June 30, 2020

KECELARUAN ISTILAH PERSEKOLAHAN


KECELARUAN ISTILAH PERSEKOLAHAN
(Fikrah Bangi: 600).
BBB: 08 Zulkaedah 1441H. = 30 Jun 2020M. (Selasa).

Pada peringkat Kementerian dan Persekolahan ada kecelaruan dari segi penggunaan istilah. Pada peringkat Kementerian sebelum dari 1990an Kementeria yang berhubung dengan pelajaran sememangnya dikenali dengan `Kementerian Pelajaran` dan sijil  dari berbegai peringkat dikenali dengan Kementerian Pelajaran. Contoh:
Sijil Rendah Pelajaran Malaysia  (SRPM).
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijul Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
Dapat dilihat penggunaan Pelajaran dan Malaysia secara nyata.
Selepas 1990an hingga kini – dengan tujuan baik, Kementerian Pelajaran  ditukar kepada Kementerian Pendidikan, dengan alasan Pendidikan adalah tujuan dari pembelajaran. Secara tidak langsung nama Kementerian Pendidikan tidak selari dengan `Pelajaran` yang dibawa di dalam sijil-sijil pengajian.  Apakah wajar ditukar kepada Pendidikan seperti Sijil Rendah Pendidikan Malaysia dan seterusnya yang lain atau perlu dikembalikan Kementerian Pelajaran  supaya selari dengan sijil-sijil yang dikeluarkan ?

Adalah dilihat  bahawa jenama sekolah di Malaysia adalah mewarisi  apa yang  digunakan pada zaman penjajah yang mengkategorikan persekolahan berdasarkan perkauman. Misalnya Sekolah Rendah Kebangsaan (Dulu Sekokah Melayu),
Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia,  Sekolah China, Sekolah Tamil dan sebagainya.
Apakah tidak wajar ditukar kepada:
Sekolah Rendah Pelajaran Malatsia.
Sekolah Menengah Pelajaran Malaysia
Sekolah Tinggi Pelajaran Malaysia.
.
Ini adalah selari dengan Sijil  Rendah Pelajaran (Malaysia)
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dengan tidak membewa istilah kebangsaan. Kalau boleh tidak ada lagi istilah kaum pada persekolahan. Ini bermakna Persekolahan Malaysia pada apa jua peringkat adalah sekolah rakyat Malaysia tanpa mengaitkan kepada sebarang kaum.
Semuanya mencerminkan kepada Malaysia.
Bahasa perantaraan utama yang digunakan adalah Bahasa Malaysia. Iaitu tanpa menghalang di sekolah-sekolah berkenaan untuk dipelajari bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan juga bahasa kaum-kaum yang lain.
Dengan demikian kita dapat menyelaraskan pembelajaran  menurut Dasar Pelajaran Malaysia dan dapat menyatupadukan penduduk negara ini melalui dasar  Pelajaran Malaysia.
Nampaknya banyak perkara dapat diperkemaskan tentang Dasar Pelajaran Malaysia dan penggunaan istlah yang berhubunbg dengan pelajaran adalah salah satu yang dapat difikirkan  bagi pembinaan Dasar Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan keilmuan dan kemajuan Rakyat dan Negara Malaysia.
Sekian.

June 29, 2020

PRIHATIN KEPADA SEMUA PERINGKAT


PREHATIN KEPADA SEMUA PERINGKAT

(Fikrah Bangi:  599),
BBB:  07 Zulkaedah 1441H. = 29 Jun 2020M. (Isnin).

Daripada semua peringkat pendidikan yang dilalui manusia, maka peringkat pendidikan awal, didapati kurang diberi perhatian  berbanding dengan peringkat rendah dan menengah. Peringkat dimaksudkan ialah peringkat bayi dan peringkat kanak-kanak, iaitu dari lahir bayi hingga berumur 6  tahun.. Bahkan pendidikan peringkat ini diletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Wanita dan bukan di bawah Kementerian Pendidikan. Alasan diletakkan di bawah Kementerian Wanita, kerana pada peringkat ini seorang anak masih rapat dan intim kepada ibu sebagai wanita. Tetapi di dalam suasana seorang ibu bekerja di luar rumah, maka seorang bayi atau anak kecil tidak dididik oleh ibu sepenuhnya. Pada hari-hari bekerja bayi dan anak kecil dihantar ke  Rumah Jagaan Bayi dan ke Taska. Yang sebahagian besar dikendali oleh pihak persendirian atau pendidikan secara swasta.
Apa yang hendak ditekankan, bahawa seorang anak adalah merupakan aset negara dan berpotensi memberi kelebihan kepada negara. Sebab itu pendidikannya sebagaimana pada peringkat yang lain seharusnya sama diberi perhatian oleh negara.. Bagi mempastikan seorang anak mendapat haknya sebagai warganegara hendalah dipastikan, bahkan perlu disediakan
A)  Tempat dan suasana yang kondusif, misalnya dari segi tempat asuhan  (bangunan) dan  suasana alam sekitar yang baik.
B)    Mendapat makanan dan menyusu yang berzat sesuai  dengan tumbesar yang diperlukan oleh anak-anak.
C)    Mendapat pakaian yang sempurna dan bersih.
D)   Mendapat pengasuh atau pengasuh-pengasuh yang berkelayakan.
E)    Terdidik menurut manual dan kuruurikulum standard dan diasuh dalam suasana mesra dan kasih sayang
F)    Bagi anak-anak  mendapat kebebasan bergerak dan bermain bersama dengan kawan-kawan secara terkawal.
G)  Mendapat perubatan dari doktor yang bertauliah bila sakit.
H)  Menjaga keselamatan dan tidak dibiar diambil oleh mereka yang tidak dikenali
I)      Mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa anak-anak.
J)     Berbagai kebajikan dijaga bagi kepantingan semua.
Lantaran itu baik kerajaan atau Kementerian Wanita perlu mempastikan.
1)    Pihak yang membuka Pusat Asuhan Bayi dan Tadika hendaklah berdaftar.
2)   Kerajaan menyediakan Pusat Jagaan Bayi dan Tadika, jika disewa dipastikan bangunan bersesuaian.
3)   Permakanan dijaga kualiti dan wajar mendapat subsidi dari Kerajaan.
4)   Pengasuh dan guru tadika mendapat kursus dan lulus dan berkelayakan.
5)   Yuran dan kos kenderaan dikawal dan wajar.
6)   Dilantik Doktor dan Pegawai Kesihatan yang membuat lawatan dan pemeriksaan secara rutin.
7)   Mempastikan keselamatan bayi dan anak-anak semasa di tempat didikan dan perjalanan.
8)   Mempastikan kurikulum  dan manual yang disedia oleh Kementerian dipatuhi
9)    Pihak Pentadbir dari Kementerian sekali sekala turun membuat lawatan
10)                      Berbagai SOP dikehendaki dipatuhi
Semua keperluan di atas bertujuan agar seorang bayi dan kanak-kanak dijaga dan mendapat pendidikan yang baik dan sebagai aset negara, diharap mereka akan memberi sumbangan yang baik kepada ibu bapa, masyarakat dan negara.
Sekian.

June 28, 2020

PENTAHAPAN PENDIDIKAN


ENTAHAPAN  PENDIDIKAN
(Fikrah Bangi: 598),
BBB: 06 Zulkaedah 1441H. = 28 Jun 2020M. (Ahad).

Pentahapan pendidikan adalah norma biasa di dalam pendidikan. Pentahapan perlu, kerana seseorang atau mereka yang dididik melalui proses perkembangan dari segi biologi dan perkembangan dari segi minda. Pendidikan juga perlu kepada perkembangan dan peningkatan sesuai dengan perkembangan biologi dan minda yang diberi pendidikan.
Anak didik yang normal adalah melalui peringkat bayi,, , kanak-kanak, , budak-budak, pra remaja, remaja pemuda (pemudi). , pra-dewasa, dewasa,  orang tua dan pasca tua.
Di dalam pendidikan, bahkan menjadi sebagai sistem normal ada tahap pendidikan menurut perkembangan biologi  dan kemampuan minda, Misalnya.
1)    Bayi
Tahap bayi  dari lahir hingga umur 3 tahun dididik oleh ibu atau bagi yang bekerja dihantar ke Pusat Jagaan Bayi.
2)   Kanak-Kanak
Pada peringkat kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 6 tahun dihantar untuk diasuh di Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) atau istilah yang seumpama dengannya.
3)   Budak-Budak
Mulai dari umur 7 tahun hingga 12 yahun dihantar                                                                                                                            belajar di sekolah rendah.
4)   Pra-Remaja
Pra-remaja berumur 13 hingga 15. Pada tahap ini belajar  pada peringkat menengah rendah.
5)   Remaja
Berumur antara  15 hingga 18. Pada tahap ini remaja begitu aktif dan belajar pada peringjat menengah.
6)   Remaja Matang
Remaja matang ini berumur antara 19 hingga 20 adalah belajar di menengah atas atau kolej.
7)   Pasca Remaja
Berumur antara 21 hingga 23 belajar di universiti bagi peringkat ijazah pertama
8)    Pemuda -  Pemudi
Tampan berumur antara 24 hingga 25 tahun dan jika meneruskan pengajian adalah pada peringkat Ijazah Sarjana.
9)   Sempurna Pemuda – Pemudi
Berumur antara 25 hingga 30 tahun. Jika meneruskan pengajian ialah pada peringkat Doltor Falsafah.
10)                      Pra Dewasa
Berumur antara 31 hingga 40. Masa aktif bekerja dan kehidupan berkeluarga.
11)                      Dewasa
Berumur antara 40 hingga 65 tanun. Matang dan puncak dari kerjaya jika berprestasi.
12)                      Tua
Berumur 66 yahun ke atas. Sudah bersara. Tapi ada yang masih bekerja menurut kecenderungan masing-masing.

Pentahapan di atas menurut kebiasaan. Mungkin ada kelainan. Misalnya seorang berumur 40 tahun masih belajar pada peringkat Doktor falsajah dan sebagainya.
Sekian.

June 27, 2020

KEMBALI BERJUMA`AT DAN BERJAMA`AH


KEMBALI  BERJUMA`AT  DAN BERJAMA`AH

Setelah PKP 18 Mac 2020-
Terhentinya jama`ah di masjid
Kecuali anrtara Imam, Bilal dan Siak
Dan  mulai  Juma`at Mac 20 tiada berjuma`at
Masjid adalah dagang dari kunjungan
Tiada pengimarahan  - akibat Covid-19 menyerang
Bersifat global berjuta mangsa
Pun begitu orang  ramau sering bertanya
Sedang petugas barisan hadapan bekerja
Orang ramai sering bertanya
Bilakah masjid kembali dibuka
Kini  kawalan  terhadap Covid berjaya dilakukan
PKPP  tahap pemulihan 10 Jun ke ahir Ogos
Turut sama dibenarkan berjama`ah
Mulai Maghrib dan esok 26 Jun Juma`at dimulakan
Kebenaran dengan bersyarat
40 ditambah jawatankuasa
Kehadiran dengan pendaftaran
Jaga SOP berwudhuk di rumah
Bawa sajadah sendiri dengan suhu dirakam
Bersinitasi berjarak dua meter antara jama`ah
Imam berkhutbah ringkas
Sebaik solat selesai segera bersurai.

Permulaan terasa janggal, kini tiada hal
Pun begitu ceramah dan pengajaran
Masih belum dimulakan
Diharap dalam tempoh tidak  berlamaan
Segalanya kembali kepada kebiasaan
Imarah sepenuhnya dapat dilakukan

BBB:   05 Zulkaedah 1441H
            27 Jun 2020M. (Sabtu).

June 25, 2020

PRIHATIN TERHADAP PENDIDIKAN


PREHATIN TERHADAP PENDIDIKAN
(Fikrah Bangi:  596),
BBB:  03 Zulkaedah 1441H. = 25 Jun 2020M. (Khamis).
Dua bidang yang paling utama menjadi perhatian semua pihak dalam masa Covid-19 ialah ekonomi dan pendidikan.
Membicarakan khusus dari segi pendidikan, semasa Covid-19  menyerang dan sekolah terpaksa ditutup banyak perbincagan tentang bila persekolahan, bahkan universiti dapat dibuka kembali, kerana semua pihak menyedari terganggunya pengajian setelah tiga bulan tidak bersekolah. Sebelum sekolah dibuka dibincangkan procedure dan SOP yang perlu dipatuhi bila sekolah dibuka. Keputusan telah diambil sekolah-sekolah dibuka pada Rabu 24 Jun 2020 semalam.
Berita melaporkan – oleh semua media,  perkembalian ke sekolah ini diberi perhatian bukan saja oleh guru, tetapi pihak Kementerian,Pejanat Pelajaran,  PIBG,  Polis, Kesihatan, ibu bapa dan NGO. Al-hamdulillah berita berbagai media pagi ini melaporkan semuanya berjalan lancar. Semuanya ini mencerminkan semua pihak prehatin terhadap pendidikan, khususnya pada musim  Covid-19 yang mengganggu normal pendidikan.
Selepas kembali persekolahan bagi peringkat menengah atas, setelah berjalan dengan baik – Insya Allah, perbincangan akan berlaku bila  bahagian pendidikan yang lain, iaitu peringkat menengah rendah dan sekolah rendah  wajar kembali dibuka dan tentulah dibicarakan tentang procedure dan SOP yang harus digariskan dan harus dipatuhi.
Semua perubahan baru perlu dilakukan yang dikatakan sebagai norma baru bagi pendidikan.
Kita melihat sesuai dengan zaman baru – pasca Covid-19, sesuai dengan pemerintahan dan politik baru , bahkan dunia baru pasca Covid 19, maka perubahan sesuai dilakukan xecara menyeluruh. Bermaksud oleh kerana terhalangnya pembelajaran, maka pembaharuan dilakukan  pengajaran secara maya yang melibatkan teknik dan teknologi pengajaran sahaja, tetapi tidak melibatkan segala aspek yang lain secara menyeluruh
Bermaksud anak-anak dan pelajar sebagai aset negara, maka perhatian negara hendaklah diberi kepada anak-anak  sebagai generasi yang bakal  mengendalikan negara sebaik mungkin dalam semua bidang berdasarkan sebaik pendidikan yang dapat diberi kepada mereka.
Dalam kata lain pendidikan yang diberi oleh negara bersifat menyeluruh. Maka persediaan pendidikan disedia dan diberi peluang bagi semua anak-anak dari kecil dari peringkat paling rendah kepada peringkat paling tinggi yang termampu oleh pelajar.
Bagi maksud di atas negara mesti membuat paraturan dasar dan prinsip Pendidikan Negara secara menyeluruh dari peringkat jagaan anak-anak pada peringkat pra sekolah, tadika, sekolah, kolej dan universiti (termasuk universiti swasta).
Dasar Pendidikan Negara secara menyeluruh ialah bagi memberi peluang kepada anak-anak warga negara mendapat peluang pendidikan terbaik  bagi memperkembangkan potensi yang ada pada setiap anak-anak, tanpa diskriminasi.

Bagi tujuan ini falsafah, prinsip dan dasar pendidikan Negara secara menyeluruh hendaklah dirangka secara lengkap  dan terbaik bagi dijadikan dasar dan panduan pendidikan secara menyeluruh bagi semua peringkat. Ianya melibatkan tenaga penggubal dasar Pendidikan Negara terbaik, bagi mendididik warga negara, penyediaan kurikulum bagi semua peringkat,  kandungan bagi semua peringkat,, pendidikan guru, persediaan infra-struktur  dan pentadbiran.
Rangka dan dasar pendidikan negara  yang teratur dan  syumul menghasilkan kaedah pendidikan terbaik dan mengeluarkan  generasi bermutu untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.
Sekian. 

June 24, 2020

KEMBALI KE SEKOLAH: CABARAN UNTUK KEJAYAAN


KEMBALI KE SEKOLAH: CABARAN UNTUK KEJAYAAN
(Fikrah Bangi: 595),
BBB: 02 Zulkaedah 1441H. = 24 Jun 2020M. (Rabu).

Selamat kembali ke sekolah, khususnya bagi pelajar SPM dan STPM dan yang setaraf dengannya. Perkembalian pada kali ini berlainan dengan  kembali persekolahan dalam masa normal yang lepas, tiada heboh diperkatakan tentang sekolah, tetapi kali ini banyak peraturan yang dihadapi sebagai norma baru persekolahan. Pelajar juga  berada di dalam suasana terganggu, oleh kerana sudah tiga bulan tidak bersekolah akibat dari wabak Covid-19. Pelajar juga di dalam kerisauan memikitkan akan menghadapi peperiksaan dalam tempoh empat bulan lagi, sedangkam pelajaran telah ketimggalan sejak tiga bulan yang lal;u, walaupun ada  yang menerima pengajian secara online, tetapi menurut pelajar tidak sama dengan pengajian bersifat semuka dengan gutu.
Namun semua halangan ini diharap kepada guru merupakan cabaran. Guru berkorban, sungguhpun dalam masa sekolah tidak dibuka, berusaha menyampaikan pengajaran secara online, Kepada  430,000 guru mereka rela mengurangkan  tempoh cuti penggal persekolahan bagi menampung kekurangan dan ketinggalan pengajaran selama tiga bulan tidak bersekolah.

Kepada, terutamanya pelajar, diharap masalah yang dihadapi adalah sebagai cabaran bagi mencapai keputusan yang lebih baik dari musim tanpa Cobid. Adalah diharapkan semasa berada di rumah, pelajar telah mengambil peluang menghadapi pelajaran  sebagai  persediaan. Jangan ada di dalam fikiran pelajar, bahawa demgan musim Corbid-19, ,barangkali ada pertimbangan yang lebih ringan dari segi peperiksaan, kerana nilai dan standard pengajian dan mutu peperiksaan tiada kompromi. Penilaian standard tidak berubah dan soal mutu tidak ada kompromi.
Apa yang perlu bagi pelajar memahami dan menguasai semua bidang pelajaran yang dihadapi, Ambil peluang selepas kembali ke sekolah bertanya guru apa yang kurang difahami semasa  tutup sekolah yang lepas. Banyak berbincang dengan rakan-rakan sepengajian mengenai persoalan yang tidak difahami.

Jangan ada di dalam fikiran dan tindakan pelajar konsep memilih bahagian tertentu dan meninggalkan sebahagian yang dianggap tidak keluar dalam peperisaan. Tumpukan perhatian kepada semua yang terangkum di dalam kurikulum dan jadikan amalan memahami pelajaran dan menguasai fakta-fakta. Menguasai fakta adalah faktor utama bagi mendapat markah yang baik yang dipersembahkan dengan teratur dan baik.

Latihan di dalam memahami kehendak soalan dan memberi jawapan yang tepat adalah penting di dalam menjawab soalan. Sebab itu perlu sering mengadakan latihan menjawab dengan memahami dan menepati dengan kehendak soalan. Kesedaran tentang tepat atau tidak dapat disedari melalui perbincangan.
Ingatlah setiap  soalan di dalam peperiksaan, telah tersedia skema jawapan yang disediakan bagi pemeriksa. Sebarang olahan dan tambahan seharusnya tidak lari darii kehendak soalan.
Bertanyalah guru-guru, kerana antara mereka berpengalamandi dalam memeriksa kertas peperiksaan. Pengalaman yang sedemikian amat berguna bagi pelajar yang diajar oleh guru berpengalaman.

Sekian.

June 23, 2020

SUDAH BERSEDIA: PENINGKATAN


SUDAH BERSEDIA: PENINGKATAN
(Fikrah Bangi: 594)
BBB: 01 Zulkaedah 1441H. = 23 Jun 2020M. (Selasa).

Telah dibincangkan dua perkara penting yang dihadapi oleh sekolah bila kembali dibuka esok (Rabu 24 Jun 2020).
Pertama sebagai telah dibincangkan semalam ialah menjaga dari segi SOP – PKPP  sebagaimana dikehendaki dalam musim Corbid-19.
Kedua ialah perkara terpemting, ialah menyampaikan pengajaran
Sebagaimana dimaklum, bahawa pihak sekolah ketimggalan dari penerusan pengajian  dari segi biasa.  Bagi pelajar SPM dan STPM dan yang seumpama dengan kedua-duanya tidaklah begitu dirisaukan. Masa bagi mereka masih banyak. Yang sedikit dirisaukan ialah bagi tahun kedua yang mempunyai masa bagi menghadapi peperiksaan tinggal hanya 4 bulan lagi yang kebiasaan peperiksaan adalah bermula dari awal November. Namun  pihak Pengetua sudah merangkakan pendekatan bagi mengatasinya.
Apa-apa pengajian  tidak sempurna dicapai dalam tempoh yang singkat. Bagi menghadapi peperiksaan sama ada SPM dan STPM dan peperiksaan yang setara dengannya memerlukan tempoh kebiasaan selama dua tahun.
Bagi guru-guru yang sudah tentu berpengalaman  bagi mengajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan sejak dari awal tahun pertama telah memaklum dan meminta pelajar  sentiasa menjadikan rujukan ialah kurikulum bagi setiap pelajaran yang diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar.. Ertinya sejak dari awal pelajar sudah tahu apa ruang lingkup pelajaran yang akan dipelajari selama dua tahun dan itulah ruanglingkup soalan yang akan dihadapi di dalam peperiksaan. Guru mengajar mengikuti kurikulum pelajaran yang ditentukan di samping pengluasan terhadapnya.
Bagi pelajar yang serius sejak dari awal telah menelaah kurikulum dan disamping mengikuti pengajaran dari guru-guru mencari dan menelaah ruang lingkup kurukulum dan menambahkan maklumat dari berbagai sumber yang berkait dengan kurikulum berkenaan. Kaedah ini dilakukan oleh calon-calon peperiksaan persendirian yang jarang mendapat bimbingan guru. Pelajar secara formal yang menghadiri kelas tentulah lebih berpeluang mendapat maklumat dari kurikulum pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam pelajarean yang guru mahir dan lebih berpengalaman.
Tempoh empat bulan berbaki, jika pada kebiasaan adalah merupakan tempoh ulangkaji bagi semua bidang pengajian, tetapi jika ada bahagian kurikulum yang sepatutnya sudah dihabiskan dalam tempoh tiga bulan yang lepas, kiranya tiada pengajaran yang dilakukan secara online, maka  bagi guru yang bijaksana sebenarnya tidak bermasalah dari segi menyampaikan pengajaran yang ketinggalan secara rumusan dan diserapkan kemudiannya ke dalam  kaedah ulangkaji bagi keseluruhan pelajaran.
Pada permulaan pembukaan kembali sekolah, semua guru-guru dikehendaki kembali ke sekolah dan kini kelas-kelas yang lain dari yang meu mengambil peperiksaan tidak datang ke kelas. Dalam erti lata yang lain, tenaga guru adalah ramai yang  tidak mempunyai kelas, lantaran itu selain dari diberi kelas peperiksaan yang bertambah kerana menjaga jarak, guru-guru yang tidak mempunyai kelas dapat digunakan bagi kepentingan kelas yang bakal menghadapi peperiksaan. Antaranya dapat membantu.
1)   Membimbing pelajar secara tutorial bagi sejumlah pelajar yang dipecahkan dalam jumlah yang kecil
2)   Guru pembimbing hendaklah guru yang mahir di dalam bidang yang dibimbing.
3)   Menolong membuat nota-nota sebagai panduan pelajar.
4)   Membantu guru di dalam mengadakan ujian dan peperiksaan cubaan.
5)   Menagatur grup-grup diskusi di kalangan pelajar dan membuat rotation grup di kalangan mereka.
Dan berbagai kaedah yang lain yang saesuai dilakukan.

Sekian.

June 22, 2020

KEMBALI KE SEKOLAH SECARA BERHATI-HATI


KEMBALI KE SEKOLAH SECARA BERHATI-HATI
(Fikrah Bangi:  593),
BBB: 30 Syawal 1441H. = 22 Jun 2020M. (Isnin).
Sebagaimana negara-negara Barat, setelah tiga bulan berdepan dengan wabak Covid-19, walaupun  ternyata wabak terus merebak. Dengan statistik terakhir kematianm selurudunia srbanyak 460,000 dengan Ameika  jumlah kematian tertinggi 119,000, Brazil 49,000,  UK 45,000 Itali 34,000 Perancis 29,000, Spanyol 28,000 dan-negara-negara lain di bawah 20,000, namun negara-negara berkenaan terpaksa membuat pilihan dengan menghidupkan ekonomi di samping mengawal  wabak atau mengawal tanpa pemulihan ekonomi menyebabkan kemelesetan. Mereka memilih pemulihan di samping pengawalan.
Tindakan negara kita sebenarnya lebih tepat> Kita berjaya mengawal wabak, kematian setakat ini 121 setelah beberapa hari tiada kematian. Pemilihan kita dengan PKPP yang memberi ruang kepada pemulihan termasuk ekonomi mulai dari 10 Jun 2020 merupakan tindakan secara perancangan rapi dan kini sektor ekonomi mulai pulih, khususnya dengan konsep Penjana.
Pemulihan terhadap pendidikan adalah salah satu dari PKPP. Kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan yang lebih baik dari mengembalikan pelajar-pelajar ke sekolah dengan memberi prioriti kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada hujung tahun ini, iaitu peperiksaan SPM, SPVM, STPM, STVM dan STAM. Jika tidak dikembalikan ke sekolah mereka akan  menghadapi peperiksaan secara kekurangan yang merupakan ketidakadilan kepada mereka.
Pelajar-pelajar berkenaan akan kembali bersekolah mulai Rabu 24 Jun 2020 ini.
Ada dua perkara penting yang akan dihadapi oleh sekolah – bermaksud juga oleh Kementerian Pendidikan.
1)   Persediaan bagi mematuhi SOP  dari PKPP
2)   Persediaan dari segi pengajaran, khususnya bagi yang akan menghadapi peperiksaan pada akhir tahun ini.
Perkara pertama ialah keperluan semasa dari segi SOP.
Bagi pelajar dan khususnya bagi ibu bapa, adalah menjadi kebimbangan dengan melepaskan pelajar, berkemungkinan mereka akan terdedah kepada wabak Covid-19 yang masih belum dapat dihapuskan. Jika  dijangkiti wabak akan lebih mengganggu untuk menghadapi pelajaran. Kita percaya pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil pendekatan dan persediaan secara rapi dan teliti sebagai arahan terhadap sekolah  bagi memulai dan meneruskan pengajaran.
Kita difahamlam pihak Kementerian dan sekolah telah meminta guru-guru melaporkan diri ke sekolah sejak minggu kedua Jun bagi persediaan sekolah bagi perkembalian pelajar ke sekolah. Sebagaimana maklum kembalinya pelajar ke sekolah berlainan dari cara kebiasaan yang lepas. Mereka akan menghadapi norma-norma baru bila kembali ke kelas. Jika mereka terpaksa atau dikehendaki tinggal di asrama, mereka juga mesti mengikuti noma kehidupan di asrama.
Antara noma baru di sekolah ialah catatan kehadiran, pengambilan suhu badan, , bersinitizer,  berjarak dalam perbarisan dan dalam memasuki kelas, berada di dalam jarak antara meja dengan meja pelajar menurut ketentuan. Kapasiti ruang kelas lebih luas. Jika dulu satu kelas 40 orang kini memuatkan hanya dua puluh orang. Mereka juga dikehendaki mematuhi aturan ke bilik air, masa rehat dan makan  di dalam kelas.
Semasa di asrama juga mereka perlu mematuhi SOP asrama. Misalnya menjaga 3-S dan 3 – W . Kedudukan katil, cara makan di kantin, berjama`ah di surau dan cara menggunakan bilik mandi, tandas dan sebagainya. Pendeknya mereka dikehendaki menjaga SOP dan memberi perhatian yan tinggi dari segi kebersihan dan menjaga kesihatan.
Selain daripada itu guru-guru dan pekerja-pekerja di sekolah mesti juga mematuhi SOP yang dikenakan.  Kita tidak mau selepas sekolah dibuka wujud pula  klaster sekolah.
Sekian.

June 21, 2020

SEKTOR PENDIDIKAN PALING MENCABAR


SEKTOR PENDIDIKAN PALING MENCABAR
(Fikrah Bangi:L  593),
BBB: 29 Syawal 1441H. = 21 Jun  2020M. (Ahad).

Sektor pendidikan adalah paling mencabar di dalam menghadapi ancaman Covid-19. Semasa diisytiharkan  Covid-19 sebagai wabak dan bermulanya PKP pada 18 Mac 2020, sesi peresekolahan, bahkan pengajian di universiti sedang berlangsung dan pengajian terpaksa ditangguhkan. Hingga kini pengajian telah tertangguh selama tiga bulan. Sesungguhnya dengan penangguhan yang tidak dapat tidak ini mengganggu normal pengajian yang selama ini berjalan.
Banyak implikasi dari penangguhan. Antara yang merisaukan:
1)    Sukatan pengajian yang  berlangsung terpaksa ditangguhkan. Ianya merencatkan kelicinan pengajian dan melambatkan schedule pelajaran yang telah diaturkan. Ini bererti pelajar-pelajar tertangguh dari mengikuti perkembangan pengajian. Ini juga bererti guru-guru dan pelajar-pelajar ketinggalan dari menghabiskan pengajian sebagaimana dijadualkan.
2)   Sebahagian pelajar akan mengikuti pepereksaan penting yang akan menilaikan prestasi pengajian mereka. Antara peringkat penting ialah bagi yang akan menghadapi peperiksaan SPM, SPVM,  STPM, STAM dan yang setarap dengannya. Bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan penting ini jika dari awal tahun terhenti pengajian dan terencat dari pembelajaran yang akan dihadapi di dalam peperiksaan.
3)   Sebahagian dari pelajar baik pada peringkat menengah dan juga pada peringkat pengajian tinggi terkandas  di rumah sewa atau di asrama Ini membebankan mereka dari segi perbelanjaan dan merugikan masa.
4)   Dalam masa yang sama, terutama bagi pelajar yang tinggal di luar dan jauh dari kediaman, lebih-lebih lagi bagi pelajat dari luar negara terdedah dengan wabak dan perlu keprihatinan dari pihak  berkenaan.
5)    Suasana yang dihadapi pelajar, bahkan semua pihak, termasuk institusi pengajian terpaksa menghadapi beban  kewangan lantaran bertambahnya tuntutan perbelankaan, khususnya dari kalangan yang miskin.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh bidang pendidikan, berbagai pihak yang prehatin mengemukakan cadangan
1)   Mencadangkan agar diwujudkan norma baru di dalam pembelajaran. Antaranya melalui atas talian.. Namun ada kekangan kerana tidak semua anak-anak dari kalangan ibu bapa yang berada. Sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai komputer. Lebih daripada itu sebahagian daripada tempat tiada capaian dan khidmat internet. Ini menyebabkan ketidakseimbangan dari pembelajaran.. Bagi menampung kekurangan ada dianjurkan pembelajaran melalui tv pendidikan. Namun tidak semua pelajaran dapat ditampungkan.
2)   Cadangan melalui atas talian yang dilakukan dengan tempoh masa pendek dan segera, ada kekurangan. Misalnya tiada kaedah standard yang dapat dijadikan panduan. Bahkan tidak semua guru – termasuk pelajar mahir menggunakan komputer dan kaedah melalui talian.
3)   Akibat kelemahan dan kekurangan yang dihadapi, cadangan diterima, bahawa beberapa peperiksaan yang tidak penting seperti Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan tahap tiga – Menengah Rendah ditiadakan, kerana ianya tidak mengganggu dari segi pembelajaran. Tempoh masa juga diubahsuai agar pelajar tidak terencat sampai setahun
4)   Tumpuan pembelajaran hendaklah kepada pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM,SPVM, STPM, STVM. STAM dan peperiksaan yang setara. Bagi pengajian di universiti disempurnakan dengan perlanjutan masa belajar dan disesuaikan kaedah penilaian.
5)   Bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting, maka mereka diberi keutamaan untuk kembali ke kalas mulai Rabu 24 Jun 2020  ini.
Walau bagaimana banyak norma baru yang mesti dihadapi.

Sekian.

June 19, 2020

PEMULIHAN: ANTARA BIDANG PENTING


PEMULIHAN: ANTARA BIDANG PENTING
(Fikrah Bangi: 592),
BBB:  27 Syawal 1441H. = 19 Jun 2020M. (Juma`at).

Antara golongan yang terjejas teruk akibat dari Covid-19, ialah:
1)   Golongan Peniaga
Terutama golongan peniaga kecil seperti peniaga warung, restoran, pasar malam, bahkan kedai-kedai biasa yang terpaksa ditutup sepanjang musim Covid-19 sehingga melangkaui tiga bulan sebelum dari  tibanya PKPP bermula 19 Jun 2020. Bayangkan mereka yang bekerja di dalam sektor perniagaan di atas tidak mempunyai sumber pendapatan. Mereka dikehendaki berada di rumah. Di dalam hal ini bantuan yang diberi kerajaan bagi semua rakyat yang terhenti sumber pendapatan  yang diagihkan dari peruntukan sebanyak RM65 bilion itu menyelamatkan mereka dari kekeringan wang. Dengan bermulanya PKPP  dan mereka juga berpeluang mendapat peruntukan insentif bagi memulakan perniagaan membantu mereka memulihkan perniagaan.. Kini peniaga-peniaga kecil ini kembali memulakan perniagaan. Restoran dan kedai-kedai makan mula dikunjungi pelanggan, bahkan semua bidang perniagaam mulai pu;ih kembali. Satu fenomena baru yang tumbuh dalam musim Covid=19,ialah perniagaan atas talian. Dalam masa disekat pergerakan, ada kalangan yang menghasilkan pembuatan, khususnya makanan diiklankan melalui internet dan bahan-bahan yang dihasilkan dihantar melalui riders, bahkan dihantar melalui pos. Perniagaan atas talian ini berterusan mendapat tempat dan ianya satu perusahaan baru yang makin berkembang. Ianya menggalakkan bekerja dari rumah dan memberi peluang pekerjaan kepada riders. Hidupnya perniagaan ialah dengan terbukanya sekatan pergerakan yang masih diingat menjaga SOP.
2)   Bidang Sukan
Bidang yang terjejas teruk akibat dari Covid-19 ialah bidang sukan. Tersekatnya bidang sukan ialah kerana bidang berkenaan melibatkan himpunan ramai yang sukar dikawal dari segi penjarakan dan dari berlakunya sentuhan. Bayangkan perlawanan bola sepak yang melibatkan ratus ribu penonton. Ianya memudahkan merebaknya wabak. Keadaan yang sama bagi pemain dan penonton badmintom, tenis, rugbi, sepak raga dan berbagai sukan yang lain yang melibatkan penonton yang ramai. Walaupun selepas PKPP pertandingan secara konvensional belum dilakukan. Latiahan-latiham sedang dilakukan. Ada yang mencadangkan sukan tanpa penonton, sudah tentu tidak menyeronokkan. Walau bagaimana sukan tanpa melibatkan sentuhan antara pemain seperti badmintin,  boling, tenis  boleh dijalankan. Tapi sukan secara keseluruhan seperti peringkat olympid yang dijangka berlangsungv di Tokyo masih tidak dapat mengatasi masalah kemungkinan jangkitan dan masih tertangguh.
3. Kunjungan Ke Luar Negara
Setakat ini kebebasan berkunjung keluar  negara, walaupun sudah dalam tempoh PKPP, ianya terhad kepada di dalam negara. Bagi yang datang dari luar negara mesti melalui SOP yang ketat dan melalui kurantin. Negara kita berjaya menyekat wabak Covid-19, sedangkan wabak ini masih merebak seperti di Amerika Utara dan Selatan, di Eropah, India dan sebagainya, maka kiranya kebebasan berkunjung dibenarkan adalah dibimbangi wabak ini akan berkembang dan mengancam negara kita. Cadangan membenarkan pelajar luar kembali belajar di sini perlu dilakukan secara hati-hati.
4)   Kawalan Dari Pati
Masalah yang dihadapi negara ialah ramainya pendatang haram di negara ini sehingga dikatakan mencapai angka 3 juta. Mereka yang tidak terkawal ini sebagaimana terbukti banyak membawa wabak Covid-19. Dengan PKPP diharap kerajaan dapat mengeluarkan mereka dari negara ini. Mereka mengambil hak rakyat dari segi pekerjaan. Dengan mengembalikan mereka ke negara asal mengurangkan wabak dan memberi peluang rakyat mengambil alih pekerjaan yang dimonopoli mereka seperti di pasar-pasar borong, sektor pembinaan dan pertanian.
5)   Politik
Dengan Covid-19 meredakan  perbalahan politik berterusan. Rakyat aman dari hasutan politik dan lebih tertumpu bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi. Walau bagaimana pada awal Julai ini akan ada satu pilihanraya Kecil di Chini, Pahang. Ianya memberi pengalaman baru dari segi kempen dan pengundian yang dapat dijadikan contoh pada masa hadapan. Misalnya kaedah mendaftar calon, kempen secara atas talian, kaedah mengundi mangsa Covid-19, jika ada dan sebagainya.
Sekian.

June 18, 2020

PKPP: PERLAKSANAAN


PKPP:  PERLAKSANAAN
(Fikrah Bangi:  591),
BBB:  26 Syawal 1441H. = 18 Jun 2020M. (Khamis).
Dari segi kronologinya, PKPP adalah berikut dari PKP.  PKPB, PKPD dan barulah PKPP.
PKPP adalah bermaksud `Perintah Kawalan Pemulihan` yang tempohnya ialah dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Ruang masa pemulihan ini bukanlah sesuatu yang muktamad, kerana tidak semua pemulihan dapat dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Misalnya untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk itu akan memakan masa lebih lama. Significant dari tarikh ini:
Ianya memaksudkan tempoh 100 hari Pakatan memerintah negara, iaitu dari  awal Mac hingga 10 Jun 2020.
Dalam tempoh berkenaan Kerajaan Pakatan Nasuional dapat mengendalikan wabak Covid-19 dengan baik hingga dapat memulihkan kegawatan kepada di bawah kawalan.
Ia juga bermaksud hingga setakat ini Kerajaan Pakatan Nasional dapat mengendalikan pemerintahan dengan cemerlang dan mendapat keyakinan rakyat. Diharap tidak timbul isu ysng menghakiskan kepercayaan rakyat.
Antara perkara yang segera berlaku pemulihan ialah:
1)   Sekatan Pergerakan
Setelah tiga bulan berlaku sekatan dan orang ramai begitu tertekan, PKPP menarik balik sekatan pergerakan. Sempadan antara negeri dibuka. Orang ramai yang ghairah untuk pulang ke kampung  dan dengan PKPP, tempoh hariraya Idul Fitri  masih ada, maka ianya sebagai satu hadiah kepada orang ramai untuk pulang ke kampung menemui mereka yang dikasihi yang tersekat dari menemui sejak tiga bulan itu. Walau bagaimana dengan PKPP orang ramai diingatkan mereka hendaklah menjaga SOP yang dikenakan sejak PKP. Dengan demikian dapat dijaga dari merebaknya gejala Covid-19.
PKPP memberi peluang bagi orang ramai keluar dari `Terkurung`  melepaskan kejemuan. Misalnya membawa anak-anak melawat kawasan rekreasi, mengunjungi zoo dan ke tempat-tempat yang  yang dapat melepaskan kejemuan.
2)   Pergerakan Pengangkutan
PKPP  juga membenarkan pergeraka dengan kenderaan seperti penggunaan bas, train, LRT, MRT, teksi, grab dan sebagainya. Perkhidmatan udara yang selama tiga bulan terhenti dan hampir lumpuh dibenarkan kembali berkhidmat yang pada peringkat permulaan di dalam negara, memberi peluang orang ramai, misalnya peniaga, pentadbir dan pelajar dapat bergerak lebih bebas. Mereka yang belajar dapat kembali ke tempat belajar masing-masing.
Dengan PKPP merancak dan melancarkan pergerakan di darat, udara dan laut. Semua pihak dingatkan supaya menjaga dari segi SOP.
3)   Kegiatan Pelancongan
Dengan PKP selama ini menyebabkan lumpuhnya sektor pelancongan dan dikatakan sebahagian terpaksa golong tikar. Dengan PKPP seolah-olah memberi nafas baru kepada perusahaan pelancongan, hotel-hotel yang hampir ditutup dan juga perkhidmatan yang berhubung dengannya. Kini dengan PKPP tempat pelancongan seperti Langkawi, Bandar Melaka, perkhigmatan pengangkutan yang berhubung dengannya mulai bernafas kembali dan pemulihan sebenarnya akan memakan masa nungkin hingga setahun atau lebih.
4)    Sektor Pentadbiran
Adalah sektor yang turut terganggu. Pejabat-pejabat ditutup.Orang ramai tidak dapat melaksanakan urusan. Antaranya mengelak dari berlaku konteks dan tidak menjaga penjarakan. Dengan PKPP pejabat-pejabat kembali dibuka. Urusan dapat dilakukan termasuk yang tergendala.
5)    Kegiatan Ibadat
Dengan PKP, solat Juma`at tidak dapat dilakukan. Solat rawatib di masjid dibenarkan seramai tiga orang – Imam, Bilal dan Siak. Pada bulan Ramadhan tiada berbuka, tiada tarawih dan tadarus di masjid. Dengan PKPP masjid dibenarkan kembali berjama``ah dan berjuma`at secara bertahap dan dalam jumlah terhad. Pengajaran dan tazkirah dibenarkan antara Maghrib dan Isyak. Walau bagaimana menunaikan Haji masih ditangguhkan.
Sekian.

June 17, 2020

AKRONIM PKPP: MAKSUD


AKRONIM  PKPP: MAKSUD
(Fikrah Bangi:  590),
BBB:  25 Syawal 1441H. = 17 Jun 2020M. (Rabu).

Akronim PKPP ialah perlanjutam mutakhir bagi PKP. Selepas
PKP = Perintah Kawalan Penjarakan bermula 18 Mac 2020, diteruskan
PKPB = Perintah Kawalan Penjarakan Bersyarat mulai 01 Mei 2020
PKPP = Perintah Kawalam Penjarakan Pemulihan. Bermula dari 10 Jun 2020,
Kewajaran perubahan kepada PKPP. Antaranya:
1)   Kawalam terhadap ancaman Covid-1919 dapat diturunkan kepada tahap terendah. Malaysia disifatkan satu daripada lima buah negara terbaik di dalam mengawal  wabak Covid-19. Setakat ini kematian direkodlam ialah 121  orang.
2)   Setelah tiga bulan kawalan rakyat tertekan dari segi ekonomi. Tiada pendapatan dan kadar menganggur pada bulan April 2020, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam berjumlah 778,800 dan angka ini akan terus bertambah.
3)   Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan bagi merangsangkan ekonomi kali pertama berjumlah RM65  biliom diikuti dengan rangsangan kedua RM35 bilion dengan tambahan RM10 bilion. Jika pertambahan perlu dilakukan menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang
4)   Kerajaan-kerajaan yang lain seperti Thailand,  bahkan Itali yang teruk mengalami wabak Covid-19 dan mulai reda dari ancaman, telah membuka ruang bagi pemulihan ekonomi yang terjejas.
5)   Kerajaan mempunyai pengalaman dan persediaan yang cukup bagi mengawal wabak Covid-19, maka perlaksanaan PKPP dapat dikawal.
Lantaran itu Perdana Menteri telah mengumumkan tentang PKPP yang mulai berlangsung pada 10 Jun 2020 dengan mematuhi SOP. Setakat ini berjalan dengan baik dan diharap dengan PKPP  keadaan ekomomi secara beransur-ansur dapat dipulhkan dan diharap segalanya dapat kembali berjalan dengan baik.
Sekian.

June 16, 2020

AKRONIM PKP: PERLUASAN DAN RUANGLINGKUP


AKRONIM PKP: PERLUASAN DAN RUANGLINGKUP
(RiorahBangi:  589),
BBB:  24 Syawal 1441H. = 16 Jun 2020M. (Selasa).
PKP hasil dari Mesyuarat Kabinet (BH: 16 Mac 2020) yang diketuai YAB Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah dan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Arahan penting juga dibuat  dari masa ke masa mengenai tindakan yang berhunung dengan Covid-19
Dato` Ismail Sabri Menteri Keselamatan membuat pengumuman mengenai SOP dan tindakan secara harian hasil dari mesyuarat antara menteri berkenaan,
Dato`` Dr. Noor Hisham Abdullah selalu Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan  membuat laporan harian mengenai perkembangan Covid-19 secara harian.
(Mulai perrengahan Jun 2020 Sidang Media diadakan tiga kali seminggu, iaitu Isnin, Rabu dan Juma`at.
Antara SOP yang terangkum di bawah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan):
1)    Orang ramai diminta mengamalkan 3-S  (3 -c) dan  3-w.
2)   Mereka dikehendaki tinggal di rumah.
3)   Pemiaga-peniaga  terhemti dari menjalankan perniagaan, kecuali yang mustahak.
4)   Perkhimatan pengangkutan turut terhenti
5)   Persekolahan dan universiti menangguhkan pengajian.
6)   Pejabat-pejabat turut tertangguh dari menjalankan perkhidmatan
7)   Industri dan kelang terhenti dari beroperasi.
8)   Sekatan terutama di sempadan diperketat agar tidak diceroboh oleh pendatang dari luar.
9)   Sekatan jalanraya dilakukan elak dari merebaknya Corbid-19.
10)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyaring mereka yang mempunyai simptom, bergejala dan mengasingkan mereka untuk dikorantim dan dipulihkan.
Banyak lagi  kesan dari PKP yang dapat ditambah. Ianya menjejaskan ekonomi negara, mengganggu perjalanan pendidikan dan berbagai kegiatan. Masyarakat menempuh norma baru penghidupan. Walau bagaimana hasil dari kepatuhan rakyat, wabak dapat dikawal. Malaysia antara lima negara terbaik di dunia yang berjaya dapat mengawal wabak Covid-19 secara sistematik.

Antara kaedah diambiul oleh negara selepas tempoh PKP dari 18 Mac 2020 hingga akhir April 2020, pendekatan yang diambil ialah melonggarkan PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu mulai 01 Mei 2020. Antaranya:
1)   Membenarkan mereka yang terperangkap masa PKP pulang ke tempat masing-masing.
2)   Dibenarkan merentasi sempadan negeri bagi mereka yang bertugas.
3)   Rakyat Malaysia di luar negara dibawa pulang ke negara ini dengan biaya kerajaan.
4)   Pelajar universiti yang terperangkap di kampus dihantar balik ke kampung atau tempat masing-masing.
5)   Solat di masjid dilonggarkan hanya kepada Imam, Bilal dan Siak.
6)   Tidak dibenarkan pulang raya ke kampung, raya hanya di kalanagn keluarga.
7)   Merentas negeri hanya dibenarkan jika mendapat kebenaran dari Polis.
8)   Akad nikah dibenarkan, , tetapi tidak mengadakan jamuan.
9)   Perniagaan digalakkan atas talian.
10)                      Kereta hanya dibenarkan membawa keluarga sahaja.
Dan banyak lagi kelonggaran diberi semasa  PKPB. Ianya berlandsung hingga ke 9 Jun 2020.
Pengolahan seterusnya mulai 10 Jun 2020 diperkenalkan pula SOP dikenali dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sekian.