May 9, 2009

KEM SPIES



Seramai 100 orang remaja telah dipilih bagi mengikuti Kursus Remaja SPIES Negeri Selangor 2009 peringkat DUN Bangi dan DUN Kajang. Mereka berumur dari tiga belas sehingga tujuh belas tahun dari berbagai kaum. Kem selama dua hari bermula pada 9 Julai diadakan di Nur Bukit Unggul Eco Resort, Jenderam telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.

SPIES bermaksud Spiritual (Rohani), Physical (Jasmani), Intellectual (Akal), Emotional (Emosi) dan Social (Sosial) adalah kerangka model yang dibangunkan melalui Pelan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor 2008 -2013. Antara objektifnya ialah mengilap sikap menyayangi masyarakat, prihatin, kepedulian sosial dan alam sekitar yang tinggi.

Dr. Shafie dalam ucapannya mengharapkan agar peserta kem ini dapat mengilap potensi diri dan membentuk keperibadian yang unggul serta lebih bertanggung jawab.

“Matlamat pentarbiahan yang sebenar ialah untuk melahirkan insan yang ubggul. Insan rabbani, insan kamil dan kekhalifahan yang melengkapkan kesempurnaan insan,” tegas beliau.

Beliau turut menyelar fungsi media yang telah memesongkan pemikiran remaja sehingga menjadikan artis sebagai idola mereka.

Kem remaja ini diselia oleh Fitrah Power diketuai oleh penceramah motivasi yang terkenal iaitu Ustad Ahmad Shukri Yusoff.

No comments:

Post a Comment