December 22, 2008

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH




Dalam rangka pengisian menjadikanBangi bandar ilmu satu program motivasi dan sumbangan kembali ke skolah telah diadakan pada 21 Disember 2008 bertempat di Balai Komuiti Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Seramai 46 buah keluarga telah dipilih dari seluruh kawasan Bangi melibatkan semua kaum.

Dalam ucapan perasmian ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata ,”Program yang diadakan adalah sebagai pemangkin Bangi bandar ilmu. Kita jangan hanya berbangga dengan banyaknya institut pengajian tinggi disekeliling tanpa kita sendiri tidak mengambil kelebihan itu untuk belajar dan seterusnya berpeluang untuk memperbaiki kehidupan kita.”

” Pihak ADUN Bangi mencadangkan untuk didirikan sebuah sekolah menengah berhampiran Seksyen 16 bagi menampung pendidikan yang semakin meningkat sekarang. Dalam rangka meneruskan kesinambungan pendidikan PASTI kita juga akan berusaha untuk mendirikan sebuah tahfiz sains”.

Satu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustad Fakrulrazi Mokhtar, seorang penceramah bebas turut diadakan.

”Didiklah anak-anak dengan kasih sayang, penuh kesabaran dan hikmah. Setiap usaha yang baik harus berterusan akan mendapat pembalasan yang baik disisi Allah. Jangan berputus asa bila ditimpa kegagalan. Jadikan kegagalan itu sebagai guru untuk berjaya. Kita jangan sentiasa mengharapkan pertolongan sebaliknya sentiasa berusaha memberi pertolongan.”

Sumbangan berjumlah 8 ribu ringgit itu adalah dari peruntukan ADUN dan sumbangan dari beberapa usahawan di Bangi.

- Portfolio Media-

No comments:

Post a Comment