December 22, 2008

TURUN PADANG BUKAN UNTUK PILIHANRAYA SAHAJA




Ahli majlis MPKj Hj. Shafie Ngah dalam rangka program berkalanya telah melawat Seksyen 5(West Country) dengan tujuan meninjau permasalahan penduduk dan persekitaran.

“Program ini dibuat secara berkala bertujuan melihat permasalahan penduduk secara lebih jelas. Semua kawasan dalam zon 22 akan dilawati. Laporan permasalahan akan diangkat dalam mesyuarat bersama pihak MPKj untuk diambil tindakan. Selain dari itu kita juga menziarahi mereka yang memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Lembaga Zakat Selangor.”

Menurut beliau antara masalah yang disuarakan ialah saluran longkang yang tersumbat sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kutipan sampah telah dilakukan dengan baik namun perbuatan segelintir penduduk yang membuang sampah kedalam tali air berdekatan amat dikesali. Aduan juga diterima berkenaan perbuatan meminum minuman keras ditempat awam terutama pada waktu malam. Penduduk melahirkan kebimbangan jika berlaku pekara yang tidak diingini akibat perbuatan itu.

Terdapat kawasan yang didakwa penduduk milik Jabatan Bekalan Air Selangor dipenuhi semak samun akibat tidak diselenggarakan dengan baik. Selain dari sakit mata memandang penduduk juga bimbang jika kawasan itu dihuni oleh ular dan binatang berbisa.
Beliau bersama beberapa orang jawatankuasa sempat menziarahi lima buah rumah untuk diberikan sedikit bantuan dan cenderahati.

No comments:

Post a Comment