December 29, 2019

MELANTIK JAWATANKUASA SURAU


MELANTIK JAWATANKUASA SURAU
(Fikrah Bangi: 434),
BBB: 02 Jamadil Awwal 1441H. = 29 Disember 2019M. (Ahad).
Untuk menerima kehadiran tahun baru, khususnya tahun 2020 yang mempunyai significant dari segi angka, maka  antara  mereka telah merangka pendekatan sejak dari sebelum tibanya tahun tersebut. Berbagai-bagai  perancangan dirangka bagi mengisi tahun berkenaan dengan berbagai pendekatan yang positif.  Negara sebelum ini sejak sedekad aebelumnya telah menyebut  bahkan dislogankan dengan  kemajuan bakal dicapai di dalam tahun 2020, tetapi pihak kerajaan sendiri menganggap apa yang diharapkan tidak tercapai. Kini diletakkan tempoh bagi mencapai kemajuan pada 2030.
 Bagi institusi atau jabatan yang lebih kecil ada meletakkkan harapan yang lebih sederhana untuk dicapai, bahkan ada institusi yang memilih masa lima atau tiga tahun dan sebagai  dilakukan prerubahan yang dianggap menjadi dinamika bagi perubahan dan kemajuan. Turut mengambil pendekatan tersebut ialah pentadbiran masjid dan surau di bawah JAIS dan MAIS.
Adalah menjadi aturan yang diikuti oleh masjid dan surau, bahawa setiap tiga tahun sekali dikehendaki  mengadakan Mesyuarat Agung bagi pemilihan jawatankuasa  baharu bagi mentadbirkan masjid dan surau. Pihak masjid dikehendaki mengadakan mesyuarat agung setahun lebih awal dari surau, agar jawatankuasa yang baru akan mentadbir jawatankuasa-jawatankuasa surau.
Demikianlah misalnya Masjid Al-Umm  yang telah didaftarkan pada 10 Oktober 2018  dan mula mendirikan solat Jumaat pada Juma`at 12 Oktober 2018  diminta mengadakan pemilihan  jawatankuasa bagi kali pertama pada 10 Oktober 2018  bersama dengan perlantikan Nazir dan jawatankuasa mulai dari 01 Januari 2019  sehingga 31 Disember 2021.
Mulai dari tarikh perlantikan itu jawatankuasa diamanahkan membuat persempadanan surau-surau di bawah masjid masing-masing. Di BBB ada dua buah masjid iatu Masjid al-Hasanah dan Masjid al-Umm, maka semua surau sebelum ada Masjid al-Umm semuanya terletrak di bawah Masjid al-Hasanah dibahagi dua kelompok. 23 surau terletak di bawah Masjid al-Umm. Manakala 17 buah surau lagi terletak di bawah Masjid al-Hasanah. Persempadanan adalah berdasarkan pembahagian mengikut sempadan jalan-jalan.
Selepas persempadanan diubahsuai pendaftaran ahli kariah bagi setiap surau dilakukan  (penyesuaian) . Senarai rasmi ini dikehendaki dihantar kepada masjid untuk dihantar kepada PAID bersama dengan persempadanan. Perkara ini dibawa kepada keputusan permesyuaratan pada peringkat masjid dan peringkat PAID. Maka sebagaimana disebutkan setahun selepas dilantik Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Pengimarahan, maka pihak Nazir dan jawatankuasa diberi tugas untuk menadakan pemilihan Jawatankuasa surau-surau.
Berdasarkan aturan yang disediakan oleh JAIS-MAIS, maka pihak Nazir dan jawatankuasa hendaklah mengendalikan pemilihan jawatankuasa surau . Jumlah AJK dipilih  adalah 22 orang dicampur dua lagi pemeriksa kira-kira. Pemilihan dilakukan dari bulan Julai 2019. Jawatankuasa dikehendaki turun mengadakan mesyuarat pemilihan berdasarkan giliran tarikh yang dipersetujui. Ianya berterusan sehingga akhir Oktober 2019, Pemilihan yang dibuat dihantar kepada pihak JAIS-MAIS bagi menentukan keputusan.
Perlantikan Nazir dan Jawatankuasa utama adalah melalui wathikah perlabtikan yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang memberi tauliah di Istana Kelang – berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021.
Penyampaian  wathikah perlantikan Pengerusi dan Jawatankuasa  surau di bawah Masjid al-Umm  dilakukan oleh PAID pada  16 Disember 2019. Pihak Lawatankuasa Masjid al-Umm cuba menurut kaedah perlantiakan yang dilakukan oleh JAIS-MAIS iaitu dengan melakukan secara formal, iaitu dengan menjemput semua pengerusi (lama) menerima wathikah pada Sabtu 28.12.2019. Ini bererti Pengerusi lama mempunyai 3 hari untuk mengadakan upacara penyerahan wathiqah kepada Pengrusi Jawatankuasa  dan ahli 2020-2022. Berikut dari uapacara penyerahan wathijag oleh Nazir diadakan sedikit jamuan dan bergambar.
Pada dasarnya peralihan kuasa berjalan lancar dengan  sedikit masalah yang dapat diperbaiki.
Penyampaian wathiqah pada awal Januari 2020 ini diharap memberi semangat  baru kepada jawatankuasa baru yang akan lebih berusaha bagi memajukan surau masing-masing. Insya Allah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment