January 31, 2017

CETUSAN ABU AL-HUSAIN AL-NURI PENGUKUH SUNNI


BBB, 02  Jamadil-Awwal 1438H. = 30 Januari 2017M. (Isnin):
Nama penuh bagi Al-Nuri ialah Abu al-Husain Ahmad bin Muhammad al-Nuri.  Dilahir dan terdidik di Baghdad, berasal dari Khurasan, dari sebuah kampung antara Hirat dan Marwu al-Rudz yang dipanggil Bughshur. Dia dikenali sebagai Ibn al-Baghawi. Dia adalah Shaykh utama kaum dan `ulama` mereka. Tidak ada pada masanya seelok  t*ariqat yang dibawa dan tiada selembut kata seumpamanya. Meninggal tahun 295H. Sehayatnya dia bersahabat dengan Sari al-Saqati, Ibn Abi al-Hawari, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab. Dia juga berkesempatan dengan Al-Junayd dan Ahmad bin Abi al-Hawari.
Al-Nuri mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Qasim, `Abdul Rahim bin `Ali al-Bazzar al-Hafiz* di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah, Muhammad bin `Umar bin al-Fadhl, bercakap kepada kami Muhammad bin `Isa al-Dihfan berkata,  ``Adalah aku berjalan bersama Abu al-Husain, Ahmad bin Muhammad yang terkenal dengan panggilan Ibn al-Baghawi al-Sufi. Maka kataku kepadanya, ``Apakah yang engkau hafaz* daripada Sari al-Saqati. Maka dia berkata:
Bercakap kepada kami Al-Sari daripada Ma`ruf al-Karkhi daripada Ibn al-Samak, daripada Al-Thauri, daripada Al-Aa`mash daripada Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud;
``Siapa yang menunaikan kepada saudara muslimnya satu hajat adalah baginya pahala seperti orang yang berkhidmat kepada Allah seumurnya.``.
Berkata Al-Nuri r.h.a. ``Tasawuf ialah meninggalkan peluang bagi nafsu.``
Berkata Al-Nuri, ``Semulia-mulia pada zaman kita dua perkara, `Alim yang beramal dengan ilmunya dan `Arif yang bercakap tentang  hakikat.``
Berkata Ahmad bin Muhammad al-Barda`i berkata, dia mendengar Al-Murta`ish berkata, aku mendengar Al-Nuri berkata:
Siapa yang engkau melihatnya mendakwa di dalam keadaan hal bersama Allah yang mengeluarkannya dari had ilmu shara`, maka jangan sekali-kali engkau mendekatinya.``
Al-Farghani berkata, bahawa dia mendengar Al-Junayd berkata:
``Semenjak kematian Al-Nuri, tidak ada seorang bercakap tentang hakikat kebenaran.``
Berkata Abu Ahmad al-Maghazili, ``Tidak aku lihat yang lebih kuat beribadat dari Al-Nuru. Dan dikatakan `Tidak al-Junayd`, maka katanya `Tidak Al-Junayd.``
Berkata Al-Nuri, ``Barang  siapa sampai kemesraan membawanya kepada kedekatan dan barang siapa sampai kasih mesra, maka dia menjadi pilihan di antara hamba.``
Al-Farghani mengungkapkan nasyid kepada Al-Nuri dengan  katanya;
Berapa hasratku tenggelam  berulang
Kujadikan hati tempat jatuh ujian
Haq daripadaku menghilangkan kesukaran
Dengan tangisan atau memungkinkan pertemuan.
Disoal Al-Nuri tentang tasawuf, maka katanya, ``Bukanlah tasawuf dengan tulisan dan keilmuan, tetapi adalah dengan akhlak.``
Abdul Wahid bin Abu Bakar berkata, dia mendengar seorang pemuda berhimah tinggi berkata, aku mendengar Abu al-Husain berkata, `` Ahlu agama mempunyai pendirian,, ahlu al-tauhid terus berkeyakinan , ahli redha  kerehatan, ahli yang termangu dalam keheranan. Kemudian dia berkata, ``Sesungguhnya  kebenaran apabila zahir runtuh apa yang terdinding dan tersembunyi.``
`Ali bin `Abdullah al-Baghdadi berkata, `` Aku mendengar seorang penunggang yang bawa barangan berkata,
Mendengar Ibrahim bin Fatik berkata, ``Aku mendengar Al-Nuri berkata,`` Maqam-maqam ahlu al-naz*ar adalah pada naz*arnya (penelitiannya), daripada mereka ada naz*ar bersifat bersenangan, dan daripada mereka itu adalah naz*ar secara berfaedah, daripada mereka itu adalah naz*ar pertanda mukashafah dan antara mereka naz*ar adalah perebutan antara mushahadah dan daripada mereka itu adalah naz*ar secara mushakalah dan mumathalah, daripada mereka itu orang yang naz*arnya  yang baik dan bermulahaz*ah dan daripada mereka itu orang yang naz*arnya naz8ar yang ishraf dan mut*ala`ah dan setiap daripada mereka itu adalah ahli naz*ar.
Berkata Al-Nuri, ``Siapa yang  mengait sesuatu dengan Allah, maka perkembaliannya pada setiap sesuatu ialah kepada Allah.``
Ditanya Al-Nuri tentang faqir yang sebenar, maka katanya, ``Ialah yang tidak mentohmah Allah  Ta`ala dengan sebab-sebab dan ialah kepadaNya pada setiap hal.``
Al-Nuri mengungkapkan puisi berikut:
Berapa kuelakkan persoalan agar berlalu
Tapi berterusan mohon kebaikan dan rahmat itu
Aku berazam untuk tidak melayan sebarang lintasan
Di hati, tapi engkau tetap datang berdepan
Tidakkah engkau melihat tika ku tidak menyenangi
Engkau dihatiku begitu besar lagi menguasai.
Demikian cetusan dari Abu al-Husain al-Nuri yang mempertahankan pegangan Sunni.

Sekian.

January 30, 2017

ABU `UTHMAN SA`ID AL-HIRI: PESANANNYA


BBB, 01 Jamadil-Awwal 1438H. =  29 Januari 2017M. (Ahad):
Tokoh sufi seterusnya ialah `Uthman Al-Hiri  yang nama penuhnya ialah Abu `Uthman , Sa`id bin Ismail bin Sa`id bin Mansur al-Hiri al-Naisaburi. Dia berasal dari Al-Ray. Dia bersahabat dengan Shaykh al-Karmani, Yahya bin Mu`adz al-Razi. Kemudian dia pergi ke Naisabur bersama Shah al-Karmani dan berguru dengan Abu Hafs* al-Haddad dan mengambil tariqat darinya, bahkan diperisterikan `Uthman dengan anaknya. Dia hidup selepas Abu Hafs* lebih kurang tiga puluh tahun. Abu `Uthman meninggal pada tahun 298H. Dia adalah satu-satunya shaykh t*ariqat pada zamannya. Darinya tersebar tariqat yang dipimpinnya di Naisabur.
Abu `Uthman al-Hiri mempunyai sanad dan riwayat Hadith  kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh Sa`id bin `Abdullah bin Sa`id bin Ismail berkata, `Aku dapati dalam kitab datukku, Abu `Uthman dengan tulisan tangannya, bercakapkan kami oleh Abu Salih, Hamdun al-Qassar, sahabat kami berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yahya al-Naisaburi, bercakap kepada kami Qutaibah bercakap kepada kami `Anbar daripada Ash`ath daripada Muhammad daripada Nafi` daripada Ibn `Umar berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa mati dan di atasnya kewajipan menunaikan puasa bulan Ramadhan, maka hendaklah memberi makan oleh walinya tiap-tiap hari kepada orang miskin. (Aku melihat,  akan Hadith ini dengan tulisan Abu `Uthman di dalam kitabnya).
Kata Al-Qushairy,
``Aku mendengar Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Abu `Amrin bin Hamdan berkata, aku mendengar Abu `Uthman berkata,``Tidak sempurna iman seseorang hingga mengimbangi di hatinya empat perkara: Menegah dan memberi serta kemuliaan dan kehinaan.``
Berkata Abu `Amrin bin Hamdan berkata, aku dapati pada kitab bapaku, aku mendengar Abu `Uthman berkata, ``Asal perseteruan iu tiga perkara: Daripada tamak kepada harta benda, tamak pada memuliakan (angkat) manusia dan tamak bagi mendapat penerimaan manusia.``
Abu `Uthman al-Hiri berkata, ``Memperbaiki hati pada empat perkara, bertawadhuk diri bagi Allah, faqir kepada Allah, takut daripada Allah dan mengharapkan kepada Allah.``
Didengar `Uthman al-Hiri berkata, ``Yang mendapat muwaffaq dari Allah, ialah orang yang tidak takut selain daripada Allah, yang tidak mengharap selain daripada Allah, ia memberi kesan pada keredhaannya lebih dari hawa nafsunya.``
Kata `Uthman, `Ujub ialah datang dari mengkagumi diri dan menmyebutnya dan melihat makhluk dan menyebutnya.``
Didengar dari `Uthman al-Hiri berkata, ``Takut ialah dari Allah lantaran hubungan engkau dengan Allah, takabbur dan `ujub pada diri engkau memutuskan engkau daripada Allah. Merendahkan manusia pada diri engkau ialah penyakit yang besar yang sukar mengubatinya.
Didengar Abu `Uthman al-Hiri berkata, ``Manusia menurut akhlak mereka selama dia  tidak menyalahi  hawa nafsu mereka, apabila mereka menmentangnya menyerlahkan sifat-sifat mulia daripada sifat-sifat yang hina.``
Abu `Amrin bin Mat*ar berkata, aku mendengar Abu `Uthman berkata,, ``Siapa tinggi kadarnya pada dirinya, tinggilah kadar manusia pada sisinya, siapa yang kecil qadar pada dirinya, kecil pula kadar manusia pada sisinya.``
Ahmad bin Yusuf berkata, ``Aku mendengar Abu `uthman berkata,``Mulialah mereka dengan kemuliaan Allah agar kamu tidak dihina.``
Berkata Abu `Uthman al-Hiri, ``Gembira engkau dengan dunia  menghilangkan gembira engkau dengan Allah di dalam hati dan takut engkau dengan yang lain menghilangkan takut engkau daripadaNya di dalam hati dan harapan engkau kepada yang lain darinya menghilangkan harapan engkau kepadaNya di dalam hati engkau.``
Berkata Abu `Uthman, ``Yang berakal ialah yang bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu peristiwa terhadap dirinya.``
Berkata Abu `Uthman, ``Satu potong dari kejahatan cukup mendorong kepada kecelakaan.``
Katanya lagi, ``Haqq bagi orang yang dimulia Allah dan ma`rifat bagi yang tidak dihina dengan ma`siat.
Berkata Abu `Uthman, `` Adab sandaran bagi kalangan fuqara` dan hiasan kalangan yang berada.``
Berkata Abu `Uthman, Allah memperuntukkan kemaafan  terhadap hamba yang cuai, sebagaimana firmanNya bermaksud:
``Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat. Bahawasanya siapa di antara kamu melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.`` (Al-An`am: 54).
Berkata Abu `Uthman, ``Zuhud pada yang haram adalah fardhu, pada yang harus adalah kelebihan dan pada yang halal adalah pendekatan (qurbah).``
Berkata Abu `Uthman,  ``Sabar dengan ketaatan hingga tidak terluput taat dan sabar daripada ma`siat engkau berjaya daripada terjatuh ke dalam kejahatan dari ma`siat.``
Berkata Abu `Uthman, ``Engkau dalam penjara selama engkau mengikut nafsu engkau bermaharajalela, apabila engkau menentangnya engkau selamat dan istirahah.``
Disoal Abu `Uthman, apa alamat bahagia dan celaka, maka katanya alamat bahagia engkau taat kepada Allah, dan takut ditolak dan alamat celaka engkau melakukan ma`siat terhadap Allah dan mengharap diterima Allah.``
Dan berkata Abu `Uthman, ``Siapa yang bersahabat dengan dirinya membawa kepada `ujub dan siapa yang bersahabat dengan auliya` Allah diberi taufik sampai kepada jalan Allah.``
Demikian sebahagian daripada pesanan `Uthman al-Hiri al-Naisaburi.

Sekian.

January 29, 2017

ABU AL-QASIM AL-JUNAYD BIN MUHAMMAD IMAM SUFI SUNNI


BBB,  29 Rabi`ul-Akhir  1438H. =  28 Januari 2017 (Sabtu):
Al-Junayd  ialah seorang tokoh besar sufi dan imam bagi mereka. Nama penuhnya ialah Al-Junayd bin Muhammad, Abu al-Qasim al-Kharraz. Berasal dari Nahawand, terdidik dan dilahirkan di Iraq. Bapanya seorang peniaga kaca, sebab itu dipanggil `Al-Qawariri` (Penjual Kaca).  Dia adalah seorang faqih dan menurut madzhab Abi Thaur dan memberi fatwa di kalangan halaqahnya . Dia bersahabat dengan  Al-Sari al-Saqati, Al-Harith al-Muhasibi, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab al-Baghdadi dan lain daripada mereka itu. Al-Junayd  disifatkan sebagai Imam Besar Kaum dan Tuan mereka, dia pengukuh Sunni dan diterima oleh berbagai pihak. Dia meninggal pada tahun (m. 297H.).
Al-Junayd mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w., iaitu:
``Bercakap kepada kami oleh Muhammad bin `Abdullah al-Hafiz*, berkata, bercakap kepada kami Bukayr bin Ahmad al-Haddad al-Sufi (di Makkah), bercakap kepada kami Al-Junayd bin Muhammad, Abu al-Qasim al-Sufi, bercakap kepada kami Al-Hasan bin `Arafah, bercakap kepada kami Muhammad bin Kuthayyir al-Kufi daripada `Amri bin  Qays al-Mala`iyy daripada `At*iyyah daripada Abi Sa`id r.a. berkata, bersabda Rasulullah  s.a.w. bermaksud:
`Waspadalah daripada firasat orang mu`min, kerana dia melihat dengan nur Allah Ta`ala dan Baginda membaca, bermaksud:  (Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.`` (Al-Hijr: 75).
Al-Mutasawwimin diberi erti sebagai al-mutafarrisin.
Antara kata-kata Al-Junayd (diangkat rawi terakhir sebelum matan).
Al-Farghani berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, yang dia disoal tentang ``Siapakah `al-arif itu ?``.  Maka katanya, `Ialah yang bercakap tentang rahsia engkau, sedangkan engkau diam !``
Abu Muhammad al-Jariri berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, ``Aku tidak mengambil maksud tasawuf daripada `al-qil dan al-qal` (kata-kata semata-mata), akan tetapi daripada lapar, meninggalkan dunia, memutuskan daripada perkara yang melalaikan dan mempesonakan.``
Abu `Ali al-Rudzbari berkata, aku mendenar Al-Junayd berkata,  `Seorang lelaki bercakap tentang ma`rifat, katanya ahli ma`rifat dengan Allah sampai kepada meninggalkan harakat dari segi kebaikan dan taqarrub kepada Allah `Azza wa Jalla, Maka kata Al-Junayd (mengecam pendapat sedemikian).  Ini perkataan kaum yang bercakap menggugurkan amalan. Bagiku perkara ini besar ! Yang mencuri dan berzina lebih baik daripada hal daripada apa yang dikata ini.
Sesungguhnya kalangan  `arifin dengan Allah Ta`ala melakukan amalan kepada Allah Ta`ala dan kembali kepadaNya. Andainya umurku sampai seribu tahun, aku tidak akan terhenti dari melakukan amalan kebajikan walau sedzarah pun - Insya Allah.``
Berkata Al-Junayd,  ``Siapa yang tidak menjaga (mengikuti) Al-Qur`an dan Al-Hadith Tidak boleh diikuti dengannya, kerana ilmu kita berkait dengan Al-Kitab dan Al-Sunnah.``
Abu `Ali  al-Rudzbari berkata, kata al-Junayd, ``
``Madzhab kita adalah terikat dengan usul Kitab dan Sunnah.``
Dan berkata Al-Junayd, ``Ilmu kita ini dikukuh dengan Hadith Rasulullah s.a.w.``
Berkata Abu al-Husain `Ali bin Ibrahim al-Haddad berkata, ``Aku menghadiri majlis Abu al-`Abbas bin Shurayh*, maka dia bercakap pada furu` dan usul dengan percakapan yang cantik hingga aku terpesona dengannya. Tatkala dilihat aku takjub dengannya, dia bertanya, ``Dari mana yang aku katakan yang dikatakan dengannya oleh al-qadhi, maka katanya, ini adalah dari berkat dari majlis Abu al-Qasim al-Junayd. Dan dikatakan bagi Al-Junayd, `Dari manakah engkau mendapat faedah dari ilmu ini ?. Maka katanya, daripada dudukku ` berpengajian` selama tiga puluh tahun di dalam darjah pengajian, maka ditunjuk kepada darjah di dalam rumahnya.
Mendengar Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan berkata, kata Al-Junayd, ``Dengan  al-wajd adalah menghimpunkan dan ghaib dengan manusia memecahkan.``
Mendengar Al-Hammam bin  al-Harith berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, ``Pintu tiap-tiap ilmu kita menekuninya dengan usaha bersungguh-sungguh. Siapa yang menuntut (mengenali) Allah tidak menuntut kesungguhan (buktinya  di mana-mana), tapi adalah dengan kemuliaan (al-jud).
Ja`afar bin Muhammad bin Nusair berkata, ``Aku mendengar Al-Junayd berkata, ` Allah Ta`ala membersih hati hamba dengan kelelebihannya sebagaimana engkau menyediakan hati bagi mendzikirkanNya. Lihatlah apa yang teradun dalam hatimu.``
Ja`afar al-Khuldi berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata (bersifat tabhil dan dzikir):
``Wahai yang  berdzikir dari kalangan pendzikir dengan apa yang mereka dzikirkan, Wahai yang `arif dari kalangan `arifin dengan apa yang mereka `arif. Wahai yang mendapat taufiq dari kalangan `abid yang salih dengan apa yang mereka amalkan, yang memberi shafaat kepada engkau dengan izinNya dan yang mendzikirkan Engkau dengan fadhilat dari Engkau.``
Abu Bakar al-Mala`iqi berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata,
``Adapun nama ini – yakni al-tasawwuf, sifat yang diamalkan oleh hamba dengannya, Kataku, ``Wahai Sayyidi, sifat bagi hamba atau kepada yang Haqq ? Katanya Sifat bagi yang Haqq adalah hakikat dan  sifat bagi hamba adalah bayangan semata-mata.``
Abu `Amrin al-Anmat*i berkata , aku mendengar Al-Junayd berkata,
``Sebagai hamba engkau tidak sampai kepada hakikat, sesuatu yang lain selain dariNya hilang, engkau tidak sampai kepada kebebasan ketara. Engkau adalah di atas hakikat `ubudiyyah. Engkau dengan kedudukan hamba tiada bagi engkau merdeka.``
Abu Ishak al-Dinuri berkata, ditanya Al-Junayd tentang, ``Siapakah yang `arif ?``. Maka dijawabnya,
``Siapa yang tidak menawannya oleh lahz*ah, maka tiada bagi lafz*ah  (perkataan).
Berkata Al-Junayd, Segala jalan adalah terhad, melainkan siapa yang mengikut jalan Rasulullah s.a.w., menurut Sunnahnya, melazimkan dengan jalannya (t*ariq). Sesungguhnya jalan kebaikan semua terbuka bagi yang mau melaluinya.
Demikianlah  Al-Junayd yang tasawufnya adalah menurut Sunnah dan mempertahankan Kitab dan Sunnah.

Sekian.

January 28, 2017

KATA-KATA H*AMDUN AL-QAS*S*AR, DAPAT DITELITI DAN DIHAYATI


BBB,  28 Rabi`ul-Akhir  1438 = 27 Januari2017 (Juma`at):
Senarai sufi seterusnya ialah H*amdun al-Qas*s*ar. Nama penuhnya ialah Abu Salih H*amdun bin Ahmad bin `Ammarah al-Qas*s*ar al-Naisaburi. Darinya berkembang madzhab al-Malamaniyah di Naisaburi. Bersahabat dengan Salma al-Barusi dan Abu Turab al-Nakhshabi dan `Ali al-Nas*r Abadzi. Meninggal (m. 271H.) di Naisabur dan dikebumikan di perkuburan al-H*irah. Dia seorang yang alim lagi faqih, berpegang dengan madzhab al-Thauri. Tariqatnya adalah tariqat yang khas baginya dengannya dan tidak ada seorang dari kalangan sahabatnya  yang mengambil tariqatnya darinya, seperti mengambil `Abdullah bin Muhammad daripada manazil sahabatnya daripadanya.
Hamdun mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
Bercakap kepada kami bapa kami r.h.a. berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Muhammad bin Munazil, bercakap kepada kami Hamdun bin  Ahmad al-Qassar, bercakap kepada kami Ibrahim al-Zarrad, bercakap kepada kami Ibn Numayr daripada al-Aa`Mash daripada Sa`id bin `Abdullah daripada Abi Barzah al-Aslami berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Berterusan berdiri menunggu  hamba pada hari kiamat hingga ditanya tentang empat perkara:
Tentang umurnya pada apa  yang dihabiskan
Tentang jasadnya pada apakah yang telah digunakan
Tentang hartanya dari manakah diusahakan dan membelanjakannya
Dan tentang ilmunya, apakah dia mengamalkannya.``
Mendengar Muhammad bin Ahmad al-Farra` berkata, `Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin Munazal berkata,  disoal Hamdun al-Qassar, Bila harus seseorang bercakap dengan manusia ? Maka katanya, ``Apabila mendapat ketentuan bahawa dia menunaikan fardhu dari fardhu-fardhu Allah menurut ilmunya atau dia takut binasa insan di dalam bid`ah. Dengan ilmunya dia mengharap Allah  Ta`ala menyelamatkannya.
Berkata Hamdun al-Qassar, ``Siapa menyangka bahawa dirinya lebih baik dari diri Fir`aun, maka dia telah menzahirkan kebesarannya (takabburnya).
 Dan dikatakan kepada Hamdun, ``Mengapakah kalam salaf lebih manfaat daripada kalam kita ?`` Dia menjawab, ``Kerana kalangan salaf bercakap bagi memuliakan Islam, menjayakan dan mencari keredhaan Al-Rahman. Sedang kita bercakap untuk kemuliaan diri, menuntut dunia dan mencari penerimaan makhluk.``
Dikatakan, bercakap pada satu hari Hamdun di kalangan orang salih tentang menjaga amanah. Maka dia berkata, Sesungguhnya engkau ditugaskan beramanah. Jika engkau melakukan amanah dengannya sesungguhnya engkau bersifat amanah selepasnya.
Mendengar Ahmad bin Muhammad al-Farra` berkata, ``Aku mendengar Muhammad bin Ahmad bin Munazil, Aku berkata bagi Abi Salih Hamdun, Nasihatkan daku,`` Maka katanya, ``Jika engkau berkemampuan jangan marah sesuatu daripada dunia, maka lakukanlah.``
Berkata Hamdub al-Qassar, Siapa yang menunaikan janji Allah dengannya, dia adalah dari adab yang tidak diabaikan, kerana firman Allah bermaksud, ``Tunaikanlah janji kerana janji Allah akan ditanya.`` (Al-Isra`: 34).
Berkata Muhammad bin Munazil, aku mendengar Hamdun berkata:
``Siapa yang berpagi-pagi dan tiada baginya gangguan masalah dan dia berusaha mencari makanan (rezeki) yang halal dan dia berpandu keilmuan yang dipelajari, maka dia mendapat ganjaran kebaikan yang melibatkan usahanya.``
Berkata Hamdun, ``Siapa yang tahqiq dengan hal dia meneruskan dengannya (sebagai dia maklum dengannya).``
Hamdun memberitahu kepada sahabatnya, ``Aku mewasiatkan (nasihatkan) kepadamu dua perkara, bersahabatlah dengan ulama` dan berwaspada daripada orang jahil.``
Berkata Hamdun, ``Barang siapa yang sebok hanya tentang dunia, tanpa memberi perhatian pada akhirat, maka kehinaan baginya di dunia dan juga akhirat.``
Berkata Hamdun, ``Siapa yang meneliti perjalanan kalangan salaf, dia  menyedari akan taksirnya dan tertinggalnya dari martabat al-rijal (kelakian).``
Berkata Hamdun, kewajipan (kifayah)  bagi egkau memberi kemudahan (pertolongan), tanpa mengira kesusahan. Sesungguhnya kesusahan mendidik kepada kelebihan.``
Ditanya Hamdun tentang zuhud, maka katanya, bagiku,  bahawa apa yang ada di tangan engkau tidak berterusan, apa yang ada jaminan dengan balasan dariNya.
Berkata Hamdun,  Dari kelalaian (sebelumnya) ,  meyedarkan hamba dia tidak  cuai dengan perintah Allah  bagi memperbaiki diri di sisiNya.``
Kata Hamdun,  Lalai di dunia hingga lupa pada  kebajikan orang lain dan terhadap Pemiliknya.
Kata Hamdun, ``Indah kefakiran pada tawadhu`nya, apabila ia takabbur, maka tiada beda sifatnya sebagai takabbur si kaya.``
Kata Hamdun, ``Janganlah membuka rahsia orang sebagaimana engkau tidak suka rahsiamu terbuka.``
Dan berkata Hamduan, ``Siapa yang menyedari kekurangan diri, maka lakukan kebaikan bagi menampung kekurangan.``
Demikianlah kata-kata Hamdun yang dapat diteliti dan dihayati.

Sekian.

January 27, 2017

MANSUR BIN `AMMAR: UNGKAPAN WADAH PENGISIAN


BBB,  27 Rabi`ul- Akhir 1438H. = 26 Januari 2017M. (Khamis):
Tokoh seterusnya menurut susunan Al-Qushairy ialah Mansur bin `Ammar yang nama lengkapnya ialah Abu al-Sari Mansur bin  `Ammar (Al-Sari adalah kunyah baginya). Berasal dari Marwi daripada perkampungan yang dipanggil Dandanikan. Demikian sebagaimana didengar oleh Abu al-`Abbas Ahmad bin Sa`id  al-Hamadani.
Menurut Al-Sulami, ada yang mengatakan dia berasal dari Abi Ward, sebagaimana disebut oleh Abu al-Fadhl al-Shafie  al-Akhbar.
 Ada yang mengatakan dia dari Bushanj sebagaimana disebut oleh  Muhammad bin al-`Abbas al-`Us*bi dan Mansur kemudiannya menetap di Basrah. Menurut Al-Qushairy dia adalah dari kalangan wa`iz*in  yang terkenal. Al-Sulami pula menyifatkan  Mansur bin `Ammar seorang yang mempunyai kemampuan berucap di dalam menyampaikan nasihat dan mau`iz`ah,  bahkan Al-Sulami mengkategorikannya sebagai seorang  daripada hukama` yang matang.
Masur mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami Datuk kami Isma`il bin Nujaid al-Sulami berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah, Muhammad bin Ibrahim bin Sa`id al-`Abdi, bercakap kepada kami Sulaim bin Mansur bin `Ammar di Baghdad pada rahbah bapanya, bercakap kepada kami bapaku daripada al-munkadir bin Muhammad bin al-Munkadir, daripada bapanya, daripada Jabir r. a. Bahawa seorang pemuda daripada Ansar: (bersifat cerita, diringkaskan) Iaitu Tha`labah bin `Abdul Rahman. Dia rapat dan berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w. Satu hari dia melalui pintu rumah seorang lelaki daripada Ansar. Dia mengintai dan didapati seorang wanita sedang mandi, dia sengaja mengulangi pandangan. Dia menyedari perbuatan salahnya. Lantas timbul takut di dalam hatinya. Dia lebih takut sekiranya dengan sebab perbuatannya akan turun wahyu melalui Rasulullah s.a.w. berhubung  dengan perbuatannya. Maka dia bertindak keluar dari Madinah kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Dia bersembunyi di bukit antara Makkah dan Madinah. Rasulullah pada satu hari bertanyakan tentangnya selepas empat puluh hari tidak kelihatan, Jibril memaklumkan kepada Rasulullah tentang perkara yang berlaku pada  lelaki yang lari ini. Rasulullah s.a.w. menghantar Sayyiduna Umar bin al-Khattab dan Salman mencarinya. Dia dikenal pasti penduduk setempat dan diberitahu kepada Sayyiduna `Umar dan Salman. Dia bersumbunyi di waktu siang dan hanya keluar tengah malam. Dia begitu  kesal dengan perbuatannya. Dia dibawa balik ke Madinah dan tiba Rasulullah sedang solat dan mendengar ayat yang dibaca Rasulullah dia jatuh pengsan. Dia kemudian pulang ke rumah. Selepas tiga hari dia jatuh sakit. Rasulullah menziarahinya dan membelainya. Jibril  turun meyatakan keampunan Allah terhadapnya. Apabila diberitahu berita gembira itu, dia begitu terkejut dan melompat berteriak dan jatuh lalu mati. Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya bersama-sama sahabat dan sama mengiringi jenazah  ke kuburnya.``
Kata-kata yang lain dirakamkan dari Mansur bin `Ammar, ``Gembira engkau dengan maksiat apabila engkau berdepan, dia adalah kejahatan sebagaimana engkau lakukan.
Berkata Mansur lagi, `Siapa yang takut dari  musibah dunia, dia bertukar menjadi penjagaan terhadap   agamanya.
Berkata Mansur, ``Siapa yang sebok dan leka dengan kerja-kerja manusia, terputus ia dari mengingati Allah.``
Berkata Mansur kepada seorang lelaki yang berdosa selepas taubatnya, katanya, ``Aku melihat engkau kembali ke jalan akhirat ialah dari jalan  sukar (liar) yang jarang orang melaluinya,``
Bertkata Mansur kepada seorang lelaki, ``Aku melihat engkau  tinggalkan mihnah dunia, maka engkau istirihat daripada tekanan, peliharalah lidah engkau, nescaya  engkau rihat dari kesusahan.``
Berkata Mansur, ``Hati manusia semuanya rohani, apabila masuk ke dalamnya syak dan kekotoran tertegah daripada kerohanian.``
Berkata Mansur, ``Bahawa hikmat bercakap di dalam hati orang-orang `arifin dengan lisan benar, dan di dalam hati orang-orang zahid dengan lisan kelebihan dan di hati para `abid dengan lisan taufik. Dan di dalam hati para murid dengan lisan tafakkur dan di hati para `ulama` dengan lisan tazakkur.``
Berkata Mansur, ``Ada dua jenis orang. Yang iftiqar kepada Allah, maka dia di atas darjat lisan shari`ah, Yang satu lagi tidak melihat iftiqar secara langsung, tetapi melihat kebergantungan  makhluk kepada Allah daripada rezeki, ajal dan kebahagiaan. Dilihat iftiqar dari  aspek-aspek berkenaan dan dia memohon pertolongan.``
Berkata Mansur,  ``Maha Suci Allah yang menjadikan hati orang-orang `arifin wadah (bekas) bagi pengisian dzikir, dan hati ahli al-dunia bekas bagi ketamakan, dan hati orang-orang zahid bekas bagi bertawakkal, dan hati para fuqara` bekas bagi qanaah (bersifat memada) dan hati orang-orang bertawakkal bekas bagi redha.``
Berkata Mansur seterusnya, ``Manusia ada dua jenis,  yang `arif dengan dirinya, maka dia bersungguh dengan mujahadah dan riyadhah dan yang `arif dengan Tuhannya, maka dia bersungguh pada berkhidmat padaNya, beribadat dan mencari keredhaan dariNya.
Dan berkata Mansur bin `Ammar, ``Sebaik-baik manusia sebagai hamba ialah tawadhu` dan merendah diri, dan seelok-elok pakaian `arifin ialah pakaian taqwa. Beliau memetik firman Allah bermaksud:
``Dan pakaian taqwa itulah terbaik.` (Al-Aa`raf: 26).
Dan berkata Mansur bin ~Ammar, ``Selamatnya nafsu ialah dengan menyalahinya dan balanya ialah dengan mengikutinya.``
Sesungguhnya ungkapan-ungkapan yang bernilai dan bermanfaat adalah merupakan makanan hati, akal dan rohani yang dapat menyuburkan sekaliannya sebagai tubuh  badan memerlukan makanan yang menyuburkannya.Sebagaimaa untuk mendapat makanan dan keperluan bagi kehidupan perlu kepada usaha, maka demikian keperluan kepada makanan hati, akal dan rohani perlu kepada  (usaha) -  pengajian, penghayatan dan amalan.

Sekian.

January 26, 2017

KATA-KATA AHMAD BIN `AS*IM AL-ANT*AKI


BBB, 26 Rabi`ul Akhir 1438H. =  25 Januari 2017 (Rabu):
Susunan tokoh sufi seterusnya di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyah ialah Ahmad bin `As*im al-Ant*aki. Nama penuhnya ialah Abu `Ali Ahmad bin `As*im al-Ant*aki, Abu `Ali  ialah kunyahnya dan dipanggil juga sebagai Abu `Abdullah. Ia adalah lebih betul menurut al-Sulami di dalam T*abaqat al-Sufiyyahnya. Antara kawan-kawan kesufiannya ialah Bishr bin al-Harith, Al-Sari al-Saqat*i  dan  Al-Harith al-Muh*asibi.  Dikatakan dia berkesempatan melihat Al-Fudhail bin `Iyadh. Adalah Abu Sulaiman al-Darani menamakannya sebagai  `Penyiasat Hati`. Kerana tajam firasatnya.
Kata Ahmad bin `As*im, ``Apabila engkau menuntut pembaikan hati engkau, maka mohonlah sama kepadaNya membaiki lidah engkau.``
Ahmad bi `As*im memetik firman Allah Ta`ala bermaksud;
``Bahawanya  harta kamu dan anak-anak kamu itu fitnah.``  (Al-Taghabun:  15).
Antara pendapat-pendapat yang dipetik  dari `Abdul Rahman al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyah (terlampau ringkas apa yang disampaikan oleh  Al-Qushairy).
Aku mendengar Abu al-`Abbas – Muhammad bin al-Hasan bin al-Khashshab, berkata, aku mendengar Ja`afar al-Khuldi berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, aku mendengar  Ibn Mas`ud al-H*ariri berkata, berkata Abu `Abdullah, Ahmad bin `As*im al-Ant*aki ``Cahaya mata, berlapang dada, wangi hati, elok nafsu daripada empat perkara (terpuji), pernyataan dengan hujah,   bertambah lembut dengan yang dikasihi, berpegang dengan janji dan t*ama`ninah hingga kepada puncak.``
Antara kata-kata Ahmad bin `As*im yang tidak disertai dengan rawi secara lengkap.
Aku mendengar `Ali bin `Abdul Rahman al-Zahid, berkata, berkata Ahmad bin `As*im al-Ant*aki,
``Setinggi manfaat akal apa yang boleh mengenalkan engkau ni`mat Allah Ta`ala kepada engkau dan menolong engkau mensyukurinya, dia juga menentang hawa nafsu.``
Ditanya Ahmad bin `As*im tentang ikhlas, maka katanya, ``Apabila engkau melakukan amalan salih, maka engkau tidak suka menyebutnya dan tidak suka dipuji dari amalan engkau  dan engkau tidak menuntut pahala (ganjaran) dari kerja engkau dari seseorang selain daripadaNya, maka demikian ikhlas amalan engkau.``
Berkata Ahmad lagi, ``Semanfaat tawadhu` yang menafikan dari engkau takbur. Dan aman diri engkau dari dimarahi.``
Dan berkata Ahmad lagi, ``Semanfaat ikhlas, ialah yang menafikn dari engkau riya`, menunjuk-nunjuk  dan berpura-pura buat.``
Berkata Ahmad lagi, Semanfaat faqr ialah apa yang engkau tanggung dengannya dan dengannya engkau redha.``
Kata Ahmad pula, semanfaat amalan ialah yang selamat dari kekejian dan adalah diterima dari engkau.``
Berkata Ahmad,. ``Daripada alamat kurang ma`rifat hamba dengan dirinya ialah kurang malu dan kurag takut.``
Berkata Ahmad, ``Semudharat maksiat ialah ketaatan secara jahil, dan lebih mudharat kepada engkau melakukan maksiat secara jahil.``
Berkata Ahmad, keadilan ada dua, adil zahir pada barang yang antara engkau dengan manusia dan adil batin pada barang yang antara engkau dengan Allah Ta`ala. Dan jalan keadilan ialah jalan yang istiqamah dan jalan kelebihan ialah jalan yang fadhilah.``
Berkata Ahmad, Yakin ialah nur  yang dijadikan Allah Ta`ala di dalam hati hingga dia menyaksikan  dengannya perkara-perkara akhirat, dan mencarik dengan kekuatannya segala hijab antaranya dan antara apa yang di akhirat hingga ternampak kepadanya segala perkara seolah-olah mushahadah dengannya.``
Berkata Ahmad, ``Apabila engkau  menuntut pembaikan hati engkau maka mohonlah bersamanya penjagaan  lidah engkau.``
Berkata Ahmad, ``Beramallah di atas muka bumi seolah-seolah tiada satu yang  lain dari engkau dan di langit  tiada  satu yang lain dariNya.``
Berkata Ahmad, ``Yang berakal ialah yang ta`aqqul tentang Allah dan bermau`iz*ah dan mengenal apa yang memudharatkannya dan apa yang memanfaatkannya.``
Berkata Ahmad, ``Memimpin bagi amalan hendaklah secara ilmu (berilmu), dan imam bagi yang berilmu memberi inayah (perhatian dan pertolongan).
Berkata Ahmad  bin Abi al-Hawari al-Dimashqi, Aku mendengar Ahmad bin `As*im  al-Ant*aki berkata,
``Ini harta rampasan yang didatangi, islahlah dengan apa yang tinggal, diampunkan Allah apa yang berlalu.``
Dengan sanad yang sama di atas berkata Ahmad dengan memetik firman Allah bermaksud,
``Ketahuilah bahawa sesungguhnya harta benda dan anak pinak kamu merupakan fitnah.`` (Al-Anfal:  28).
Tambah Ahmad, sesungguhnya kita makin menambahkan fitnah.
Demikian kata-kata Ahmad, semoga kita mendapat manfaat dari kata-katanya.

Sekian.

January 25, 2017

PESANAN DARI `ABDULLAH BIN KHUBAIQ AL-ANT*AKI


BBB, 25 Rabi`ul-Akhir 1438H. =  24 Januari 2017M. (Selasa):

Tokoh sufi yang disusun oleh Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya seterusnya  ialah `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki yang nama lengkapnya menurut Al-Qushairy  dan Al-Sulami ialah Abu Muhammad `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki dengan kunyahnya Abu Muhammad. Dia dari kalangan zuhhad  sufi. Bersahabat dengan Yusuf bin Asbat* yang juga dari kalangan zuhhad sufi. Amat prihatin berhubung dengan makanan halal dan haram dan wara` dalam segala ahwalnya. Dia berasal dari Kufah dan termasuk orang yang berpindah ke Ant*akiah. Dia mengikut t*ariqat al-Nuriyyah dari segi tasawuf dan bersahabat dengan sahabat-sahabat sealiran.
`Abdullah bin Khubaiq mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
``Bercakap kepada kami `Umar bin Ahmad bin `Uthman al-Wa`iz* di Baghdad, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Sa`id, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubaiq, bercakap kepada kami Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami Habib bin Hassan daripada Zaid bin Wahab daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. Dia yang benar lagi dibenarkan bermaksud:
``Bahawa kejadian  tiap kamu dihimpunkan pada perut ibunya empat puluh hari ....`` Disebut Hadith.
Sebuah lagi Hadith bersanad dengan sanad antaranya `Abdullah bin Khubaiq hingga kepada Rasulullah s.a.w. ialah:
Mengkhabarkan kami oleh Abu `Amrin bin Mat*ar, bercakap kepada kami oleh Abu Hafs* `Umar bin `Abdullah bin `Umar al-Bah*rani, bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubaiq, bercakap kepada kami oleh Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami oleh Sufyan al-Thauri daripada Muhammad bin Juh*adah daripada Qatadah, daripada Anas, ``Bahawa Rasulullah s.a.w. berkeliling  mendatangi isteri-isterinya, ini, kemudian ini, kemudian dia mandi daripadanya dengan satu kali  mandi.``.
Fath bin Shaghraf, berkata, bercakap kepadaku oleh  `Abdullah bin Khubaiq, pertama kali aku menemuinya, maka dia berkata, Wahai Khurasani, sesungguhnya ada empat perkara perlu diberi perhatian iaitu, mata engkau, lidah engkau, hati engkau dan hawa nafsu engkau.
Lihat kepada mata engkau dan jangan melihat kepada yang tidak halal, dan lihat kepada lidah engkau dan jangan berkata dengannya sesuatu, Allah tahu apa kelainan di dalam hati engkau , dan lihat kepada hati engkau dan janganlah ada padanya  sombong dan hasad kepada seseorang daripada orang muslimin dan lihat kepada hawa nafsu engkau sehingga dia tidak  cenderung pada melakukan kejahatan. Apabila tidak ada pada hati  engkau empat perkara ini, maka simbahlah dengan debu ke atas kepala engkau. Engkau sebenarrnya  menderita.
Kata  `Abdullah bin Khubaiq, jangan risau dengan apa yang berlaku pada diri engkau esok dan jangan sukacita melainkan dengan perkara yang mensukacitakan engkau esok.
Berkata `Abdullah lagi,  `Keliaran hamba dari Haqq, meliarkan hati, dan  lupa dengan Tuhan, tidak melalui  seseorang melainkan dengannya.
Katanya lagi ``Sebaik-baik takut ialah yang menyekat engkau dari melakukan maksiat dan memanjangkan duka engkau dari apa yang telah luput daripada engkau, lazimkan berfikir di kelanjutan umur engkau, ambil  manfaat dari al-raja` apa yang mnyenangkan engkau lakukan.
Dia juga berkata, `lama mendengar perkara bat*il memadamkan kemanisan taat dari hati.
Berkata `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki, ``Apabila  mendekati seorang lelaki yang membaca (Al-Qur`an) melakukan maksiat, maka berkata Al-Qur`an yang di dalam dirinya, ``Apakah yang engkau tanggungkan padaku ?``
Dan didengar daripadanya berkata, ``Allah menjadikan hati tempat bagi berdzikir, maka dia juga boleh jadi  tempat syahwat. Tidak terhapus syahwat daripada hati melainkan ketakutan yang  menggoncangkan atau kecintaan yang memesrakan.``
Ja`afar bin Muhammad bin Sawwar berkata, aku mendengar `Abdullah bin Khubaiq berkata, ``Bagi setiap saudagar mempunyai modal dan modal bagi periwayat Hadith ialah kebenaran.``
Berkata `Abdullah, ``Siapa berkehendak  menjadi kaya di dalam kehidupannya, maka janganlah tamak hatinya.``
Berkata `Umar bin `Abdullah al-Bah*rani, aku mendengar `Abdullah bin Khubaiq berkata,
``Sekiranya seseorang mampu mendahului dari yang lain kepada `Tuannya`, maka silakan, tapi jangan memberi sebarang kesan  negatif kepadanya.``
Kata `Abdullah, ``Janganlah terlampau perhati,melainkan sesuatu yang memberi mudharat kepada engkau esok dan jangan terlampau bergembira dengan sesuatu, melainkan sesuatu yang menggembirakan engkau esok.``
Dia berkata, ``Alamat  baik hubungan (ulfah) tidak banyak khilaf. Dan banyak menunjuk kepada perkara yang ma`ruf.``
Berkata `Abdullah lagi, ``Sebaik takut ialah apa yang menghalangkan engkau dari maksiat dan panjang duka terhadap perkara yang luput, lazimkan berfikir semasa umur masih berbaki.``
Berkata `Abdullah, ``Keliaran hamba dari perkara yang benar, meliarkan darinya hati dan melupai Tuhan. Lazimkan dirimu dengan kebenaran, nescaya mendekati dirimu setiap orang.``
Berkata `Abdullah, ``Sebaik-baik harapan `al-raja``  apa yang mudah bagimu lakukan bagi mendapat apa yang engkau harapkan.``
Berkata `Abdullah, ``Ikhlas amal lebih penting dari amal itu dan amal melemahkan lawan (tak beramal).``
Dan katanya lagi, ``Mendengar kebat*ilan berlamaan memadamkan kemanisan taat dari hati.``
Demikianlah pesanan dari `Abdullah bin Khubaiq yang dapat direnungi dan dihayati.

Sekian.