December 30, 2019

MISI ANWAR IBRAHIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN


MISI ANWAR IBRAHIM DALAM BIDANG PENDIDIKAN
(Fikrah Bangi: 435),
BBB:  03  Jamadil Awqwal 1441H. = 30 Disember 2019M. (Isnin).
Telah dibicarakan bahawa antara tokoh terkemuka pada tahun 1980an ialah Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang yang berkarisma dan mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi. Bakatnya dapat dilihat sejak beliau sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Beliau tidak bergerak secara berseorangan, tetapi  memimpin persatuan secara berorganisasi. Pada akhit 1960an beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.. Pada masanya semarak Universiti Malaya dengan kegiatan mahasiswa. Setelah tamat pengajian pada awal 1970 beliau bergerak di dalam NGO Islam yang dikenali sebagai Persaatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Beliau mewujudkan perkaderan bagi PKPIM dan bergerak menubuhkan cawangan ke serata negerei.
Berikut dari itu beliau memimpin NGO yang ditubuhkan  sendiri dengan kawan-kawan seperjuangannya. Wadah NGO yang ditubuhkan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). NGO ini mengambil Keislaman sebagai  wadah perjuangan sebagaimana nama NGO ini dikaitkan dengan Islam. Pendekatan awal yang diambil oleh ABIM ialah  bidang pendidikan yang berorientasikan Islam. Institusi pendidikan yang dibangunkan oleh ABIM ialah Institusoi pendidikan di Kampiung Baru, Kuala Lumpur dan cawangan terbesarnya di bangunan di Jalan Pantai Baru , Kuala Lumpur.
Apabila Bangi berkembang dan menjadi Pusat Ilmu, maka ABIM mewujudkan projek pendidikannya di Sungai Ramakl Dalam, iaitu mendirikan pengajian pada peringkatkolej universiti yang diberi nama Baitul Hikmah, iaitu mulai dari tahun 2000, ketikaitu aku menjadi ADUN Kajang dan sering ke Kolej berkenaan melibatkan diri dengan program yang dianjurkan.
Kenaikan Anwar selepas melepaskan kepimpinan ABIM kepada kawan-kawannya kerana masuk politik Umno, bintang kepimpinannya cerah. Beliau meningkat secara pantas pada masa Dr. Mahathir menjadi  Perdana Menteri, dari memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, kepada Menteri Pelajaran dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kmitmennya terhadap pendidikan diterus dan dipertingkatkan. Beliau telah menjenamakan Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan selari dengan dasar pengajaran  ialah mendidik pelajar-pelajar sesuai dengan tuntutan Islam. Anwar telah meneruskan misi pendidikan sejak dari zaman ABIM kepada masa beliau menjadi Menteri Pendidikan. Peranan beliau semasa menjadi Menteri Pendidikan ialah  menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Kuala Lumpur. Antara tokoh yang sama ,menegakkan hasrat pendidikan Islam ialah Ghazali Nawawi, Kamal Hasan, Syed Uthman al-Habshi,  Syed Arabi dan ram,ai lagi. Hasil dari cetusan idea asalnya ini dan puncak pendidikan yang dihasratkan ini, UIAM yang ditaja oleh berbagai negara Islam ini menjadi sebuah  universiti Islam terkenal di dunia.
UIAM adalah gandingan antara keilmuan Islam asas yang menjadi teras pendidikan dengan  pendidikan moden, terutama bidang sains seperti perubatan, engenering, akonomi dan berbagai bidang keilmuan turath dan moden. UIAM menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa perantaraan. Pelajarnya bukan sahaja dari tempatan, tetapi dari seluruh dunia. Demikian dengan tenaga pengajarnya juga datang dari seluruh dunia.
UIAM adalah puncak dari pendidikan yang dihasratkan ABIM dan Anwar  dari Kampung Baru, Kuala Lumpur kepada Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur kepada penubuhan kolej universiti yang dikenali dengan Baitul Hikmah.
UIAM adalah kecemerlangan pendidikan yang menjadi aspirasi ABIM yang asalnya bersifat tempatan dan berkembang kepada taraf antarabangsa, ummah  dan global.
Sekian.

No comments:

Post a Comment