May 31, 2009

KAK MIN DIKHIANATI

Keputusan PRK Penanti selamat diabadikan dalam lipatan sejarah. Umum akan mengenang inilah tempatnya UBN telah kalah sebelum berjuang. Penanti kekal milik PKR dengan majoriti berganda.( 5,558 undi). Calon bebas yang sering menimbulkan kontrovesi Kak Min hilang wang deposit bila hanya mendapat 392. Kak Min yang sebelum ini mendakwa mendapat sokongan daripada wanita UMNO perlu bermuhasabahkan dirinya. UBN hanya mempergunakan dirinya untuk menyerang Pakatan Rakyat dan PKR khasnya.. Hakikatnya UBN terlebih dahulu merintis jalan selamat untuk tidak menyertai PRK ini kerana tidak mahu dimalukan turut sama hilang wang deposit.

Keputusan penuh:-

Mansor Othman = 6,052 undi. (menang majority 5,588)

Khan Ari = 494 undi

Aminah Abdullah = 392 undi

Kamarul Ramizu Idris = 56

Media perdana lebih berminat untuk bercakap mengenai peratus turun mengundi yang rendah iaitu 46.15%. Maka biarkan ‘Si Luncai terjun dengan labunya’. Usah terikut dengan rentak mereka. Kita lebih berminat untuk bercakap mengenai majoriti yang bertambah lebih dari sekali ganda kerana inilah keuntungan yang besar untuk dijadikan modal PRK Manik Urai.

Dengan bertambahnya majoriti di Penanti melebarkan jurang kemenangan Pakatan Rakyat terhadap BN kepada 5-1. Rakyat semakin bijak untuk memilih wakil mereka. Menjelang PRU 13 kesedaran diharapkan semakin bertambah dengan keyakinan terhadap ‘good governence’ Pakatan Rakyat. Sehingga itu kita mengharapkan agar rakyat atau individu tertentu terutama seperti mereka yang hilang deposit diatas tidak terpedaya dengan politik UBN. Tahniah Dr Mansor. Tahniah PKR . Tahniah rakyat Penanti. Buat rakyat di Manik Urai mari kita nilaikan kecerdikan kita.

May 27, 2009

Yakinlah Allah Sebaik Penghakiman

-->
(Bukankah Allah Seadil-adil Hakim ? – At-Tin: 8)


-->
Saudara Nizar jangan bimbang !
Dengan kebalikan hukuman
Di luar jangkaan atau dijangkakan ?
Sebelumnya anda MB
Pilihan majoriti rakyat
Hari ini anda dinafi
Diganti `MB Mahkamah`.
Saudara Nizar bersabarlah !
Kami menyaksi
Sokongan tinggi diberi
Tatkala penamaan calon
Bagi Bukit Gantang
Betapa melimpah ruah sokongan
Datang dari luar dan dalam
Tiada kecukupan ruang
Dari puncak bukit ke padang
Bahkan ke kaki bangunan
Takbir bergema berulang !
Saudara Nizar cekallah dengan ujian !
Kami merasa hangatnya sambutan
Di mana saja kami berkunjung
Bagi kempen ceramah dan rayuan
Di markas, kampung dan jalan
Kami bisikkan `Nizar ada keistimewaan`
Dan bertepatan dengan ramalan
Allah memberi anda kemenangan
Di Bukit Gantang
Bersyukur pada Tuhan.
Saudara Nizar teguhkan pendirian !
Kami menyaksi
Betapa rakusnya tindakan lawan
Di luar batas kewajaran
Melibatkan yang tak berkenaan
Merampas Dewan
Tercatat sejarah hitam
Tanah Perak yang malang
Memalukan.
Saudara Nizar
Teruskan perjuangan Islam !
Makin mendapat kepercayaan
Melalui Pakatan kita saksi
Dengan pertolongan Allah
Satu demi satu mereka rebah
Di medan pertandingan
Kita dikurnia kemenangan
Dan betapa mereka gerun berdepan
Sanggup menarik diri
Oleh hilang keyakinan
Di manakah maruah kejantanan ?
Berselindung di sebalik helah tak meyakinkan.
Saudara Nizar
Kami merasa degup jantung
Dan detik nadi rakyat
Mahukan perubahan
Bukan saja di Perak
Tapi di seluruh watan
Insya Allah dengan pertolongan Tuhan
Kemenangan akan datang
Mereka boleh menghukum
Tetapi hukum Allah
mengatasi segala hukuman
Allahu Akbar !


Shafie Abu Bakar,
Bangi,
27 Jamadil Awal 1430
22 Mei 2009.

PENCALONAN PAS 2009-2011

Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009/2011

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP


1. Hussin Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN


1. Husam Musa, YB Dato' Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN


1. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ustaz

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji
2. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji
3. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato' Ustaz Haji
4. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj
5. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz Haji
6. Ahmad Sabki Yusof ,
7. Ahmad Rusli Ibrahim , YB Dato'
8. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
9. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
10. Anuar Tan Abdullah, YB Dato' Haji
11. Asmuni Awi, Haji
12. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
13. Azizan Abd Razak, YAB Dato' Seri Ustaz
14. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
15. Dzulkefly Ahmad, YB Dr.
16. Halimah Ali, YB Dr. Hjh
17. Hamzah Abdullah , Hj
18. Hamzah Jaaffar, Dr
19. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust
20. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
22. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
23. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
24. Kamarudin Jaffar , YB Dato'
25. Khalid Abd Samad, YB
26. Khalil Idham Lim, YB Drs.
27. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, YB Dr.
28. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. Haji
29. Mazlan Aliman, Sdr
30. Mariam Abdul Rashid, Hjh
31. Misbahul Munir Masduki,
32. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
33. Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
34. Mohamad Noor Mohamad, Haji
35. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
36. Mohd Anuar Tahir, Hj
37. Mohd Apandi Mohamed, Hj
38. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz Md Nawi, YB
41. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz
42. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji
43. Omar Mohamed, YB Dato'
44. Osman Sabran, Dr.
45. Saari Sungib , YB
46. Shafie Abu Bakar, YB Dr
47. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
48. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
49. Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji
50. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
51. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Ustaz
52. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
53. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
54. Zulkefly Mohamad Omar, Hj

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Mohd Rashidi Bin Hassan
2. Musaniff Abd Rahman

Dewan Ulama PAS Pusat


PENGERUSI TETAP

1. Hamdan Mohamad, Ustaz Hj

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Abd Manaf Othman, Ustaz

KETUA

1. Harun Taib, YB Dato' Ustaz Haji

TIMBALAN KETUA

1. Ahmad Yaakob, YB Dato'

NAIB KETUA

1. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN


1. Abdullah Abd Razak, Ustaz
2. Abdullah Husin, Ustaz
3. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz
4. Abu Bakar Abdullah, Ustaz
5. Azhari Yakob, Dr Ustaz
6. Azizan Mohd Desa, Ustaz
7. Hasan Mohamad, Dato' Ustaz
8. Hassan Alias, Ustaz
9. Husin Awang , Dato' Ustaz
10. Ismail Noh, Ustaz
11. Jaliluddin Haji Abdul Wahid, Ustaz
12. Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz
13. Md Suaid Din, Ustaz
14. Mohd Zain Abdul Rahman, Ustaz
15. Mokhtar Senik, Ustaz
16. Muhammad Daud Iraqi, Dato' Ustaz
17. Muhammad Mustafa, YB Ustaz
18. Nik Mohd Zawawi Salleh, Ustaz Haji
19. Salleh Sani Haji Harun, Ustaz
20. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz
21. Zulkarnain Abidin, Ustaz

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Ibrahim Omar, Hj
2. Md Isa Jantan
3. Mohamad Noor Hj Zain

Dewan Muslimat PAS Pusat


PENGERUSI TETAP


1. Noraini Hussin
2. Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP


1. Faizah Ismail
2. Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA


1. Asiah Ali, Dr Ustazah
2. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah

TIMBALAN KETUA


1. Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA

1. Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA


1. Aiman Athirah Al Jundi
2. Amizan Baharuddin
3. Azizah Khatib Mat, Ustazah
4. Fatimah Wan Teh
5. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To' Puan
6. Halimah Ali, YB. Dr.
7. Khadijah Mahmud
8. Kintan Osman
9. Mastura Hj Mohamad
10. Madznah Talib
11. Najihatussalehah Ahmad, Dr.
12. Norhayati Bachok
13. Norhanim Ismail
14. Nurul Huda Yusof Rawa
15. Salamiah Mohd Nor
16. Rosiah Salleh, Ustazah
17. Rosni Adam, Dr.
18. Salbiah Abd Wahab
19. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr.
20. Siti Mariam Othman
21. Wan Ubaidah Omar, YB.
22. Wardatul Jannah As Sofea
23. Zaroni Othman

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

Dewan Pemuda PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Misbahul Munir Masduki, Ustaz

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang

KETUA

1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA

1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA

1. Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN


1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA


1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

KERJASAMA PLUS HIGHWAY

Terima kasih kepada PLUS Highway kerana sudi beri sumbangan kepada penduduk Teras Jernang

SANA-SINI BERGOTONG ROYONG

Gotong royong membersihkan kawasan di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi



Gotong royong membersihkan kawasan di Kajang Raya

May 26, 2009

ZIARAH KAJANG UTAMA


En. Romli Hj. Harun mengalami stroke. Beliau sebelum ini menjadi tukang masak.

Adik Mohd Azam Mohamad (10 tahun) mengalami tulang reput dan tidak dapat bersekolah biasa. Selain beliau, ibunya(ibu tunggal) terpaksa menyara empat orang lagi adik beradik yang lain. Beliau amat memerlukan pekerjaan untuk menyara anak-anaknya disamping belanja rawatan setiap minggu menghantar Adik Mohd Azam ke HUKM. Sesiapa yang ingin menolong bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Masysarakat ADUN Bangi (03-8925 0891) atau wakil di Kajang Utama(0016-6078532) - En. Abu.

TIMB. PRESIDEN PAS LANCAR KAWAN DIDIK DI BANGI

“Kebejatan gejala sosial yang mengundang pelbagai permasalahan rakyat mendapat perhatian Lajnah Pendidikan PAS Pusat untuk melancarkan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan Didik). Pendekatan nasihat-menasihati “Ad-Din Nasihah” atau “Agama itu nasihat” akan digunakan,” penjelasan dari pengerusinya, Dato’ Abu Bakar Chik .

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat, Ustad Nasharuddin Mat Isa dengan memakaikan pakaian rasmi “Kawan Didik” kepada tiga belas sukarelawan pertama. Beliau mengharapkan “Kawan Didik” yang baru ditubuhkan terus komited mencontohi unit amal dan unit nisa yang telah ditubuhkan lebih awal.

“PAS juga merupakan sebuah organisasi dakwah yang mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar (menyuruh berbuat baik dan melarang perkara mungkar,” katanya.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada PAS Pusat kerana memilih Bangi sebagai tempat pelancaran. Pelancaran Sukarelawan Pendidikan Rakyat atau 'Kawan didik' peringkat pusat menepati aspirasi Bangi Bandar Ilmu yang dilancarkan setahun dahulu.

“ DUN Bangi telah beberapa kali menganjurkan bicara santai “Wadi Ilmu” di Tasik Cempaka bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap tempat yang dulunya terkenal sebagai tempat maksiat. Tokoh-tokoh dari ahli pendidikan, aktivis masyarakat dan ahli politik diundang bagi membicarakan pelbagai isu semasa.”

May 25, 2009

SMUE DI DEWAN MPKJ KAJANG


PROGRAM TUISYEN RAKYAT DUN BANGI


Seramai 170 orang pelajar yang mengikuti Program Tuisyen Rakyat (Dun Bangi) telah menghadiri Seminar Smart Learning 2009 di Bangi. Mereka adalah kumpulan pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di Bangi yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Seminar bertujuan memantapkan jati diri pelajar melalui program-program motivasi. Mereka seterusnya akan mendaftar untuk mengikuti tuisyen percuma yang akan diadakan ditempat tertentu.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar telah merasmikan seminar sehari itu. Program Tuisyen Rakyat ini adalah percuma dan ia adalah sebahagian dari Agenda Merakyat Ekonomi Selangor.

“Dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kerajaan negeri memberi penekanan terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak Selangor. Bermula dari anak yang baru lahir kita menyediakan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan mengambil kira persediaan mereka untuk meneruskan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Kita di Bangi telah meraikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang 8A,9A dalam satu majlis yang meriah. Seterusnya dianugerah sebanyak seribu ringgit setiap orang yang layak memasuki IPT.”

Seminar sehari bermula dari jam lapan pagi hingga lima petang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi. Program ini disampaikan oleh motivator En. Osman Affan daripada Imtiaz System Resources.