari indera pandangan atau penglihatan, maka kewujudan muka bumi sebahagian daripada alam ini dapat di  dengar. Misalnya bunyi guruh dan perir yang merupakan fenomena alam. Dapat didengar  kocakan air, kicau burung, ketawa seorang anak dan tangisnya dan berbagai lagi. Kewujudan  bahagian dari bumi misalnya dapat dibukti dengan misalnya wangi bunga ros, busuknya bangkai. Ianya juga dapat dibuktikan dengan sentuhan. Misalnya lembutnya pakaian, kasanya permukaan hamparan dan sebagainya. Manakala melalui kecapan bahawanya manisnya gula, masamnya buah mangga dan masinnya ait laut dan sebagainya. Demikian dapatan, hasil, , natijah dan keyakinan dapat dipastikan dengan elemen-eleman indera yang lima.
Pandangan atau dapatan dan maksud lain yang dibincangkan dapat dicapai dan dibuktikan dengan   akal atau fikiran  membuktikan tentang tingginya bukit atau bangunan melalui ukuran. Jumlah bilangan sesuatu dengan mengira secara campur kali dan sebagainya. Seterusnya melihat fenomena alam. Misalnya jumlah planet dan  pergerakannya. Selain dari pandangan dan dapatan dapat dicapai atau terhasil melalui rohani, bahawa konsep wujud selain dari ianya bersifat zahir nyata, sebenarnya kewujudan wujud bersifat tidak nyata. Antaranya bersifat konsepsi yang masih di bawah akal. Misalnya `Benar` bila dikalikan lima dengan dua, maka jawabnya `Sepuluh` Benarnya `Mati` apabila berakhirnya nyawa seseorang dengan sebab sakit, kemalangan dan sebagainya. Ianya bersifat separa ghaib. Lebih dari itu ada yang benar yang lebih tinggi dari konsepsi, iaitu Ghaib`, keujudannya lebih besar dan utama berbanding dengan apa yang dapat dilihat dan dibuktikan wujudnya melalui indera , bahkan akai. Ianya ruang lingkup rohani yang luasnya tiada watas. Persepsi dari fenomena wujud yang wujud pada manusia sebagaimana wujudnya akal, inderawi dan rohani  ialah elemen qalbu ialah seperti takut kepada hukuman salah, rindu kepada  ibu yang dikasihi, duka di atas kematian seseorang  yang dikasihi dan gembira dengan keputusan dan sebagainya. Semuanya berlaku di bawah lingkungan wujud.
Demikianlah `Pandangan Wujud dicapai kebenarannya  melalui inderawi, akli,, rohani dan qalbu. Ianya melibatkan dua entiti, manusia dan alam. Dari keduantya dapat diperluaskan di dalam membahaskan tentang kewujudan.
Setiap satu daripadanya ada rukun-rukun yang dapat dikembangkan pembicaraan.
Sekian.

October 17, 2019

PERLU DASAR DAN MEGA PLAN ISLAM DI MALAYSIA


PERLU DASAR DAN MEGA PLAN  ISLAM DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 377),
BBB: 18 Safar 1441H. = 17 Oktober 2019M. (Khamis).
Perkara yang timbul di dalam Islam di negara ini seperti ajaran sesat, amalan salah, khurafat  dan sebagainya tidaklah boleh disalahkan kepada yang terjebat dengan amalan yang tidak betul berkenaan. Kesalahan sebahagiannya kepada pemerintah dan masyarakat umat yang tidak berjaya mengesan dari awal dan membasmikannya. Mereka yang terjebak adalah jahil dan sepatutnya dari awal mereka dididik dan dibimbing dengan ajaran-ajaran yang betul.
 Islam telah bertapak dan berkembang di negara ini dan di kepulauan Melayu, bahkan di Asia Tenggara sejak lapan abad yang lepas. Pada dasrnya ulama telah memainkan peranan yang penting dari segi dakwah memperluas dan membimbing masyarakat menurut ajaran Islam yang betul. Memang tidak dapat dinafikan dalam tempoh berkenaan ada ajaran-ajaran yang dianggap menyeleweng seperti tarikat-tarikat yang salah, faham yang bercanggah dengan akidah murni. Kewujudan elemen-elemen negatif berkenaan sentiasa diperbaiki dan dibetulkan oleh para ulama` Kini kita warisi sanad Islam dari Rasulullah bertalian dari segi pegangan Islam membawalah kepada generasi kita kini. Cuma kita bertanya, ``Adakah Islam yang kita terima ini adakah sebagai warisan penerusan sahaja. Generasi cuma menambah pendekatan pengajaran dan mengimarahkannya di tengah masyarakat melalui institusi-institusi formal seperti persekolahan dari peringkat rendah hingga ke universiti, melalui amalan formal seperti masjid, surau dan keluarga. Kita menurut misalnya sistem keluarga Islam melalui imstitusi perkahwinan yang ditadbir oleh jabatan agama dan pendidikan keluarga.
Apakah yang kita amalkan kini dan ditadbir oleh pihak yang dipertanggungjawab sebagai meneruskan rutin biasa bagi meneruskan kehidupan dan budaya ummah. Dalam masa yang sama ada berlaku kelonggaran-kelonggaran dan pembaikan, tetapi pada dasarnya meneruskan kebiasaan yang ada.
Dalam kata lain tidak ada kesengajaan bagi memperbaiki dan meningkat kualiti Islam dan umat kepada tahap kualiti yang tinggi baik dari segi pendidikan, keilmuan, teknologi, ekonomi, industri, politik, pentadbiran,  kemasyarakatan, dakwah dan kebajikan sehingga dipandang, bahawa Umat Islam adala umat yang unggul dan dikagumi oleh bulan Idlam. Dengan kedudukan in berpotensi dari  segi dakwah secara manual biasa dan secara lisan al-hal.
Apa yang kita dapati sekarang bahawa walaupun umat Islam adalah majoriti dari segi kependudukan, tetapi masih lemah dari segi pelajaran, lemah dari segi ekonomi, keilmuan, politik kepimpinan dan sebagainya, sehingga mereka tidak dijadikan sebagai contoh ikutan.
Dalam keadaan umat Islam di negara ini yang dapat disifatkan sebagai ketnggalan, sedang umat Islam dari segi global berada di dalam perpecahan dan kehancuran, maka dengan keadaan sedemikian umat Islam tidak disegani dan sukar untuk dijadikan ikutan..
Pendekatan yang terbaik, bagi umat Islam di negera ini sebelum melibatkan peringkat global ialah memperbaiki dan memulihkan umat Islam di negara ini di dalam berbagai-bagai lapangan.
Umat Islam di negara ini perlu mempunyai agenda dan mega plan bagi meningkatkan kualiti umat di dalam berbaga-bagai bidang. Ianya tidak sebagai rhetorik politik sebagaimana  berlaku selama ini. Agenda dan plan dasar ini hendaklah bersifat menyeluruh. Ianya melibatkan pembangunan umat  dan meningkatkan kesedaran  unggul dan jati diri yang menggerak ke arah peningkatan ilmu dan peradaban umat di negara ini, dikagumi hingga menjadi tarikan dan ikutan yang lain.
Sekian.

October 16, 2019

AJARAN SESAT DI NEGARA KITA


AJARAN SESAT DI NEGARA KITA
(Fikrah Bangi: 376),
BBB:  12 Safar 1441H. = 16 Oktober 2019M. (Rabu).
Ajaran sesat terdapat juga berlaku di negara kita. Kita tahu sebelum ini ada yang mengaku sebagai nabi baru di Hulu Langat, terdapat juga ajaran  sesat  (Qadyani) berlaku di Kg. Nakhoda, Batu Caves dan juga Taslim yang diketuai Haji Mat Matahari di Pulau Pinang.
Menurut Tuan Haji Mohd Nor Khalid Pegawai Penyelidik di PAID yang berucap sebelum forum bermula, antara ajaran sesat di Hulu Langat ialah melalui tarikat songsang  . Merteka dikatakan pengikut Tarikat Ahmadiahdi di Hulu Langat. Mereka berhimpunpada waktu malam di sebuah bangunan berpagar dan melakukan amalan wirid dan ratib hingga tengah malam. Mereka ini bukan orang tempatan, tetapi datang dari luar pada malam tertentu. Kegiatan mereka mencemarkan nama penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan amalan mereka. Mereka ini tidak bersolat Juma`at, kerana berpendapat mereka uzur dan bukan bermukim.
Selain daripada itu menurut Tuan Haji Mohd Nor, terdapat pengajaran sesat di  Sungai Serai Hulu Langat. Mereka dikatakan pengikut Ahmadiah. Mereka berhimpun pada sebuah bangunan  dan menjalankan wirid pada malam Juma`at hingga pada peringkat tertentu mereka melompat-lompat dalam keadaan transend dan tidak sedarkan diri.
Satu kumpulan lagi, ialah kumpulan berjubah putih yang merupakanm pengikut kumpulan Ismailiah dan pimpinan mendakwa menerima  tauliah sebagai Nabi.
Kumpulan ajaran sesat yang telah lama berlaku dan berterusan ialah ajaran syi`ah yang berbagai pecahan. Pokoknya mereka adalah menyesali terhadap pembunuhan Saiduna Hussein cucu Rasulullah oleh pengikut Yazid. Tragedi ini amat dikesali dan  pembelaan terhadap peristiwa ini dilakukan oleh pengikut Syiah yang pendukung utama ialah di Iran. Pada setiap sambutan yang berlaku pada Muharram, pengikut akan berhimpun dan menyiksa diri hingga luka-luka dan berdarah sebagai lambang duka dan pembelaan terhadap Sayyiduna Hussein ini.
Terdapat perbedaan ketara antara Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah yang tidak selari dengan pegangan Syiah. Mereka menolak khalifah-khalifah ,kecuali Ali yang diagungkan mereka –Sayyidima Ali. Kekhalifahan sepatutnya bermula dengan Ali.. Berbagai pegangan dan amalan Syiah  yang bercanggah  dengan pegangan Ahlu al-Sunnah yang tidak dapat diterima Ahlu al-Sunnah. Adalah dikatakan Syi`ah ini  secara senyap-senyap berkembang di negera ini, Jika tidak dicegah ianya boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Selain daripada itu ada gerakan yang sengaja ditaja oleh pihak luar dan merosakkan kesatuan umat dan pegangan akidah. Antara yang ditaja dari luar ialah Hizbu al-Tahrir. Kumpulan ini pernah menerbitkan risalah mingguan yang diedarkan terutama di masjid-masjid. Tetapi selepas dikesan dari segi penyelewengan dan  tajaam pihak luar, maka ianya disekat, tapi masih bergerak secara senyaop-senyap.
Demikianlah berbagai jenis kegiatan dan ajaran sesat di negara ini yang jumlah besar kecilnya sehingga 30 jenis. Bayangkan jika pengajaran sesat dibiarkan berlaku dan tidak disekat akan berlaku berbagai penyelewengan dan kesesatan. Akhirnya berlaku perpecahan di kalangan umat dan melemahkan umat Islam sendiuri
Usaha pencegahan perlu dilakukanterhadap penyelewengan. Antaranya sebagaimana dilakukan oleh JAIS-MAIS di negeri Selangor. Seminar ini untuk dikenalpasti dan perlu dibasmi untuk menjaga kemurnian Islam dan mencegah dari penyelewengan.
Sekian.

October 15, 2019

ELAK ALIRAN SESAT PEGANG SUMBER ISLAM


ELAK AJARAN SESAT, PEGANG SUMBER ISLAM
(Fikrah Bangi: 375),
BBB:  16 Safar 1441H. = 15 Oktober 2019).
Ustaz Zarifi selaku moderator memulakan forum dengan membandingkan sebuah motokar perlu diservice dari masa ke masa, jika tidak diberi perhatian, maka lambat laun dia akan rosak. Demikian diri kita  dari masa ke masa  perlu dipastikan pegangan kita tidak rosak kerana terabai dari mengikuti keilmuan yang dapat memperbaiki diri dan pegangan kita menurut landasan yang betul. Menurut pengajian seperti mengikuti forum oleh tokoh wibaya pada malam ini dapat kita `check`  pegangan kita. Kiranya ada yang kurang jelas dapat kita memperbaiki pegangan dan akidah kita.
Forum malam ini yang panelnya terdiri dari Dr. Abdul Rahman Mahmud dari UKM dan Dr.Muhammad  Ayman Al-Akiti dari UIAM bertolak membicarakan persoalan akidah menurut perspektif tradisional dan ancaman semasa di zaman moden.
Soal ajaran salah telah wujud sejak dari awal zaman Islam seperti lahir Nabi Palsu yang dikenali Musailamah al-Kazzab pada zaman Nabi dan kelahiran golongan yang enggan membayar zakat pada zaman Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq. Mereka diperangi oleh Khalifah Abu Bakar.
Selepas perkembangan negara Islam lahir penyelewengan-penyeleweng yang dikenali dengan Khawarij, Mu`tazilah, Jabariyyah, Shi`ah dan sebagainya. Penentangan dilakukan oleh ulama`-ulama` Sunni yang dari segi akidahnya seperti Ash`ari-Maturidi dan Al-Tahawi, manakala dari segi fiqh atau shari`atnya seperti imam mazhab empat iaitu, Maliki, Shafie, Hanafi dan Hanbali dan tasawuf menurut Imam Al-Ghazali. Kita Al-hamdulillah teguh berpegang dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, walaupun ada cabaran dari penyeleweng seperti akidah songsang, amalan khurafat dan tariqat-tariqat menyeleweng. Keadaan adalah terkawal.
Kekuatan kta kerana terus berpegang kepada sanad keilmuan yang benar dari segi akidah, wujudnya institusi yang terus memperkembangkan keilmuan yang benar baik dari madrasah, pondok, sekolah dan pengajian tinggi. Ianya diperkukuhkan dengan sanad amalan yang terus diwarisi terutama melalui amalan berjamaah seperti di masjid, surau dan berbagai tempat ibadat.  Demikian sanad bertasawuf murni yang menggilat hati rohani yang menjadikan umat berakhlak dan berbudi tinggi.
Manakala Dr. Muhammad Ayman yang lebih menumpulkan pembicaraan pada ancaman akidah pada zaman moden. Menurutnya generasi muda kini lebih terpengaruh dengan gaya hidup moden yang bersifat individualis dan kurang berinteraksi secara berjamaah. Lantaran itu antara mereka tertarik dengan fikiran dan faham semasa yang bersifat sekular yang memisahkan pandangan hidup dari kepercayaan agama dan akhirat. Mereka tertarik misalnya dengan konsep liberal dari segi pemikiran dan tidak mau diikat dengan kepercayaan agama secara tradisional. Nilai ethik mereka bukan secara tradisi yang memisahkan antara baik dan buruk, tetapi lebih bersifat pragmatis. Mereka juga terdedah dengan pandangan yang bersifat pluralisme yang melihat kebenaran bukan bersifat mutlak dan satu, tetapi datang dari sumber-sumber berbagai, termasuk kebenaran beragama yang menerima apa yang disifatkan semua benar. Kedua-dua pemikiran ini amat berbahaya. Penghujahan terhadap kedua aliran ini memerlukan tokoh yang amat berwibawa seperti misalnya Yusof al-Qaradhawi dan Zakir Naik. Inilah cabaran terhadap para intelektual kita terutama dari pengajian tinggi yang perlu melahirkan pemikir-pemikir Islam bertahaf tinggi yang mampu berdialog dan menjawab cabaran-cabaran akidah pada zaman moden.
Dalam pusingan kedua kedua panel bersetuju bagi memurnikan akidah tidak lain dari kembali kepada sumber asas Islam, iaitu Al-Qur`an dan Al-Hadith dan kepada turath yang telah dihasilkan oleh ulama yang selama ini menjadi panduan bagi umat Islam sejak berzaman.
Walau bagaimana ancaman semasa dari segi akidah terutama sekularisme, liberalisme dan pluralisme semacam tidak berjawab.
Sekian.

October 14, 2019

KERJASAMA ANTARA PAID DAN MASJID AL-UMM ANJUR FORUM AJARAN SESAT


KERJASAMA ANTARA PAID DAN MASJID AL-UMM ANJUR FORUM – AJARAN SESAT
(Fikrah Bangi: 374),
BBB: 15 Safar 1441H. = 14 Oktober 2019M. (Isnin).
Padsa malam tadi (13 Oktober) pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Masjid Al-Umm telah menganjurkan Forum mengenali Ajaran Sesat bertempat di Dewan Serbaguna tingkat bawah Masjid Al-Umm. Forum ini sebenarnya telah dirancang sejak setahun lepas, tetapi oleh kerana Masjid Al-Umm pada masa itu belum menerima tauliah penggunaan Masjid Al-Umm dari Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), maka rancangan tersebut ditangguhkan sehingga hari ini (13 Oktober 2019), baru dapat dilaksanakan. Waktunya selepas solat Maghrib dan berterusan sehingga jam 9.00 malam. Forum ini bertujuan untuk menyedarkan orang Islam, bahawa di dalam kita  berusaha mengamalkan ajaran Islam, kita perlu waspadsa  terhadap gejala ajaran sesat yang  berlaku di kalangan umayt Islam, termasuk golongan muda  di kalangan umat Islam.
Forum ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Tadbir PAID al-Fadhil Ustaz Haji Mahayuddin bin Haji Abu Bakar yang mewakili Pengarah JAIS. Beliau menyampaikan amanat dan kata-kata aluan kepada para jama`ah Masjid Al-Umm dan wakil-wakil dari seluruh surau di bawah Masjid Al-Umm yang berjumlah 23 surau itu. Para jama`ah dan hadirin adalah berjumlah lebih kurang 500 orang – lelaki perempuan yang memenuhi ruang solat utama Masjid Al-Umm.
Hadir bersama ahli-ahli forum yang dijemput khas ialah Dr. Abdul Rahman Mahmud, Pengarah Pusat Islam, UKM, Dr Muhammad Ayman al-Akiti dari Universiti Islam Antyarabangsa Malaysia. Moderator yang dijemput ialah Ustaz Mohamad Zarifi dari Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut Ustaz Mahayuddin dalam kata-kata alu-aluannya, bahawa pihak  JAIS dan PAID, ambil perhatian di samping berusaha memperkembangkan Islam di Selangor, terutama melalui masjid-masjid dan surau, pihak JAIS-PAID peka dan memberi perhatianterhadap gejala ajaran sesat yang berlaku di kalangan umat Islam di negeri ini. Timbulnya ajaran sesat, oleh kerana kejahilan terhadap ajaran yang sebenar dan terpengaruh dengan ajaran salah, kerana tidak mempunyai asas pengajaran Islam yang sebenar yang boleh dikuti ajaran benar melalui pengajaran-pengajaran di masjid-masjid dan surau-surau
 Tuan Haji Mahayuddin melahirkan kerisauan terhadap masalah akhlak di kalangan generasi muda, khususnya di kalangan remaja Islam yang tidak mendapat bimbingan keislaman dari ibu bapa dan tidak menyertai jamaah di masjid-masjid dan surau-surau. Anak-anak muda sekarang menurutnya lebih terpengaruh dengan  kalangan  mereka yang  rosak akhlak akibat gejala sosial yang dilibatinya. Beliau menyebut kegiatan gay yang berlaku seperti   di bangunan IVO berdekatan dengan bangunan PKNS, Bandar Baru Bagi. Kegiatan mereka ini dapat disusupi pegawai PAID dan didapati yang menyertainya adalah  sebahagian besar dari anak muda Islam. Gejala sedemikian berlaku di beberapa tempat yang lain.
Sebelum daripada itu Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar selaku Nazir Masjid al-Umm  di dalam ucapan alu-aluan sebagai tuan rumah mengucapkan terima kasih kepada pihak PAID yang menawarkan kerjasama dengan Masjid Al-Umm  menganjurkan Forum Ajaran Sesat. Beliau juga mengucapkan terima kasih keada ahli panel yang sudi menyertai forum dan kepada semua wakil-wakil dari surau-surau di bawah Masjid al-Umm. Menurutnya pihak masjid memang mengajarkan pengajian-pengajian seperti akidah  dan pengajian di dalam bidang yang lain bagi panduan akidah dan amalan yang benar. Menurutnya dengan berjamaah di masjud dan mengikuti pengajian yang diajarkan insya dapat menghendar dari ajaran sesat. Bsgi anak muda, jika menyertai jamaah masjid insya Allah dapat menghendar diri dari gejala sesat,  liberalisme, pluralisme, etheis dan kerosakan akhlak.
Pihak Setiausaha masjid saudara Ah Feisal menjemput Ustaz Mohd Nor bin Khalid Pegawai Penelidik PAID menerangkan ajaran salah d Hulu Langat sebelum menyerahkan pengendalian forum kepada moderator Ustaz Mohamad Zarifi bagi mengendalikan forum.
Sekian.

October 13, 2019

BAHAGIAN TAK DIBICARAKAN


BAHAGIAN YANG TIDAK DIBICARAKAN
(Fikrah Bangi: 373),
BBB: 14 Safar 1441H. = 13 Oktober 2019M. (Ahad).
Di sebalik keceriaan kebanyakan  rakyat menerima Belanjawan 2020 yang hampir melibatkan semua mereka, ada bahagian yang tidak diperkatakan dan yang ingin diketahui kedudukan yang menjadi tandatanya itu. Bagi mengagihkan peruntukan kepada berbagai sektor, khususnya berhubung dengan peruntukan yang melibatka rakyat, pertanyaan timbul. Bagaimana kerajaan menghadapi dan mengatasi kedudukan hutang dan bagaimana pula boleh didapati jumlah peruntukan yang diberi kepada rakyat. Kerajaan sarat dengan hutang dan rakyat cemas dengan kenaikan kos hidup.
Sebagaimana diketahui kerajaan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM1.1 trilion yang perlu dilunaskan dan dalam masa yang sama perlu menyediakan sejumlah RM297 billion bagi Belanjawan 2020. Dari manakah sumber didapati ?
 Sebagai rakyat biasa kita ingin mengetahui bagaimana  hutang yang begitu besar jumlah itu dilunaskan ? Adakah ia belum atau dalam proses melunaskan. Dari mana sumbernya dan sejumlah manakah mampu dilunaskan secara berdikit-dikit. Adakah hutang ini akan meningkat jika tempoh yang diambil lebih lama dari kemampuan dibayar. Kepada siapakah jumlah hutang utama yang terpaksa dilunaskan. Bagaimanakah unjuran yang sepatutnya.
Sebagaimana dimaklum sumber peruntukan Belanjawan ialah didapati dari cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka dan barangan yang dikenakan cukai. Dari maklumat yang didapati bahawa  cukai secara GST hanya terhasil RM23 bilion berbanding dengan GST RM45 bilion setahun, menyebabkan pakar ekonomi seperti Profesor Kamal Saleh mencadangkan agar digunakan sistem GST kembali. Walaupun ada cadangan kemungkinan digunakan kembali, tapi atas marush, GST ditolak dan pembaikan akan dilakukan menerusi kaedah SST, yang akhirnya dapat menyamai atau mengatasi kaedah GST. Yang kita ingin mengetahui, apakah mekanisme yang bakal digunakan bagi meningkat jumlah cukai yang akan dapat menampung kekurangan hasil yang dihadapi. Jika kaedah sama  atau hampir sama dengan GST, maka ianya sekadar menukar nama dan beban sebagaimana GST yang dulu menjadi isu terpenting menyebabkan BN kalah itu hampir sama juga.
Sebagaimana janji dibuat, bahawa SST tidak akan membebankan rakyat, maka diharap pendekatan dan kaedah yang dioambil tidak membebankan rakyat.
Ada dua sumber utama yang meningkatkan pendapatan negara. Antaranya melalui tol yang dijanjikan oleh PH untuk menghapuskan, tetapi ternyata sumber kewangan hasil dari tol tidak mungkin dihapuskan, sekurang-kurangnya buat masa ini. Bagi melonakkan hati rakyat, janji  menghapusan tol ini dilonakkan dengan pemotongan 18% yang dikira sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.
Sumber  biasa yang menjadi tunjang kekukuhan ekonomi negara ialah hasil rl dari bayaran royalti  Petronas yang kebiasaannya tidak kurang dari RM32 bilion dan dengan suasana politik dunia dalam mana sumber minyak Saudi diserang dan perang perniagaan antara Amerika dan China – termasuk sekatan dagangan terhadap Iran oleh Amerika dijangkan melonjak harga minyak. Dengan ini dijangka akan menaikkan harga minyak Malaysia  dengan sendiri  dapat menambahkan hasil kerajaan dari harga minyak.
Walau bagaimana dengan cukai SST, tol, hasil dari Petronas adalah dikira masih belum dapat memenuhi jumlah peruntukan bagi Belanjawan 2020 yang berjumlah 297 bilion itu .  Adakah menggunakan kaedah berhutang, sedangkan hutang lama jauh dari langsai > Bagaimanakah ?
Sekian.

October 12, 2019

BELANJAWAN MAKIN MATANG


BELANJAWAN MAKIN MATANG
(Fikrah Bangi: 372),
BBB: 13 Safar 1441H. = 12 Oktober 2019M. (Sabtu).
Kalau kita ingat pada permulaan PH berkuasa (9.5.2018) ada semacam kecelaruan dari segi pemerintahan. Dengan keghairahan ada antara menteri-menteri yang membuat kenyataan yang melukakan perasaan kaum tertentu yang antara kaum berkenaan menyesal memberi kepercayaan, tetapi kemudian dari teguran seperti dari Tun Daim Zainuddin yang menyebut antara mereka kurang pengalaman. Akibatnya berlaku perubahan ke arah yang lebih positif. Mereka pula berhati-hati membuat kenyataan agar tidak bercanggah dan menyukarkan untuk diperbaiki. Belanjawan yang dibentangkan pertama kali pada Oktober tahun lepas, setengah pihak menyifatkannya bukan belanjawan, tetapi semacam kenyataan yang bukan bersifat bajet dan banyak kekurangan. Namun kekurangan dan kesilapan pada peringkat awal adalah lebih baik dari kesilapan pada peringkat akhir. Pembentangan Belanjawan 2020 adalah semakin baik dan semakin matang berbanding denganBelanjawan pada 2019.
Belanjawan 2020 datang selepas Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama (2020-2030) memperlihatkan  kaitan Belanjawan dengan wawasan berkenaan. Bahkan boleh dikatakan ianya adalah mukadimah bagi wawasan berkenaan yang akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Belanjawan 2020 adalah lebih baik dari Belanjawan 2019 dan menunjukkan kematangan dari segi pendekatan dan kandungan.
Belanjawan ini hampir melibatkan semua pihak. Induk  Bandingan bagi satu keluarga, bapa merancang perbelanjaan bagi keluarganya untuk satu tahun dari segi misalnya kos makan minum, pelajaran anak-anak, pakaian, perumahan, kenderaan, kesihatan, kebajikan dan berbagai lagi. Dalam setahun sudah tentu akan berbangkit kekurangan-kekurangan yang perlu dibaiki.
Belanjawan Negara bagi 2020 bertolak dari jumlah peruntukan sebanyak RM 297 bilion.
Daripada peruntukan ini nampaknya sebagaimana biasa belanja pengurusan jauh lebih besar iaitu sebanyak RM241 bilion berbanding dengan peruntukan pembangunan hanya RM56 bilion. Iaitu kira-kira satu perlima dari keseluruhan peruntukan.
Banyak Belanjawan ditujukan kepada rakyat biasa yang selama ini terdesak di dalam kesempitan hidup, kekurangan pendapatan, bahkan ketiadaan pekerjaan. Misalnya bagi mengatasi pengangguran yang mencecah satu juta orang itu,  Belanjawan memberi peluang bagi pengemnbangan sektor perusahaan dan pertanian dijangka akan memberi peluang pekerjaan sebanyak 350,000 pekerjaan yang dijangka mengekang  jumlah pengangguran tidak melebihi 3.3 peratus. Jika pada tahun lepas kerajaan disifatkan terlepas pandang kepada petani dan nelayan, maka pada kali ini diperuntukkan sebanyak  RM4.9 bilion bagi  agro makanan. Para petani dan nelayan mungkin akan menarik nafas lega, kerana kedudukan mereka lebih terbela. Peruntukan juga diberi kepada peneroka Felda sebanyak RM810 juta bagi meningkatkan pendapatan 11,800 peneroka.
Belanjawan pada kali ini meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200. Walau bagaimana janji dalam manifesto PH yang mau menghapuskan tol tidak mungkin dilaksanakan pada peringkat ini sebaliknya kadar tol dipotong atau dikurangkan 18% yang dijangka sedikit meringankan beban perjalanan terutama bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja.
Berbagai insentif lagi diperuntukkan kepada rakyat seperti elaun sara hidup nelayan diberi RM250 sebulan, manakala elaun bagi guru kafa ditambah RM100/=. Bantuan khas RM500 kepada kakitangan kerajaan, manakala bagi yang berpencen adalah Rm250/=. Semua pendekatan di atas yang dituju kepada rakyat biasa adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan yang kaya. Antaranya meningkatkan 2% cukai terhadap golomgan berada yang jumlah mereka dikatakan 2,000 orang.
Adalah dijangka KDNK meningkat dari 4.7 pada tahun 2019 kepada 4.6 pada tahun 2020.
Melihat belanjawan secara pembentangan dan terakam di atas kertas semuanya baik, tetapi dari segi implementasi tentu akan ketara kekurangan dan kelemahan yang menuntut kepada pembaikan.
Sekian.

October 11, 2019

BAJET 2020 LIBATKAN SEMUA


BAJET 2020 LIBATKAN SEMUA
(Fikrah Bangi: 371),
BBB: 12 Safar 1441H. = 11 Oktober 2019M. (Juma`at).
Bajet 2020 yang akan dibentangkan pada petang ini di Parlimen pada hakikatnya melibatkan semua. Ibrata dalam keluarga perbelanjaan yang diatur untuk keluarga bagi tempoh sebulan melibatkan semua. Ia bergantung pada jumlah sumber pendapatan dan prioriti yang diberi menurut kepentingan dan kemampuan. Demikian ibarat bajet negara yang akan dibentangkan. Ini adalah merupakan pembentangan kedua bajet selepas kerajaan PH memerintah. Dalam bajet pertama ada kekurangan-kekurangan umpamanya kurang tumpuan (tertinggal ?) peruntukan kepada golomgan petani dan nelayan.
Kali ini bajet dipengaruhi beberapa konsep baru yang diperkenalkan iaitu  Wawasan Kemakmuran Bersama (2020-2030) yang dilancarkan pada 5 Oktober yang lepas. WKB dikatakan akan merapatkan jurang pendapatan antara negeri seperti antara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung, juga perbezaan antara yang berpendapatan tinggi dengan yang rendah. Peruntukan yang dijangka kurang dari RM100 bilion itu akan diagih berdasarkan keperluan. Misalnya peruntukan untuk Kementerian Pendidikan biasanya antara peruntukan tertinggi Kementerian. Pada tahun lepas melebihi RM30 bilion dan memerlukan tambahan sebelum akhir tahun. Peruntukan pengurusan biasanya dianggap tinggi berbanding dengan pembangunan, diharap dapat dikurangkan berbanding dengan pembangunan yang melibatkan  rakyat banyak. Hutang negara yang melebihi RM Satu trilion itu setakat manakah  dapat dikurangkan. Umum mengetahui Kerajaan mengalami kekurangan peruntukan menyebabkan dilakukan pemotongan bagi peruntukan perbelanjaan. Misalnya disebut bagi sektor pendidikan timbul ura-ura mau menutup maktab perguruan yang berjumlah lebih dari 20 buah itu, Universiti Malaysia Terengganu dicadangkan untuk disatukan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin. Sementara itu guru-guru yang sudah dilatih terpaksa menunggu panggilan untuk berkhidmat setelah begitu lama menamatkan latihan. Kerajaan nampaknya memberi perhatian untuk menyediakan makanan pagi bagi pelajar-pelajar.
Bagi rakyat mereka lebih melihat kepada apa yang akan memberi kesan langsung kepada mereka. Misalnya Kos taraf hidup yang semakin menghimpit mereka akibat kenaikan harga barang yang terus menerus berlaku. Kemiskinan bandar lebih ketara dari kemiskinan desa, peluang memiliki rumah yang bagi kebanyakan mereka makin jauh dari kemampuan. Beban menyara anak-anak  mendapat pelajaran  meningkat dari segi kos. Jauh bagi mereka untuk anak-anak  mendapat peluang bagi mendapat pendidikan yang lebih berkualiti, misalnya ke asrama penuh dan sebagainya. Seterusnya bagaimanakah dengan peruntukan bagi petani dan nelayan yang pada tahun lepas tidak diberi perhatian itu ?
Bagi rakyat biasa, berita tentang cukai terpaksa  dinaikkan membimbangkan mereka. GST yang ditakuti dahulu itu (cukai GST 6%) dipuji kembali dan dianggap lebih efektif. Cukai SST yang menggantikannya tidak berjaya menampung kekurangan cukai. GST dulu dapat m,emungutRM44 bilion, sedang dengan SST hanya sebanyak RM23 bilion sahaja. Ada cadangan supaya dilaksanakan GST kembali. Sedangkan bagi Kerajaan PH tidak mau maruah tercalar – Jangan sampai apa yang diludah dulu ditelan kembali. Lantas biarpun pihak kementerian Kewangan mengaku GST lebih berjaya, tetapi cadangan terpaksa ditolak dan usaha menambah baik cukai SST akan dilakukan, ini termasuk menaikkan lagi kadar cukai. Apa saja nama cukai, jika ditambah akan membebankan rakyat Dalam kata lain SST akan menyamai GST, walaupu tanpa penukaran nama.
Apa yang diharapkan oleh rakyat, walaupun kerajaan di dalam kesempitan wang, diharapkan rakyat dapat menikmati  kehidupan yang lebih baik sesuai dengan slogan baru `Wawasan Kemakmuran Bersama` menggantikan slogan lama yang dianggap tidak berjaya itu.
Sekian.

October 10, 2019

SEDIH UTUSAN MELAYU HENTI PENERBITAN


SEDIH UTUSAN MELAYU HENTI PENERBITAN
(Fikrah Bangi: 370.
BBB: 11 Safar 1441H. = 10 Oktober 2019M. (Khamis).
Dalam penerbitan terakhir Utusan Malaysia semalam (Rabu 9 Oktober 2019) tidak ada sebarang berita bahawa akhbar itu akan menghentikan operasinya pada hari ini. Format dan kandungannya masih biasa dengan tajuk utama pada halaman pertama `Ganjaran Pemandu Berhemah` yang menjadi berita utama juga bagi akhbar-akhbar lain.
 Berita tentang akan berakhirnya operasi Utusan Melayu sama ada semalam atau pada hari ini dilaporkan oleh TV  Saluran 501. Ternyata pengakhiran operasinya berlaku sejak semalam. Penulis dan mungkin pembaca-pembaca Utusan dan orang ramai turut merasa sedih di atas penutupan Utusan Melayu termasuk Kosmo. Sidang akhbar rasmi terakhir dilakukan oleh Pengarah Urusan terakhirnya  Datuk Abd. Aziz bin Sheikh Fadzir.
Akhbar Utusan Melayu adalah akhbar Melayu tertua diterbitkan sejak 1939 yang syarikatnya ditubuhkan sejak 1938. Pengarah pertamanya ialah Yusuf Ishak yang menjadi Presiden Singapura pertama.
Menurut Datuk Abd. Aziz, Syarikat berusaha menyelamatkan operasi Utusan, antaranya dengan menjual aset-aset, menaikkan harga akhbar, tetapi pendapatan yang disasarkan tidak dapat mengatasi kos operasi. Tidak ada jalan lain daripada menghentikan operasi dengan keptusan dipersetujui bahawa pemiutang  dari pekerja-pekerja dengan sukarela menghapuskan tuntutan bayaran gaji yang sebelumnya tidak dapat dibayar menurut tarikh sebenarnya. Seramai 862 kakitangan hilang punca pendapatan. Menurut Tan Sri Johan Ja`far Bekas Ketua Pengarang Utusan, kebajikan pekerja patut diberi perhatian. Namun menurut Datuk Abd. Aziz bahawa Utusan selepas ini akan menghadapi  tindakan mahkamah dari berbagai pihak yang mempunyai hutang yang bakal dituntut. Pihak Utusan telah melantik Firma KHY Advisory. Kuala Lumpur bagi urusan.
Menurut Datuk Abdul Aziz Utusan mulai menghadapi masalah bermula dari bulan Mei 2018. Kalau kita ingat bahawa pada 9 Mei 2018 inilah Kerajaan Barisan Nasional  mulai tumbang dikalahkan oleh Pakatan Harapan. Utusan adalah pendukng bagi kerajaan BN dan suara sokongan ini dapat dihayati ddukung Utusan sehingga ke akhir operasinya. Jelaslah bahawa akhbar yang menyuarakan pendapat pemerintah BN, khussusnya Umno, tidak dapat bertahan dengan kekalahan BN. Dalam kata lain Utusan hilang pendukung utamanya dari kerajaan yang memerintah sebelum PH. Dengan kekalahan BN Utusan hilang punca  pendapatan, terutama dari iklan-iklan  dari pengiklan-pengiklan yang berpihak kepada kerajaan. Umno dan BN kini hilang pendukung dan lidah utamanya. Atasan episod yang berlaku kita sama merasa dukacita.
Utusan pada hakikatnya adalah pembawa ubur hati nurani Melayu – namanya sendiri membawa nama Melayu – Utusan Melayu. Sudah tentulah ini merupakan pukulan bagi yang memperjuangkan `Maruah Melayu`, bahkan  tlisan Jawi, yang penerbitan Utusan sehingga  tahun 1980an terutama Utusan Zaman adalah di dalam tulisan Jawi.
Dilihat dari satu segi nama Melayu makin terhakis dari Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia, akhbar Utusan Melayu bertukar Utusan Malaysia, tulisan Melayu (Jawi) kepada rumi (1966) dan beberapa istilah Melayu lagi terhakis.
Dari pembicaraan di atas memperlihatkan betapa rapuhnya Melayu, dari kuasa yang memerintah yang Melayu sebagai majoriti, tumbang dalam pilihanbraya yang membawa sama terkuburnya Utusan Melayu.  Adalah diharapkan dengan berakhirnya Utusan Melayu semangatnya tidak terhapus, sebaliknya akan bangkit pendukung-pendukung yang mau mempertahankan Maruah Melayu memberi suntikan dan pendekatan yang terus memperkasakan  imej dan maruah Melayu.
Sekian.

October 9, 2019

KONGRES MARUAH MELAYU - BERJAYAKAH ?


KONGRES MARUAH MELAYU – BERJAYAKAH ?
(fikrah Bangi: 369).
BBB:  10 Safar 1441H. = 09 Oktober 2019M. (Rabu).
Setelah berkongres tentang Maruah Melayu pada Ahad (6 Oktober), di Kuala Lumpur, maka  tidaklah dapat dikatakan menghasilkan sesuatu yang bernas yang dapat dijadikan panduan konkrit bagi menjamin maruah Melayu dipulih dan diperkasakan.
Amanat yang disampaikan di dalam Kongres Maruah itu dapatlah dikatakan perkara biasa yang pernah dikatakan dan diulang, iaitu menyentuh sikap Melayu yang tidak bersungguh-sungguh, terutama mengambil manfaat  peluang ekonomi yang diberi. Orang Melayu perlu merubah sikap mereka.
Resolusi-resolusi yang dicapai adalah menuntut orang Melayu:
·         Melayu mesti bersatu
·         Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu mesti dimartabatkan
·         Wujudkan model ekonomi khas bagi bangsa Melayu
·         Kementerian Kewangan dan agensi berkenaan hendaklah dikendalikan oleh mereka yang mempunyai roh Melayu
·         Perkasakan Sekolah Melayu dan hapuskan sekolah vernecular.
·         Kementerian-kementerian penting seperti PM, TPM, Kewangan, Pertahanan, Pendidikan dan Peguam Negara hendaklah dipegang oleh mereka yang berpegang pada Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
·         Suhakam, Majlis Peguam dan NGO Liberal jangan campur hal ehwal Islam.
Semua resolusi di atas dapat diselesaikan kiranya kekuasaan politik secara majoriti berada pada tangan orang Melayu. Masalah yang timbul kini kerana orang Melayu tergugat dari segi politik dan jika Melayu lemah, tiada siapa mau melayan tuntutan-tuntutan berkenaan. Sebab itu Melayu mesti bersatu dan menguasai majoriti politikdengan kerjasama berbagai kaum.
Mewujudkan model ekonomi khas bagi orang Melayu, rasanya kurang releven. Melayu seharusnya  tidak terasing dari masyarakat majmuk. Yang perlu memperkasakan Melayu dengan keilmuan, kepakaran dan amalan ekomi dan perdangana semasa yang mereka dapat bersaing secara sihat di dalam berbagai peluang ekonomi dan perniagaan. Mereka hendaklah membantu antara satu sama lain, bukan menjatuhkan.
Segala perkara di atas dapat dilaksanakan, jika ada kuasa politik dan kemahuan. Perkara di atas juga dapat dilakukan oleh kerajaan kini, jika ada kemahuan.
Perlu diingat `Politik Melayu` semata-mata tidak mungkin dapat berkuasa tanpa kerjasama dengan berbagai-bagai kaum di negara ini,jadi Melayu-Bumiputra hendaklah bekerjasama dengan semua kaum di negara ini bagi merangka  pendekatan politik, bernegara, ekonomi dan berbagai sektor.
Melayu Islam dan Bumiputra perlu bersatu dan beketrja sama dengan berbagai kaum bagi mencapai kejayaan politik yang dapay diikuti bagi perlaksanaan yang lain.
Perlu ada kepimpinan yang berwibawa pada peringkat tinggi yang dilihat berkelayakan memimpin negara dan diyakini rakyat.
Model Negara Sejahtera hendaklah dikemukakan oleh mereka yang mau menguasai politik, pemerintahan negara dan mengolah pentadbiran dan perlaksanan menurut Malaysia sejahtera berkenaan. Jika resolusi dicapai dan tidak dapat diterima dan dilaksana, maka resolusi tinggal resolusi dan Maruah Melayu tidak terbela.
Sekian.

October 8, 2019

POLITIK LEBIH MEMECAHBELAHKAN MELAYU ?


POLIUTIK LEBIH MEMECAHBELAHKAN MELAYU ?
(Fikrah Bangi: 368),
BBB:  09 Safar 1441H. = 08 Oktober 2019M. (Selasa).
Di dalam membicarakan tentang maruah Melayu, banyak faktor yang menyebabkan maruah Melayu tercabar, bahkan melemahkan. Salah satu faktor yang melemahkan maruah Melayu ialah  politik. Pol;itik pada dasarnya menjadi salah satu mekanisme yang menyatukan, tetapi sering pula melemahkan maruah Melayu. Sebagai contohnya maruah Melayu kini, sehingga tercetusnya keinsafan, perlu diperkasakan kembali maruah Melayu di negara ini.
Politik boleh menyatupadukan Melayu dan memartabatkan maruah Melayu, jika ianya timbul dari keinsafan dan keikhlasan perjuangan, tetapi sering pula menjadi unsur pemecah dan melemahkan apabila ianya diasaskan berdasarkan kepentingan peribadi dan menuntut bela  di atas apa yang berlaku pada peribadi berkenaan.
Faktor perjangan di atas keinsafan dan berpegang pada prinsip yang kukuh, maka ianya menghasilkan perpaduan lantaran ianya dilihat sebagai perjuangan yang benar berkepentingan rakyat dan bukan atas dasar kepentingan peribadi. Contoh memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari penjajahan British.
Dato` Onn dan Tunku Abdul Rahman disokong didalam memimpin Umno bagi memperjuangkan kemerdekaan. Apabila Dato` Onn keluar dari Umno menubuhkan parti Negara, rakyat tidak menyokong Dato` Onn, kerana ianya dilihat tidak lagi berjuang bagi kepentingan Melayu. Umno terus hidup kerana memerjuangkan kepentingan orang Melayu di samping kepentingan rakyat keseluruhan. Pas  juga dilihat mempunyai perjangan yang berprinsip Islam, ianya dicetus permulaan di Gunung Semanggol oleh pemimpinm awal Ustas Abu Bakar al-Baqir, bila  Hizbul Muslimin diharamkan oleh British ianya diteruskan oleh pemimpin pelapis di atas nama Pas seperti Dr. Burhanuddin Hilmi dan pemimpin-pemimpin lain. Pas sebagai parti tertua di negara ini (1946) terus kekal bersama Umno berjuang bagi kepentingan Melayu dan Islam.
Selepas itu lahir beberapa parti yang tertubuh akibat dari konflik peribadi sebagai contohnya  Berjasa dipimpim Muhammad Nasir kerana konflik pribadi dengan kepimpinan Pas sejak 1980an, parti lebih bersifat tempatan – di Kelantan dan parti yang tidak kukuh dari ideologi dan ditubuh berasal dari konflik peribadi tidak kekal kukuh dan hilang sokongan  dalam masa yang singkat.
Parti yang ditubuh kerana konflik peribadi ialah Semangat 46 yang dipimpin Tengku Ghazali setelah tidak berjaya merebut jawatan Presiden Umno yang dimenangi Dr. Mahathir awal 1980an,  Semangat 46 hidup seketika didukung  olehj pengikut-pengikut yang berpihak kepada Tengku Ghazali, tetapi kerana perjuangan tidak kukuh, maka dalam masa sekejap parti itu berkubur. Walau bagaimana konflik-konflik yang timbul sehingga 1980, walaupun berlaku perpecahan, tidak sampai menmggugat maruah Melayu.
Maruah Melayu mulai tergugat dan Melayu tidak lagi solid dari segi kewibawaan, ialah akibat konflik yang berlaku antara Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri. Konflik menyebabkan Anwar dipecat dan seterusnya berada di dalam tahanan dan Wan Azizah – isterinya menubuhkan PKR (1999), maka suara Melayu mulai berpecah antara Umno dan Pakatan Rakyat yang Pas berada pada pihak Pakatan Rakyat yang bekerjasama dengan Dap. Kekalahan BN di beberapa negeri seperti di di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Perak mencerminkan bahawa kuasa Melayu berpecah.
Kenaikan Nagib memimpin Umno dan BN lebih membawa kepada perpecahan, apabila Muhyiddin yang dipecat dari Timbalan Perdana Menteri menubuhkan Parti Bersatum,  Shafie Afdhal yang juga dipecat dari Umno menubuhkan parti Warisan di Sabah, manakala Pas sendiri bergolak juga atas dasar peribadi dan berlaku perpecahan yang melahirkan Amanah (2015).
Pilihanraya Mei 2018 (ke 14) memperlihatkan keruntuhan Melayu, apabila PH yang terdiri dari PKR, Amanah, Dap dan Bersatu, manakala Umno bersama BN kalah kecuali menguasai Pahang dan Perlis dan Pas secara bersendirian menguasai Kelantan dan Terengganu.
Meskipun suara Melayu berada di dalam Pakatan Harapan yang memerintah, tetapi kedudukan Melayu lemah. Jawatan-jawatan  penting dalam kabinet tidak dikuasai Melayu seperti dahulu. Institusi-institusi Melayu lemah atau dilemahkan dan kelemahan adalah diakibatkan oleh konflik kepimpinan bukan atas dasar prinsip dan ideologi. Banyak polisi yang tidak tertulis sedang berlaku perubahan yang mencemaskan Melayu.
Faktor ini menyebabkan tercetusnya Kongres Maruah Melayu. Sejauhmanakah kongres  berjaya merangka pendekatan yang dapat memartabatkan kembali maruah Melayu ?
Sekian.

October 7, 2019

MARUAH MELAYU - SIKAP


MARUAH MELAYU – SIKAP
(Fikrah Bangi: 368),
BBB: 08 Safar 1441H.= 07 Oktober 2019M. (Isnin):
Kongres Maruah Melayu berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Oktober. Kita menjangka ianya akan dilancarkan oleh pemimpin NGO atau dari pihak pembangkan yang dapat dimengerti apa yang dikehendaki oleh pihak penganjur dan mengkritik dasar-dasar pemerintah yang tidak menguntungkan bagi maruah Melayu. Sebaliknya ianya dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menyebabkan suaranya adalah merupakan suara pemerintah dan tentulah menguntungkan pemerintah.
Apa yang disampaikan oleh Tun Mahathir tentang Maruah Melayu adalah berlegar tentang sikap Melayu yang sukar berubah, walaupun berbagai pendekatan dikemukakan kepada mereka. Contoh yang dibawa Tun ialah tentang Wawasan 2020 dan Konsep Pandang ke Timur, Orang Melayu tidak mau merubah nasib mereka sehingga Tun mengakui dasar itu sebagai gagal. Konsep Pandang le Timur masih diteruskan dan diharap konsep itu akan merubahkan sikap orang Melayu, Beliau berharap dengan slogan dan pendekatan baru, iaitu Wawasan Kemakmuran bersama akan merubah sikap orang Melayu ke arah yang positif. Sebagai Orang Melayu, beliau sememangnya mau menolong orang Melayu, tetapi Melayu kurang menunjukkan kesungguhan. Contoh lelaki Melayu kini terkebelakang dari wanita dari segi kemasukan ke universiti yang 60 – 70% adalah terdiri dari wanita.  Demikianlah tanpa kesungguhan, maka kongres demi kongres diadakan tidak merubah nasib Melayu.
Tun mengkritik sikap Melayu yang suka mencari jalan mudah, bila diberi kontrek dan AP, maka mereka lebih suka menjualnya untuk mendapat keuntungan segera dan mudah, bahkan ada kala mereka dibantu dengan memberi modal, tetapi tidak digunakan dengan baik. Menurutnya sekarang antara mereka diberi kursus dan diberi modal, Tun mengharapkan mereka akan  berusaha hingga mencapai kejayaan. Beliau tidak mau sebagaimana di Pasar  di Alor Star, peniaga Melayu tidak berubah. Yang tinggal satu dua kerat Melayu yang  tidak berkembang dari segi perniagaan. Melayu menurut Tun, bersikap cari selamat dengan makan gaji, walaupun tidak seberapa. Manakala setengah menjual aset mereka. Contoh tanah di pinggir bandar dijual untuk mendapat wang yang tidak lama bertahan. Mereka berpindah dan apabila bandar berkembang, tanah naik harga, mereka jual pula aset dan mereka tidak pernah senang.
Melayu juga tidak mengambil kesempatan dari Dasar Ekonomi Baru yang pernah diperjkenalkan lantaran dari sikap lama mereka  tidak berubah. Antara mereka dilatih bagi menguatkan azam  dengan kursus, mendaki gunung, jelajah ke kutub cara berseorangan dan mengelilingi dunia yang berjaya mereka yang dilatih itu, tetapi tidak menjadi inspirasi bagi yang lain. Kejayaan adalah diharap dari generasi baru yang dihantar ke pengajian di luar negera seperti di Jepun, Korea dan sebagainya agar pengalaman dan budaya positif mereka dapat dijadikan contoh bagi anak muda dan generasi akan datang. Mereka adalah kalangan sedikit yang dianggap berjaya.
Tun Mahathir membidas sikap anak muda yang mewarisi sikap malas, terutama lelaki yang sekadar menerima pelajaran asas, tetapi ada peluang bekerja di pasar-pasar raya, tetapi tidak mau bekerja, kerana menganggap pendapatan dengan kerja sedemikian adalah rendah. Mereka mau gaji mahal, tetapi malas belajar dan malas pula bekerja. Akibatnya  pekerjaan yang ada di monopoli oleh pekerja-pekertja asing, sedang anak tempatan merungut tidak ada kerja.
Menurut Tun Mahathir, beliau tidak mempunyai masa yang panjang, apa yang diharapkan apa yang dilakukan, terutama dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, akan menginsafkan, terutama generasi baru. Orang Melayu menurutnya tidak akan dapat  memperbaiki nasib dan maruah mereka selagi mereka tidak mengubah sikap le arah yang bersifat positif.
Sekian.

October 6, 2019

KONGRES MARUAH MELAYU


KONGRES MARUAH MELAYU
(Fikrah Bangi 367),
BBB: 07 Safar 1441H. =  06 Oktober 2019M. (Ahad).
Mutakhir timbul cadangan agar diadakan KongresMaruah Melayu. Cadangan timbul dari beberapa aktivis Melayu,NGO-NGO, bahkan  terlibat juga pihak universiti. Mengapa tercetusnya isu ini  ? Iamya manifestasi rasa ada perkara-perkara yang tak kena dan mengganggu ketenteraman jiwa Melayu akibat dari perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu. Sebelum ini perkara-perkara yang sensitif bagi orang Melayu tidak berani  ditimbulkan oleh rakyat biasa. Ianya menonjol apabila kalangan aktivis Melayu, antaranya mantan tenaga pengajar di universiti, kalangan dari NGO dan orang politik sendiri.
Ini sebenarnya bukan kali pertama berlaku di kalangan orang Melayu. Kongres pernah berlaku berhubung dengan Dasar Bahasa dan Pelajaran Kebangsaan yang menuntut parlimen merasmikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan dan menuntut agar didirikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai puncak bagi pemggunaan bahasa Kebangsaan dan Rasmi dan tuntutan berjaya dalam mana bahasa Kebangsaan dan Rasmi diistsytiharkan (1969 setelah tertangguh lebih dari satu dekad). Kongres berkenaan dengan ekonomi Bumiputra juga pernah diadakah yang antaranya melahirkan MARA dan ITM – kemudian UITM. Semacam kongres juga diadakan yang melahirkan Dasar Pembangunan Luar Bandar , antaranya lahirnya Felda. Kongres-komhres sedemikian amat berfaedah, kerana dari berbagai-bagai cadangan di dalam kongres melahirkan cadangan-cadangan yang bernas  dan menjadi katalie bagi kemajuan orang Melayu.
Sebagaimana kongres-kongres berkenaan lahir dari semasa ke semasa apabila disedari oleh masyarakat Melayu dan membuahkan hasil yang baik, maka berdasarkan kongres-kongres yang pernah diadakan dan berjaya menghasilkan  faedah yang positif bagi orang Melayu, lantaran itu setelah berlalu masa, maka dilihat ada masalah=-masalah yang dihadapi dan mencabar orang Melayu, lantaran itu  tercetusnya cadangan agar diadakan Kongres kali ini berhubung dengan Maruah Melayu.
Berbanding dengan kongres-kongres yang lepas, persoalannya agak jelas, iaitu mengenai Dasar Bahasa dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, ekonomi dan pembangunan (Luar Bandar), maka pada kali ini adalah lebih subjektif sifatnya, iaitu  `Maruah !`
Maruah adalah berhubung dengan nilai dan integriti orang Melayu. Melayu selama ini mempunyai nilai, status, identiti dan kedudukan yang dihormati dan diakui. Apakah status dan nilai yang dihormati dan diakui ini telah terhakis ? Ini mencabar pihak yang merasa bertanggungjawab bagi mereka seperti kalangan intelektual, Ngo-Ngo dan mereka yang sama bertanggungjawab membangkitkan perkara-perkara ini dan bertindak. Perkara besar seperti ini tidak dapat dilakukan secara perseorangan atau oleh kelompok tertentu, tetapi memerlukan gemblengan tenaga berbagai pihak. Perlunya berbagai-bagai pihak ini bagi membuktikan bahawa perkara yang mau dikongreskan adalah penting dan mendapat dokongan dari banyak pihak. Pelbagai pihak menunjukkan kerjasama dan kesepakatan yang mengukuhkan isu-isu dan dapatan yang bakal diambil di dalam kongers. Dengan suara ramai dari berbagai pihak ini juga mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang kesilapan dan prihatin dengan kehendak ramai dan jika ada yang mempertikaikan, maka pihak berkenaan seharusnya berdepan dengan  kehendak ramai.
Usaha ke arah ini sedang dikenal pasti dari kalangan individu, Ngo-Ngo, badan-badan yang prihatin. Dikatakan Kongres aalah bebas dari politik, tetapi orang politik nampaknya juga berminat dan mau mengambil kesempatan terhadap  anjuran yang dikatakan tidak bersifat politik ini.
Sekian.

October 5, 2019

PAKAIAN CERMIN BUDAYA


PAKAIAN CERMIN BUDAYA
(Fikrah Bangi: 366),
BBB: 6 Safar 1441H. =  5 Oktober 2019M. (Sabtu).
Pakaian adalah yang paling rapat dengan diri seseorang. Tujuan asal berpakaian ialah untuk melindungi diri dari sejuk dan panas atau dari sesuatu yang boleh membahayakan diri. Dari segi evolusinya ada sejarah perkembangan pakaian bagi sesuatu kaum.
Bagi Orang Asli yang hidup di hutan dan di tepi sungai, maka pada zaman tradisi tiada bahan pakaian yang sempurna, sebab itu pakaian sekadar menutup kemaluan dengan daun atau kulit kayu. Kulit kayu juga menjadi penutup badan yang dikenali dengan baju.
Bagi orang Melayu, pakaian mereka juga mengalami perubahan. Bentuk pakaian Melayu pada zaman tradisi, bagi lelaki ialah seluar panjang yang kakinya ke atas sehingga ke betis, manakala bajunya mirip baju Melayu kini, tetapi lebih ketat dan kelihatan lebih kemas. Ada kain yang  dipakai menutup bahagian tengah, atau disangkut  dari bahu. Bagi lelaki Melayu adalah berambut panjang. Bagi bahagian kepala ada hiasan dari kain yang dipakai sebagai semutar. Pakaian pada kepala ini mengalami perubahan. Kain yang dililt dikepala ini bertukar kepada bentuk yang lebih canggih yang dipanggil sebagai dastar dan lebih canggih menjadi tanjak. Dari bentuk asal ini pakaian Melayu menjadi lebih canggil sebagaimana pakaian baju Melayu lengkap seperti kini dengan kaki bercapal dan tanjak dipakai secara kreatif. Kini bahannya daripada songkek dan dibentuk dengan berbagai rupa. Bagi Sultan dan pembesar ada style bentuk tanjak masing-masing yang menjadi identiti masing-masing pula.
Adapun bagi perempuan dari pakaian bagi menutup badan berkembang kepada baju kurung dan kebaya yang pada bahagian atas ada selindung daripada kain istimewa yang mejadi identiti pakaian wanita berkenaan. Evolusi pakaian Melayu ini menjadi mantapa yang lengkapnya menutup  aurat. Pakaian tradisi ini kini dipakai pada majlis-majlis rasmi, pada majlis perkahwinan dan sambutan-sambutan hariraya dan sebagainya.
Pakaian tradisi orang Cina adalah seluar panjang  dan baju yang berbutang dari tali yang mengikatt kedua-dua belah baju. Sering disertakan dengan  topi petani atau kopiah hitam bulat, manakala yang perempuan ialah cheongsam  ke bawah lutut dan terbelah bahagian depan dan belakang. Orang Cina lebih cepat mengubah imej pakaian mereka kepada seluar pendek dan baju kemeja biasa, manakala yang perempuan kepada seluar dan baju  biasa.
Imej bagi orang India adalah berpakaian putih  dan pada bahagian atas dililt dengan kain putih. Ini dapat dilihat sebagai pakaian Mahatma Gandhi. Kebanyakan tidak menutup kepala, kecuali bagi kalangan atasan memakai songkok putih atau hitam.
Pakaian yang berwarna warni ialah pakaian penduduk dipedalaman Sabah dan Sarawak. Pakaian mereka berwarna warni, bermanik. Ini dapat dilihat dalam upacara-upacara tertentu dengan lelakinya lebih tidak berpakaian pada bahagian bawah, kecuali menutup bahagian kemaluan dan mereka menatang senjata dan mengelek ayam, sedang ada kumpulan muzik sape.
Walau bagaimana semua penduduk di dalam kehidupan dan tugas harian adalah memilih pakaian biasa, iaitu seluar panjang, berbaju kemeja dan jika di pejabat bertali leher dan lebih rasmi adalah berkot.. Tidak ada beza pakaian ini bagi berbagai kaum, khususnya lelaki, bagi perempuan bagi wanita muslim adalah menutup aurat dan klelihatan sopan, manakala bagi yang bukan Islam memilih pakaian seluar atau skirt dengan baju berbagai jenis termasuk kot bagi perempuan.
Walau bagaimana pakaian tradisi masih dipakaikan pada hari-hari perayaan dan sambutan-sambutan. Bagi Pakaian Melayu jelas mencerminkan watak Melayu berbaju Melayu dan bertanjak dan bagi perempuan baju kurung dan menutup aurat. Bagi Kaum Cina dan India agak jarang memakai pakaian tradisi mereka sebagaimana ornag Melayu, mereka lebih memilih pakaian semasa.
Adalah menarik bagi orang Melayu mempunyai pakaian tradisi selengkap yang masih sesuai dipakai  dalam perubahan zaman.
Sekian

October 4, 2019

HARI PERISTIWA TERTENTU


HARI  PERISTIWA  TERTENTU
(Firah Bangi: 365),
BBB: 05 Safar 1441H. = 043 Oktober 2019M. (Juma`at).
Selain daripada sambutan yang bersifat perayaan,terdapat  sambutan-sambutan yang bersifat peristiwa. Antara sambutan yang bersifat peristiwa ini ada yang bersifat agama dan ada yang bersifat tempatan  dan semasa.
Antara yang bersifat peristiwa yang berkait dengan keagamaan ialah seperti sambutan Maulid al-Rasul, iaitu sempena kelahiran Nabi s.a.w. Kelahiran Rasulullah dianggap penting, kerana dengan kelahiran Baginda pada 12 Rabi`ul-Awwal, maka rahmat dengan Baginda diutus ke alam ini membawa ajaran Islam  menjadi rahmat kepada sekalian alam. Tarikh kelahiran Baginda disambut dengan beberapa kegiatan seperti forum, seminar, solawat barzanji dan berbagai lagi. Antaranya dengan mengadakan perakan. Hari Maulid Nabi adalah merupakan hari cuti umum.
Hari peristiwa tertentu yang bersifat keagamaan juga ialah sambutan  Nuzul al-Qur`an yang disambut pada 17 Ramadhan yang juga dijadikan hari cuti umum. Sambutan Nuzul al-Qur`an, kerana dengan Nuzul al-Qur`an maka melalui kitab Sucial-Qur`an menjadi panduan bagi umat Islam
Berhubung dengan peristiwa juga, ialah Hari Kelahiran Duli Yang Mulia Yang Di Pertuan Agung adalah merupakan Hari Peristiwa yang disambut pada peringkat negara, sesuai Baginda adalah sebagai Ketua Negara. Berbagai upacara diadakan seperti pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran terhadap mereka yang berjasa kepada negara, jamuan-jamuan dan berbagai lagi. Sambutan yang bersifat peristiwa juga dilakukan pada hari- keputeraan Raja-Raja Melayu. Sambutan berlaku bagi setiap negeri bagi raja negeri berkenaan.
Cuti bersifat pereistiwa juga  berlaku dengan berlaku satu satu peristiwa yang menggembirakan bagi sesebuah negari, sebagai contoh kemenangan sesebuah pasukan bola sepak bagi sesebuah negeri pada peringkat kebangsaan. Misalnya Johor berjaya menjadi Johan piala Malaysia, maka di atas kejayaan ini diiisytiharkan cuti umum sehari keesokan  harinya. Ia menandakan kegembiraan bagi negeri berkenaan kerana kemenangan pasukan negeri itu.
Di samping kegembiraan ada pula cuti yang diberikan, bila berlakunya kematian  taja atau pimpinan pada peringkat tertinggi. Dengan demikian semua pihak berkabung turut melahirkan dukacita.
Cuti peristiwa yang di luar jangka berlaku pada peringkat negara dan negeri apabila berlaku  ancamman bahaya terhadap rakyat. Misalnya pada bulan September dan Oktober tahun 2019 ini berlaku peristiwa jerubu yang mengancam kesihatan penduduk. Jerubu adalah diakibatkan oleh pembakaran terbuka penduduk sama ada tempatan atau dari luar. Pembakaran terbuka bagi pembersihan ladang atau hutan di Riau Indonesia dan juga Kalimantan dalam bulan September baru-baru ini mengancam kesihatan terutama murid-murid sekolah. Jerubu yang melebihi 150 dianggap tidak sihat,  200 adalah berbahaya,i lebih dari 200 hingga  250 amat berbahaya dan jika melebihi 300 adalah darurat.. Lantaran itu, pada bulan September berkenaan paras jerubu  melebihi 200 menyebabkan sekolah-sekolah  terpaksa ditutup,maka beratus  ribu pelajar terganggu pelajaran dan kesihatan. Kesalahan dikenalpasti dilakukan oleh pemilik-pemilik ladang kelapa sawit yang mengambil jalan mudah bagi melupuskan polok-polok yang tidak dikehendaki dengan melakukan pembakaran tanpa mengambil kira keselamatan orang ramai. Perkara seperti ini berlaku setiap tahun pada musim kemarau mengakibatkan jerubu, Tindakan tegas dan keras perlu dilakukan terutama oleh Kerajaan Indonesia agar ancaman jerubu tidak berulang berlaku. Mulai bulan Oktober  hujan mulai turun dan jerubu mulai berkurang. Ancaman jerubu mesti dihapuskan.
Demikianlah ada peristiwa gembira diraikan dan ada peristiwa duka  yang mengancam.
Sekian.

October 3, 2019


PERAYAAN MEMBUDAYAKAN RAKYAT MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 364),
BBB: 04 Safar 1441H. = 03 Oktober 2019M. (Khamis).
Sebagai negara yang multirasial, rakyat Malaysia mempunyai berbagai-bagai perayaan. Antaranya bersifat  negara atau kebangsaan seperti menyambut Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan. Antara hari perayaan adalah bersifat agama dan adat. Tidak semua hari perayaan bersifat agama dan adat disambut oleh semua rakyat, tetapi setengahnya disambut oleh kaum-kaum tertentu.
Antara perayaan yang bersifat agama ialah  seperti Hariraya `Idul Fitri dan `Idul Adhha bagi orang Islam, manakala Jari Krismes disambut oleh penganut agama Kristian, Deepaxaki danThaipusan disambut oleh penganut agama Hindu, Tahun Baru Cina bagi orang Cina, manakala Hari Gawai disambut oleh orang Sabah dan Sarawak.
Perayaan `Idul Fitri dari segi agama seperti berpuasa sebulan Ramadhan adalah dilakukan oleh orang Islam, tetapi kemeriahan Ramadhan  dengan penyediaan berbagai juadah, tidaklah terhad kepada orang Islam saja untuk membelinya, bahkan sambutan raya yang lebih bersifat sambutan dan jamuan yang mengeratkan hubungan tidak menghalang dari diikuti oleh semua kaum. Sambutan raya dari segi agama ialah dengan solat Idul Fitri yang memang dilakuikan oleh orang Islam, manakala beraya sehingga tempoh 30 hari bukanlah dari amalan dituntut agama, tetapi dia adalah lebih bersifat budaya dan adat, terutama bagi penduduk di Pantai Barat, khususnya di Kuala Lumpur. Walau bagaimana tidaklah menjadi larangan. Dari satu segi ianya dapat menjalin muhibbah dan kasih sayang, tetapi dengan berlarutan menyambut raya, janganlah sampai kepada pembaziran, menyusahklan dari segi kewangan dan pembaziran masa. Perayaan seperti ini sudah menjadi budaya dan adat rakyat Malaysia. Adapun perayaan `Idul Adhha lebih bersifat agama dan tidak diikuti oleh rakyat secara keseluruhan.
Perayaan yang bersifat agama ialah Perayaan Krismes yang disambut pada 25 Disember setiap tahun itu dan ianya disambut oleh mereka yang menganut Kristian sahaja, Perayaan Deepavali dan Thaipusan juga adalah bersifat agama bagi orang-orang India dan tidak disertai oleh kaum lain.
Tetapi ada perayaan yang bersifat rakyat yang tidak bersifat agama, iaitu Hari Ponggal bagi kaum India. Ia adalah bersifat Hari Menuai bagi kaum tani yang disertai oleh orang India dan juga diraikan juga oleh semua kaum, kerana ia bersifat adat yang dikaitkan dengan pertanian. Pada hari Ponggal diadakan masakan nasi dan minuman manis dari air tebu yang dihidangkan kepada para tetamu di samping ada permainan rakyat atau pertandingan memecah takar.
Perayaan dan sambutan yang sama dilakukan oleh penduduk Sabah dan Sarawak yang dikenali dengan Gawai. Sambutan yang bersifat adat dan jika tidak disertakan dengan amalan keagamaan yang bersifat syirik, maka ianya boleh disertai semua kaum. Ia adalah hari perayaan Petani yang bergembira dengan hasil pertaniaan yang didapati.
Satu lagi perayaan yang bersifat adat dan tidak dikaitkan dengan sebarang amalan agama ialah `Sambutan Awal Tahun Baru Cina.. Namanya Awal Tahun Baru yang tidak berkait dengan amalan agama. Ketibaan awal tahun baru Cina, maka kemeriahannya  sebagaimana sambtan `Idul Fitri, kerana cutinya melebihi dua hari bahkan sampai seminggu. Pada Hari Tahun Baru Cina ini berlaku pergerakan rakyat secara besar-besaran seperti balik kampung atau masing-masing pergi bercuti
Pada setiap perayaan ada pakaian-palaian dan makanan-makanan khusus yang memeriahkan sambutan. Bagi rakyat Malaysia perayaan adalah hari ceria dan muhibbah berlaku antara keluarga dan kaum serta rakyat secara menyeluruh.
Sekian.

October 2, 2019

SEMANGAT MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN


SEMANGAT MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN
(Fikrah Bangi: 363),
BBB: 03 Safar 1441H. = 02 Oktober 2019M. (Rabu).
Semalam (Selasa 01.10.2019) Penulis dijemput oleh pihak Sekretariat Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Pendidikan Islam, Bangi bagi menyertai Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Kampus tersebut. Penulis merasa teroja mendapati bahawa semangat memperjuangkan  bahasa Kebangsaan masih berkobar-kobar di  di kampus berkenaan.
Hadirpada majlis yang berlangsung di Dewan Besar Nik Mohd Mohyideen Musa, Kampus Bangi itu ialah Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Timbalan Pengarah IPG Bangi selaku Perasmi Majlis Pelancaran, Dr. Nazariyah bt.Sani Ketua Jabatan Dwi Bahasa, Puan Nur Azlan bt. Abdul Ghani, Ketua Unit Bahasa Melayu, Dr. Maisarah Bt. Yaacob selaku Penyelaras Sambutan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, pensyarah-pensyarah  dan para pelajar yang memenuhi Dewan.
Majlis bermula jam 2.00 petang dengan lagu al-Asma` al-Husna, Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dan bacaan doa. Selepas bacaan Al-Qur`an  Ketua Jabatan Dwi Bahasa dalam ucapan alu-aluan menyatakan sambutan yang diadakan bagi mengingati perjuangan menegakkan bahasa Kebangsaan dan memberi inspirasi bagi pelahar-pelajar guru membawa ubur mendaulatkan bahasa Kebangsaan yang pelajar-pelajar bakal menyampaikan pengajaran bahasa Kebangsaan kepada murid-murid mereka. Sambutan juga merupakan siri kegiatan pelajar sebagai ko-kurikulum selepas mengadakan Majlis  Sambutan Kemerdekaan dan  Kebangsaan  dari bulan Ogos hingga Septeer yang lepas. Ini juga merupakan latihan bagi para pelajar guru dalam mana kegiatan seperti ini bakal dilaksanakan di sekolah masing-masing  bila bertugas kelak.
Dalam ucapan Perasmian Dr. Abdul Rahman Abdullah mengimbau tentang bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan adalah bahasa penutur lebih dari 30 juta rakyat negara ini, bahkan dituturkan oleh penduduk Nusantara yang berjumlah lebih dari 300 juta dan merupakan bahasa kelima terbesar di dunia. Beliau menyebut bahawa tradisi penulisan dalam bahasa Melayu adalah menggunakan tulisan Jawi yang terbukti pada Batu Bersurat Terengganyang bertarik  Juma`at 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi, iaitu sejak 8 abad yang lalu. Sedangkan tulisan rumi hanya baru digunaklan pada tahun 1966 hanya  lebih 50 tahun sahaja. Beliau menempelak pihak yang mempertikai usaha menghidupkan tulisan jawi yang menjadi alat bagi tradisi penulisan, tamadun dan peradaban Melayu. Dalam majlis itu diserikan dengan gimik, muntaj dan  persembahan multi media pelancaran. Episod Keranda 152 dihidupkan dengan pengusungan Keranad 152 ke atas pentas melambangkan bahasa kebangsaan pernah menghadapi saat-saat getir apabila  pengabaian berlaku sebelum ianya dilaksdanakan pada tahun 1069 lewat dari tarikh yang dijanjikan (1967). Ini menyebakan berlakunya protes dan perkabungan dengan perarakan Keranda 152.
Penulis diraikan sebagai Tokoh Persuratan  Nusantara Melayu Raya 2013 diberi masa satu jam untuk bercakap tentang kaedah menulis, tetapi melihat kepada suasana mengingati Perjuangan Bahasa Kebangsaan Penulis lebih bercakap tentang perjuangan bahasa Kebangsaan (Nota kaedah menulis yang Penulis buat diserah kepada  Timbalan Pengarah).
Penulis mengingatkan terutama kepada pihak yang mengabaikan bahasa Kebangsaan, bahawa Bahasa Melayu mempunyai tradisi bahasa yang agung bermula dari zaman Srivijaya  dari awal abad Masihi ke abad 12, disambung oleh  Taradisi Melaka yang menjadi entreporti di Kepulauan Melayu dan Timur jauh dan diteruskan tradisi Johor Riau dan Indomewsia yang kini merupakan bahasa kelima terbesar di dunia. Perjuangan bahasa dijelmakan kejayaan  dengan penubuhan UKM (1970) dan diikuti penggunaan Bahasa Kebangsaan oleh semua universiti Awam. Kita mempunyai lebih dari 15,000 manuskrip dalam tulisan jawi, sedangkan  British dan beberapa negara barat hanya mempunyai  sejumlah kecil bahan persuratan yang diwarisi. Kita mesti berbangga dan meneruskan keagungan bahasa kita yang tumbuh dan berkembang di persada tanah air kita.
Pada akhir majlis disampaiakn sijil-sijil dan diikuti persembahan Dikir Barat dengan penutup jam 5.00 petang dengan lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian.