December 9, 2019

MESYUARAT AGUNG PERKUKUHKAN PARTI ?


MESYUARAT AGUNG PERKUKUHKAN PARTI ?
(Fikrah Bangi: 418),
BBB: 12 R.Akhir 1441H. = 09 Disember 2019M. (isinin).
Hinggar berakhirnya  minggu peertama Disember 2019 (7 Disember 2019), tiga buah parti utama telah mengakhirkan mesyuarat agung merekqa. Dua dari parti berkenaan ialah dari PH, iaitu Keadilan Nasional dan Amanah. Manakala satu lagi ialah dari parti pembangkang, iaitu Umno. Sudah tentulah selaian dari menurut aturan parti, ia adalah bertujuan untuk mengukuh parti berkenaan di dalam politik negara, lebih daripada itu bagi mendapat keyakinan dan sokongan rakyat ? Betulkah apa yang diharapkan itu berlaku ?
PKR yang kali ini memngadakan mesyuarat agungnya di Melaka, tidak berjaya meninggalkan persengkitaan anatara kepimpinan di belakang, bahkan sejak pengakhiran  2018, persengkitaan berlaku pada masa itu persengkitaan – persaingan  antara  Azmin dan Rafizi. Walaupun pemilihan berakhir persengkitaan tak dapat dipadamkan. Persengkitaan dilihat berlaku antara Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan Azmin Ali selakau Timbalan Presiden. Hampir-hampir berlaku  dua kem yang mau mengadakan sidang berlainan, tetapi dapat diredakan dan berlaku persidangan, tetapi sebelum daripada itu berlaku perbalahan dan pertentangan fizikal. Persidanbgan yang sepatutnya  disertai ucapan oleh Azmin sebelum ditutup Presiden, tetapi Azmin dan pengikut-pengikutnya kembali lebih awal ke Kuala Lumpur, kerana tidak puas hati terhadap serangan yang dikatakan dilakukan oleh Presidem. Mesyuarat tidak melibatkan pemilihan, tetapi rakyat dapat melihat, jika parti seperti ini terus bersengkita, apakah diharapkan  ianya dapat menarik keyakinan dan sokongan  rakyat ? Hilangnya disiplin dan etika di dalam parti itu, kerana lemah benteng dalaman dan nilai akhlak yang diabaikan.
Berlainan dengan Amanah yang mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan di Kuala Lumpur. Parti yang didakwa memperjuangkan Islam, masih utuh dengan nilai-nilai Islam, sebab itu dalam pemilihan, meskipun dikatakan Presiden mendapat sokongan yang rendah, tetapi mereka secara kompromi mengekalkan barisan tertinggi parti yang diketuai Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin Ayob. Rival parti ini adalah Pas. Kedua-dua ini berusaha menarik sokongan orang Islam. Namun dari satu pihak Amanah dilihat sebagai aset PH menarik sokongan Melayu Islam. Pas dilihat jauh lebih kuat di dalam mendapat sokongan Melayu Islam. Sudah tentulah kedua-dua parti berusaha menambahkan sokongan dari Melayu-Islam.
Persidangan Agung Umno, memperlihatkan parti lebih berkeyakinan dari segi psikologi untuk memenangi pilihanyaa ke 15 akan datang. Ini hasil kerjasama dengan Pas membawa kemenangan Umno dan Mca pada PRK Cameron Hingland , Semenyih, Rantau dan Tanung Piai dalam tempoh setengah tahun terakhir. Pihak Pemuda Umno yang diketuai Ashraf Wajdi, mau Muafakat Nasional yang didukong Umno dan BN dan Pas segera dimeteraikan. Keyakinan parti ini, ialah dapat dilihat dari penegasan Zahid Hamidi Presiden Umno, bahawa Umbo tidak akan menerima pemerintahan secara `Pintu Belakang`. Usaha golongan kiri mau menghidupkan neo-komunisme dan  ada piak yang merendahkan lagu Negaraku dengan menyanyikannya di dalam bahasa Mandarin yang sekaligus merendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sebenarnya dapat dilihat usaha menyatukan bangsa Malaysia bukan makin kuat, tetapi maklin tergugat. Ini semua dilihat  parti yang dilihat liberal, bahkan sekular, apalagi bersifat anti nasional boleh menjauhkan sokongan rakyat terhadap pemerintah kini.
Kita lihat perlumbaan mendapat pengaruh dan sokongan rakyat makin tidak berimbang. Dua pihak sedang berusaha mendapat sokonganb rakyat. Trend yang berlaku sekarang yang memberi kelebihan kepada pihak pembangkag akan berterusan, kecuali PH menemui formula yang dapat menyekat dan meyakinkan rakyat terhadap mereka.
Persidangan nampaknya ada memberi manfaat dan keyakinan, tetapi ada yang makin menyerlahkan perbalahan yang tidak berkesudahan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment