August 18, 2020

 

MAKLUMAN

 

Pada pagi esok 29 Zulhijjah 1441H bersamaan 19 Ogos 2020 insya Allah Penulis akan menjalani rawatan mata di Universiti Malaya, maka bagi mematuhi aturan, agar segera sembuh, maka Penulis akan  berehat dari menulis selama lebih kurabg sebulan.

Penulis akan kembali menulis insya Allah pada permulaan Safar 1442 bersamaan pertengahan  September 2020.

Mohon do`a restu dari Allah, semoga dengan kesihatan yang baik, Penulis akan kembali menulis dengfan lebih baik – Insya Allah.

 

Kefanaan Menyelinap Diri

Melangkah ke usia 80

Menurut taqwim Hijri

Kefanaan makin menyelinap diri

Anggota-anggota makin lemah

Pergerakan  makin terhad

Syukur minda masih  berfungsi

Tapi mata makin tak nyata

Amat mengganggu dalam penulisan

Semoga dengan rawatan

Cahaya kembali terang

Penulisan dapat diteruskan

-         Insya Allah.

Bandar Baru Bangi.

28 Zulhijjah 1441H.

18 Ogos 2020 M..

August 17, 2020

 

NEGARA  BERILMU

(Fikrah Bangi:  633),

BBB: 27 Zulhijjah 1441H. =  17 Ogos 2020M. (Isnin).

 

Syarat bagi maju, berjaya, cemerlang atau sebarang maksud yang bersamaan dengannya baik bagi negara, bangsa, kelompok dan individu ialah berilmu. Maksud Negara Berilmu adalah dalam erti kata yang luas yang memaksudkan kepada kejayaan berkenaan. Tiada siapa yang dapat menafikan tentang pentingnya ilmu dan ianya menjadi faktor kepada kemajuan. Kemajuan di dalam kehidsupan yang kita alami kini adalah hasil dari keimuan. Bandingkan kehidupan pada zaman primitif  dan kini -  amat berbeza,  kemajuan adalah melalui ilmu. Jadi bagi mencapai keilmuan hendaklah melalui ilmu.

Kerana ilmu faktor bagi kemajuan, maka hendaklah kesedaran dan berilmu berlaku di dalam negara yang mau maju. Lantaran negara adalah  sebuah entiti yang di dalamnya memaksudkan sebuah kawasan yang relatifnya luas dan mempunyai kependudukan yang ramai dan yang pentingnya di dalam negara berkenaan ada kepimpinan. Iaitu ada  Ketua Negara dan  kumpulan yang membantunya di dalam pentadbiran, maka kesedaran  berilmu dan pentingnnya ilmu bagi kemajuan negara hendaklah terutama datangnya dari Ketua Pimpinan dan  mereka yang membantunya.

 

Untuk membangun Negara Berilmu, hendaklah syarat utama kepimpinan ini berilmu dan sedar akan keopentingan ilmu dan mengambil tindakan   agar mereka yang memimpin, bahkan masyarakat berilmu.

Pemimpin yang berilmu adalah cintakan ilmu dan memberi keutamaan membina masyarakat berilmu, maka dengan masyarakat berilmu menjadikan mereka dan  negara sebagai Negara Berilmu.

Menjadikan Negara Berilmu sehjarusnya mempunyai perancangan yang rapi yang dapat menyeluruhkan ilmu.

Kesedaran Negara Berilmu menggerakkan kepimpinan menyediakan peruntukan dan kemudahan bagi semua pihak  kesedaran berilmu, berusaha mendapatkan ilmu dan cintakan ilmu.

Memupuk Negara Berilmu  adalah melalui berbagai-bagai pendekatan

1)   Pendidikan formal

Maksud pendiudikan formal ialah pendiduikan rasmi ialkah melalui  pra- persekolahan, persekolahan, kolej, universiti dan yang seumpamanya.

2)   Pendidikan bersama pekerjaan

Tidak dapat dinafikan sebarang pekerjaan sama ada di pejabat, kilang,, bahkan boroh dan petani, jika mereka di dalam pekerjaan diberi pendidikan dan latihan semasa bekerja sudah tentu prestasi mereka semakin baik dan memberi pulangan bagi semua pihak semakin baik. Pendidikan sedemikian tidak semestinya ditanggung oleh kerajaan,tetapi oleh swasta dan pihak-pihak berkenaan.

3)   Pendidikan sepanjang hayat

Pendidikan tidak seharusnya terhad kepada pendidikan formal dan di tempat pekerjaan, tetapi  hendaklah bersifat sepanjang hayat. Jika di dalam kehidupan manusia perlu kepada makan minum berterusan, maka demikian juga dengan  pendidikan seharusnya berterusan. Perlu ada institusi bagi pendidikan berterusan seperti masjid, surau,  pusat komuniti dan masyarakat yang diwujudkan, maka melalui institusi berkenaan masyarakat diberi pendidian dan bimbingan. Misalnya tentang ekonomi rumah tangga, kesihatan, kaunseling keluarga dan berbagai pendidikan dan batuan keilmuan  bagi masyarakat.

4)   Pendidikan Umum

Pihak berkuasa menggunakan berbagai media bagi menyalurkan pendidikan dan keilmuan, misalnya melalui tv, radio dan berbagai saluran maklumat yang lain. Saluran maklumat hendaklah  mengutamakan keilmuan di samping hiburan.

5)    Wadah Masyarakat

Bermaksud, keilmuan menjadi perbincangan  biasa di dalam masyarakat dan menjadikannya kebiasaan kehidupan.

Pemimpin bila bercakap selalu merujuk pendapat ilmuan dan rujukan kepada bahan bacaan.

Semua pihak kepimpinan mendampingi ilmuan dan punca rujukan.

Masyarakat juga gemar berbincang soal imu dan dapatan

Dan suasana kehidupan adalah berorientasikan ilmu.

Dengan berilmu tidak rugi dia menjadikan masyarakat lebih berkualiti, kurang pengangguran, rendah dari jenayah,kurang ketamakan dan kekayaan negara dapat diagih kepada semua dan hidup masyarakat lebih sejahtera dan bahagia.

Sebenarnya Negara Berilmu perlu kepada Amali dan  Qualiti yang tinggi. Perlu kepada pembicaraan dan ruang lingkup yang lebih luas.

 

Sekian.

August 16, 2020

 

KATALIS  DAN  FORMULA

(Fikrah Bangi:  633),

BBB:   26 Zulhijjah 1441H. = 16 Ogos 2020M. (Ahad).

 

Telah disebutkan, bahawa pengalaman yang pahit selalu memberi pengajaran yang berkesan bagi seseorang, bahkan bangsa yang mengalaminya. Ianya ibarat ubat yang mujarrab yang dapat memulih dan memberi keaktifan baru yang mengalaminya.

Bagi kita, bahkan dunia, pengalaman pahit yang sedang dialami, ialah serangan Covid-19 yang menjadikan semua panik dengan penularan wabak dan kematian yang begitu tinggi. Setakat 14.8.2020  statistik menunjukkan kematian akibat dari wabak tersebut di seluruh dunia ialah 751,,448 kematian dengan Amerika sebuah negara dianggap termaju mengalami kematian sejumlah 168.777 .  Diikuti negara-negara seperti Brazil, India, Rusia dan negara-negara yang lain. Malaysia turut mengalami wabak berkenaan dan mengalami 125 lematian dan dianggap antara negara terbaik yang berjaya mengawal wabak berkenaan yang masih menular di dunia ini.

Apa yang hendak ditekankan, peristiwa pahit dan dari satu segi menonjolkan kewibawaan Malaysia ini hendaklah dijadikan sebagai katalis bagi Malaysia bangkit bergerak maju  dan menjadi titik bergerak ke arah memperbaiki diri dan meningkat dari segi kemajuan.

Masa ini adalah  sesuai dengan  tempoh  era kemerdekaan yang telah dilalui lebih dari setengah abad itu. Dalam hal ini Malaysia perlu berlomba dengan negara-negara lain yang sama mengalami keperitan akibat dari wabak Covid-19.

Pembaharuan yang perlu dilalui ialah, bagaiama  kaedah pemulihan ekonomi yang terjejas dengan teruk itu. Kaedah pengajian yang menuntut penyesuaian dengan  perubahan, tetapi seharusnya dapat mempertahan, bahkan seharusnya meningkatkan kualiti. Kaedah penyesuaian komunikasi setempat dan antarabangsa yang menghadkan pergerakan, tetapi memperkembangkan hubungan secara maya atas talian. Kaedah bekerja juga berubah. Hubungan dan kehadiran secara langsung berkurang dan diambilalih oleh hubungan secara internet dan digital. Malaysia hendaklah bergerak dengan mempelopori semua bidang-bidang baru untuk sama diterokai. Perubahan ini banyak bergantung dari segi kemajuan pada generasi baru. Tumpuan hendaklah diberi keutamaan bagi memajukan mereka sebagai front liners bagi perlumbaan kemajuan.

Ancaman Covid-19 hendaklah dijadikan katalis bagi kebangkiyan, tetapi nilai-nilai positif di dalam kehidupam hendaklah diambil sebagai  nilai dan kemajuan yang mencorakkan identiti  dan jati diri negara bangsa. Nilai-nilai dimaksudkan antaranya sebagaimana terumus di dalam Rukun Negara. Keharmonian masyarakat yang berbilang kaum. Perlumbaan sihat antara mereka di dalam mengejar kemajuan. Sifat tolong menolong dan  gotong  royong yang subur di dalam masyarakat tradisi  dikembangkan ke dalam konsep kejiranan, NGO, sukarelawan dan  berbagai agensi yang mementingkan kebajikan.

Faktor-faktor penyatuan masyarakat hendaklah diberi keutamaan. Sepert  ipenggunaan bahasa kebangsaan yang telah berjaya memajukan masyarakat dan hendaklah dipertingkatkan melalui pengajian keilmuan. Tokoh-tokoh dan watak yang  memajukan masyarakat serta pejuan-pejuang tanahair perlu dikenangfi dan dihayati generasi sebagai teladan dan aspirasi perjuangan. Menjadikan  fenomena tanahair yang menarik sebagai tontoban yang membangkitkan cinta dan kasih sayang kepada negara. Gemar melancong ke lokasi-lokasi tempatan dapat memupuk cintakan tanahair. Pertandingan sukan juga dapat digunakan sebagai kaedah menyatukan masyarakat dan  memupuk pertandingan secara sihat.

Pendek kata visi dan misi baru hendaklah diwujudkan di dalam memupuk  suasana penghidupan baru pasca Covid-19. Inspirasi dan semangat baru ditiupkan ke dalam  dada warga negara yang  semuanya menerima kesan Covid-19 dan masing-masing dengan sedar mau melangkah ke era baru yang penuh cabaran. Cabaran-cabaran  seharusnya menjadi katalis kemajuan.

 

Sekian.

August 14, 2020

 

MENGENALI IDENTITI DAN JATI DIRI

(Fikrah Bangi:  632),

BBB:  24 Zulhijjah 1441H. =  14 Ogos 2020M. (Juma`at).

 

Identiti ialah sifat dan ciri yang ada pada sesuatu – di dalam maksud pembicaraan kita, ialah sesuatu  kelompok masyarakat atau bangsa. Identiti ialah  pola pengenalan yang ada pada kelompok atau bangsa berkenaan. Ianya mungkin dibentuk oleh alam sekitar yang menuntut  tindakan yang dilakukan. Misalnya orang Makasar dan Bugis dari satu kepulauan di Indonesia pernah dikenali sebagai `Bangsa Pelaut` Alam sekitar membentuk mereka sebagai bangsa pelaut, kerana Pulau Makasar  terdedah kepada Laut Pasifik. Kehidupan mereka bergantung pada laut. Tuntutan kehidupan bukan saja menuntut mereka  menjadi nelayan, tetapi meneroka alam  sekitar yang luas. Bagi memenuhi tuntutan lahir di kalamga mereka  tukang-tukang yang menggunakan dari pokok-pokok dihutan membuat perahu-perahu yang canggih. Hasilnya melahirkan pelaut-pelaut yang mahir merentasi lautan ke pulau-pulau. Mereka menjadi pedagang-pedagang di antara pulau-pulau di Pasifik, bahkan hingga ke Semenanjung, Borneo, Sumatera bahkan hingga ke Madagaskar. Manakala satu kelompok di Pulau berkenaan terkenal sebagai pahlawan yang bergerak dari pulau ke Pulau, bahkan menguasai tempat-tempat tertentu dan memerintah tempat berkenaan. Mereka misalnya bertempat di Kepulauan Riau, Johor, Selangor dan Kedah..  Identiti mereka dikenali sebagai pelaut yang mahir. Mereka disifatkan sebagai berani, lantaran itu dapat menguasai kawasan-kawasan tertentu yang kesannya hingga kini. Identiti  mereka dikenali sebagai Pelaut yang Mahir dan berjati diri sebagai kelompok barani dan dianggap sebagai pahlawan.

Bagi kelompok Minang dari Sumatera,  adalah menjadi adat dan tuntutan budaya  seorang anak lelaki dikehendaki mesti `Merantau` - keluar dari kampung halaman, mencari rezeki yang mesti dibawa balik ke kampung sebelum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan mereka keluar antaramya ke Semenanjung dan biasanya mereka berniaga, membuka kedai atau warung, berniaga. Seperti membuka kedai makan. Setelah kayarayamerekapulang membawa kejayaan diri bagi dipersembahkan bagi keluarga sebelum berumah tangga.  Ini semua adalah merupakan tuntutan yang baik bagi kelompol Makasar, Bugis dan Minang di Sumatera yang menjadi identiti mereka yang menyahut cabaran kehidupan dan bekerja dengan bersungguh-dungguh sehingga mereka berjaya.. Mereka berjati diri sebagai mereka yang `Cekal` mengatasi penghidupan. Tuntutan alam sekitar dan cabaran kehidupan yang pahit berlaku kepada orang Jepun dan German, menjadikan mereka bangsa yang cekal, kreatif dan menjadi bangsa yang berjaya.

 

Bagi kita di Malaysia, apakah tuntutan alamiah yang menggerak ke arah kejayaan sebagaimana kelompok-lelompol yang dibicarakan di atas ? Kaum Cina yang datang pada peringkat permulaan di dalam keadaan yang susah, mendesak mereka supaya bekerja dengan sungguh-sungguh dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Mereka terkenal sebagai kelompok peniaga yang berjayadan antara kaum yang teguh ekonominya.

Kaum bumiputra adalah kaum yang dijamin kehidupan di dalam kelompok kaum, tanpa  atau kurang tekanan mereka agak tenang dan tidak tertekan untuk bekerja lebih tekun, lantaran itu mereka kurang menghadapi ujian dan kurang pula mencapai kejayaan terutama di dalam bidang ekonomi.

Walau bagaimana dengan perubahan masa, ciri di atas makin berkurang dan generasi baru dari berbagai kaum menghadapi masalah yang sama.  Persoalannya apakah faktor yang dapat memberi tekanan terhadap mereka yang menggerak mereka kuat berusaha yang kesungguhan ini menjadi motivasi ke arah kejayaan dan kemajuan Apakah  kualiti yang ada pada masyarakat di Malaysia yang dapat dilihat sebagai identiti yang dominan, bahkan pada satu peringkat dilihat sebagai jati diri bagi masyarakat Malaysia ?

Kelihatan  persoalan identiti ini agak samar, apa lagi jati diri bagi masyarakat di Malaysia. Bagaimana mengatasinya ?

 

Sekian.

August 13, 2020

 

MUHASABAH – DI MANAKAH KITA ?

(Fikrah Bangi:  632),

BBB:  23 Zulhijjah 1441H.= 13 Ogos 2020M. (Khamis).

 

Sempena menyambut ulang tahun  Kebangsaan dan Malaysia yang ke 63, kita tidak seharusnya semata bergembira dengan mengadakan berbagai acara sambutan dan kemudian berlalu dan menunbggu pada tahun berikutnya untuk kembali mengadakan sambutan.  Sewajarnya setelah lebih dari setengah abad kita merdeka,  wajar kita bermuhasabah – Di manakah kita ?  Adakah kita kini dapat dikategorikan sebagai negara  termaju,  terbaik aaaukah masih dalam kategori biasa, jika tidak ketinggalan ?

Dari segi geografi negara kita berada pada lokasi yang strategik, sebagai `Jantung Asia`. Sebelah kanan Laut Cina (seharusnya Laut Malaysia) dan sebelah kiri Laut India (Selat Melaka) yang menjadi tumpuan lalu lalang, laut dan udara. Tanah negara Malaysia amat subur menghijau dengan tumbuhan,  mendapat hujan kecukupan sepanjang tahun, sederhana cuaca, tidak diganggu musin sejuk dan tidak oleh musim panas,. Rakyatnya berbagai kaum yang seharusnya menjadi faktor dinamik untuk mereka berusaha sama mencapai kemajuan !

Di mana kita ?  Dulu kita menganggap Korea dan Vietnam adalah  lebih mundur dari kita. Dalam perlawanan bola mereka biasa kita kalahkan. Tetapi kini mereka mengatasi kita, bukan setakat mainan bola,  tetapi dari segi ekonomi. Kita kini jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan teknologi berbanding dengan Jepun dan Korea Selatan, bahkan lebih  mundur dari Singapura jiran terdekat. Kesimpulan kita tidaklah maju dalam kata sebenarnya. Faktor apakah menyebabkan kita kurang maju ?

Antara faktor kita kurang maju, adakah kita lemah dan kurang  dinamik dan kurang visi dari segi kepimpinan ?. Pimpinan kita pernah mengutarakan berbagai visi dan slogan yang menarik, juga berbagai visi untuk dicapai, tetapi kemajuan tidak dapat dicapai sebagaimana dihasratkan.

Kita tidak mempunyai pemimpin sehebat seperti  Shantaro Abe di Jepun,  Seperti pada satu masa Lee Kuan Yu di Singapura ?. Jauh dari mempunyai pemimpin secara kebetulan wanita seperti Makeral Perdana Menteri Jerman yang dilihat sebagai ketua pemimpin bagi Kesatuan   Negara Eropah atau satu masa dulu ialah Margerate Thatcher di England. Kita ada pemimpin, tetapi tidak setahap mereka. Kita ada pemimpin, tetapi tenggelam di dalam perbalahan politik berterusan.

Kita kurang maju,  adakah kerana rakyat yang kurang dinamik dan kreatif ?

Tanah negara kita subur, jauh lebih subur dari Jepun dan Korea, tetapi bumi yang subur itu, tidak menarik minat putera-puteranya yang lebih suka bekerja di pejabat dan tempat-tempat selesa, biarpun pendapatan tidak sebanyak mana.

Banyak bidang perusahaan dapat dilakukan, , tetapi kurang diambil bahagian oleh warga negara.Adakah kerana kelemahan minda dan tiada inisiatif dari pihak berkuasa. Adakah warga negara kita  kurang dari segi kreatif dan inovatif ? Tiada tekanan dan rasa susah  dan tiada  di kalangan mereka yang menggerakkan mereka untuk berikhtiar memajukan diri.,

Negara kita kaya, tetapi miskin dari pengusaha yang berinisiatif dan menyerlahkan  daya kreativiti dan inovasi di kalangan mereka,

Rakyat di negara kita kurang semangat dan tiada semangat berlomba bagi mencapai kemajuan

Apakah formola bagi negara mencapai kemajuan setaraf, jika tidak lebih baik dari negara-negara maju ?

 

Sekian.

August 12, 2020

 

PEMANTAPAN

(Fikrah Bangfi: 631),

BBB:  22 Zulhijjah 1441H. = 12 Ogos 2020M. (Rabu).

 

Negara kita telah melalui  dua siri penting.

Siri pertama ialah kemerdekaan tanahair dan pembentukan Negara Malaysia. Peranan ini adalah di bawah pimpinan Tunku Andul Rahman  dan pemimpin  dari Sabah dan Sarawak. Walaupun ada kekurangan, misalnya tidak berjaya bersama Singapura dan Brunei, tahap ini adalah penting dan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Tahap ini adalah tahap Asas.  Mengingati kemerdekaan tanahair wajar tokoh-tokoh bukan saja Tunku Andul Rahman, bahkan tokoh seperti Tun Mustafa, Tun Fuad Stepehen, dari Sabah, juga Tun Jugah Anak Baring, , Kaluningken, Abdul Rahman Ya`kon, juga Lee Kuan YU dan  pihak Diraja Brunei dikenangi sebagai mereka yang mencipta sejarah bagi pembentukan Malaysia, walaupun Singapura dan Brunei akhirnya tidak bersama Malaysia.

 

Sebagaimana disebut dalam pembinaan Malaysia, terutama dalam era Tunku Abdul Rahman banyak kejayaan, tetapi ada kelemahan menyebabkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 berlaku pertukaran  pimpinan pemerintahan.

Siri kedua ialah siri membina kemantapan yang berlaku selama setengah abad, iaitu dari 1970 hingga 2020. Siri kedua ini kita namakan sebagai siri pembinaan kemantapan. Episod-episod yang berlaku di dalam siri ini tidaklah semuanya berjalan dengan baik.

Tokoh-tokoh pimpinan  mempunyai legasi yang mengidentitikan kepimpinan mereka.

Tunku Abdul Rahman ketara kepimpinan ssebagai Bapa Kemerdekaan dan  kebangsaan Malaysia.

Tun Razak Bapa Pembangunan dan Pengasas Dasar Pelajaran  Malaysia.

Tunn Hussein Onn dikenali sebagai Tokoh yang jujur dan berterus terang.

Tun Mahathir toloh yang pragmatik dan energistik membawa perubahan yang besar kepada imej dan kemajuan negara terutama sekitar 1983 hingga 1999. Namun selepas itu imej kepimpinannya bagi tempoh kedua tidak secemerlang sebagaimanat tempoh bahagian pertama. Tempoh kedua dapat disifatkan tempoh kecelaruan.

Tun Abdullah Badawi disifatkan sebagai Mr. Clean. Tiada gelombang yang membadaikan pemerintahan. Zamannya tenang. Walau bagaimana dengan ketenangannya ada yang tidak menyenangkan.

Datuk Seri Najib berada di dalam zaman kegoncangan. GST dan IMDB memasalahkannya bahkan membawa kepada kejatuhannya.

Pakatan Harapan diberi mandat dengan harapan tinggi rakyat. Tidak sampai dua tahun harapan  rakyat tidak kesampaian. Berlaku pertukaran pimpinan kali kedua Tun Mahathir.

Tan Sri Muhyiddin Yasin diberi kepercayaan memimpin. Satu ujian yang besar berlaku sebaik bermula kepimpinan, iaitu wabak Covid-19,melanda negara dan dunia. Muhyiddin sedang diuji dari segi kepimpinan. Mungkinkah tokoh yang di luar jangkaan dari segi kepimpinan ini akan menyerlahkan kewibawaannya ?

 

Di atas dilihat hanya dari segi kepimpinan, banyak lagi yang dapat dilihat. Dalam tempoh setengah abad ini Malaysia masih dalam proses kemantapan di dalam membina Negara Bangsa.

Sekian.

August 11, 2020

 

KURANG  KEYAKINAN ?

(Fikrah Banbgi: 630 ),

BBB: 21 Zulhijjah 1441H. = 11 Ogos 2020M. (Selasa).

 

Antara faktor yang penting  dapat memajukan masyaarakat ialak pelajaran. Bagi memajukan masyarakat dari segi ekonomi memerlukan pelajaran dan bagi menyusun  masyarakat juga memerlukan ilmu.  Menjeleng kemerdekaan dan juga pada awal kemerdekaan, bukan saja berlaku polarisasi dari segi ekonomi dalam mana masyarakat miskin tinggal di kampung dan luar bandar, mereka terdiri dari masyarakat bumiputra dan India dan yang berada  di bandar dan lebih baik dari segi pengusaan bidang ekonomi, tetapi pada masa itu juga berlaku polarisasi dari segi pelajaran.

 

Mereka yang dianggap terpelajar tinggal di bandar dapat belajar ke peringkat menengah melalui medium berbahasa Inggeris,, manakala yang di luar bandar belajar setakat sekolah rendah beraliran Melayu dan tidak ada peluang ke sekolah menengah, kecuali melalui , special Malay.

Sebelum merdeka (1956), sudah diwujudkan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikenali dengan Penyata Razak. Dasar ini sepatutnya dilaksanakan bersama dengan kemerdekaan tanahair, tetapi berlaku kelewatan. Adalah dipercayai  oleh kerana kurang persediaan, misalnya tiada sekolah menengah kebangsaan, masih ketiadaan  guru dan tiada kurikulum. Bahkan tiada keyakinan menyebabkan  kecuaian. Pengajian menengah yang sepatutnya bermula dari zaman kemerdekaan tertangguh, sehingga  didirikan Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Dato` Andul Razak, Sekolah Alam Shah dan Tunku Khursiah selepas 1960an. Rancangan menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan sepuluh tahun selepas merdeka (1967) tertangguh dua tahun (1969) dan Universiti Kebangsaan yang sepatutnya dirikan pada masa itu juga tertangguh.

Walau bagaimana kealpaan dan ketiadaan kesungguhan ini tidak dibuarkan begitu sahaja, sebaliknya pada masa itu wujud gerakan massa yang kuat mendesakkan pelajaran menengah diperluaskan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi dan Universiti Kebangsaan segera didirikan. Pendesak-pendesak antaranya, Kesatuan Guru-Guru, Badan Penulis Nasional dan negeri-negeri,, pelajar-pelajar, pimpinan Institusi Bahasa  dan berbagai-bagai gerakan.  Tuntutan supaya dirasmikan  bahasa Melayu dan diwujudkan sekolah menengah secara meluas dan sebuiah Universiti Kebangsaan didirikan adalah berlaku bersama ketidakpuasan dari segi polarisasi ekonomi yang membawa kepada keresahan sosial dan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 itu.

 

Mulai dari 1970 berlaku perubahan sosial. Akibatnya mulai berlaku penyusunan  ekonomi kepada yang kurang dari segi polarisasi kaum, pengajian menengah menjadi menyeluruh, bahkan sekolah-sekolah menengah Inggeris bertukar kepada sekolah menengah kebangsaan, tanpa mengabaikan bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia didirikan (18 Mei 1970) yang kemdian semua universiti yang ada dan bakal didirikan menurut Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bukan itu sahaja, bahkan pimpinan politik pemerintahan negara turut berubah selepas 1970.

Mulai tahun 1970 dapat dikatakan zaman era baru bagi negara Malaysia, terbuka berbagai-bagai peluang untuk perubahan

Kemajuan Malaysia bergantung kepada  pucuk pimpinan pemerintahan, perubahan dan peningkatan dari segi pelajaran dan pendidikan negara., kemajuan negara dari menggerakkan sektor ekonomi dan peluang rakyat mengambil bahagian di dalam berbagai bidang kemajuan

Sejauhmanakah perubahan dan kemajuan berlaku dan mampu  dicapai  ? 

Sekian.

August 10, 2020

 

KURANG PERHATIAN

(Fikrah Bangi:  629),

BBB:  20 Zulhijjah 1441H. =  10 Ogos 2020M. (Isnin).

 

Dalam kehidupan kita dibiasakan oleh kebiasaan. Oleh kebiasaan ini kita tidak  terfikir dan tidak nampak banyak kemungkinan yang lebih baik dapat dilakukan, lantaran itu kita berterusan dengan norma biasa yang kita amalkan. Misalnya seorang petani yang bekerja di sawah berterusan bekerja di sawahnya secara  membajak dengan menggunakan tenaga kerbau. Hasil yang dituai adalah sekali setahun.. Pada hal jika kesedaran ada dengan menggunakan   trektor pembajak, kerja dapat dilakukan dengan segera dan tanaman dapat dilakukan tiga kali setahun dengan menggunakan beniih yang baik dan hasil berganda, tanpa menggunakan tenaga empat kerat dan kerbau.

Pada permulaan kemerdekaan, budaya hidup masyarakat sebahagiannya berterusan dan tidak mengalami perubahan..

Masyarakat sebeluim merdeka dan kehidupan terbahagi kepada tiga  komponan penting, iaitu orang Melayu tinggal di luar bandar dan hdup secara bersawah dan hasil  tanam-tanaman di kampung, orang India hidup di ladang dan bekerja sebagai penoreh getah bagi syarikat-syarikat yang mempunyai estet-estet yang besar, manakala orang Cina berada di bandar sebagai peniaga, antaranya bekerja di lombong dengan pendapatan yang lebih baik.

Budaya kehidupan masyarakat pada masa sebelum merdeka berterusan dan pola kelainan  dan identiti berkenaan berterusan.. Keadaan sedemikian tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada pemerintah, kerana mereka juga diorientasi dengan pandangan dan nilai yang sama, sehingga tidak timbul usaha bagi memperbetul dan menyusun struktur masyarakat hingga dapat menghilang atau mengurangkan pola-pola  yang membedakan masyarakat.. Atau lebih khusus mengurangkan perbezaan antara yang kaya yang biasanya di bandar dengan yang miskin yang tinggal di luar bandar dan estet-estet.

Lantaran diulik budaya tradisi ini, Tunku Abdul Rahman dilihat kurang perhatian terhadap aspek ekonomi dan perbezaan kehidupan antara kaum. Ada kesedaran timbul dari kalangan pemimpin semasa bahkan dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Misalnya  Aziz Ishak yang menjadi Menteri Pertanian pernah mencadangkan agar dirubah kaedah pertanian kepada yang lebih moden, tetapi Aziz Ishak terkeuar dari kabinet dengan idea radikalnya.

Keadaan yang berterusan menimbulkan keresahan di kalangan setengah masyarakat, terutama dari pimpinan yang agak celik seperti Dato` Harun Idris yang memimpin Pemuda Umno. Akibatnya beliau juga menghadapi masalah di dalam kareer politiknya. Pada masa yang sama ada timbul parti=parti kiri yang lantang seperti Parti Rakyat dan Sosia;is, tetapi tidak mampu menganjurkan perubahan, bahkan dipandang serong.

 

Dapatlah dikatakan  era selepas merdeka dan hingga akhir  1960an, Parti Perikatan yang terdiri dari Umno, MCA dan MIC adalah parti yang dominan menguasai politik tanahair, manakala Pas lebih berorientasikan agama dan kelihatan amat sukar digugat.

Kesedaran dan perubahan yang dapat dilakukan banyak bergantung kepada kesedaran pelajaran.

Sebagaimana pola ekonomi, demikian juga berlaku di dalam bidang pelajaran. Masalah yang berlaku di dalam bidang ekonomi juga berlaku di dalam bidang pelajaran.

Akan dibicarakan selanjutnya – Insya Allah.

 

Sekian.

August 9, 2020

 

KEGIATAN KEISLAMAN ZAMAN TUNKU

(Fikrah Bangi: 629),

BBB:  19 Zulhijjah 1441H. = 09 Ogos 2020M. (Ahad).

 Satu bidang yang dapat ditonjolkan padsa zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ialah kegiatan keislaman. Antara idea asal yang dicetuskan oleh Tunku mulai 1960an ialah Musabaqal al-Qur`an. Pertandingan tilawah al-Qur`an bermula dari peringkat nasional dan mendapat sambutan peserta-peserta yang mewakili negeri yang disaring bermula dari peringkat daerah-daerah di negeri-negeri  Kemudian dikembangkan kepada peringkat antarabangsa. Biasanya peringkat antarabangsa ini tidak lebih baik dari peringkat nasional, kerana sering johan pada peringkat nasional dapat memenangi sebagai johan pada peringkat antarabangsa,. Hasil pertandingan ini melahirkan qari dan qariah terkenal seperti Haji Ahmad Pergau, Ismail Hashim, Faridah Mohd Saman, Rugayah Sulong, Hajah Rahmah dan ramai lagi. Johan antarabangsa turut dimenangi seperti wakil dari Indonesiam Thailand, Iran, Mesir dan sebagainya.. Musabaqah ini terus popular dan berterusan hingga kini yang sudah melebihi 60 kali.

Hasil dari pertandingan ini  menjadikan pengajian Qur`an di negara ini terus popular. Lahirnya berbagai tahfiz, Kini bersama pengajian al-Qur`an diadakah pertandingan hafaz al-Qur`an.. Bersama musabaqah al-Qur`an dan tahfiz berkembang sama ialah pengajian di dalam berbagai bidang keislaman. Pengajian terhadap al-Qur`an ini dipelajari pada peringkat pra-persekolahan, di sekolah dan pengajian-pengajian timggi. Dengan yang demikian menyemarakkan perkembangan keislaman.

Satu kegiatan yang berlaku pada zaman Tunku, ialah dakwah keislaman.. Pada zaman Tunku dan Tun Mustafa dari Sabah berlaku kegiatan dakwah di kalangan pemimpin yan tidak berlaku hingga kini. Lantaran itu kita dapati beberapa tokoh penting pada zamannya masuk Islam seperti  Omar Yoke Lim dan isteri,  Tahir Tan,  Tun Fuad Stephen dari Sabah dan beberapa yang lain.

Pada zaman Tunku tertubuhnya PERKIM – Persatuan Kebajikan Islam berfungsi sebagai Pusat Dakwah dan sebuah bangunan hasil dari sumbangan Presiden Muammar Ghadafi Presiden Libya didirikan di Kuala Lumnpur dan pusat ini masih berfungsi hingga kini. Hasil dari kegiatan dakwah oleh Tunku,ramai mereka yang menganut agama Islam. Sabah misalnya dulu dikenali negeri yang didominasi oleh Kristian, kini lebih meninjo; dengan Islam.

Dakwah yang diasas oleh Tunku berkembang dan melahirkan Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim), Institut Kajian Islam (IKIM) dan pengajian dakwah pada berbagai peringkat hingga ke universiti-universiti.

Selain dari memberi  perhatian kepada bidang dakwah, Tunku juga memberi perhatian kepada pembinaan masjid. Masjid Negara yang seni binanya bersifat tempatan adalah didirikan pada zaman Tunku sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tunku juga banyak memberi peruntukan bagi membina masjid di berbagai negeri dan daerah. Ada satu yang agak kontroversi padsa zaman itu, peruntukan bagi membina masjid ini antaranya dari wang Loteri Kebajikan Masyarakat. Akibatnya peruntukan ini ditolak oleh sebahagian tempat dan ada masjid yang didirikan dari wang loteri ini enggan digunakan dan setengahnya terbiar.

Pada zaman Tunku, mereka yang menunaikan haji masih menggunakan kapal laut dan berikutnya ditubuhkan Lembaga Tabung Haji atas cadangan Prof. Ungku Aziz dari Universiti Malaya . Tempat bertolak ke Makah ialah sama ada dari Pulau Pinang atau Pelabuhan Kelang. Walau bagaimana kebajikan jama`ah Haji telah dibincangkan antaranya melalui Organisation of Islamic Countries (OIC) yang diasaskan oleh Tunku dan perkhidmatan haji mengalami proses pembaikan. Antaranbya mula menggunakan perkhidmaan udara.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman menonjol kegiatan keislaman terutama dari segi dakwah dan tilawah al-Qur`an yang kesannya hingga kini.

 

Sekian.

August 7, 2020

 

KERJASAMA SERANTAU DAN ANTARABANGSA

(Fikrah Bangi:  628),

BBB:  17 Zulhijjah 1441H. = 07 Ogos 2020M. (Juma`at).

 

Sebagai sebuah negara merdeka Malaysia mempunyai polisi dan dasar luarnya sendiri berdasarkan kepentingan negara. Prioriti yang diutamakan ialah bekerjasama  dengan jiran terdekat. Malaysia tidak mempuntai masalah bekerjasam dengan jiran terdekatnya iaitu Singapura dan Brunei. Kedua-dua negara mempunyai kepentingan ekonomi dan keselamatan dan terus bekerjasama hingga kini.

Sebagai sebuah negara bekas jajahan British, pada peringkat permulaan Malaysia banyak memberi perhatian kepada negara-negara di dalam Komanwel British.  Tunku Abdul Rahman memberi perhatian yang tinggi menentang dasar apartheid yang diamalkan  penduduk kulit putih terhadap penduduk asal ku;it jitam di Afrika Selatan. Perjuangan Tunku dapat dikatakan berjaya, apabila pemimpin setempat, iaitu Mandela dapat membebaskan Afrika Selatan dari dasar apartheid dan merdeka.

Selepas tamatnya  konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia dan tekanan Filipina terhadap Malaysia berhubung dengan tuntutan  Filipina terhadap isu Sabah, hubungan biasa terjalin dengan Indonesia dan Filipina, tetapi tidak wujud kerjasama istimewa antara  negara-negara serumpun. Kerjasama dengan Indonesia berlaku di dalam bidang bahasa,  pendidikan dan  ekonomi, tetapi tidak menonjol dengan Filipuna  di dalam bidang keselamatan, terutama berhubung dengan ancaman lanun terhadap kedua negara.

Dasar  Luar Malaysia dilihat pragmatik dan lebih bebas apabila Malaysia  bersama-sama beberapa negara Asia tenggara menubuhkan Association of Souteast Asia (ASA) yang terdiri dari negara-negara Thailand, Singapura, Philipine, Brunei dan Indonesia, tetapi ASA kemudian dibesarkan dan ditukarkan kepada Asean, termasuk di bawahnya Kemboja, Lous dan Vietnam Asean adalah  kerjasama negara-negara tersebut di dalam bjdang ekonomi,  perdagangan, sukan, pelancongan, bahkan keselamatan. Misalnya   Asean sepakat menolak tuntutan China terhadap lautan  selatan China yang melibatkan keselamatan dan kepentingan Asean. Pimpinan negara Asean digilirkan dari sebuah negara kepada negara  yang lain di dalam Asean.. Kerjasama Asean adalah kerjasama yang mantap dan kerjasama ini terus diperbaiki dan dipertingkatkan.

 

Sebuah kerjama sejak zaman Tunku, ialah kerjasama antara negara-negara di perlembangan Pasifik yang terdiri dari negara-negara Asean di atas dan negara seperti Australia, New Zealand  dan Jepun. Apec (Association of Pacific Economy Countries) amat menekankan dari segi ekonomi dan sering bersidang dari negara ke negara.

 

Sebuah lagi  kerjasama yang dicadabgkan oleh  Tunku ialah Organisation of Islamic Countries  (OIC).

Kesatuan ini adalah terdiri dari negara-negara Islam seluruh dunia termasuklah Pakistan, Arab Saudi, Mesir, Turki dan lain-lain. OIC menumpukan kerjasama di dalam bidang pelajaran, ekonomi dan pelancongan. Kepimpinan digilirkan dari negara ke negara. Antara hasilnya ialah penubujan universiti Islam seperti di Malaysia, Pakistan dan sebagainya. Promosi pelamcongan masih berjalan dengan baik dan kerjasamna di dalam bidang ekonomi terus berjalan. Walau bagaimana keaktifan OIC bergantung pada kepimpinan yang digilirkan, tetapi OIC semakin kurang aktif dan kegiatannya makin kurang kedengaran.

Malaysia terus aktif dalam hubungan luar dan di dalam orgamisasi seperti Asean, Apec dan OIC.. Diharap Malaysia terus aktif di dalam berbagai organisasi yang memberi faedah bagi kepentingan negara dan hubungan antarabangsa.

 

Sekian.

August 6, 2020

STATUS  QUO

(Fikrah Bangi:  627),

 BBB:  16 Zulhijjah 1441H. = 06 Ogos 2020M. (Khamis).

 

Melihat kepada penubuhan Negara Bangsa, khususnya di Asia Tenggara, maka polanya amat bergantung kepada nasib sejarah mutakhir yang dialami oleh negara-negara di kawasan tersebut, Sejarah yang dominan ialah kesan penjajahan yang diterima oleh negara-negara berkenaan. Kita lihat, meskipun  kesan berlaku selepas Perang Dunia Kedua, tetapi pola pembentukan negara bangsa di kawasan berkenaan tidak berubah.

Pola pembentukan Negara Bangsa selepas Peperangan Dunia Kedua yang terus kekal, ialah Negara Bangsa:

Indonesia  hasil dari pola geografi dari penjajahan Belanda

Vietnam, Kamboja dan Lous dari bekas penjajahan Perancis

Filipina  hasil dari bekas tanah Jajahan Spanyol

Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bekas tanah jajahan British

Membicara khusus  di kawasan Alam Melayu, secara umum kawasan ini sejak dari zaman pra-penjajahan dikenali dengan Gugusan Pulau Melayu. Tiada pembahagian yang jelas dari segi persempadanan Negara Bangsa di Kepulauan tersebut, selain daripada sebelumnya dikenali dengan Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kesultanan Brunei, Kesultanan Manila dan Sulu.

Bila Jepun memerintah berikut dari Perang Dunia Kedua, Jepun menyatukan pemerintahan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sumatera. Penyatuan ini tidak kekal selepas kekalahannya di dalam Perang Dunia Kedua.

Ada percubaab di dalam perjuangan kemnerdekaan di Indonesia dan Malaya  menyatukan antara Indonesia dengan Malaya. Bung Hatta (Timbalan Presiden Indonesia) menjelang kekakahan Jepun bertemu dengan Dr.  Burhanuddin Hilmi  Pejuang  di Malaya bagi mengisytiharkan Kemerdekaan bersama  penyatuan Indonesia-Malaya, tetapi usaha ini gagal. Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia menurut pola Negara Bangsa berdasarkan Bekas Tanah Jajahan Belanda, sedangkan British kembali menguasai Malaya sebelum mencapai kemerdekaan.

Selepas konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia  oleh Indonesia dan juga penentangan Filipina terhadap pembentukan Malaysia ada rundingan bagi pihak pimpinan Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi membentuk kesatuan longgar yang dikenali dengan Maphilindo Bermaksud Kesatuan Malaysia, Filipina dan Indonesia sebagai negara-negara serumpun dari satu keturunan Melayu. Tetapi gagasan ini dilihat sebagai escapisma dan tiada menjadi  kenyataan.

Pola Negara Bangsa terutama yang bersengkita pada permulaan pembentukan Malaysia,tetap kukuh berdasarkan geografi bekas tanah jajahan, iaitu:

Indonesia bekas tanah  jajahan Belanda

Filipina  bekas tanah jajahan Spanyol

Malaysia bekas tanag jajahan British.

Walaupun Singapura dikeluarkan dari Malasia (1965) dan Brunei tidak menyertai Malaysia, tetapi darisegi kedudukan geografi berada di dalam kawasan berdekatam dan amat bergantung antara satu sama lain.

Ini bererti status quo dari pola bekas tanah jajahan atau di bawah pengaruh berkenaan berterusan.

Pola dan nasib sejarah ini  dipertahankan dan dilihat inilah pembahagian Negara Bangsa yang perlu dibangun dan dimajukan.

Sekian.


August 4, 2020

TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP  SABAH

(Fikrah Bangi:  626),

BBB:  14 Zulhijjah 1441H. = 04 Ogos 2020M.  (Selasa).

 

Merumitkan keadaan, penentangan terhadap penubuhan Malaysia disertai sama menentang ialah Filipina yang pada masa itu di bawah pimpinan Presiden Macapagal. Filipina bukan setakat  menentang, tetapi membuat tuntutan dengan mendakwa, bahawa  Sabah  adalah sebahagian dari Filipina, kerana Sabah adalah  sebahagian daripada Kerajaan Sulu di selatan Filipina.

 

Dari segi sejarahnya telah berlaku perubahan dari segi pemerintahan yang dakwaan tidak lagi valid. Pada masa Sabah di bawah kekuasaan East Hindia Company,tiada tuntutan negara itu terhadap Sabah. Bahkan Filipina tidak mengiktiraf  Kesultanan Sulu sebagai satu kuasa, bahkan kawasan selatan Filipina tidak menguasai sepenuhnya bahagian selatan yang dikenali dengan Bangsa Moro. Bangsa Moro ini sepanjang sejarahnya sebagai  wilayah Islam, terus menentang Kerajaan Filipina dan mendakwa mereka tidak pernah dijajah. Mereka mempunyai otonomi  dan berkerajaan sendiri sebagai bangsa Moro.

Di dalam hal ini  Kerajaan Filipina  bersifat double standard. Dari satu segi Kerajaan Filipina  mendakwa kawasan selatan di bawah  bangsa Moro, sebagai kawasannya, tetapi dari satu segi  kekuasaannya ditolak oleh bangsa Moro. Mereka mau memerintah sendiri. Tanpa menyelesaikan masalahnya dengan bangsa Moro itu, Filipina menganggap ia menguasai sepenuhnya terhadap bahagian selatan dan mengakwa Sabah sebahagian dari Filipina yang tidak ada bukti Sabah diperintah oleh Sulu selepas dikuasai oleh Syarikat East Hindia Company.. Tiada bukti juga   semasa rundingan bahawa Sabah di bawah pemerintahan Sulu, sebaliknya yang membuat keputusan ialah rakyat Sabah sendiri. Rakyat Sabah yang sebahagian daripadanya didakwa di bawah Kerajaan Sulu, sebenarnya lebih senang berada di dalam Malaysia. Mereka lebih bebas mengamalkan agama Islam yang mereka anuti.

 

Apa yang jelas, bahagian selatan Filipina hingga kini kawasan tidak aman., Mereka tidak menerima kedaulatan Filifina sepenuhnya. Kekacauan dan peperangan  demi merebut kekuasaan sering terjadi. Segolongan  daripada mereka  bersifat militan, terutama pengikut kumpulan Abu Sayyaf, mengambil pendekatan sebagai lanun dan merompak pelancong hingga menyebabkan tiada keamanan pada bahagian selatan.

Situasi ini terepaksa ditanggung oleh Malaysia danmenumpukan sebahagian dari pasukan pertahanannya menjaga pertahanan dan keamanan diperairan bahagian utara Sabah.

Apa yang jelas, tiada suara dari rakyat Malaysia di Sabah yang iingin berada di bawah Sulu dan Kerajaan Fili[ina. Penegasan mereka dapat dibuktikan dari pilihanraya-pilihanraya yang diadakkan. Sebaliknya lebih ramai dari penduduk selatan Filipina untuk berada di Sabah, jika diizinkan. Mereka terpaksa dihantar pulang. Jika diberi peluang lebih ramai daripada mereka memilih untuk menetap di Sabah, bahkan kita percaya jika bahagai selatan Filipina diberi peluang menyertai Malaysia, mungkin lebih ramai menyetujuinya.

Dalam kata lain tuntutan Filipina termasuk dakwaan terbaru sebelum pembubaran Dewan Undangan  Negeri Sabah menjelang Idul Adhha baru-baru ini lebih bersifat kontroversi dan mau mengeruhkan suasana, tiada sambutan dan tiada sokongan dari rakyat Sabah.. Keharmonian patut dijaga oleh kerajaan Filipina. Mencari persengkitaan tidak memberi faedah bagi kedua-dua pihak.

 

Sekian.


TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP  SABAH

(Fikrah Bangi:  626),

BBB:  14 Zulhijjah 1441H. = 04 Ogos 2020M.  (Selasa).

 

Merumitkan keadaan, penentangan terhadap penubuhan Malaysia disertai sama menentang ialah Filipina yang pada masa itu di bawah pimpinan Presiden Macapagal. Filipina bukan setakat  menentang, tetapi membuat tuntutan dengan mendakwa, bahawa  Sabah  adalah sebahagian dari Filipina, kerana Sabah adalah  sebahagian daripada Kerajaan Sulu di selatan Filipina.

 

Dari segi sejarahnya telah berlaku perubahan dari segi pemerintahan yang dakwaan tidak lagi valid. Pada masa Sabah di bawah kekuasaan East Hindia Company,tiada tuntutan negara itu terhadap Sabah. Bahkan Filipina tidak mengiktiraf  Kesultanan Sulu sebagai satu kuasa, bahkan kawasan selatan Filipina tidak menguasai sepenuhnya bahagian selatan yang dikenali dengan Bangsa Moro. Bangsa Moro ini sepanjang sejarahnya sebagai  wilayah Islam, terus menentang Kerajaan Filipina dan mendakwa mereka tidak pernah dijajah. Mereka mempunyai otonomi  dan berkerajaan sendiri sebagai bangsa Moro.

Di dalam hal ini  Kerajaan Filipina  bersifat double standard. Dari satu segi Kerajaan Filipina  mendakwa kawasan selatan di bawah  bangsa Moro, sebagai kawasannya, tetapi dari satu segi  kekuasaannya ditolak oleh bangsa Moro. Mereka mau memerintah sendiri. Tanpa menyelesaikan masalahnya dengan bangsa Moro itu, Filipina menganggap ia menguasai sepenuhnya terhadap bahagian selatan dan mengakwa Sabah sebahagian dari Filipina yang tidak ada bukti Sabah diperintah oleh Sulu selepas dikuasai oleh Syarikat East Hindia Company.. Tiada bukti juga   semasa rundingan bahawa Sabah di bawah pemerintahan Sulu, sebaliknya yang membuat keputusan ialah rakyat Sabah sendiri. Rakyat Sabah yang sebahagian daripadanya didakwa di bawah Kerajaan Sulu, sebenarnya lebih senang berada di dalam Malaysia. Mereka lebih bebas mengamalkan agama Islam yang mereka anuti.

 

Apa yang jelas, bahagian selatan Filipina hingga kini kawasan tidak aman., Mereka tidak menerima kedaulatan Filifina sepenuhnya. Kekacauan dan peperangan  demi merebut kekuasaan sering terjadi. Segolongan  daripada mereka  bersifat militan, terutama pengikut kumpulan Abu Sayyaf, mengambil pendekatan sebagai lanun dan merompak pelancong hingga menyebabkan tiada keamanan pada bahagian selatan.

Situasi ini terepaksa ditanggung oleh Malaysia danmenumpukan sebahagian dari pasukan pertahanannya menjaga pertahanan dan keamanan diperairan bahagian utara Sabah.

Apa yang jelas, tiada suara dari rakyat Malaysia di Sabah yang iingin berada di bawah Sulu dan Kerajaan Fili[ina. Penegasan mereka dapat dibuktikan dari pilihanraya-pilihanraya yang diadakkan. Sebaliknya lebih ramai dari penduduk selatan Filipina untuk berada di Sabah, jika diizinkan. Mereka terpaksa dihantar pulang. Jika diberi peluang lebih ramai daripada mereka memilih untuk menetap di Sabah, bahkan kita percaya jika bahagai selatan Filipina diberi peluang menyertai Malaysia, mungkin lebih ramai menyetujuinya.

Dalam kata lain tuntutan Filipina termasuk dakwaan terbaru sebelum pembubaran Dewan Undangan  Negeri Sabah menjelang Idul Adhha baru-baru ini lebih bersifat kontroversi dan mau mengeruhkan suasana, tiada sambutan dan tiada sokongan dari rakyat Sabah.. Keharmonian patut dijaga oleh kerajaan Filipina. Mencari persengkitaan tidak memberi faedah bagi kedua-dua pihak.

 

Sekian.


August 3, 2020

KONFRONTASI !


KONFRONTASI  !
(Fikrah Bangi:  625),
BBB:   13 Zulhijjah 1441H. = 03 Ogos 2020M. (Isnin).

Cabaran yang paling sengit dihadapi berikut dari penubuhan Malaydia ialah tentangan  dari negara jiran, iaitu  dari Indonesia  dan  Filipina.
Indonesia bersempadan secara langsung dengan Malaysia dari segi daratan membelah  dari Sarawak ke utara  bahagian barat pulau Borneo dan  pada bahagian selatan dari Singapura bersempadankan laut Pulau Batam dan Riau. Manakala  pada bahagian utara bagi Sabah adalah bersempadan dengan Filipina ialah Laut Sulu.. Bagi kedua-dua negara Malaysia dianggap  menggugat kestabilan mereka, bahkan mencabar kewibawaan mereka.
Khususnya pembicaraan dari segi gugatan Infonesia, penubuhan Malaysia dilihat sebagai penerusan pengaruh imperialis Barat di Timur  Jauh. Sedang Indonesia sedang berjuang menentang imprialis Barat.
Perlu diingat, pemimpin Indonesia pada masa itu, iaitu Presiden  Sukarno  adalah seorang tokoh yang dihormati, yang telah memperjuangkan kemerdekaan Indonesia secara mengangkat senjata menentang perkembalian penjajah Belanda selepas Peperangan Dunia Kedua dan Indonesia berjaya  mencapai kemerdekaan secara revolusi berdarah  menentang Belanda dan mengisytiharkan kemerdekaan pada 1947. Bagi Indonesia penubuhan Malaysia di hadapan matanya sebagai penerusan  kuasa imprealis harus ditentang. Ia mencabar perjuangannya.
Perlu diingat, pada tahun 1960an dua kuasa dunia paling berpengaruh, iaitu  kuasa imprealis Barat di bawah pimpinan Amerika yang Presidennya  seorang tokoh terkenal dan berwibawa, iaitu John F. Kennedy, sedang blok kedua dunia yang sama terkenal ialah  kuasa komunis Rusia  di bawah pimpinan Presiden Kruscheve.
Bagi  mengimbangi dua blok dunia ini, beberapa pimpinan Dunia Ketiga menubuhkan  Blok Negara-Negara Berkecuali  yang disertai negara-negara dan pimpinan terkenal,  iaitu Presiden Jawaharlal Nehru  dari India,  Presiden  Sukarno  dati Indonesia,  Presiden  Tito  dari Yogoslovakia  dan Presiden  Jamal Abdul Nasir dari Mesir. Kuasa Dunia Ketiga ini  amat dihormati  dan mampu mengimbangi Blok Barat dan Blok Komunis di bawah pimpinan Presiden Krushcheve dari Rusia  dan Mou Tze Tomg  yang juga pemimpin Komunis China.

Dalam kata lain pimpinan Sukarno sebagai Presiden Indonesia dan Pemimpin Dunia Ketiga adalah digeruni  dan baginya memandang Malaysia sebagai musuh ideologi dan  geografi. Tengku dilihat tidak menghormati Indonesia dan tidak pernah berunding dengan Indonesia bagi  penubuhan Malaysia. Yang dirundingi ialah dengan British. Lantaran itu Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Sukarno sebagai seorang Pemidato terkenal menyerang dan menggugat Malaysia di dalam pidato-pidato  yang  memikat.
Senada dengan Sukarno  sama menyerang  dalam ucapan-ucapan ialah Subandrio Perdana Menteri Indonesia, juga Aidit pemimpin Parti Komunis Indonesia. Ungkapan popular diguna mereka ialah `Ganyang Malaysia.`
Serangan terhadap Malaysia bukan setakat lisan, tetapi melalui risikan Duta Indonesia di Kuala Lumpur, Sukarna mengatur  serangan provokasi terhadap Malaysia dengan menggugurkan pasukan Payumng Terjunnya di Labis, Johor dengan harapan mereka yang ramai berketurunan Jawa akan membantu serangannya, tetapi tidak mendapat sokongan dan penceronoh ditangkap.
Sukarno pada masa itu memang dilihat tokoh yang amat berwibawa. Dan Tunku nampaknya tidak cuba mengatur  pertemuan dengan Sukarno yang memang berlainan ideologi itu.
Diplomasi untuk perdamaian hanya berlaku pada zaman Tun Razak menjadi  Perdana Menteri, bermula dengan kedatangan  Adam Malik ke Malaysia yang meredakan konfrontasi Indonesia dan membawa kepada pengiktirafan terhadap Malaysia yang diungkapkan sebagai, ``Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua``  dan diibaratkan sebagai `Bedok berlalu kiambang bertaut`.
Sekian.

August 2, 2020

CABARAN PENUBUHAN MALAYSIA


CABARAN  PENUBUHAN  MALAYSIA
(Fikrah Bangi:  624),
BBB:   12 Zulhijjah 1441H. = 02 Ogos 2020M. (Ahad).

Suasana pada tahun 1960an adalah berbeza dari suasana kini. Pertarungan ideologi amat ketara pada masa itu baik dari segi dalaman dan luar negara. Malaya pada masa itu menghadapi tentangan komunis yang diharamkan. Pergerakan ini berlaku sejak dari 1940an selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Komunis yang dianggap sebagai  golongan kiri mengambil pendekatan menentang penjajahan di Malaya pada masa itu berjuang menentang British pada masa itu secara mengangkat senjata. Pergerakan yang diketuai Cheng Peng yang diharamkan mengambil pendekatan bergerak secara haram antaranya di hutan dan di kawasan yang mereka dapat menyusup. Antara tindakan mereka membunuh Pesuruhjaya British di Malaya Sir Efward Gent secara ambush  dalam convoi  perjalanan. Selepas kemerdekaan Tunku Andul Rahman  mengadakan pertemuan dengan Cheng Peng dan rakan-rakannya di Baling dan menawarkan mereka perletakan senjata, tetapi ditolak oleh Cheng Peng. Gugatan komunis di Malaya berterusan hingga 1960an. Gugatan komunis juga berlaku di Sabah dan Serawak yang menentang kedudukan British di sana.
British tidak mau kawasan tanah jajahan  berada di bawah pengaruh ideologi yang menentangnya, terutama komunis. Usaha oleh Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin seperti di Singapura, Sabah dan Sarawak dan  juga Brunei, diharap dengan penubuhan Malaysia dapat mempersatukan  bekas tanah jajahannya dan mrnolak dari pengaruh ideologi komunis. Pengaruh ideologi komunis berada berdekatan. Misalnya komunis menjadi  sebahagian dari ideologi di Indonesia di bawah pimpinan Sukarno dengan ideologi Nasakom =Nasional, Islam dan komunis. Indonesia menentang penubuhan Malaysia dan menganggapnya sebagai usaha imprialis bagi mengekalkan pengaruhnya  di sini.
Walau bagaimana dengan adanya Amerika di Filipina di bahagian utara dan Australia serta New Zealand di bahagian selatan, Indonesia berfikir panjang untuk menceroboh dengan adanya pertahanan dari negara-negara tersebut jika diceroboh.
Pada bahagian utara Vietnam di bawah pimpinan  komunis diketuai pimpinan Ho Chi Minh sedang berjuang menentang Amerika bagi mencapai kemerdekaan bagi negara Vietnam.  Komunis Vietnam tidak bersendirian, bahkan mendapat sokongan dari China Komunis di bawah pimpinan Mou Tze Tomg yang anti imprialis Amerika, termasuk British.
Pada tahun 1060an dunia adalah terbahagi kepada  dua blok utama, iaitu negara  bebas yang dikenali dengan negera demokrasi dan komunis – terdapat sebuah blok lagi dikenali sebagai Blok Berkecuali..
Negara komunis di bawah pengaruh Rusia dan China komunis, manakala Blok Demokrasi di bawah pengaruh Amerika, British dan negara-negara Eropah. Kepada komunis mereka ini dipanggil imprialis. Dua blok ini berusaha menguasai pengaruh.
Penubuhan Malaysia dilihat antaranya dapat melindungi kawasan di Malaysia dari pengaruh komunis yang lama mengancam Malaya. Dari pertarungan antara ideologi besar Malaysia mendapat keselamatan misalnya dengan adanya perjanjian pertahanan dengan Australia dan New Zealand dan beradanya Amerika di Filipina dan sedang bertahan di Vietnam.
Walau bagaimana  selepas penubuhan Malaysia, ianya tidak terlepas dari gugatan  selain dari mendapat tentangan dari golongan kiri dalam negara, tentangan diterima dari negara jiran, iaitu Indonesia dan Filipina.
Penubuhan Malaysia tidak semudah diharapkan, tetapi menghadapi cabaran-cabaran dalaman dan luaran.
Sekian.