May 8, 2009

Belasungkawa Matinya Demokrasi


BN Menggali Kubur Sendiri

Mereka adalah gerombolan
Bergerak atas desakan ammarah
Gopoh tanpa perhitungan panjang
Mahu berkuasa biar dengan catatan hitam
Sanggup Merompak kafilah di perjalanan
dinobat rakyat Perak secara demokrasi
Melalui pemilihan dan Pakatan
Kehilangan itu amat sukar diterima
Dan menjadi kesumat mendalam
Sejak awal mereka mencuri kesempatan
Memerangkap ADUN-ADUN lemah iman
Dengan skandal import perempuan
Mengaitkan dengan rasuah wang
Dan berdepan keris ugutan terhunus
Tidak diketahui tentang habuan
Berlaku skandal lompatan
Kalian Jamaluddin Mohd Radzi
Mohd Osman Mohd Jailu
Nasarudin Hashim
Dan Hee Yit Foong
Di mana maruah dan amanah
Diberi rakyat kalian khianat
Atas kesalahan kalian lakukan
Sudahkah dihadap ke pengadilan
Atau dipendam dalam kekecohan
Di atas rampasan itu
dengan megah Najib dan Zahid
Buat pengumuman
Skandal politik Daru`r-Ridhwan
Tragedi di Perak sejarah hitam.

Kehitaman itu makin bertambah
Penyingkiran Mohammad Nizar
Dari kerusi Menteri Besar
Tempatnya dirompak Zambry
Bersama juak di tengah protes
Kehadiran amat dipertikaikan.
Dan melalui kuasa rampasan
Larangan demi larangan dikeluarkan
Oleh pegawai seperti Abdul Rahman tak berkenaan
berlakulah `Sidang Di Bawah Pokok`
dipanggil Sivakumar haknya ditolak
bagi Pakatan sejarah terlakar
bagi BN hitam tercalar
betapa kuasa Speaker dipertikai
penggantungan Zambry dan enam Exco
dihadang dari penguatkuasaan
betapa eksekutif mencemar lagislative
segalanya kerana kuasa
menghalalkan segala cara
dari mahkamah ke kuasa kata
celaru dan huru hara.

Hari ini 7 Mei
Langit pekat hitam jagat
Puncak dari segala kehitaman
Berpuluh tangkapan diluar dewan berlaku
Sidang dipanggil yang tak berkenaan
membelakangi Sivakumar Speaker Dewan
Berlakulah rebutan di luar dugaan
Undang-undang rimba dikuatkuasa
Speaker benar disepikan
Speaker palsu dinobatkan
Lebih dari itu kidnap berlaku
Oleh samseng-samseng suruhan
Speaker Sivakumar dilarikan dari Dewan
Ganesan Speaker Haram dimasukkan
Dia bukan ahli Dewan.
Dan Dewan berjalan penuh ketempangan.

Hari ini
Rakyat menyaksi
Dunia menyaksi
Tuhan menyaksi
Sebuah kezaliman terjadi
Amat dipersoal peraturan
Amat dipersoal undang-undang
Sejarah sedang merakam
Watak dan peristiwa hitam
Dan rakyat memandang
Dengan mata tajam
Tiba masanya tangan rakyat
Membuat penilaian
Melakukan perubahan
Sesungguhnya kalian kini
Sedang menggali kubur sendiri.

Shafie Abu Bakar
Bangi,
12 J.Awal 1430

7 Mei 2009

No comments:

Post a Comment