UJIAN WABAK COVIC-19 BERTERUSAN
(Fikrah
Bangi: 906 }
BBB:
22 Zulkaedah 1442H. = 03 Julai 2021M. (Sabtu).
Sejak
pertama kali disedari rakyat Malaysia dijangkiti covid-19 mulai awal Februari
2020 dan diisytiharkan sebagai wabak di negara ini mulai 18 Mac 2020, nampaknya
setelah setahun setengah wabak berkenaan
berkembang di negara ini sebagaimana berlaku di negara-negara lain di dunia,
wabak ini masih tidak menurun (kecuali Julai 2020) dan kembali meningkat.
Peringkat
dunia, USA, India dan Brazil adalah negara-negara yang tinggi dari segi jangkitan
dan kematian, manakala pada peringkat negara kita Malaysia hingga hari ini (Sabtu
3 Julai 2021), lapor Akhbar Sinar Harian, ``Rakyat Letih``, ``Selama 473 hari PKP sejak 1 Mac 2020 rakyat berada di
dalam kesukaran, sedangkan kes wabak-19 tidak menurun.``
Lapor
akhbar itu, ``Rakyat kecewa SPD gagal turunkan kes positif covid-19. Kes
terbaru + 6,982 dengan kematian 5,327.
Ikhtiar
yang sedang dilakukan ialah memvaksinkan rakyat negara ini seramai yang mungkin
– sehingga 80% daripada mereka. Beberapa jenis vaksin sedang digunakan seperti
Pfizer, Astra zanica, Sinovax dan beberapa jenama yang lain dalam pertimbangan.
Setakat
kelmarin, BH melaporkan (3.7.2021).
Pemberian
dose pertama kepada rakyat Malaysia
5,952,815 orang
Pemberian
dose kedua kepada rakyat Malaysia 2,393,882 orang
Jumlah
yang sudah divaksinkan ialah 8,346,697 orang.
Walaupun
kesan dari penggunaan vaksin sebagaimana yang berlaku di negara-negara Barat
seperti UK, Itali dan beberapa negara yang lain menunjukkan penurunan kes,
tetapi keadaan tidak menunjukkan pengurangan di Malaysia. Berbagai pihak
melahirkan kehairanan, mengapa dengan pertambahan mereka yang menerima vaksin,
wabak nampaknya masih bertahan dalam lingkungan antara 5,000 hingga 7,000 kes
harian. Hasrat agar kes menurun kepada jumlah di bawah 4,000 masih belum
tercapai.
Melihat
kepada pola wabak adalah lebih berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu
kawasan paling padat di negara ini yang dihuni lebih dari 6 juta penduduk dan di sini banyak berlaku
aktiviti ekonomi seperti perkilangan dan perniagaan yang banyak menyumbang
kepada jangkitan wabak covid-19, maka strategi terbaru ialah dengan memfokuskna sekatan PKPD terhadap kawasan tertentu di
Selangor dan Kuala Lumpur. Tempoh dua minggu dikenakan PKPD terhadap kawasan
berkenaan.
Adalah
diharapkan penumpuan khusus secara PKPD terhadap penduduk di Selangor dan Kuala
Lumpur dan PKP secara menyeluruh di negara, diharap akan memberi kesan positif
yang akan menurunkan jumlah wabak covid-19 dan dapat menurunkan emosi rakyat
yang tertekan dan tidak stabil akibat dari wabak covid-19 yang selama ini
dianggap di luar kawalan.
Semoga
kebimbangan dan kerisauan rakyat dapat diredakan dan situasi normal dapat
dikembalikan – Insya Allah.
Sekian.