July 15, 2020

ANAK-ANAK KITA KEMBALI KE SEKOLAH


ANAK-ANAK KITA KEMBALI KE SEKOLAH

Sejak Covid-19 melanda dunia
Termasuk negara kita Malaysia
Sejak awal 2020 dan kawalan  PKP
Terganggu bukan saja ekonomi
Tetapi semua peringkat  pengajian
Namun prihatin pihak Kementerian
Ibu bapa, guru, persatuan pihak berkenaan
Meneruskan pendidikan melalui `Atas Talian`
Mencetuskan kreativiti dan inovasi
Tapi tidak sama  menerima secara berdepan.

Ketika Covid-19 dalam kawalan
Biarpun di luar negara  musuh mengancam
Kita kembali berhati-hati  memulakan pembelajaran
Menurut prioriti dan SOP.
Bermula dari 24 Jun 2020
Atas kepentingan menghadapi peperiksaan
Pelajar SPM, STPM dan yang setarap
mulai kembali ke sekolah dengan SOP


Diikuti Taska atau  Tadika dan Rumah Asuhan
Mulai 01 Julai 2020
Menyelesaikan masalah ibu bapa
Bekerja perlu anak-anak dijaga.
Alhamdulillah setakat  ini
Tiada gejala atau  klaster  pendidikan.

Hari ini 15 Julai setelah  keselamatan
Semua peringkat pengajian
Kembali dibuka tetap  waspada
Dengan SOP dan  lebih teliti
Agar wabak menjauhi  anak-anak dikasihi
Antara  bimbang  dan ghirah kembali belajar
Mereka  diserah dengan  doa
Insya  Allaj  semua selamat.

Mereka adalah anak-anak generasi
Meneruskan  misi mencari ilmu
Dari guru dan semua berdedikasi
Menjadikan  Negara Berilmu
Sejahtera dan makmur.

(Fikrah Bangi: 612)
BBB: 23 Zulkaedah 1441H. = 15 Julai 2020M. (Rabu).

July 14, 2020

PERUBAHAN DAN PENYESUAIAN


PERUBAHAN DAN PENYESUAIAN
(Fikrah Bangi: 611).
BBB:  22 Zulkaedah 1414 H.= 14  Julai 2020M. (Selasa).

Sebahagian besar dari lulusan SPM setiap tahun tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih atas dan mereka akan memasuki berbagai bidang pekerjaan, manakala sebahagian daripada mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih atas. Lantaran itu pengajian pada peringkat SPM perlu mengambil kira persediaan asas bagi mereka masuk pasaran pekerjaan dan juga keperluan yang melayakkan mereka menyambung pengajian.
Keperluan bagi kedua pihak mengambil bahasa Malaysia adalah persediaan bagi mereka berkomunikasi dengan bahasa tersebut secara baik dan bagi yang menyambung pengajian dapat meningkatkan mereka di dalam bahasa tersebut ke tahap yang lebih tinggi dari segi keperluan akademik. Dengan bahasa tersebut menyatupadukan rakyat sebagaimana disaksi kini, di samping dapat berurus decara licin.
Kewajipan mengambil bahasa Inggeris adalah pengakuan tentang bahasa antarabangsa dan perlu diketahui oleh semua sekurang-kurangnya bagi kefahaman dan berkomunikasi. Bagi yang menyambung pengajian peningkat atas terhadap bahasa tersebut adalah keperluan yang dituntut sebagai alat mendalami pengajian.
Adalah didapati setengah mata pelajaran  tidak dapat dipraktikkan di dalam pekerjaan, misalnya Sejarah dan Tamadun, tetapi ianya secara tidak langsung memperluaskan maklumat dan penting bagi seorang yang  menyambung pengajian di dalam mata pelajaean berkenaan termasuk Sains Politik dan Perundangan.
Mata pelajaran seperti ekonomi adalah penting  secara asas bagi yang keluar dan bekerja dan terlibat di dalam bidang ekonomi dan Perdagangan, sebab itu semasa di sekolah pelajar dibimbing secara praktik di dalam kedua-dua bidang berkenaan dan menjadikan kajian lapagan sebahagian daripada  pelajaran yang diikuti. Mereka dibawa ke primis-premis perniagaan, pasar, pasar raya dan ke perusahaan-perusahaan.
Sebahagian dari kursus di dalam bidang Sains adalah bersifat  prinsip dan melalui kajian di makmal, seperti biologi, fizik dan kimia, tetapi ianya boleh dibawa pelajar ke perusahaan yang melibatkan bidang-bidang berkenaan bagi mendalami kefahaman dan cinta terhadap bidang yang diceburi.
Satu bidang yang berkembang pesat ialah IT. Bidang ini  berkembang dalam urusan komunikasi,  kewangan,  bahkan  aspek digital, sesuatu yang berkembang pesat. Bidang IT ini menjadi sebahagian kehidupan moden, sebab itu pendidikan didalam bidang ini perlu ditekankan di dalam persekolahan. Ianya diperlukan di dalam kehidupan seharian dan lebih perlu pada peringkat pengajian tinggi.
Kesedaran terhadap kepentingan Alam Sekitar perlu ditekankan pada pengajian sejak dari sekolah lagi. Pelajar dingatkan pentingnya menjaga alam sekita r dan kebersihan. Pemjagaan Alam Sekitar perlu dari segi pelancungan. Selain dari mempelajarinya di dalam bilik kelas pelajar dibawa melihat tentang pencemaran sungai dan laut, penggondolan bukit bukau yang mengancam  akam sekitar dan betapa buruknya kawasan yang kotor dan tidak menjaga kebersihan. Pelajar dilibatkan dalam kegiatan gotong royong membersihkan sungai, taman, kawasan perumahan dan sebagainya.
Antara bidang yang menarik minat pelajar ialah bidang sukan. Pengajian di dalam kelas dibawa kepada yang bersifat praktis di padang bo;a, di court badminton,  di court sepak raga. Pertandingan wajar diadakan sehingga peringkat kejohanan di sekolah, daerah, negeri dan negara.Ia tidak mustahil menyemarakkan sukan dan dapat melahirkan jaguh-jaguh pada  berbagai peringkat.
Apa yang mau ditekankan, pengajian pada peringkat SPM tidak saja berlegar di dalam kelas, tetapi hendaklah bersifat praktikal ke luar kelas dan ke lapangan-lapangan berkenaan. Dengan demikian jika yang keluar dan terus ke pasaran pekerjaan, mereka sudah mempunyai pengalaman dan dapat melakukan pekerjaan dengan baik. Bagi yang menyambung pengajian, pengalaman dapat mempertingkatkan bidang pengajian yang dpelajari.

Sekian.

July 13, 2020

KURSUS-KURSUS DITAWARKAN


KURSUS-KURSUS DITAWARKAN
(Fikrah Bangi:  610),
BBB:  21 Zulkaedah 1441. = 13 Julai 2020M. (Isnin).

Bagi kursus yang ditawarkan  berjumlah tiga tahun menurut sistem semester (2 x 3), maka kursus dapat dipecahkan kepada enam pecahan. Tiap semester pelajar dikehendaki mengikuti sejumlah kursus  yang kita kirakan dari segi unit. Jumlah unit ini boleh dikecilkan umpamanya untuk tiga tahun dikehendaki mengikuti sebanyak 100 unit atau dibesarkan unit kepada 100 unit setahun, bererti 300 unit untuk tiga tahun dan 50 unit bagi satu semester. Kita memilih, bahawa satu semester pelajar dikehendaki  mengikuti 50 unit dan bagi tiga tahun ialah 300 unit.
Kursus yang ditawarkan dipecah  kepada tiga, iaitu:
1)    Kursus wajib diambil dan wajib lulus
2)    Kursus yang wajib diambil
3)   Kursus pilihan.
Kursus pilihan ini mempunyai dua bahagian, iaitu :
a)     Kemanusiaan dan Peradaban
b)    Sains dan Teknologi.
Pemilihan lebih dari separuh dari Kemanusiaan dan Peradaban atau Sains dan Teknologi melayakkan seorang pelajar  melanjutkan pelajaran kelak sama ada di dalam bidang Kemanusiaan dan Peradaban atau Sains dan Teknologi. Pemilihan hendaklah dibuat tidak kurang dari dua kursus bagi setiap bidang.
Setiap kursus bernilai  5 unit.
a)    Kursus Wajib dan Perlu lulus
1)    Bahasa Malaysia
2)    Perlembagaan  dan Kenegaraan

b)    Wajib ambil
1)   Matematik (Wajib lulus bagi aliran Sains dan Tekno;ogi)
2)   Bahasa Inggeris

c)    Kursus Pilihan (cadangan dapat ditambah atau dikurangkan)
C.1  Kemanusiaan dan Peradaban
1)  Agama Islam
2)  Sejarah dan Tamadun
3)  Ekonomi
4) Perdagangan
5. Pertanian
6. Sastera
7)  Kewartawanan
8) Pilihan satu bahasa (Cina, Tamil, Arab,Perancis dan sebagainya)
9)  Masakan
19)  Kraft dan Kesenian
Dapat ditambah atau dikurangkan.
C.2.  Sains dan Teknologi
1)  Geografi
2) Biologi
3) Fizik
4) Kimia
5)  IT
6) Alam Sekitar
7) Pelancongan
8) Sukan
9) Pertahanan
10) Keselamatan
Dapat ditambah atau dikurangkan.
Untuk tahun kdua dan ketiga dipertingkatkan level kursus bagi tahun-tahun berkenaan atau boleh ditukar kursus bagi kelompok kursus-kursus pi;ihan

Sekian.

July 12, 2020

KURIKULUM KE ARAH NEGARA BERILMU


KURIKULUM KE ARAH `NEGARA BERILMU~
(Fikrah Bangi:  609),
BBB:  20 Zulkaedah 1441H. = 12 Jukai 2-2-M. (Ahas).

SPM adalah tahap penting bagi  pembinaan rakyat Malaysia yang berpelajaran. Tahap ini dapat dikategorikan tahap minima yang seharusnya dikuasai rakyat dan banyak keperluan kepadanya sebagaimana telah diperkatakan.
Dilihat dari segi kepentingan ilmu dan ideal bagi negara Malaysia  menuju kepada `Negara Berilmu`, maka kurikulum bagi asas `Negara Berilmu`, maka ianya dibina secara kukuh sebagai asas `bagi  Negara Berilmu` tersebut. Darinya kelak akan diperluaskan kepada nerbagai bidang-bidang yang  sesuai sebagai Negara Berilmu.
SPM sebagai minimum asas bagi melanjutkan pengajian dan  kerjaya,ianya  sebagai sermpang bagi memilih bidang spesijik dan bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya seharusnya merangkumi ruanglingkup keilmuan yang dapat diperluaskan pada peringkat atas.
Atas dasar pengajian tiga tahun, maka pemilihan kursus bagi tiga tahun hendaklah berdasarkan jumlah unit bagi nilai pelajaran yang diambil.
Jumlah unit bagi 6 semester  (3 x 2 semester hendaklah tidak kurang dari jumlah  300 unit. Ini bererti bagi setiap tahun perlu diambil sejumlah 100 unit. Pelajar boleh mengambil kurang dari seratus unit atau lebih bagi satu semester. Tetapi pada akhir tahun ketiga hendaklah berjumlah  300 unit.
Pembentukan kursus adalah dalam kategori.
Kelompok Pertama: Kursus  Wajib diambil dan lulus.
Kelompok Kedua: Kelompk Kemanusiaan dan Peradaban
Kelompok Ketiga:  Sains dan Teknologi.
Bagi kelompok Kedua dan Ketiga banyak kursus yang ditawarkan.  Pemilihan  dikira debagai major bila diambil lebih banyak dari salah satu kelompok berkenaan, tetapi pemilihan dari salah satu kelompok hendaklah tidak kurang dari separuh dari satu kelompok yang dikira minor bagi pemilihan yang dibuat.
Dengan wujudnya kelompok-kelompok yang dibuat, maka dari kelompok pertama semua pelajar wajib mengikutinya dan semua pelajar  dididik dengan kandungan kelompok yang wajib ini yang dikira antaranya membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia.
Manakala bagi kelompok kedua adalah penyediaan ilmu secara luas dan terbuka, Seorang pelajar mungkin minat di dalam bidang Kemanusiaan dan Peradaban, maka dia mengambil lebih banyak unit dari kelompok Kemanusiaan dan Peradaban ini. Tetapi pelajar ini tetap mempunyai asas keilmuan Sains dan Teknologi yang seharusnya diambil dan menjadi sebahagian dari keilmuan yang dipelajari.
Bagi mana-mana bidang yang dipelajari diaboleh mengkhususkan pada peringkat pengajian tinggi, apabila dia bercita-cita meneruskan pengajian kepada peringkat tertinggi yang dihasratkan.
Bagi pelajar yang tidak mau menyambung pengajian kepada peringkat tertinggi, kerana kurang pencapaian yang menggalakkan atau sengaja tidak mau menyambung pengajian, dia boleh memohonn pekerjaan menurut kelayakan yang ada padanya. Dia boleh memilih antara bekerja terus atau di samping bekerja menyambungf pengajian secara separuh masa, sambilan dan kemungkinan menyambung pengajian atas talian.
Kursus yang ditawarkan yang akan dibicarakan tidaklah bersifat rigid, dalam tempoh sedekad misalnya ianya boleh diubah dari segi kursus atau berlaku pertambahbaikan bila diperlukan.

Sekian.

KURIKULUM KE ARAH NEGARA BERILMU