(Awasilah diri kamu daripada berlakunya fitnah .Yang membawa bencana yang bukan sahaja akan menimpa mereka yang zalim di antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu secara umum.Dan ketahuilah bahawa Allah amat berat azab seksa Nya.
- Al-Anfal: 25).
Amat benarlah Firman
Bukankah terbuka ruang
Kesempatan dan campurtangan
Dari dosa hitam dan curang
tikaman dari belakang
Dari kalangan kita
Miskin dari tarbiyah dan didikan
Kezaliman itu membawa bala semua
Mengundang Jihad dan ujian
Dari pendokong setia
Berlapis dan bertalian
Allahu Akbar !!!
Allah mengangkat siapa yang dikehendaki
Menarik kedudukan dari yang Dia kehendaki
Demikian semalam selepas berdepan
Episod-episod hitam
Manipulasi kuasa terancang
Allah mencampakkan sedikit kelegaan
Tidak lain dari ujian
`Nizar Menteri Besar Yang Sah`
Di tengah antara kita yang syukur gembira
Tiba-tiba kontras pecah berita
`Zambry berjaya menyekat Nizar`
(Tidak bererti Zambry MB)
Melalui mahkamah rayuan
Sebelum ditentukan keputusan
Dan Nizar pula membuat rayuan
Ketepi keputusan didapati Zambry
Demikian bertimpa kemelut ujian
Menuntut penyelesaian
Kita doakan kejayaan
Berpihak kepada yang berhak
Insha Allah !!!
Di tengah rakyat rindukan
Kebenaran mendatang
Kebatilan menghilang
Ada luahan rintihan
Berapa lagilah ranjau dan liku
Perangkap dari watak hitam
pemabuk politik songsang
memanipulasi kuasa dan undang-undang
hingga kemelut berterusan
Memuncaknya fasiknya politik
Perak Daru`r-Ridhwan
Na`uzu billah.
Lantaran resah gelisah rakyat
Ada suara-suara rasional mencadang
Kembalikan kuasa ke tangan rakyat
Biarkan mereka buat keputusan
Siapa berani berdepan ?
Siapa dalam ketakutan ?
Kembalikan ! Kembalikan ! Kembalikan !
Kuasa kepada rakyat
Bala dapat dihendarkan
Masalah dapat diselesaikan
Wa Allah a`lam.
Shafie Abu Bakar,
Bangi
18 Jamadil Awal 1430
13 Mei 2009.
- Al-Anfal: 25).
Amat benarlah Firman
Bukankah terbuka ruang
Kesempatan dan campurtangan
Dari dosa hitam dan curang
tikaman dari belakang
Dari kalangan kita
Miskin dari tarbiyah dan didikan
Kezaliman itu membawa bala semua
Mengundang Jihad dan ujian
Dari pendokong setia
Berlapis dan bertalian
Allahu Akbar !!!
Allah mengangkat siapa yang dikehendaki
Menarik kedudukan dari yang Dia kehendaki
Demikian semalam selepas berdepan
Episod-episod hitam
Manipulasi kuasa terancang
Allah mencampakkan sedikit kelegaan
Tidak lain dari ujian
`Nizar Menteri Besar Yang Sah`
Di tengah antara kita yang syukur gembira
Tiba-tiba kontras pecah berita
`Zambry berjaya menyekat Nizar`
(Tidak bererti Zambry MB)
Melalui mahkamah rayuan
Sebelum ditentukan keputusan
Dan Nizar pula membuat rayuan
Ketepi keputusan didapati Zambry
Demikian bertimpa kemelut ujian
Menuntut penyelesaian
Kita doakan kejayaan
Berpihak kepada yang berhak
Insha Allah !!!
Di tengah rakyat rindukan
Kebenaran mendatang
Kebatilan menghilang
Ada luahan rintihan
Berapa lagilah ranjau dan liku
Perangkap dari watak hitam
pemabuk politik songsang
memanipulasi kuasa dan undang-undang
hingga kemelut berterusan
Memuncaknya fasiknya politik
Perak Daru`r-Ridhwan
Na`uzu billah.
Lantaran resah gelisah rakyat
Ada suara-suara rasional mencadang
Kembalikan kuasa ke tangan rakyat
Biarkan mereka buat keputusan
Siapa berani berdepan ?
Siapa dalam ketakutan ?
Kembalikan ! Kembalikan ! Kembalikan !
Kuasa kepada rakyat
Bala dapat dihendarkan
Masalah dapat diselesaikan
Wa Allah a`lam.
Shafie Abu Bakar,
Bangi
18 Jamadil Awal 1430
13 Mei 2009.
No comments:
Post a Comment