Keputusan PRK Penanti selamat diabadikan dalam lipatan sejarah. Umum akan mengenang inilah tempatnya UBN telah kalah sebelum berjuang. Penanti kekal milik PKR dengan majoriti berganda.( 5,558 undi). Calon bebas yang sering menimbulkan kontrovesi Kak Min hilang wang deposit bila hanya mendapat 392. Kak Min yang sebelum ini mendakwa mendapat sokongan daripada wanita UMNO perlu bermuhasabahkan dirinya. UBN hanya mempergunakan dirinya untuk menyerang Pakatan Rakyat dan PKR khasnya.. Hakikatnya UBN terlebih dahulu merintis jalan selamat untuk tidak menyertai PRK ini kerana tidak mahu dimalukan turut sama hilang wang deposit.
Keputusan penuh:-
Mansor Othman = 6,052 undi. (menang majority 5,588)
Khan Ari = 494 undi
Aminah Abdullah = 392 undi
Kamarul Ramizu Idris = 56
Media perdana lebih berminat untuk bercakap mengenai peratus turun mengundi yang rendah iaitu 46.15%. Maka biarkan ‘Si Luncai terjun dengan labunya’. Usah terikut dengan rentak mereka. Kita lebih berminat untuk bercakap mengenai majoriti yang bertambah lebih dari sekali ganda kerana inilah keuntungan yang besar untuk dijadikan modal PRK Manik Urai.
Dengan bertambahnya majoriti di Penanti melebarkan jurang kemenangan Pakatan Rakyat terhadap BN kepada 5-1. Rakyat semakin bijak untuk memilih wakil mereka. Menjelang PRU 13 kesedaran diharapkan semakin bertambah dengan keyakinan terhadap ‘good governence’ Pakatan Rakyat. Sehingga itu kita mengharapkan agar rakyat atau individu tertentu terutama seperti mereka yang hilang deposit diatas tidak terpedaya dengan politik UBN.
Hakikat tetap hakikat. Kebenaran tetap kebenaran. Fakta tetap fakta. Wajarkah kita berat sebelah atas nama ISLAM?
ReplyDeleteALLAH lebih mengetahui isi hati kita. Ikhlas atau tidak?