December 6, 2019

TIADA LENGKAP TANPA TEMPAT IBADAT


TIADA LENGKAP TANPA TEMPAT IBADAT
(Fikrah Bangi: 415),
BBB, 09 R.Akhir 1441H. = 06 Disember 2019 (Juma`at).
Sejak BBB dihuni pada akhir November 1977, penduduk lebihkurang 200 buah perumahan berbagai jenis di Seksyen Satu merasa tidak sempurna tanpa ada tempat untuk berjama`ah. Pada peringkat permulaan penduduk yang 99% Islam itu, pada peringkat permulaan mengadakan secara usrah dari rumah ke rumah dan berjama`ah. Melalui keputusan jama`ah Tuan Haji Omar Ja`afar salah seorang penduduk perumahan semi D yang juga sebagai Pegawai Tadbir Pembangunan UKM dan  menjadi Ahli Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat telah membawa hasrat penduduk untuk mendapatkan sebuah surau dari sebuah rumah PKNS. Hasrat ini dipersetujui oleh PKNS membenarkan sebuah rumah Semi D, No. 6, Jalan 1/3G, Seksyen Satu, 43650 Bandar Baru Bangi digunakan sebagai Surau Sementara bagi penduduk. Surau ini mula digunakan pada 01 Ramadhan 1978. Mulai daripada tarikh itu penduduk dapat menunaikan hasrat berjama`ah di surau tersebut. Antara tokoh-tokoh pimpinan di surau berkenaan yang turut mengajar ialah sepereti Dr. Abdullah pensayarah Fakulti Pengajian Islam, Dr. Mahmud Sa`edon yang juga Pensyarah Fakluti Islam, Imam Supa`at Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. Antara yang pernah tinggal di surau ini ialah En Abdul Wahab Salleh  (Dr. Sebelum beliau bertolak menyambung pengajian di Mesir dan beberapa tokoh pengajar dan imam setempat. Yang pernah memimpin sebagai Pengerusi Surau ialah Tuan Haji Ghazali, Imam Supa`at dan beberapa yang lain.
Sebagaimana dibicarakan bahawa hingga kepada masa berkenaan belum timbul hasrat penduduk mau mengadakan sebuah masjid bagi BBB, apa yang diharapkan ialah pembinaan Masjid UKM yang dapat ditumpang bagi berjama`ah ( mulai diguna 16 April 1982). Menyedari bahawa untuk Sekyen Satu, BBB disediakan oleh PKNS, tapak bagi surau, maka pada 1980an, ditubuhkan jawatankuasa bagi memungut dana, tetapi hasrat ini terpendam begitu saja. Dalam masa yang sama beberapa surau didirikan bagi kawasan masing-masing, misalnya penduduk 1/7 dan sekitarnya berjaya membangunkan surau, iaitu Surau Al-Nur, diikuti oleh surau Ittihad,  Damai dan Al=-Ihsan. Dalam masa surau-surau bermunculan, Surau Al-Umm terus  sebagai surau kecil. Manakala Surau Al-Nur di bawah pimpinan Tuan Haji Ghazali Abbas seorang pimpinan surau yang dinamik berjaya mendapat keizinan mendirikan solat Juma`at. Ia merupakan surau pertama di Bandar Baru Bangi diizinkan mendirikan solat Juma`at, maka kebanyakan jama`ah tidak lagi perlu bersolat Juma`at di Masjid UKM.
Dengan pertambahan surau-surau keliling Surau Al-Umm surau pertama di BBB, surau berkenaan tercabar. Hasrat untuk mendirikan surau pernah diajukan kepada JAIS dan mendapat jawapan dari JAIS bertarikh 30 Ogos 1996` Berikut dari hasrat penduduk mau dirikan surau, disetujui oleh PKNS, bahkan disusuli surat PKNS agar pihak jawatankuasa Surau Al-Umm menyerahkan kembali bangunan Surau Al-Umm   kepada PKNS. Sebenarnya dalam masa pengururusan untuk membina surau, timbul perubahan hasrat kepada mendirikan masjid, tetapi perubahan berlaku bagi mendirikan surau. Walau bagaimana tindakan positif belum dilakukan. Misalnya belum timbul usaha bagi mendapatt keizinan memungut derma dari MAIS dan sebagainya.
Dalam masa ura-ura bagi mendirikan surau atau masjid BBB makin berkembang luas, sehingga kepada akhir 1990an lahir pusat Bandar BBB, iaitu di Seksyen 9. Sebenarnya tapak yang disediakan pada Seksyen Satu, adalah terlampau sempit (2 ekar), bagi perkembangan BBB, yang ketika itu sudah meningfkat kepada 100 ribu orang pihak PKNS telah menyediakan tapak masjid yang dikenali sebagai Pusat Islam seluas 10 ekar. Adalah dikatakan permohonan bagi 10 ekar ini lewat dibuat dan kawasan berkenaan tinggal 5 ekar, iaitu tapak bagi Masjid al-Hasanah sekarang yang mula didirikan pada 1999 dan dirasmikan oleh Sultan Selangor pada 10 Mac 2000 bersamaan 04 Zuljijjah 1420.
Dengan terdirinmya Masjid Al-Hasanah, maka hasrat untuk mendirikan Masjid Al-Umm bahkan bertaraf surau juga turut terpendam.
Sekian.

No comments:

Post a Comment