February 7, 2017

CETUSAN PENDAPAT YUSUF BIN AL-HUSAIN AL-RAZI


BBB,  09 Jamadil –Awwal 1438H. =  06 Februari 2017M. (Isnin):
Tokoh selanjutnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah  Yusuf bin al-Husain atau dipanggil Abu Ya`kub al-Razi, Shaykh di Al-Rayy dan Al-Jibal pada zamannya. Dia adalah satu-satunya  pendukung tariqatnya, iaitu `Menggugurkan kemegahan kedudukan, Meninggalkan sifat berpura-pura dan hendaklah bersifat ikhlas.`
Dia  adalah seorang yang alim dan juga sasterawan. Dia bersahabat dengan Dzu al-Nun al-Misri dan Abu Turab al-Nakhshabi dan rapat hubungan dengan Abu Sa`id al-Kharraz. Dia meninggal pada tahun (m. 304H.).
Sebagai bukti bahawa Yusuf Al-Razi tinggi dengan komitmen tariqatnya, bahawa dia berkata,
``Sewkiranya aku menemui Allah Ta`ala dengan  segala dosa yang aku lakukan,  terlebih suka bagiku menemuiNya  dengan satu dzarrah pura-pura.``
Berkata Yusuf bin al-Husain, ``Apabila engkau melihat seorang murid mencari keringanan (rukhs*ah), sesungguhnya tidak memberi faedah  (kemalasan) baginya.
Yusuf al-Razi menulis kepada Al-Junayd, ``Allah tidak memberimu makanan bagi diri engkau, kerana jika engkau merasainya, maka engkau tidak merasainya kebaikan  selepasnya selama-lamanya.``
Berkata Yusuf bin  al-Husain, ``Aku melihat kekejian  orang-orang sufi pada bersahabat dengan orang baru, mu`asharah dengan lawan dan berlembut dengan orang yang lalai dan lupa.``
Yusuf al-Razi turut meriwayatkan Hadith dan namanya terdapat sebagai sanad bagi matan Hadith.
Bercakap kepada kami oleh Abu Na*sr, `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Husain al-Razi berkata, aku mendengar Yusuf bin al-Husain berkata, bercakap kepada kami setengah kawan-kawanku, daripada Abi Bakr bin Da`wud al-Isbahani daripada bapanya dari Suwayd bin Sa`id daripada `Ali bin Misbar, daripada Abi Yahya al-Fattat dari Mujahid dari Ibn `Abbas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Siapa yang `ishqi dan murni dan dia sembunyikan, maka dia mati, maka dia shahid.`` Hadith D*aif diriwayatkan oleh Khatib  dengan sanad kepada Ibn `Abbas r.a.
Sebuah lagi Hadith  terkenal yang Yusuf adalah menjadi sanad di dalamnya, iaitu,
``Mengkhabarkan kami oleh `Abdullah berkata, bercakap kepada kami Muhammad, bercakap kepada kami Yusuf, bercakap kepada kami `Abdullah bin Hadhir, bercakap kepada kami Ahmad bin Hanbal, bercakap kepada kami Rauh, daripada Sa`id, daripada Qatadah, daripada Anas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya apa yang dikasihi bagi dirinya.``Hadith Sahih.
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-T*usi berkata, aku mendengar Aba Ja`afar Muhammad bin Ahmad al-Razi berkata, aku mendengar Yusuf bin al-Husain berkata, ``Kaum itu mengetahui bahawa sanya Allah melihat mereka itu, maka sepatutnya siapa yang dilihatNya menjaga segala  sesuatu . (agar tidak salah laku).
Katanya, berkata Yusuf, ``Siapa yang mengingati Allah dengan hakikat dzikir terhadapNya, maka lupa ia dari ingatan yang lain, siapa yang lupa  mendzikirNya, dia lupa Tuhan dan Tuhan melupainya.``
Berkata Yusuf, ``Ringan perut mengurangkan syahwat dengan kelebihan bertambah ibadat.``
Yusuf ditanya  tentang faqir sebenar, katanya, ianya tidak kisah dengan  akibat waktu, jika siapa selalu mengiranya untuk pendapatan, maka  tidalah  layak ia sebagai faqir.``
Berkata Yusuf, `` Asal akal ialah senyap, batin akal ialah sembunyi rahsia dan zahir akal ialah mengikut Sunnah.``
Berklata Yusuf, kebaikan ibarat berada di dalam satu rumah, kuncinya ialah tawadhu`, kejahatan juga ibarat berada di dalam rumah, kuncinya ialah takabbur. Dan apa yang menjadi dalil kepada engkau,, bahawa Adam a.s. adalah tawadhu` bahawa dia berdosa. Dia mohon kemaafan dan keampunan, sedang Iblis adalah takabbur dan tidak memberi sesuatu manfaat.``
Katanya, berkata Yusuf, ``Dengan beradab (dalam belajar) memudahkan kefahaman terhadap ilmu, dengan ilmu membetulkan amal, dengan amal mencapaikan hikmah, dengan hikmah memberi kefahaman tentang zuhd dan taufik dengannya, dengan zuhud meninggalkan aspek-aspek keduniaan, dengan meninggalkan aspek-aspek keduniaan mendorong kepada kegemaran terhadap akhirat, dan dengan kegemaran terhadap akhirat mencapai keredhaan Allah.``
Berkata Yusuf, ``Aku memerhati tentang kecacatan adab makhluk. Aku  kenal dari mana datang. Aku melihat kekejian sufi dalam berkawan, bergaul tanpa memilih kawan, dan menurut kemahuan mereka.``      ``
Berkata Yusuf lagi, ``Aku berjanji dengan Allah ratusan kali, tidak berkawan dengan sembarangan orang, menjaga sempadan, tertib pergaulan, waspada dari maksiat daripada terjatuh pada melakukan, lebih baik bersendirian.``
Berkata Yusuf, Di dunia ada dua jenis keegoan (kesombongan):
Pertama: Ego dengan ilmu sebagai ilmuan dan intelektual, menghilangkan ego dan kesombongan ini ialah dengan beribadat dan menyedari hakikat diri.
Kedua: Ego dengan harta, sebagai orang berada dan kaya yang mendapat apa saja dengan harta. Bagi mengatasi ini  ialah dengan zuhud.``
Dan dikatakan, menyoal Yusuf daripada sabda Nabi, ``Arihna ya Bilal` - bermaksud, Istirihatkan kami wahai Bilal, menurut Yusuf bermaksud, ``Maknanya , rehatkan kami daripada kegusaran dunia dan perkara yang berlaku, kerana `Qurrat `Ayn` Rasulullah s.a.w. ialah bersolat.``
Demikian cetusan pendapat Yusuf bin al-Husain al-Razi.

Sekian.

February 6, 2017

ABU `UBAID AL-BISRY DAN SHAH AL-KARMANI: KATA-KATA PANDUAN


BBB, 08 Jamadil-Awwal 1438H. =  05 Februari  2017M. (Ahad):
Abu `ubaid al-Bisry adalah dari kalangan `ulama` sufi silam, dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata, aku mendengar Al-Duqqi berkata, aku mendengar Ibn al-Jala` berkata, ``Aku bertemu enam ratus shaykh, tetapi aku tidak melihat melebihi empat orang, iaitu:
1`) Dzu al-Nun al-Misri  2)  Bapaku   3) Abu Turab al-Nakhshabi  4) Abu `Ubaid al-Bisry.
Aku medengar Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Baghawi berkata, aku mendengar Muhammad bin Mu`ammar berkata, aku mendengar Aba  Zar`ah al-Hasani berkata, ``Adalah Abu `Ubaid al-Bisry pada satu hari di Jarjar mengajar, tempatnya antaranya dengan Al-Hajji tiga hari, ketika di situ dia didatangi dua orang lelaki, maka kata mereka berdua, ``Wahai Aba `Ubaid tuan masih mampu menunaikan haji ?``  Maka katanya, `Tidak` kemudian berpaling kepadaku dan berkata, ``Shaykh engkau ini lebih berkemampuan dari mereka berdua, dimaksudkan dirinya.``
(Maklumat tentang tokoh di atas adalah terhad).
Tokoh seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah, Shah al-Karmani:
Beliau ialah Abu al-Fawaris Shah bin Shuja`  al-Karmani. Dia, menurut Al-Sulami adalah dari turunan anak raja. Shah bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi, Abu `Ubaid al-Bisry dan Abu `Abdullah bin al-Darra` al-Basari. Dia dikatakan berasal dari Marwi, pernah ke Naisaburi bagi menziarah Abu Hafs dan bersamanya Abu `Uthman al-Hiri. Adalah dia dari kalangan pemuda dan dari kalangan generasinya. Beliau menghasilkan risalah-risalah terkenal dan menggubah  `Al-Muthallathah` (Bentuk Tiga-Tiga) yang dinamakan `Cermin Hukama`. Dia meninggal sebelum (m. Sebelum 300H.).
Antara ungkapan Shah  al-Karmani ialah, ``Alamat taqwa ialah wara`  dan alamat wara` ialah menjauhi dari perkara shubahat. Dia juga berkata kepada sahabatnya, ``Jauhilah dari orang yang berdusta dan khianat dan mengacum (ghibah) dan lakukan perkara yang terbaik bagi kamu.``
Al-Qushairy  mendengar al-Shaykh Aba Abdul Rahman al-Sulami berkata,, aku mendengar datukku Ibn Najid berkata, berkata Shah al-Karmani, ``Barang siapa memelihara matanya daripada perkara yang haram, menahan diri dari syahwat dan menjaga batinnya dengan berterusan bermuraqabah dan dari segi zahirnya mengikut  al-Sunnah dan membiasakan dirinya memakan perkara yang halal, maka dia insya Allah tidak silap dari segi firasat.
Katanya, ``Aku melihat khat datukku, Abi Amrin Ismail bin Majid, berkata Shah bin Shuja`  al-Karmani, ``Tumpuan orang `arif kepada tiga perkara:
``Meneliti kepada ma`budnya, berjinak, mulahaz*ah bagi mencapai faedah dengan bersyukur kepadanya,  mengingati dan waspada dari dosa dan mengaku  dengan dosa  yang membawanya bertaubat.``
Berkata Shah, ``Siapa yang bersahabat dengan engkau dan bermuwafakat dengan apa yang disukai dan berlainan dengan apa yang engkau benci, maka sesungguhnya dia bersahabat dengan hawa nafsumya. Dan siapa yang bersahabat dengan hawa nafsunya, dia menuntut kerehatan dunia.``
Berkata Shah, ``Lakukan ketaatan dan bersihkan sebaik mungkin dan lihat mana-mana yang keji untuk diperbaiki.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba `Ali  al-Ansari  di As*t*akhri berkata, aku mendengar Shah bin Shuja` al-Karmani berkata,
``Bagi ahli yang mempunyai kelebihan ada kelebihan yang tidak mereka lihat, maka jika mereka lihat tiada lagi kelebihan itu, dan bagi ahli wilayah ada wilayah selama mereka tidak melihatnya.  Apabila mereka melihat, maka tiada lagi wilayah baginya.``
Kata Shah al-Karmani lagi, ``Yang terpuji adalah dari tabiat orang yang merdeka dan terkeji pula dari tabi`at kehinaan. Kita menyembah Allah dari kerana taat dan cinta kepadaNya.``
Berkata Shah al-Karman, ``Cinta wali-wali Allah Ta`ala  adalah dalil cinta terhadap Allah Ta`ala.``
Katanya lagi, ``Berpaling dari kebenaran menandakan kedurhakaan.``
Katanya lagi, ``Alamat cenderung kepada yang batil ialah mendekati orang-orang yang batil.``
Katanya lagi, ``Siapa yang mengenal Tuhannya, dia bersungguh mohon keampunanNya dan mengharapkan fadhilatNya.``
Kata Shah al-Karmani, ``Alamat berhikmat mengenali kadar kedudukan manusia.``
Berkata Shah lagi (secara lebih lengkap), ``Alamat taqwa adalah wara`, dan alamat wara`tidak melibatkan diri pada perkara-perkara shubuhah. Alamat takut ialah dukacita, alamat raja` ialah elok dari segi ketaatan dan alamat zuhud ialah pendek angan-angan.``
Berkata Shah al-Karmani, ``Tidaklah seorang itu takjub dengan dirinya,melainkan makin tertutuplah diri dari Tuhannya.``
Berkaa Shah al-Karmani, ``Siapa yang mengenal Tuhannya, maka dia lupa selain daripadaNya, siapa yang jahil tentang Tuhannya dia bergantung kepada selain dariNya. Siapa yang berpegang dengan ilmu dia berjaya, siapa yang berpegang dengan kejahilan dia gagal dan binasa.``
Dan berkata Shah al-Karmani, ``Orang yang jahil dalam kegelapan kejahilannya. Bagaimana pula jika ada yang alim di dalam kegelapan ilmunya dan kegelapan ilmu yang salah lebih lagi.``
Demikianlah berbagai-bagai ilham yang diterima para sufi berkenaan yang antaranya begitu baik dan mengkagumkan.  Kata-kata mereka dapat dijadikan panduan dan hiasan di dalam kehidupan dan amalan.

Sekian.

February 5, 2017

SAMNUN MENGUNGKAPKAN PENGALAMAN SECARA BERPUISI


BBB, 07 Jamadil Awwal 1438H. = 04 Februari 2017M. (Sabtu):
Samnun bin Hamzah, dikatakan juga Samnun bin `Abdullah  kunyahnya Abu al-Hasan al-Khawas*s* dan juga dikatakan Abu al-Qasim. Samnun juga  obses dengan persoalan  `al-hubb`  sebab itu dia juga dipanggil sebagai `Samnun al-Muhibb`.  Dia bersahabat dengan Sari al-Saqati, Aba Muhammad al-Falansi, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab dan yang lain-lain. Dia bercakap secara mesra seelok kata antaranya dengan berpuisi. Dia dianggap sebagai salah satu shaykh besar di Iraq. Dia meninggal sebelum Al-Junayd.
Riwayat tentangnya:
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdul `Aziz berkata, aku mendengar Aba al-Hasan bin Zur`an berkata, ``Aku berada di samping Samnun, maka terdengar satu tempikan dengan kata ``Kalau bertempik manusia dengan sebab wajdinya dan kasihnya, nescaya terpenuh tempikan antara dua  ruang –mashriq dan maghrib``
Ungkapan di atas menggambarkan pengalaman estetika rohani yang dialami oleh Samnun dengan agak ekstrim yang tidak lain dari gambaran dan luahan jiwanya  yang luahannya diibaratkan boleh melimpahi ruang-ruang oleh wadj dan rasa cinta, ia adalah gambaran kontras yang biasanya terkawal dan terpendam di dalam jiwa.
Kata Al-Qusahairy, Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Abu Bakr al-`Ajjan berkata, aku mendengar Samnun berkata:
``Apabila terhampar sifat ketinggian (Al-Jalil) esok, hamparan kelebihan termasuk di bawahnya dosa yang awal dan akhir terangkum di bawah rangkuman keseluruhan. Apabila nyata  terangkum di bawah pandangan yang  bersifat pemurah (al-jud), maka bertalian kesalahan dengan kebaikan.``
Sesungguhnya Allah bersifat Jabbar dan Mutakabbir, tetapi Dia juga bersifat Pengampun lagi bersifat Rahmat. Dia di atas sesuatu Amat berkuasa.
Sebuah cerita, mendengar `Ali bin Sa`id al-Thughri berkata, aku mendengar `Ali bin Ibrahim al-Thaqafi berkata, aku mendengar `Umar bi Ruqail berkata, aku mendegar Aba al-Qasim al-Hashimi berkata, aku mendengar Samnun berkata (bercerita): ``Satu masa aku berada di Baitul Maqdis, cuaca amat sejuk, aku menutup diriku dengan  jubah dan baju (kisa`)ku, sedang salji berguguran. Tiba-tiba seorang anakmuda melalui ruang Baitul Maqdis. Padanya ada dua selimut. Maka kataku kepadanya, Wahai yang dikasihi, kalau dapat sama aku memanaskan diri dengan selimutmu, dapatku mengurangkan kesejukan. Aku terkejut, apabila dia menyebut namaku Akhi Samnun dan menunaikan harapanku.  Dan berpuisi Samnun:
Pemuda tak ku kenal memberi pertolongan
Di tengah kesejukan biarpun tanpa kenalan.
Aku mendengar `Ali bin Sa`id berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata Ibrahim bin al-Muwallad,  berkata Samnun al-Muhibb, ``Tidak diberi ibarat tentang sesuatu, melainkan ada yang lebih halus dan istimewa  dan tidak ada lebih halus dari mahabbah (kasih sayang dan cinta).
Mempuisi akan daku oleh Abu Bakar al-Razi, berkata, mempuisi akan daku oleh Abu Bakar al-Harbi berkata akandaku oleh Samnun:
Engkau kekasih yang tidak luput dari ingatan
Jika engkau takdir  hilang (mati) kegusaran
Engkau menghubungkan jiwa yang kepupusam
Kupercaya kau demikian gelisah kenikmatan.
Aku mendengar Aba al-`Abbas, Ahmad bin Muhammad Zakariyya, berkata, aku mendengar `Ali bin al-Husain bin T*affan berkata, menasyidkan daku oleh sahabat Samnun bermaksud:
Semalam mengalir air mata menggaris pipi
Keciwa di hati dan kata-kata mengulangi
Sabar di atas musibah terbaik dari mengeji
Musibah itu ujian lebih berkesan di hati.
Aku mendengar Aba Nasr al-T*usi berkata, aku mendengar Aba al-T*ayyib al-Makki berkata, (Disebutkan daku bahawa Samnun duduk di pinggir sungai Dajlah, di tangannya ada pemukul (tongkat). Dia memukul tongkat itu ke pehanya hingga ternampak tulang pahanya dan lengannya dan bersama  rentak pukulan  dia mengungkap puisi:
Dalam diriku kalbu aku hidup dengannya
Tapi hilang dariku oleh bolak baliknya
Tuhanku kembalikan padaku dari hilang
Sempit dadaku kembalikan  ketenangan
Selamatkan daku dari hancur keciwa
Wahai Penolong Dia Penyelamat  semata.
Beberapa puisi lagi terakam yang agak panjang seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad bin `Abdullah bin `Abdil `Aziz yang dipuisikan oleh Abu Ja`afar al-Farghani dari puisi Samnun. Juga diriwayatkan oleh `Ali bin Ahmad bin Ja`afar yang dinasyidkan oleh Ibn Firas bagi Samnun yang semuanya bertemakan cinta Ilahi).
Dan terakhir menasyidkan kami oleh Muhammad bin `Abdullah berkata menasyidkan kami Abu Ja`afar berkata menasyidkan kami oleh Samnun:
Aku menangis hingga kering air mata
Tetapi air mata cinta menggugah jiwa
Ingatan kepada  pertemuan lalu itu
Adalah terusan gelombang mengharu
Dia berkata padaku mengapa  diri
Dengan wajdan tiada surut ke tepi
Aku didenda dengan rasa mendamba
Menyelimuti diri bak menanggung dosa.

Samnun seorang sufi yang mendalam dengan pengalaman dan intuisi kepuisian. Dia banyak melahirkan pandangan dengan ungkapan kepuisian, di samping ungkapan bersifat prosa.

Sekian.

February 4, 2017

AHMAD BIN NASR AL-ZAQQAQ DAN `AMRU BIN `UTHMAN AL-MAKKI


BBB, 06 Jamadil-Awwal 1438H. =03 Februari 2017M. (Juma`at):
Abu Bakar Ahmad bin Nasr al-Zaqqaq al-Kabir adalah teman semasa Al-Junayd, iaitu dari kalangan sufi terkenal di Mesir.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Husain bin Muhammad berkata, aku mendengar Al-Kattani berkata, ``Apabila meninggal Al-Zaqqaq terputus hujjah para fuqara` bagi memasuki Mesir.
Kata Al-Zaqqaq, ``Siapa yang tidak bersahabat dengan orang yang bertaqwa di dalam kefakirannya, dibimbangi dia memakan perkara yang haram.``
Kata Al-Qushairy, ``Aku  mendengar Shaykh Aba `Abdil Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, `Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin `Abdil `Aziz berkata, Aku mendengar Al-Zaqqaq berkata,
``Aku sesat bersama kesesatan Bani Isra`il  selama lima belas hari, apabila berjumpa jalan, menerima ku  insan tentera, maka dia memberiku minuman daripada air. Maka kembalilah kekuatan di dalam hatiku selama tiga puluh tahun.
Demikian maklumat berkenaan Abu Bakar bin Nasr al-Zaqqaq al-Kabir yang hanya berpandu pada maklumat Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya dan tidak kedapatan di dalam  Tabaqat al-Sufiyyah oleh Al-Sulami yang biasa jika terdapat tokoh yang dibicarakan, biasanya dibicarakan dengan lebih detail dan panjang.
Manakala  Abu  `Abdullah `Amrin bin `Uthman al-Makki, nama lengkapnya ialah `Amru bin `Uthman bin Kurabi bin Ghus*s*as*. Kunyahnya ialah Abu `Abdullah. Dia bersahabat dengan Al-Junayd dan Abu Sa`id al-Kharraz dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh sufi,  dia bertemu dengan  `Abdullah al-Nabaji. `Amrin bin `Uthman al-Makki seorang yang alim di dalam bidang usul dan tariqat dan mampu mengungkapkan kata-kata yang indah. `Amrin bin `Uthman meninggal di Baghdad tahun (m. 291H.).
`Amru bin `Uthman al-Makki mempunyai sanad kepada sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu:
Bercakap kepada kami oleh Abu Bakar, Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan, berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar, Muhammad bin Ahmad al-Asbahani al-`Uqaili, bercakap kepada kami `Amru bin `Uthman al-Makki, bercakap kepada kami Abu Bakar al-`Aidzi  al-Makhzumi, bercakap kepada kami Abu `Abdullah al-Makhzumi dan Abu Ya`qub. Keduanya berkata al-Buwait*i, bercakap kepada kami Ibn `Uyainah, daripada al-A`mash darpada Mansur, daripada Abi Wa`il, daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata, ``Adalah kami berkata, sebelum difardhukan pembacaan  al-tashahhud, ``Al-Salam `ala Allah dan al-Salam ke atas fulan.``
Kami mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qanadili berkata, kata `Amru bin `Uthman al-Makki, Bertaubat adalah wajib di atas semua dosa dan orang yang melakukan ma`siat, kecil atau besar dosa, tiada bagi seorang keuzuran bagi meninggalkan taubah selepas terjatuh kepada ma`siat, kerana yang melakukan ma`siat keseluruhan Allah berjanji dan tidak gugur daripada mereka itu janji (wa`id), melainkan dengan taubat. Ini adalah maksud yang diterangkan bahawa taubat itu fardhu.
Dengan sanad yang sama di atas, kata `Amru, ``Ketahuilah bahawa setiap apa yang ditohmah oleh hati engkau, atau yang berlari dalam fikiran engkau, atau tergaris pada permukaan hati engkau dari kebaikan atau keburukan atau kejinakan, yang bercahaya, keindahan dan keburukan, terang atau berbayang, nyata atau khayal, Allah menyebutnya Allah Mengetahui lebih  jauh mendahului  daripada yang demikian itu, bahkan Dia lebih Besar, Lebih Tinggi dan Lebih Agung. Tidakkah engkau mendengar akan fitrmanNya yang bermaksud:
``Tiada seumpamanya sesuatu. Dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat`` (Al-Shura: 11).
FirmanNya lagi bermaksud: ``Da tidak beranak dan tidak diperanakkan dan  tidak ada siapa yang setara denganNya .`` (Al-Ikhlas: 3 -4).
Dengan sanad yang sama kata `Amru bin `Uthman, ``Maruah ialah melupakan kesilapan kawan-kawan.``.
Dengan sanad yang sama berkata `Amru:
``Marifat ialah berterusan kasih kepada Allah Ta`ala, berterusan takut kepadaNya berterusan mendepaniNya, berterusan hati mendzikirkannya. Dia adalah ilmu berhubung dengan hati dengan mengurangkan kemahuan dan kehendak, tapi melebihkan kefahaman.
Dan Kata `Amru, bahawa ma`rifat ialah sihat dari segi tawakkal kepada Allah Ta`ala.``
Berkata `Amru, bahawa ri`ayah adalah bersahabat (beserta) engkau pada setiap ahwal seperti di dalam ibadat hinggalah engkau  kembali kepada Allah, demikian juga dengan taqwa.
Berkata Amru, benar dalam wara`adalah kemestian seperti kewajipan sabar di dalam wara`. Makna benar ialah i`tidal dan adil.
Berkata `Amru, ``Ketahuilah bahawa mahabbah termasuk di dalam redha,, tidak ada mahabbah tanpa redha dan tidak ada redha melainkan dengan mahabbah, kerana engkau tidak cinta melainkan kepada perkara yang engkau redha  dan meredhai.``
Tambah `Amru, Al-Raja`termasuk pada mentahqiqkan redha.``
Aku mendengar Muhammad bin Ja`afar al-Baghdadi berkata, ``Aku mendengar Aba `Ali al-Isfahani berkata, aku mendengar  `Amri bin `Uthman al-Makki berkata,
``Tidakku bersahabat dengan seseorang yang lebih memberi manfaat dari segi persahabatan dan melihatnya lebih daripada Abi `Abdillah al-Nabaji.``
Demikian kata-kata dari dua tokoh, iaitu Ahmad bin Nasr al-Zaqqaq  dan `Amri bin `Uthman al-Makki.

Sekian.

February 3, 2017

PENDAPAT MUHAMMAD BIN AL-FADHL AL-BALAKHI


BBB, 05 Jamadil Awwal 1438H. =  02 Februari 2017M. (Khamis):
Tokoh sufi seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah Muhammad bin al-Fadhl al-Balakhi yang nama penuhnya ialah Muhammad bin al-Fadhl bin al-`Abbas bin Hafs* yang kunyahnya ialah Abu `Abdullah berasal dari Balakh, tetapi dia dikeluarkan daripadanya kerana persoalan madzhab dan tinggal di Samarqand dan mati padanya (m. 319H.).
Dia bersahabat dengan Ahmad bin Khudhrawayh dan lain-lain daripada kalangan shaykh-shaykh. Dia adalah setinggi kedudukan shaykh Khurasan. Abu `Uthman al-Hiri amat cenderung kepada ketokohannya berbanding dengan shaykh-shaykh yang lain. Sebagai bukti kata-kata Abu `Uthman daripada riwayat berikut:
``Aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Hiri berkata, aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``
``Kalau ada padaku tenaga, nescaya aku berpindah kepada Muhammad bin al-Fadhl, maka tenteramlah dalaman diriku melihatnya.``
Muhammad bin al-Fadhl mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
Bercakap kepada kami Abu al-Harith `Ali bin al-Qasim al-Khat*t*abi di Marwi  Amla`berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah, Muhammad bin al-Fadhl al-Balakhi al-Zahid al-Sufi di Samarqand, bercakap lepada kami – datang Qutaibah bin Sa`id, bercakap kepada kami Al-Laith bin Sa`ad daripada Sa`id bin Abi Sa`id al-Maqbari daripada bapanya, daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidaklah dari kalangan anbiya` dari seorang nabi melainkan sesungguhnya diberi daripada ayat-ayat yang tidak seumpamanya yang beriman dengannya oleh manusia. Adapun yang  didatangkan wahyu,, maka diwahyukan Allah kepadaku, maka aku harap aku mendapat pengikut yang ramai pada hari kiamat.``
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a., aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Farra` berkata, ``Aku mendengar Aba Bakr bin `Uthman berkata,, Menulis Abu `Uthman al-Hiri kepada Muhammad bin al-Fadhl menyoalnya, ``Apa alamat celaka ?``  Maka katanya, tiga perkara: Iaitu diberi ilmu tapi haram tidak beramal. Diberi  amalam tapi haram dari ikhlas dan diberi  peluang bersahabat dengan para salihin, tetapi tidak menghormati mereka itu.``

Aku mendengar Muhammad bin Husain berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad bin Al-Fadhl berkata,
``Hilang Islam oleh empat, mereka tidak beramal dengan apa yang mereka mengetahui, mereka beramal dengan apa yang mereka tidak tahu, dia tidak belajar sedang  dia tidak tahu dan menegah manusia dari belajar.``
Seterusnya ungkapan-ungkapan  Muhammad bin Al-Fadhl.
``Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, kata Muhammad bin al-Fadhl:
``Manusia paling `arif dengan Allah ialah yang bersangatan mujahadah dengan perintah-perintah Allah. Dan mereka yang menurut Sunnah Nabi s.a.w.
Katanya, kata Muhammad bin al-Fdhl,  ``Dunia ialah perut engkau, maka sekadar mana zuhud engkau dengan perut engkau, sekadar itulah zuhud engkau di dunia.``
Katanya, ``Aku mendengar Muhammad bin al-Fadhl berkata, ``Amat menghairankan daripada orang yang merentasi perlembahan- padang pasir dan gunung ganang bagi meyampaikan ke rumah Allah (Baitullah)dan kawasan Haram. Lebih  menghairankan bagaimana dia tidak dapat merentasi diri dan nafsunya yang boleh menyampaikan ke hatinya, kerana padanya ada kesan-kesan keagungan Ilahi.``
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Enam perkara yang menandakan jahil seseorang:
1)      Marah  tidak menentu                              2) Bercakap perkara yang tidak bermanfaat
3)      Memberi kepada yang bukan tempat   4) Membocorkan rahsia
5)      Percaya kepada semua orang                  6) Dia tidak mengenal kawan dari seterunya.
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Kesilapan orang alim lebih memberi mudarat dari kesengajaan orang jahil.``
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Siapa yang merasa manisnya dengan ilmu, maka dia tidak sabar dengannya.``
Tambahnya, ``Ilmu ada tiga jenis, Ilmu dengan Allah, Ilmu daripada Allah dan ilmu bersama Allah.``
Maka ilmu dengan Allah ialah mengenal sifat-sifat dan nu`utihi.
Ilmu daripada Allah, ialah ilmu zahir dan batin, halal dan haram dan suruh dan tegah pada hukum
Dan ilmu bersama Allah, ialah ilmu tentang takut dan harap, mahabbah dan shauq.
Ditanya Muhammad bin Al-Fadhl, ``Apakah buah shukur ?``, katanya, ``Cinta kepada Allah dan takut daripadaNya.``
Kata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Dzikir lisan adalah kaffarat dan darajat, manakala dzikir hati ialah bertambahan dan berdekatan.``
Kata Muhammad bin Al-Fadhl, `` Muwafakat berasalnya cinta,, asal perhubungan  meninggalkan penekanan, asal faqr mengenali taqsir dan asal kekukuhan di atas kebenaran ialah berterusan faqr kepada Allah.
Demikian pendapat  Muhammad bin Al-Fadhl tentang berbagai perkara.

Sekian.

February 2, 2017

PELBAGAI PENDAPAT ABU MUHAMMAD RUYM BIN AHMAD


BBB,  04 Jamadil-Awwal 1438H. = 01 Februari 2017M. (Rabu):
Susunan tokoh sufi seterusnya yang disenaraikan oleh Abu al-Qasim bin Hawazin di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya ialah Abu Muhammad Ruym bin Ahmad bin Yazid, kunyahnya Abu Muhammad dan dipanggil Ruym bin Ahmad. Dia berasal dari Baghdad  dan merupakan Shaykh Sufi yang penting. Dia adalah faqih menurut madzhab Da`wud al-Isbahani. Dia adalah seorang pembaca Al-Qur`an terkenal.  Muhammad Ruym meninggal (m. 303H.). Ruym mempunyai sanad Hadith kepada Nabi s.a.w.
Dicakapkan kepadaku oleh Ruym bin Ahmad al-Sufi di Baghdad, katanya, bercakap kepada kami Yazid bin Sinan al-Basri, bercakap kepada kami S*afwan bin `Isa, bercakap kepada kami Suyaid Abu Hatim daripada Qatadah daripada Anas bin Malik, bahawa seorang laki-laki melaknat burghuth (ikan) disisi Nabi s.a.w., maka bersabda Nabi, ``Jangan kamu melaknatnya kerana dia menmgejutkan  (menyedarkan) seorang nabi daripada nabi-nabi supaya bangun agar bersolat.``
Berkata Ruym berhubung dengan hakim, katanya, ``
``Menghukum hakim agar meluaskan ke atas saudara-saudaranya tentang hukum hakam dan dia menyempitkan ke atas dirinya dari segi hukum, lantaran kerana wara`.``
Al-Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami berkatra,, aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Aba `Abdullah bin Khafif berkata, aku bertanya Ruym, kataku, ``Wasiat/nasihatkan aku,, maka katanya, ``Perkara ini melibatkan ruh, kalau kemungkinan engkau masuk kepadanya bolehlah, kalau tidak janganlah  melibatkan dalam ketasawufan.``
Berkata Ruym, ``Duduk engkau dengan berbagai lapisan manusia lebih selamat bagi engkau duduk dengan sufi, kerana tiap-tiap perlakuan menurut aturan dan aturan duduk.  Puak ini berbicara tentang hakikat. Mereka menuntut semua makhluk dengan diri mereka semuanya mematuhi zahir shari`at dan menuntut mereka itu dengan hakikat wara` dan berterusan dalam kebenaran di dalam kedudukan mereka dengan keadaan tahqiq mereka agar tidak dicabut iman daripada hati mereka.``
Kalangan sufi ada yang negembara dengan tujuan ibadah dan da`wah. Mereka menjaga adab-adab bernusafir sebagaimana Ruym disoal.
Mendengar Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Aziz bin Shadzan berkata, ``Aku mendengar Ruym disoal tentang adab bermusafir,, maka katanya, ``Jangan melampaui himah dan cita-cita melebihi langkah dan di mana dia singgah itulah tempat ia menetap.``
Mendengar Muhammad berkata, aku mendengar Ruym bin Ahmad berkata,
``Sentiasalah para sufi di dalam kebaikan dengan apa yang mereka capai, tapi apabila dia cuba mengungkapkan dia menempah kemusnahan.``
Berkata Ruym, ``Allah Ta`ala meghaibkan sesuatu dengan sesuatu,  Dia meghaibkan kebencian dengan kelembutanNya, dia meghaibkan keseteruan dengan kelat*ifanNya da dia meghaibkan balasan dengan kemuliaanNya.
Ditanya kepada Ruym, adakah beroleh manfaat anak dari kebaikan dua ibu bapanya ?
Maka katanya, ``Siapa yang tidak bermula dari dirinya, maka tidak memberi manfaat kepada yang lain, bahkan siapa yang tidak berhubung dengan Tuhannya, maka tidak bagi dirinya. Maka dia berpuisi:
Sesungguhnya kayu gaharu tidak berbau, walaupun sedahan
Mengeluarkan bau-bauan dinikmati manusia perlu bakaran
Disoal Ruym tentang ungkapan puisi, maka katanya, Siapa yang mempuisikan tentang dirinya (memuji diri) maka dia adalah perkara batil.
Disoal Ruym tentang hakikat faqr, maka katanya, ``Mengambil sesuatu sebahagian darinya, dan berusaha mensedikitkan dari yang banyak ketika berhajat.``
Tentang menghukum kata Ruym, `Apabila terdapat kenyataan, buat hukumkan secara jelas. Waspada dari segi pendirian. Galakkan dengan tadbir dan peraturan.
Mendengar Al-Husain bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`afar bin Muhammad al-Khawass berkata, aku mendengar Ruym berkata, ``Dengan ikhlas mengangkatkan kelebihan amalan.``
Ditanya Ruym tentang sifat kemaafan, maka katanya, ``Bahawa engkau menerima keuzuran  kawan di atas kesilapan dan jangan bermuamalah hingga menyebabkan berulang kesilapan.``
Mendengar Abu al-Husain al-Farisi berkata, ``Aku mendengar Ibrahim bin Fatik  berkata, berkata Ruym, ``Sabar ialah meninggalkan pengaduan.``
Berkata Ruym, `` Sabar menambahkan taqwa.``
Berkata Ruym, ``Keyakinan adalah bagai mushahadah.``
Berkata Ruym, ``Tawakkal ialah menggugurkan harapan pada bantuan, hanya harapan pada Tuhan.``
Ditanya Ruym tentang mahabbah, maka katanya ialah, muwafaqat di dalam semua hal lalu dia berpuisi:
Kalau dikata bagi sebarang arahan ku dengar dan taat
Aku katakan pada yang mengarah marhaban dan selamat.
Seterusnya bila ditnya tentang shauq, maka katanya,
``Engkau shauq lanjutan dari kesan kasih dan engkau bagai fana menyaksikannya.
Demikianlah pendapat Ruym di dalam kepelbagaian persoalan.

Sekian.

February 1, 2017

ABU `ABDULLAH BIN AL-JALA` : BERBAGAI GAYA UNGKAPAN


BBB,  03  Jamadil-Awwal 1438H. =  31 Januari 2017M. (Selasa):
Nama lengkapnya ialah Abu `Abdullah Ahmad bin Yahya al-Jala`, berasal dari Baghdad. Tinggal di Ramlah dan Damshiq. Dia adalah dari kalangan Shaykh terkenal di Sham, berkesempatan bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi, Dzu al-Nun al-Misri dan  Abu `Ubaid al-Busri. Antara gurunya ialah Muhammad bin Da`wud al-Duqqi.  Dia adalah seorang yang alim lagi wara`.
Adalah dikatakan, ``Bahawa imam sufi adalah tiga dan tiada keempat, iaitu  Al-Junayd al-Baghdadi, Abu `Uthman di Naisaburi dan Abu `Abdullah bin al-Jala` di Sham.
Berkata  Ibn al-Jala` , ``Siapa yang bersamaan padanya puji dan keji, maka dia orang yang zahid. Siapa yang menunaikan kewajipan-kewajipan fadhu pada awal-awal waktu, maka dia adalah orang `abid dan siapa melihat perbuatan-perbuatan keseluruhan  daripada Allah `Azza wa Jalla, maka dialah orang muwahhid, dia tidak melihat melainkan `Wahid`. 
Berkata Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Dimashqi berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Jala` berkata:
``Kebenaran menuntut disertai kekuatan di dalam percakapan dan kekuatan sokongan . Siapa yang berusaha menegakkan kebenaran kadang mengundang bala dengan berbagai ujian. Jauhilah kamu dari menuntut kedudukan sebagai orang penting (besar).``
Dan dengan sanad yang sama di atas berkata, aku mendengar Aba `Abdullah berkata,
``Siapa yang sampai dengan diri ke martabat di atas, maka dia akan jatuh, siapa yang tidak  berebutan, dia kekal dengan kedudukan.``

Dan dengan  sanad yang sama dia berkata, telah menanyanya seorang lelaki, ``Apakah syarat bersahabat dengan makhluk, maka katanya, ``Jika engkau tidak diganggu kedudukan dia tidak menyakitkan dan jika engkau tidak  menyukakannya dia  merosakkan kamu.``
Katanya, berkata Abu `Abdullah,   ``Jangan mempersiakan (merosak) hak saudara engkau, berusahalah bagi mengekalkan mawaddah dan kebenaran, kerana Allah Ta`ala memfardhukan ke atas setiap orang mu`min  hak-hak, maka jangan mempersia-siakan, melainkan orang yang tidak menjaga hak-hak Allah.``
Katanya,  disoal Abu `Abdullah, Bagaimanakah dengan malam-malammu yang mesra ? Maka dijawab  oleh Abu `Abdullah secara berpuisi:
Siapa yang tak bermalam dan kekasih liar hatinya
Tidaklah diketahui bagaimana  debaran dadanya.
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Jaa`far berkata, aku mendengar al-`Abbas bin al-`Is*am berkata, aku mendengar Aba `Abdullah bin al-Jala` berkata,
``Seseorang hamba memerlukan sesuatu yang boleh dia mengenal dengannya sesuatu.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali berkata, berkata seorang lelaki kepada Abi `Abdillah, ``Apa pendapat engkau tentang seorang lelaki yang masuk ke kampung tanpa bekalan ? Dia menjawab, `` Maka ini adalah tindakan rijal Allah `Azza  wa Jalla, Dia berkata, ``Kalau dia mati ? Dia berkata, hukuman dan pampasan terhadap pembunuh !. 
Berkata Abu `Abdullah, ``Perhatian  kamu terhadap rezeki semata-mata boleh melupakankan engkau dari Yang Berkuasa dan engkau mengharapkan kepada makhluk sahaja.``
Kata Abu `Abdullah, ``Perkara yang haqq dicampur dengan yang batil boleh mengeluarkan dari harga kebenaran. Kebenaran seharusnya bersih dari kebatilan.``
Berkata Abu `Abdullah lagi, ``Pengubahan dari yang haqq menyekat dari penujuan jalan yang benar dan tidak aman bagi seseorang bagi penyampaian bagi tujuan. Jangan jadi makhluk  tercari-cari jalan yang betul dan baik. Bahkan jangan jadikan mereka di dalam keadaan z*ann dengan kebenaran, kerana ia boleh terbawa kepada kebatilan. Maka mereka tidak sampai kepada yang dituju dan jangan biarkan mereka di dalam kekeliruan dan tiada jalan penyelesaian dan pencerahan.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Dunia luas meninggi, banyak rahmat  dan kurnia Ilahi. Kiranya  disembunyi dari mereka  kenyataan nescaya kamu hilang kepercayaan.
Berpuisi Abu `Abdullah sebagaimana ungkapan berikut:
Kita ketemui di dalam negeri yang kita bertandang
Mereka mengucap selamat datang dan hormat jiran.
Bermaksud jika kita seorang yang baik, memberi manfaat kepada orag ramai, maka kita dihormati orang dan dengan sifat dan sikap sedemikian, ke mana  pergi dihormati dan diselamat datang, bahkan diberi keselesaan dan dapat hidup scara berjiran.
Berkata, bahawa  Abu `Abdullah disoal tentang kebenaran (Al-Haqq) , maka katanya:  
``Apabila Yang Haqq itu Satu, maka wajiblah yang menuntutNya  terhadap Yang Satu.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Munajat para arifin terhadap Allah, tidak terhadap yang lainNya. Para murid juga  menuju jalan sebagaimana mereka kepadaNya, namun fana mereka di dalam penujuan.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Siapa meninggikan himmahnya terhadap al-kaun ciptaan dia sampai kepada Yang Mencipta al-kaun berkenaan, siapa yang himmahnya tertumpu kepada Yang Haqq, dia –insya Allah sampai kepada yang Haqq. Sesugguhnya Yang Haqq adalah Termulia dan Terunggul dan hilang berdepan denganNya yang syirik.
Demikian ungkapan  Abu `Abdullah di dalam berbagai kategori ungkapan dari yang biasa kepada yang estetik, dari  yang  selapisan kepada yang  intuitif dan falsafah mendalam.

Sekian.