December 31, 2008

2 SHAFIE "MAIN GOLF" PAKATAN RAKYAT






Lapang sasar ialah Taman Seri Langat, Jalan Reko , Kajang. ADUN Bangi, Dr. Shafie bersama ahli majlis MPKj zon 23 Hj Shafie dan wakil dari DAP, PKR bersama jawatankuasa penduduk turun padang untuk melawat kawasan. Dipadang golf pemain berjalan dari lubang ke lubang golf. Di sini pemain berjalan dari rumah kerumah melihat permasalahan penduduk.

Masalah banjir dan persekitaran adalah dirujuk. Taman yang terletak bersebelahan Sg Langat seringkali dinaiki air. Faktor utama ialah penyelenggaraan "monsun drain" oleh kontraktor terbabit kurang diberi perhatian. Sikap peniaga yang tidak menjaga kebersihan sekitaran juga memainkan peranan. Segelintir penduduk didapati menutup terus saloran longkang dihadapan rumah mereka.

Seorang penghuni memberitahu," Dulu sewaktu membeli rumah di sini kami membayangkan suasana yang tenang berhampiran Sungai Langat. Kini saya duduk di tingkat 3, sungai pun tak nampak. Kesian melihat penghuni sebuah rumah yang menempatkan sekumpulan orang kurang upaya mengharung banjir. Sebuah tahfiz di sini lagi teruk kerana kedudukannya betul-betul sebelah sungai".

December 30, 2008

9 Penceramah 4000 penyokong mansuh ISA 30 sokong ISA di Bangi





Pelancaran “Mansuhkan ISA” berjaya dilancarkan di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perhimpunan “Mansuhkan ISA” dijadualkan pada 21 Mac 2009 di Kuala Lumpur. Program pada awalnya tidak mendapat permit dari pihak polis bagaimanapun diteruskan selepas rayuan dibuat. Syarat yang dikenakan ialah perhimpunan harus diadakan dalam dewan dan bukannya dipadang tidak menghalang ribuan hadirin terdiri dari semua kaum datang walau pun promosi terpaksa dibuat pada saat akhir.

9 penceramah iaitu wakil dari mahasiswa, Pn. Norlaila Othman(isteri tahanan ISA), Cik Teo Nie Ching(MP Serdang- wakil DAP), En. Arutchevlan(wakil PSM), En. Shamsul(Ketua AMK), En. Salahudin Ayub(Ketua Pemuda PAS), Hj. Mohd Sabu(Naib Presiden PAS), Tn Guru Dato Seri Hj. Hadi(Presiden PAS) dan Dr. Nasir(MP Kota Damansara).

Dewan yang padat dengan hadirin terus panas dengan pidato yang disampaikan. Namun diluar dewan sekumpulan penyokong ISA tersipu-sipu menyerahkan memo.

”Ketika semua kaum bersatu menentang ISA mereka ni datang serah memo nak haramkan penternakan babi. Serahlah memo tu kat Ketua Menteri Melaka atau MB Negeri Sembilan,” cemuh seorang hadirin.

Nampaknya beliau kurang senang dengan provokasi perkauman yang cuba dicetuskan. Kumpulan itu bagaimana pun segera beredar bila kehadiran mereka tidak diperdulikan oleh orang ramai.

Seorang hadirin melaporkan salah seorang dari kumpulan terbabit didapati membawa sebatang kayu. Dia bagaimana pun dihalang masuk oleh anggota polis yang berkawal dibantu oleh unit Amal. Syabas diucapkan.

December 25, 2008

KULIAH ILMU DI PASAR

Musim akhir percutian sekolah biasanya diambil peluang untuk bercuti atau beriadah bersama keluarga. Jemaah PAS Serdang kini bersama keluarga berada di Perak untuk Hari Keluarga. Mereka dijangka kembali ke Bangi pada 27 Disember. Peruntukkan cuti dihujung tahun ini dengan bersama keluarga untuk menghampiri taman-taman syurga dengan kuliah bulanan di pasar Bandar Baru Bangi(dibelakang pejabat ADUN Bangi)

December 24, 2008

JANGAN BUAT LAGU NIE...

Masalah gejala sosial dan kemalangan pada golongan muda yang menunggang motosikal mendapat perhatian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar. Satu program anjuran Pemuda PAS Serdang yang menghadirkan Sdr. Yasir Saad, bekas juara cup prix Malaysia telah diadakan pada 21 Disember baru-baru ini. Peserta diberi taklimat beberapa teknik menunggang motosikal dengan betul dan cara mengelakkan berlakunya kemalangan. Serentak dengan itu dilancarkan penubuhan "Alternative Riding Club" cawangan Serdang.


December 22, 2008

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH




Dalam rangka pengisian menjadikanBangi bandar ilmu satu program motivasi dan sumbangan kembali ke skolah telah diadakan pada 21 Disember 2008 bertempat di Balai Komuiti Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Seramai 46 buah keluarga telah dipilih dari seluruh kawasan Bangi melibatkan semua kaum.

Dalam ucapan perasmian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata ,”Program yang diadakan adalah sebagai pemangkin Bangi bandar ilmu. Kita jangan hanya berbangga dengan banyaknya institut pengajian tinggi disekeliling tanpa kita sendiri tidak mengambil kelebihan itu untuk belajar dan seterusnya berpeluang untuk memperbaiki kehidupan kita.”

” Pihak ADUN Bangi mencadangkan untuk didirikan sebuah sekolah menengah berhampiran Seksyen 16 bagi menampung pendidikan yang semakin meningkat sekarang. Dalam rangka meneruskan kesinambungan pendidikan PASTI kita juga akan berusaha untuk mendirikan sebuah tahfiz sains”.

Satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustad Fakrulrazi Mokhtar, seorang penceramah bebas turut diadakan.

”Didiklah anak-anak dengan kasih sayang, penuh kesabaran dan hikmah. Setiap usaha yang baik harus berterusan akan mendapat pembalasan yang baik disisi Allah. Jangan berputus asa bila ditimpa kegagalan. Jadikan kegagalan itu sebagai guru untuk berjaya. Kita jangan sentiasa mengharapkan pertolongan sebaliknya sentiasa berusaha memberi pertolongan.”

Sumbangan berjumlah 8 ribu ringgit itu adalah dari peruntukan ADUN dan sumbangan dari beberapa usahawan di Bangi.

- Portfolio Media-

TURUN PADANG BUKAN UNTUK PILIHANRAYA SAHAJA




Ahli majlis MPKj Hj. Shafie Ngah dalam rangka program berkalanya telah melawat Seksyen 5(West Country) dengan tujuan meninjau permasalahan penduduk dan persekitaran.

“Program ini dibuat secara berkala bertujuan melihat permasalahan penduduk secara lebih jelas. Semua kawasan dalam zon 22 akan dilawati. Laporan permasalahan akan diangkat dalam mesyuarat bersama pihak MPKj untuk diambil tindakan. Selain dari itu kita juga menziarahi mereka yang memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Lembaga Zakat Selangor.”

Menurut beliau antara masalah yang disuarakan ialah saluran longkang yang tersumbat sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kutipan sampah telah dilakukan dengan baik namun perbuatan segelintir penduduk yang membuang sampah kedalam tali air berdekatan amat dikesali. Aduan juga diterima berkenaan perbuatan meminum minuman keras ditempat awam terutama pada waktu malam. Penduduk melahirkan kebimbangan jika berlaku pekara yang tidak diingini akibat perbuatan itu.

Terdapat kawasan yang didakwa penduduk milik Jabatan Bekalan Air Selangor dipenuhi semak samun akibat tidak diselenggarakan dengan baik. Selain dari sakit mata memandang penduduk juga bimbang jika kawasan itu dihuni oleh ular dan binatang berbisa.
Beliau bersama beberapa orang jawatankuasa sempat menziarahi lima buah rumah untuk diberikan sedikit bantuan dan cenderahati.

December 19, 2008

PANTUN YB


Kita dilanda berbagai masalah masyarakat. Perpaduan yang longgar, rasuah, sosial, perundangan, pendidikan dan yang terbaru kesan kemelesetan ekonomi dunia yang mula terkesan pada rakyat. Sehingga itu kita dipaparkan berbagai teori penyelesaian sedangkan Islam ada jalan penyelesaiannya. Kita hendaklah kembali kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Susah-susah menanam peria
Peria tumbuh ditepi taman
Susah-susah mencari rahsia
Rahsia wujud dalam Islam

Doktor pakar bidang bedah
Harapan pesakit untuk sembuh
Islam bukan semata bidang ibadah
Malahan cara hidup menyeluruh.

December 18, 2008

JERIT DIBANGI


40 penunggang basikal yang membawa suara jaringan rakyat tertindas(JERIT) ditahan dari meneruskan kayuhan mereka di Ladang Bangi Lama oleh polis dari Kajang. Wakil kumpulan Encik Arutchevlan berkata mereka adalah peserta yang datang dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang menyertai projek 'Kayuhan Membawa Perubahan' dimana misi mereka ialah menyerahkan satu memorandam di parlimen agar kerajaan mengubal akta minima gaji, memansuhkan ISA, mengadakan perumahan yang selesa untuk rakyat, memulihkan pilihanraya tempatan dan desakan agar kerajaan menghentikan program pengswastaan perkhidmatan asas. ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang menemui para peserta memberi sokongan moral dan berharap mereka tabah dan menjadikan peristiwa itu sebagai pengalaman manis mereka untuk berjuang. Beliau berpendapat pada dasarnya program itu telah mendapat perhatiam umum sehingga pihak tertentu yang tidak senang dengan tuntutan JERIT mula menggunakan polis untuk bertindak menghalang misi mereka. En. Arutchevlan berkata pihak polis tidak dapat menjelaskan pada mereka samada semua peserta akan ditangkap atau mereka hanya sekadar ditahan dari meneruskan kayuhan.

December 17, 2008

CUKAI 27% UNTUK PETROL?


Pada tahun 2005 harga minyak mentah dunia US 47 dolar setong. Harga petrol ketika itu ialah RM 1.42 seliter. Sekarang(Dis 08) harga minyak mentah US 45 dolar setong. Harga petrol di Malaysia RM 1.80(diturunkan 0.10)
Adakah ini bermakna rakyat Malaysia yang juga pengeluar minyak dunia telah dibebankan cukai sekurang-kurang 27 peratus bagi setiap liter minyak yang digunakan?
Dalam krisis ekonomi yang mula meresap kehidupan rakyat jelata apa yang mereka harapkan ialah kesan krisis itu dikurangkan dengan penurunan setara antara harga minyak dan harga barangan yang mengila naik. Harapan agar roti canai teh tarik dikurangkan 27%. Harapan agar kasut serta pakaian sekolah diturunkan 27%. Atau harapan itu tinggal harapan tetap tidak berubah. Dengan tubuh lemah semakin tidak bermaya menempuh hari mendatang.
-MEDIA-

December 11, 2008

SPIES BELIA?

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2007 mendapati majoriti golongan remaja tidak ambil peduli tentang politik(siasah) negara. Mereka seolah mengamalkan kehidupan dalam kelompok yang tersendiri. Tiada pengecualian pekara ini di Bangi. Cuma dengan kelebihan ”tetamu ilmu” yang melimpah di Bangi Bandar Ilmu sedikit sebanyak memberi sinar harapan bahawa mereka tidak dikesampingkan. Ramai yang ingin tahu peranan mereka dalam masyarakat. Pertanyaan yang selalu dipersoalkan ialah : Apa itu SPIES?
Maka di sini diperturunkan sedikit maklumat mengenai SPIES.

Golongan Belia merupakan golongan masyarakat yang mempunyai tenaga, akal, kemahiran serta emosi yang boleh dibangunkan secara lebih berkesan seiring dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor 2008 -2013. Program SPIES Belia ini telah direncanakan berasaskan konsep pembangunan keupayaan Spiritual (Rohani), Physical (Jasmani), Intellec-tual (Akal), Emotional (Emosi) dan Social (Sosial) bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlang secara holistik dimanifastasikan secara zahir melalui keberkesanan atau kecekapan sosial – berkesan dalam perhubungan antara individu (interpesonal), bertindak secara menang-menang (win-win), mengurus konflik dengan baik, sebagai pemangkin perubahan atau dapat mendorong orang lain untuk menjadi golongan masyarakat yang lebih baik. Matlamat program ini adalah untuk menyedarkan golongan belia supaya melihat tujuan dan matlamat hidup ini secara lebih menyeluruh (the big picture), bukannya sebagai anakmuda yang mengamalkan kehidupan dalam kelompok yang tersendiri (own circles of friends) tanpa ada kaitan dengan orang lain .

December 10, 2008

MEDIA SELANGOR

Pengusaha Besi Buruk Boleh Mohon Lesen
-Mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini perlulah mendapatkan lesen atau permit daripada pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di MPKj.
-Perniagaan ini hanya boleh beroperasi di kawasan industri sahaja. Kawasan perumahan dan juga lot-lot pertanian tidak dibenarkan

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) melancarkan Kempen Basikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan’ ke seluruh negara menuntut akta gaji minima, memansuhkan akta zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Darurat, pengawalan harga barang, memulihkan pilihan raya majlis tempatan dan menghentikan penswastaan perkhidmatan seperti air, hospital dan pendidikan.

Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Negeri Selangor pada 15 Disember di perkarangan Stadium Malawati. Kertas kerja oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation yang juga Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu di samping wakil beberapa syarikat seperti Giant, Carrefour, KFC, Central Spectrum Sdn Bhd serta SMIDEC. Anjuran bersama kerajaan negeri, DPIM Selangor, Halal Industry Development Corporation (HDC), Biro Korporat DPIM dan diuruskan IPPJ Sdn Bhd. Jualan Selangor Ria berlangsung pada 13 hingga 21 Disember.

December 9, 2008

DIRGAHAYU PAYUNG MAHKOTA


Kami rakyat Selangor merafak sembah memohon kehadrat Illahi dilimpahi kesahjeteraan dan keberkatan ke atas DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Daripada ADUN Bangi dan saf kepimpinan PAS Serdang.
-MEDIA

December 6, 2008