December 3, 2019

LAPISAN PANDANGAN WUJUD : PROSES SELEKSI


LAPISAN PANDANGAN WUJUD: PROSES SELEKSI
(Fikrah Bangi: 412).
BBB: 06 R.Akhir 1441H. = 03 November 2019M. (Selasa).
Pada hakikatnya  diri dan minda kita adalah berada dan berdepan dengan lapisan pandangan wujud yang telah terbina dan menjadi tanggapan dan tindakan seharian. Ada perkara terlampau biasa dan tidak perlu kepada buat ketelitian keputusan. Seperti kita membuat tindakan kerja-kerja rutin di pejabat. Memang setiap hari kita lalui banyak kita lakukan perulangan yang hasilnya adalah kebiasaan.
Namun dalam kebiasaan, kita sering berdepan dengan tuntutan yang memerlukan kepada ketelitian. Seperti permintaan agar kita menyediakan sebuah kertaskerja yang diminta oleh pihak institusi tertentu sebagai panduan bagi kajian pelajar-pelajar berkenaan. Menerima adalah merupakan tuntutan yang berat. Bercakap bidang akademik, selepas lama meninggalkan bidang ini, menuntut diri mengambil kembali lapisan pandangan wujud, khususnya berhubung dengan perkara yang hendak diperkatakan.
Ianya melibatkan pendekatan-pendekatan yang pernah dilakukan. Pendekatan-pendekatan baharu yang merupakan  tambahan yang mnemperkayakan apa yang dihasilkan pada masa lepas. Juga adalah tambahan baru hasil dari keterlibatan dan pengalaman yang dilalui.
Pendekatan dan pengalaman baru, pada hakikatnya bukan dari diri, tetapi adalah pembelajaran yang didapati dari interaksi bersama orang atau kumpulan yang lain. Misalnya melalui mesyuarat dan turun ke lapangan meneliti apa yang diputuskan dan sejauhmana ianya diaplikasi kepada penghasilan.
Di dalam pendekatan Takmilah yang diharapkan adalah maksimum dari segi kejayaan. Kesempuirnaan ini misalnya ialah dengan mengikuti plan panduan, bahkan perubahan yang dilakukan. Sebelum dari itu telah berlaku pemilihan yang sebelumnya dipertikaikan sebelum keputusan diambil. Plan perubahan dan pemilihan menjadi rujukan dan penilaian apakah yang dihasratkan mencapai tujuan
Seleksi dan pemilihan yang dibuat, tidak semestinya dapat diluluskan dalam mesyuarat,. Sebaliknya perubahan yang major terpaksa diangkat kepada pihak berwajib, misalnya dari segi plam pembangunan seharus diangkat kepada pihak Majlis Perbandaran dan memakan masa untuk diluluskan. Perubahan yang dibuat berdasarkan pengalaman dan pilihan dari berbagai pengalaman.Sebagai contoh betapa rumitnya untuk mendapat plan arkitek yang seharusnya diluiluskan sebelum pembinaan dapat dilakukan. Plan yang dibuat sejak 2012 dan beberapa kali dipamirkan dan mengalami berbagai perubahan hasil dari pilihan pengalaman yang dilalui dan dicadang oleh ahli jawatankuasa, maka ianya tidak mudah diluluskan. Pertemuan demi pertemuan – perbincangan, naik turun pejabat dilakukan, terutama oleh arkitek dan jawatankuasa. Harapan yang diletakkan bahawa pembinaan fizikal bangunan Masjid Al-Umm hendaklah dilakukan tidak lewat dari akhir tahun 2013. Pada akhirnya plan yang diiusahakan dapat kelulusan pada 4.12.2013 yang memunbgkinkan `Masuk Tapak` dan pembinaan fizikal dimulakan.
Cabaran kerja jama`ah jauh lebih rumit dari kerja sendirian. Menghasilak sebuah cerpen atau puisi, dapat dihasilkan oleh cerpenis atau penyair berdasarkan pengalaman dan kemahiran menggubah hasil sastera berkenaan. Namuin menghasilkan sebuah karya secara berjamaah adalah begitu banyak cabaran. Menghasilkan sebuah plan arkiteks bukan saja bergantung pada pengalaman arkitek berkenaan, tetapi juga dari pengalaman, pandangan wujud tentang binaan dan elemen estetika yang seharusnya disertakan yang kemudian diterjenahkan kepada bentuk fizikal yang seharusnya memuaskan semua pihak.
Berbagai pandangan wujud dan pengalaman adalah aset penting bagi menghasikan sebuah karya dan binaan, tetapi proses seleksi pengalaman tidak kurang pentingnya yang menuntut ketelitian bagi menghasilkan monumen kejayaan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment