December 18, 2008

JERIT DIBANGI


40 penunggang basikal yang membawa suara jaringan rakyat tertindas(JERIT) ditahan dari meneruskan kayuhan mereka di Ladang Bangi Lama oleh polis dari Kajang. Wakil kumpulan Encik Arutchevlan berkata mereka adalah peserta yang datang dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang menyertai projek 'Kayuhan Membawa Perubahan' dimana misi mereka ialah menyerahkan satu memorandam di parlimen agar kerajaan mengubal akta minima gaji, memansuhkan ISA, mengadakan perumahan yang selesa untuk rakyat, memulihkan pilihanraya tempatan dan desakan agar kerajaan menghentikan program pengswastaan perkhidmatan asas. ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang menemui para peserta memberi sokongan moral dan berharap mereka tabah dan menjadikan peristiwa itu sebagai pengalaman manis mereka untuk berjuang. Beliau berpendapat pada dasarnya program itu telah mendapat perhatiam umum sehingga pihak tertentu yang tidak senang dengan tuntutan JERIT mula menggunakan polis untuk bertindak menghalang misi mereka. En. Arutchevlan berkata pihak polis tidak dapat menjelaskan pada mereka samada semua peserta akan ditangkap atau mereka hanya sekadar ditahan dari meneruskan kayuhan.

No comments:

Post a Comment