February 14, 2017

UNGKAPAN ABU MUHAMMAD AL-JARIRI SUKAR DIFAHAMI


BBB,  16 Jamadil-Awwal  1438H. = 13 Februari 2017M. (Isnin):
Nama penuhnya ialah Abu Muhammad Ahmad bin Muhammad bin al-Husain al-Jariri, kunyahnya dinisbahkan kepada bapanya, iaitu Abu al-Husain. Menurut  `Abdullah bin Ahmad al-Baghdadi yang dia mendengar dari Abi al-Hasan al-Sibrawani bahawa nama Al-Jariri ialah Al-Hasan bin Muhammad. Menurut Al-Qushairy, bahawa Abu Muhammad al-Hariri ialah daripada ketua-ketua sufi yang bersahabat dengan Al-Junayd dan bersahabat dengan Sahl bin `Abdullah. Dia berkedudukan selepas Al-Junayd. Dia adalah `alim di dalam tasawuf dan tinggi dari segi hal. Dia meninggal tahun (m. 311H.)
Muhammad al-Jariri mempunyai sanad Hadith kepada Rasulillah s.a.w.
Mengkhabarkan kami `Ali bin Muhammad al-Qazwini al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Nas*r  ibn `Ali al-Qazwini, berkata, mengkhabarkan kepada kami Abu Muhammad al-Jariri al-Sufi, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Shakir, bercakap kepada kami Nas*r bin `Ali bercakap kepada kami  `Abd al-A`la berkata, bercakap kepada kami `Ubaidullah bin `Umar daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar berkata, bersabda  Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Apabila menjilat anjing bejana (bekas) salah seorang daripada kamu, maka hendaklah ia membasuhnya tujuh kali, sama ada di awal atau di akhirnya dengan tanah.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Shirazi berkata, ``Aku mendengar Ahmad bin `Ata` al-Rudzbari  berkata, mati al-Jariri, setahun selepas itu aku melalui (selepas setahun), aku dapati dia tersandar duduk dan dua lututnya kepada dadanya dan dia menunjukkan (isyarat satu – Allah) dengan jari telunjuknya.
Aku mendengar Muhammad bin Husain r.h.a. berkata, aku mendengar, Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Jariri berkata, ``Siapa yang dikuasai nafsu dia menjadi tawanan pada hukum syahawat terkepung di dalam penjara hawa nafsu  dan diharam Allah Ta`ala ke atas hatinya sebarang faedah, maka dia tidak dapat mengecapi kalam Haqq Ta`ala dan tidak menghiasinya walaupun banyak dan berulang-ulang sebutan oleh lisannya, kerana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Akan ku palingkan dari ayat-ayatku bagi mereka yang takabbur di bumi dengan tidak haqq.`` ( Al-A`raf:  146).
Dan berkata Al-Jariri, ``Melihat kepada usul dengan menggunakan cabang-cabang, dan membetulkan cabang-cabang dengan membentangkan usul. Tidak ada jalan kepada maqam mushahadah usul melainkan dengan membesarkan apa yang dibesarkan Allah daripada ranting dan dahan.``
Berkata Ahmad bin Muhammad bin Shakir, ``Adalah bersama kami di dalam masjid Ibrahim bin Auza`ah al-Asbahani, maka dia berkata kepada Nas*r bin  `Ali, Wahai Aba `Amrin, jangan bercakap berkenaannya, kerana ianya tidak mempunyai asal. Aku tidak mengetahui adakah ia Hadith atau tidak.
Aku mendengar Aba Nas*r, `Abdullah bin `Ali al-Sarraj berkata, mengkhabarkan daku Abu al-T*ayyib al-Makki, daripada Abi Muhammad al-Jariri berkata: ``Bersegera mendapat ilmu secara tepat adalah wasilah, dan berdiri pada batas kebenaran adalah kejayaan, tidak bergantung pada ilmu terhad adalah pembuka jalan, tidak semua diberi jawapan bagi semua soalan adalah kebijaksanaan, tidak berpegang pada semua dakwaan penceramah adalah pengawasan, takut kehilangan apa yang disampaikan secara fasahah tidak semestinya  dalam kawalan, mendengar  inti yang disampaikan tidak semudah jangkaan, penerimaan semasa talaqqi adalah keberanian dan meluaskan  persoalan semasa berbincang menambahkan kefahaman.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Jariri dia ditanya tentang pembaca-pembaca, maka katanya, ``Dia adalah orang yang menuntut akhirat dan berusaha ke arahnya dengan usahanya dan berpaling dari dunia dan kesebokan dengannya.``
Aku mendengar Aba al-Husain berkata, aku mendengar Aba Muhammad berkata, ``Mendirikan agama, menjaga badan melalui antara tiga perkara, memada, mengawasi dan menjaga. Maka siapa memada dengan Allah eloklah dirinya, siapa yang beringat daripada apa yang ditegah betul perjalanannya, saiapa yang mengawasai apa yang tidak selaras dia menjaga tabiatnya, bersifat memada membuka jalan ma`rifat membawa kepada elok kejadian dan puncak penjagaan  sederhana tabiat.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, ``Puncak himmah bagi orang awam ialah menyoal, dan pemyampaian darjah pertengahan ialah do`a dan dan himmah bagi arifin ialah dzikir.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, Siapa yang menganggap amalan dari amalnya dia menjangka tercapai maksud ia adalah sebaliknya yang dia sesat dari segi jalan, kerana Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Tidaklah menjayakan seseorang oleh amalnya.``
Apa yang tidak sampai apa yang diusaha, bagaimana dia boleh sampai kepada tujuan. Dan siapa yang sah pegangannya kepada kelebihan Allah, inilah yang diharap kepada penyampaian.``
Dengan sanad yang sama kata Abu Muhammad,
``Raja` adalah jalan bagi kezuhudan dan takut ialah jalan kepahlawanan !``
Aku mendengar Ab Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, berkata seorang lelaki kepada Muhammad al-Jariri, ``Aku ,  dan terbuka bagiku hampran di atas hamparan al-uns (Jinak), aku tergelincir dari tempat, maka aku terhijab dari maqamku, bagaimana jalan kepadanya ? Tunjukkan daku untuk menyampaikan kepadanya. Maka menangis Abu Muhammad lantas ia berkata,
``Wahai  saudara, semua hendaklah menurut garisan yang digariskan. Aku berpuisi beberapa bait sebagai  menjawab soalan:
Tetaplah di tempatmu, semuanya kesan-kesan
Menangis yang dikasihi duka dan rindu memendam
Berapa lama engkau berada bertanya-tanya  berita
Daripada ahlinya, kawan dan kalangan sama merasa
Maka dia menjawab kepadaku tinggalkan  hawa
Tinggalkan orang yang didamba dia adalah berjumpa.

Demikian ungkapan Muhammad al-Jariri yang sukar difahami.

Sekian.

February 13, 2017

PENDAPAT `ALI BIN SAHL AL- AS*BAHANI UNTUK DIRENUNGI


BBB, 15 Jamadil-Awwal  1438H. = 12 Februari 2017 (Ahad):
Nama lengkap `Ali bin Sahl al-As*bahani, ialah juga `Ali bin Sahl bin al-Azhar, kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Dia adalah dari kalangan `ulama` sufi terawal di As*bahan. Dia adalah dari kalangan teman Al-Junayd dan berutus surat dengannya. Dia bersahabat dengan Muhammad Yusuf bin Ma`dan  dan menemui Abu Turab al-Nakhshabi.
Kata Al-Qushairy, aku mendengar dari Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata, ``Bersegera pada melakukan ketaatan adalah alamat mendapat taufiq dan mengelak dari berlaku perselisihan,  juga  alamat elok jagaan dan menjaga rahsia juga alamat waspada dari dakwa-dakwa gejala manusia. Siapa yang tidak betul pada peringkat permulaan iradatnya  adalah alamat tidak betul dari segi akibatnya (akhirnya).``
Aku mendengar Muhammad berkata, aku mendengar `Ali berkata,
``Orang yang lalai tidak terkeluar (kelalaiannya) dari ilmu Allah, orang yang mengingati  hidup mereka di dalam rahmat Allah, orang yang arif hidup mereka dalam lutf (kelembutan)  Allah, orang yang benar  mereka hidup mendekati Allah, orang yang cinta (al-muhibbu)  mereka hidup dalam kejinakan (al-uns) Allah  dan shauq kepadaNya.``
Aku mendengar Aba Nasr al-T*usi berkata, aku mendengar Aba Ja`far al-As*bahani berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata:
``Kehadiran  lebih afdhal daripada yakin, kerana kehadiran adalah berjejak pada tempat dan yakin adalah lintasan fikiran.``
Aku mendengar Aba  Nasr berkata, aku mendengar Aba Salmi al-As*fahani berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata,
``Haram ke atas orang yang mengenal Allah berpaling (berubah) kepada sesuatu yang lain daripadaNya.``
Aku mendengar Aba Nas*r berkata,  aku mendengar Aba Sullam berkata, aku mendengar Aba Ja`far al-Haddad berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata,
Daripada waktu Adam hingga berlakunya kiamat, manusia berkata,  ``Hati !, Hati !`` Aku suka kalau ada seorang laki-laki yang dapat menggambarkan kepadaku, ``Apa  itu hati, bagaimana hati ! Maka aku tidak melihatnya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
``Jinak dengan Allah, bahawa engkau liar daripada makhluk, melainkan dari ahli wilayah Allah.  Maka  sesungguhnya jinak dengan ahli wilayah Allah dia adalah jinak dengan Allah.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
Jangan engkau tertipu daya daripada orang yang bersifat `ahmaq` yang banyak berpaling (melayan) dan bersegera memberi jawaban (menunjukkan kepandaian).
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
``Akal bersama ruh keduanya menyeru  kepada akhirat, menyalahi hawa nafsu dan syahawat, maka yang demikian dinamakan ruh.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,  ``Orang yang menggunakan malam-malamnya (ibadat) , ialah menumpukan kepada Allah dari berbagai-bagai aspek.``
Dengan isnad yang sama berkata `Ali,
``Siapa yang hatinya memahami dia mewarisi kandungan dunia dan anak-anaknya, maka siapa yang hatinya jahil dia mengikut keseronokan yang tidak kekal. Maka dia berpuisi:
Semoga aku mati, maka aku dapat istirihat, maka sesungguh
Setiap  ku kata aku mendekatkan  apa yang aku jauh.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Al-Faqih ialah orang yang tidak termasuk di bawah apa yang dinisbahkan  kepadanya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Aku berlindung dengan Allah dan kamu juga dari kesombongan (ghurur) amalan yang elok beserta rosaklah dalaman dari segi asrar.``
Dengan sanad  yang sama berkata `Ali, Al-Tasawwuf ialah membersih dari apa yang lain dan berhias daripada selainnya.
Dari sanad yang sama berkata `Ali, ``Akal dan hawa nafsu bertentangan, penyertaan akal ialah taufiq dan kawan hawa  ialah kehinaan dan `al-nafs` berdiri antara keduanya, mana-mana yang berjaya dia mengalahkan lawannya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Aku mencari bantuan orang kaya, aku dapatinya pada ilmu, aku mencari bantuan dari kemegahan aku dapatinya pada kefaqiran, aku minta bantuan pada kebersihan (sufi) aku dapati dari kezuhudan, aku mencari dari kurang dari gangguan, aku dapati pada diam dan aku minta bantuan dari kerehatan, aku dapati pada pengasingan.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``ku melihat manusia ditawan oleh kebesarn diri dan cakap yang mempesona. Mereka tidak melihat pada diri yang dianggap lebih dan yang bercakap mempesona itu serta pegangan akidah tauhidnya.``
Dengan sanad yang sama, sesungguhnya disoal  `Ali dari hakikat tauhid, maka katanya, ``Dekat dari yang disangka, tetapi jauh dari segi hakikat. Lantas beliau berpuisi:
Aku katakan kepada sahabatku, dia mentari, cahayanya dekat
Tapi untuk mencapainya  begitu jauh dan tak mungkin didapat.

Demikianlah pendapat `Ali bin Sahl Al-As*bahani untuk direnungi.

Sekian.

February 12, 2017

KATA-KATA AHMAD BIN MUHAMMAD BIN MASRUQ


BBB,  14 Jamadil Awwal 1438H. = 11 Februari 2017M. (Sabtu)
Nama lengkapnya ialah Abu al-`Abbas Ahmad bin Muhammad bin Masruq dari ahli T*us dan tinggal di Baghdad. Dia meninggal pada tahun (m. 298H. atau 299H.). Dia bersahabat dengan Al-Harith al-Muhasibi, Sari al-Saqati, Muhammad bin Mansur al-T*usi dan Muhammad Husain  al-Burjulani. Dia adalah tergolong dari kalangan terawal  shaykh-shaykh sufi yang berkedudukan tinggi. Dia dirujuk sebagai Ibn Masruq atau Abu al-`Abbas.
Abu al-`Abbas bin Masruq mempunyai sanad yang berhubung dengan Rasulullah s.a.w. iaitu:
Mengkhabarkan kami oleh Abu Muhammad, `Abdullah bin Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Rahman al-Sha`rani al-Sufi berkata, bercakap kepada kami oleh Abu al-`Abbas, Ahmad bin Muhammad bin Masruq al-T*usi, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Husain al-Burjulani, bercakap kepada kami Ibn Lahi`ah daripada Bakr bin Sawadah daripada Ziyad bin Nu`aim, daripada Warqa` bin `Amrin al-Hadhrami, daripada Ruwaifi` bin Thabit,  daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda, bermaksud: ``Siapa bersalawat ke atasku dan berkata, Allahumma, turunkanlah ke atas Baginda maqam yang terpuji yang mendekatkan di sisi Engkau pada hari kiamat, adalah dia di dalam shafaatku.``
Berkata Ibn Masruq, `` Siapa yang bermuraqabah kepada Allah Ta`ala pada setiap lintasan hatinya Allah memelihara pada setiap gerak anggotanya.``
Kata Ibn Masruq lagi, ``Membesarkan kehormatan orang mu`minin adalah dari kehormatan Allah Ta`ala dan dengannya menyampaikan hamba kepada hakikat taqwa.``
Kata Ibn Masruq lagi, ``Pokok ma`rifat disiram dengan air fikrah dan pokok lalai disiram dengan air  kejahilan.  Pokok taubah disiram dengan air kekesalan dan pokok mahabbah disiram dengan air keselarasan dan muafakat.``
Berkata Ibn Masruq, ``Apabila tamak pada ma`rifat dan tidak berlaku penilaian dari segi peningkatan secara bertahap, maka engkau sebenarnya di dalam kejahilan.``
``Apabila engkau menuntut sebarang kehendak sebelum sahih dari segi taubat, maka engkau di dalam lalai daripada apa yang engkau tuntut.``
``Aku mendengar Yahya bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad bin Nasir berkata, disoal Abu al-`Abbas  bin Masruq, ``Apa itu tawakkal ?`` Maka katanya, ``Pergantungan hati terhadap Allah.``.
Dengan sanad ini juga dia disoal lagi tentang tawakkal, maka katanya, ``Engkau berusaha pada yang bagi engkau dan bukan bagi engkau dan keluar engkau daripada yang bukan bagi engkau kepada yang bagi engkau dengannya.``
Dengan sanad ini juga Abu al-`Abbas bin Masruq ditanya tentang tasawuf, maka katanya, pengosongan rahsia daripada yang tidak dapat tidak daripadanya dan pergantungan pada yang tidak dapat tidak denganNya.``
Dengan sanad yang sama Abu al-`Abbas ditanya mengenai  sima` ruba`iyyat (Pendengaran susunan puisi ruba`iyyat), maka katanya, Adalah hati kita hati yang tidak jinak dari segi ketaatan, mengungkapkannya satu keberatan, ku bimbang kalau kita menganggapnya satu kemudahan (rukhs*ah), maka kita melangkah kepada rukhs*ah. Aku melihat ruba`iyyat adalah bagi mereka yang istiqamah dari segi zahir dan batin, kuat hal dan sempurna ilmu.``
Aku mendengar Abu Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi berkata, ``Aku menyoal Aba al-`Abbas  bin Masruq masalah yang berhubung dengan akal. Maka katanya kepadaku, ``Wahai  Aba Muhammad, brangsiapa yang tidak sampai kepada pencapaian (`akal), daripada akalnya, bagi akalnya, dia binasa dengan akalnya.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu al-`Abbas ``Siapa itu zahid ?`` Maka katanya, ialah yang  dia tidak mmilikinya , pergantungan pada Allah tanpa sebab.``
Berkata Abu al-`Abbas, ``Banyak memandang kepada perkara batil menghilangkan ma`rifat tentang Haqq dari hati.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Orang yang dita`dib Tuhannya, tidak mengalahkannya oleh sesuatu.``
Berkata Abu al-`Abbas, ``Engkau  dalam kepupusan  umur sejak engkau keluar dari perut ibumu.``
Dengan sanad ini berkata Abu al-`Abbas, `` Orang mu`min dikuatkan dengan  dzikir Allah dan orang munafiq dikuatkan dengan makan.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Siapa tahqiq dengan taqwa, kecil baginya segala  rintangan dunia.``
Dengan sanad ini, kata Abu al-`Abbas, ``Engkau membesarkan kehormatan orang mu`minin  adalah dari membesarkan kehormatan Allah Ta`ala dan dengannya menyampaikan seseorang hamba kepada penghayatan hakikat taqwa.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Dengan taqwa tidak seorang  sengaja memanjangkan penglihatan kepada bunga-bunga dunia, dan tidak terfikir dengan hati padanya.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, `` Apa yang ditakuti oleh al-`arif ialah hilangnya kebenaran.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-`Abbas, `` Barang siapa kesukaannya pada bukan yang haqq, maka akan mewarisinya duka, dan barang siap yang jinaknya bukan pada khidmat Allah, sesungguhnya jinaknya,  jinak yang liar !``
Menasyidkan daku  oleh  Al-Husain bin Ahmad bin Musa, berkata, menasyidkan daku Ibn Mukhallad bagi Abi al-`Abbas:
Sebelum ini nafsuku terpaut pada yang keji dan mulia
Aku mengikut apa yang berlaku tanpa kira  bicara
Hinggalah peristiwa pahit menimpa membawa redhaku
Hari-hari berlalu makin menebal  keinsafan itu.

Sekian.  

February 11, 2017

BERPERI KATA ABU `ABDULLAH AL-MAGHRIBI


BBB, 13 Jamadil Awwal 1438H. = 10 Februari 2017 (Juma`at):
Nama penuhnya ialah Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Maghribi, panggilan ringkasnya ialah `Abdullah al-Maghribi. Sebagaimana dinisbahkan namanya kepada `Al-Maghribi` dapat difahamkan tokoh sufi ini berasal dari Maghribi, kawasan di utara Afrika. Dia adalah guru bagi Ibrahim al-Khawass dan Ibrahim bin Shaiban dan murid bagi `Ali bin Razin. Dia dikatakan berumur lanjut sehingga 129 tahun. Mati di atas bukit T*ur Sina dan dikuburkan di situ bersama kubur ustaznya `Ali bin Razin. Dia meninggal pada tahun (m. 279H.), tapi ada mengatakan (m.299H.). Menurut Al-Sulami yang kemudian itu sahih insya Allah sebagaimana juga pendapat Al-Qushairy.
`Abdullah al-Maghribi mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana terdapat di dalam Tabaqat al-Sufiyyah oleh `Abdul Rahman al-Sulami.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin `Abdullah bin `Abdil `Aziz al-T*abari berkata, mengkhabarkan kami Ibrahim bin Shaiban, bercakap kepada kami Abu `Abdullah al-Maghribi, bercakap kepada kami `Amru bin Abi Ghailan, bercakap kepada kami `Abdu al-A`la  Ibn Hammad, bercakap kepada Hammad bin  Salamah daripada Thabit, daripada Anas:
``Bahawa seorang lelaki menziarah saudara lelaki baginya pada sebuah kampung, maka dipertemu Allah dalam  perjalanan dengan pemerintah, tatkala ia sampai kepadanya , dia ditanya, ke mana engkau mau pergi ? Maka katanya aku mau menemui saudara di dalam kampung ini, maka ditanya, Adakah engkau mempunyai warisan kau nikmati darinya ? Maka katanya, `Tidak !`` Lantaran aku cintakannya kerana Allah !  Dia berkata, ``Akulah Rasulullah kepada engkau, bahawasanya Allah mengasihi engkau, sebagaimana engkau mengasihiNya.``
Berkata `Abdullah al-Maghribi,  ``Seafdhal-afdhal amalan ialah menjaga waktu dengan tepat sebagaimana di jadualkan.``
Katanya lagi, Sebesar kehinaan manusia ialah faqir yang membesarkan  orang kaya dan tawadhu` kepadanya. Dan sebesar-besar makhluk dari segi kemuliaan orang kaya yang merendah diri kepada faqir dan menjaga kehormatan mereka itu.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, ``Aku mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, `` Para abdal ialah di Sham, para Nujaba` di Yaman dan para akhyar di `Iraq.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku mendengar Ja`afar berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, ``Faqir semata-mata dari dunia, walaupun tidak melakukan sebarang pekerjaan mempunyai fadhilat-fadhilat, sedzarah daripadanya lebih afdhal daripada mereka yang beribadat dengan bersungguh-sungguh tetapi bersama keduniaan.
Dengan sanad di atas, berkata `Abdullah al-Maghribi, ``Tidak kulihat sesuatu yang menginsafkan daripada dunia,, jikalau engkau mengkhadamkannya dia berkhidmat kepada engkau dan jika kau tinggalkannya, maka dia meninggalkan engkau.``
Mempuisikan Abu al-Farj al-Wart*ani, berkata mempuisikan daku Abu `Ali al-Musil bagi Abi `Abdillah al-Maghribi:
Wahai yang mengira kesalahan lepas  sebagai dosa
Bagaimana mohon keuzuran agar tidak berganda dosa
Janganlah dosaku setiap masa bertambah pula
Ku mohon penghapusan bersih lembaran barmula.

Aku mendengar `Abdullah bin`Ali bin Yahya berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, Ahli al-Khusus bersama Allah Ta`ala tiga  kedudukan.
Kaum yang terkena bala, maka agar tidak berada di dalam kebimbangan mereka diminta bersabar, mereka tidak senang dengan ujian dan tidak tenteram dada mereka dari qadha`.
Kaum yang berada di dalam keadaan keliling dalam suasana maksiat, dia brusaha mempertahankan keluarganya dari pengaruh kelilingan agar mereka sekeluarga selamat.
Kaum yang menerima cabaran keliling bermasalah, tetapi mereka yang insaf sama berusaha mengislahkan keadaan yang hasilnya kebaikan dapat dinikmati oleh semua.
Dan kaum yang dari awal sedar dan mengambil inisiatif mengislahkan masyarakat dari awal sehingga dapat mencegah dari lahirnya gejala masyarakat. Hidup mereka  bermuafakat dan berkat.
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, ``Ada yang mendakwa bersifat `ubudiyyah, tapi ada padanya kepentingan, maka sebenarnya dia dusta dengan dakwaannya. Dakwah sebenarnya tidak ada bersamanya kepentingan, bahkan fana dari tujuan, Ia adalah kerana Allah. Tiada dikaitkan namanya sebagai sebutan atau hiasan. Tiada nama, tiada gelaran. Bercakao tentang ini `Abdullah menangis dan mempuisikan rangkap-rangkap berikut:
Tanpa mendakwa atau mengaitkan nama
Untuk disebut dan disanjung  bersama
Adalah kesedaran demi kerana Allah
Bagi kebaikan agar semua di dalam islah.
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, Fuqara` yang redha mereka ialah kepercayaan-kepercayaan Allah di buminya dan hujjah Allah di tengah sekalian hambaNya. Dengan mereka ter tolaknya bala dari makhluk.``
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, `Faqir yang sebenar mengembalikan segala kepada yang disandar kepadaNya (Allah). Dia Yang Kaya kepadaNya berhajat segala.
Dengan sanad yang sama, murninya fuqara` ini kata Abdullah, ``Mereka  fana  tanpa  tujuan melainkan  kerana Allah dan terbakar oleh  semata cinta kerana Allah.``

Sekian.

February 10, 2017

UNGKAPAN ABU SA`ID AL-KHARRAZ


BBB, 12 Jamadil=Awwal 1438H. =  9 Februari 2017M. (Khamis):
Kalangan sufi seterusnya yang disenaraikan oleh Al-Qushairy ialah Abu Sa`id al-Kharraz. Nama lengkapnya ialah Abu Sa`id bin Ahmad bin `Isa al-Kharraz berasal dari Baghdad. Dia bersahabat dengan Dhu al-Nun al-Misri,  Aba `Abdullah al-Nabaji, Aba `Abdullah al-Bisri. Juga bersahabat dengan Sari al-Saqati dan Bishr al-Harith dan lain daripada mereka itu. Dia meninggal tahun (m. 277H.). Dia adalah imam bagi kaumnya (sufi). Dikatakan dia adalah orang yang terawal bercakap tentang konsep (Ilmu tentang Fana` dan Baqa`).
Dia mempunyai sanad Hadith yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami Abu al-Fath* Yusuf bin `Umar bin Masrur al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami `Ali bin Muhammad al-Misri, bercakap kepada kami Abu Sa`id, Ahmad bin `Isa al-Kharraz al-Baghdadi al-Sufi, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ibrahim al-Ghifari, bercakap kepada kami Jabir bin Sulaim, daripada Yahya bin Sa`id, daripada Muhammad bin Ibrahim daripada `Aishah r. `anha berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.  bermaksud``Keji akhlak tercela dan kejahatan kamu  terburuk bagi kamu dari segi akhlak.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-S*ayyad berkata,, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Aku bermimpi melihat Iblis masa tidur dia melalui pada sudut, maka aku katakan kepadanya, ``Datang, apa hal engkau ?`` Maka katanya aku bekerja untuk kamu, kamu menolakku , aku tidak mengkhianatkan manusia.  Maka kataku apakah yang engkau lakukan di dunia. Tidak lain dari pengkhianatan terhadap manusia. Tatkala ia berpaling dariku,  dia berkata bahawa di kalangan kamu ada yang lemah. Aku berkata, ``Apakah dia ? Katanya bersahabat dengan orang-orang yang terpesona  dan keliru dengan yang `baharu` .
Berkata Abu Sa`id al-Kharraz, aku bersahabat dengan sufi, maka tidak berlaku di kalanganku dan di kalangan antara mereka perselisihan. Berkata mereka itu, mengapa , kerana aku bersama mereka dan bersama diriku.``
Berkata, ditanya Abu Sa`id  tentang `Al-uns`, apakah dia ?` Maka katanya menggembirakan hati dengan mendekati Allah Ta`ala, dan sukacita dengannya, bahagia  dengan ketenangannya, aman bersamanya dengan berbagai tarikan, mendapat keselesaan  dari kelilingnya, dia di dalam cahaya mesra, lembut dan tidak melalui gangguan.``
Abu mendengar Abu Bakar al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Zaqqaq berkata,, ``Adalah Abu Sa`id tidur, dia jaga dan berkata, ``Kamu tulislah daripada apa yang aku  dapat di dalam mimpi, ``Allah Ta`ala menjadikan ilmu sebagai dalil kepadaNya untuk dikenali, Dia menjadikan hikmah sebagai rahmat daripadaNya kepada kamu supaya engkau jinak denganNya. Maka ilmu dalil kepada Allah, ma`arifat menunjukkan kepada Allah, dengan ilmu dicapai maklumat, dengan ma`rifat dicapai  perkara-perkara  ma`ruf, ilmu dengan belajar, ma`rifat dengan ta`arruf,  maka ma`rifat berlaku dengan mencapai kebenaran, ilmu berlaku dengan ta`rif makhluk, kemudian terhasilnya darinya faedah-faedah berterusan.
Bercakap kepada kami oleh Ahmad bin Muhammad bin Ya`kub al-Harawi berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin `At*a` berkata, bercakap kepada kami Abu Salih, berkata, kata Abu  Sa`id al-Kharraz,
``Umpama diri seperti air yang tenang bersih dan jernih, maka jika engkau gerakkannya, maka zahirklah yang dibawahnya yang terselindung, demikianlah diri zahir ketika diuji secara langsung atau scara komplikated. Siapa yang tidak mengenal apa yang ada pada dirinya, bagaimana dia boleh mengenal Tuhannya ?``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengan Aba Muhammad al-Hariri berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata, ``berdasarkan pada makna sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ``Terikat hati kasih terhadap orang yang membuat baik kepadanya``,  Alangkah ajaib bagi siapa yang tidak melihat kebaikan yang dilakukan siapa-siapa, bagaimana dia boleh melihat kebajikan dari Allah kepadanya ?``
Aku mendengar Nas*r bin Abi Qasr berkata, aku mendengar Qasim budak bagi Al-Zaqqaq berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Bakri berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Tiap-tiap yang batin yang menyalahi yang zahir, maka dia adalah batal.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata,, aku mendengar Ahmad bin `Ali al-Kattani berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata, ``Bagi arifin khazanah-khazanah merupakan ilmu-ilmu yang  asing, berita-berita yang anih, mereka bercakap dengan lisan abadi, dan mereka mengkhabarkannya dengan ibarat yang azali.``
Aku mendengar `Ali bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-T*ah*h*an berkata, berkata Abu Sa`id al-Kharraz, ``Cinta mengadu kepada kekasih tentang segala perkara, dia tidak berpisah dengannya oleh sesuatu, dia mengikut kesannya dan mengingati selalu. Dia berpuisi:
Tertanya-tanya tentangnya, adakah sebarang berita ?
Tidakkah terasa ni`mat sejak berita kehadiran mendekat
Kalaulah aku ketahui di mana khemah keluarganya di tegak
Di mana tempat  di mana dia berihat sebelum berangkat
Namun terasa senang berhembus bayu dari  tapak perkhemahan
Disubuh itu aku menunggu tibamu nescaya menghilang rindu.
Demikain ungkapan Abu Sa`id al-Kharraz.

Sekian.

February 9, 2017

PESANAN BERNAS ABU BAKAR AL-WARRAQ


BBB, 11 Jamadil-Awwal 1438H. =  08 Februari 2017M. (Rabu):
Tokoh sufi seterusnya ialah Abu Bakar al-Warraq. Nama penuhnya ialah Muhammad bin `Umar al-Hakim  yang berasal dari Tirmidz dan menetap di Balakh. Dia bertemu dengan Ahmad bin Khadhrawayh dan bersahabat dengannya dan dia juga bersahabat dengan Muhammad bin Sa`ad bin Ibrahim al-Zahid dan Muhammad bin `Umar bin Hushnam al-Balakhi. Dia menghasilkan kitab-kitab terkenal di dalam bidang riyadhat, mu`amalat dan adab.
Abu Bakar mempunyai sanad di dalam riwayat Hadith yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh `Ali bin al-Husain al-Balakhi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Muhammad bin Hatim, bercakap kepada kami Abu Bakar Muhammad bin `Umar al-Warraq al-Balakhi, pada keistimewaan wanita, katanya,  mengkhabarkan kepada kami Abu `Imran, Musa bin H*izam, bercakap kepada kami Abu Usamah, daripada `Umar bin Hamzah, daripada `Abdul Rahman bin Abi Sa`id, daripada Abi Sa`id al-Khudri berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Bahawasanya daripada sebesar-besar amanah di sisi Allah, lelaki yang mencurah rahsia pada perempuannya dan dia (perempuan) mencurahkan rahsia kepada nya (suaminya), kemudian  [tanpa amanah] dia menyebarkan rahsia  isterinya.``
Aku mendengar Shaykh Abu `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Balakhi berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Jikalaulah dikatakan bagi orang tamak, , ``Siapa bapa engkau ? Dia berkata, syak pada yang ditakdirkan. Dan jikalau dikatakan, apakah pekerjaan engkau ?, maka dikatakan, ``Melakukan kehinaan, dan jikalau dikatakan, apakah puncak tujuan engkau ? Maka dikatakan `Larangan`.
Adalah Abu Bakar al-Warraq menegah sahabat-sahabatnya dari bermusafir dan melancung, dan dia berkata, ``Kunci segala keberkatan ialah sabar di tempat kehendak engkau, sehingga sahlah bagi engkau iradat, apabila sahlah iradat berkenaan, maka zahirlah kepada engkau permulaan berkat.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ahmad bin Ya`kub al-Tirmidzi berkata, aku mendengar Aba Dharr al-Tirmidzi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata,
``Manusia ada tiga kategori: `ulama, umara` dan qurra`. Apabila rosak umara` rosaklah sumber kehidupan, apabila rosak `ulama rosaklah ketaatan dan apabila rosaklah qurra` maka rosaklah akhlak.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi, berkata,, aku mendengar Aba Bakr, Ahmad bin Sa`id berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Shukur ni`mat pertanda minat dan menjaga kehormatan.``
Dan aku mendengar dia berkata, aku mendengar Ahmad bin Muzahim berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Bagi hati ada enam perkara, hidup dan mati, sihat dan sakit, jaga dan tidur, hidupnya pertunjukan matinya kesesatan, sihatnya bersih dan jernih, sakitnya keruh dan berkaitan masalah, dan jaganya ingat dan tidurnya lalai.``
Tiap-tiap satu daripada yang demikian ada alamat:
Tanda hidup, gemar, berkemahuan dan bekerja dengan keduanya, dan yang mati di sebalik sedemikian.
Dan alamat  sihat ialah kuat dan lazat dan sakit di sebalik sedemikian.
Dan alamat jaga  dengar dan lihat, dan tidur di sebalik yang demikian.
Katanya, berkata Abu Bakr, ``Sebok berurusan dengan makhluk dan berhias  menjadi sekatan daripada minat, siapa yang tidak mengenal `minat`  tiada mengenal tujuan.``
Katanya, berkata Abu Bakr, `Orang yang berakal, para ikutan dan zuhhad, elok pergaulan jadi teladan, dan yang kasar hendaklah dengan keelokan sabar.``
Setrusnya (dengan mengambil rawi terakhir)
Muhammad bin Hamid berkata, kukatakan kepada Abi Bakr al-Warraq, ``Ajarkan kepadaku sesuatu yang dapat aku mendekati Allah Ta`ala dan yang mendekatkan aku dengan manusia. Maka katanya, ``Adapun yang mendekati engkau kepada Allah, maka mohonlah daripadaNya, adapun yang mendekati engkau kepada manusia tinggalkan perkara yang menyusahkan mereka.``
Berkata Ghaylan al-Samarqandi, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Siapa yang memada bercakap berhubung dengan ilmu tanpa zuhd dan fiqh dia boleh terbawa kepada zindiq, siapa memada dengan zuhd tanpa berfiqh dan ilmu al-kalam boleh terbawa kepada bid`ah, siapa memada dengan fiqh tanpa zuhd dan ilmu al-kalam boleh membawa kepada fasiq. Siapa mahir dalam keseluruhan ilmu berkenaan dia selamat.``
Al-Hasan bin `Alawiyyah berkata, berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Siapa yang betul ma`rifat kelihatan haibat dan digeruni.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Para ulama` selepas nabi,, tiada selepas nubuwwah melainkan hikmah, iaitu hukum-hukum mengenai berbagai perkara dan seawal alamat hikmah panjang diam, dan bercakap menurut kadar hajat.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Alamat orang mu`min ada empat perkara, percakapannya peringatan, diamnya berfikir, pandangannya ibrah dan amalannya kebajikan.``

Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Perselisihan membawa kepada perseteruan dan perseteruan mengundang bala.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Jangan bersahabat dengan yang memuji engkau yang bukan sebenarnya pada diri engkau, apabila dia marah dia mengeji kau dengan yang tiada pada engkau.``
Dan berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Keyakinan cahaya yang menerangkan segala ahwal dan mengangkatkannya kepada darajat yang lebih tinggi.``
Demikianlah pesanan-pesanan bernas Abu Bakar al-Warraq.

Sekian.

February 8, 2017

UNGKAPAN ABU `ABDULLAH MUHAMMAD BIN `ALI AL-TIRMIDZI


BBB, 10 Jamadil Awwal 1438H. =  07 Februari  2017 (Selasa):
Tokoh sufi seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy, ialah Muhamnad bin `Ali al-Tirmidzi dan kunyahnya ialah Abu `Abdullah. Dia adalah dari kalangan shaykh sufi terbesar di Khurasan pada zamannya. Dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi, Amjad bin al-Khudhrawayh, Ibn al-Jala` dan lain dari mereka. Dia juga menghasilkan karangan-karangan yang masyhur. Dia juga banyak menyalin Hadith dan termasuk sebagai rawinya. Contoh Hadith  yang Muhammad `Ali al-Tirmidzi sebagai salah seorang  rawi di dalam sanad Hadith berikut:
``Bercakap kepada kami Al-Qadhi Abu Muhammad, Yahya bin Mansur, berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah Muhammad Ibn `Ali al-Tirmidzi, bercakap kepada kami Muhammad bin Rizam al-Ubulli, bercakap kepada kami Muhammad bin `At*a` al-Hujaimi, bercakap kepada kami Muhammad bin Nas*r  daripada `At*a` bin Abi Rabah, daripada Ibn `Abbas berkata:
``Bertilawah Rasulullah s.a.w. ayat ini bermaksud, ``Wahai Tuhanku , perlihatkan daku, nescaya aku melihat kepada Engkau.`` (Al-A`raf: 143).. Maka berkata, berkata ia wahai Musa, bahawasanya dia tidak melihatku secara hidup, melainkan dia mati, dan tidak yang kering, melainkan bergolek dan tidak yang basah, melainkan pecah. Dan adapun yang melihatku ialah ahlu syurga yang tidak mati penglihatan mereka itu dan tidak rosak jasad mereka  itu.
Disoal Muhammad bin `Ali tentang sifat makhluk, maka dia berkata, ``Lemah lahir dan dakwaan meluas.``
Dan berkata Muhammad bin `Ali, ``Aku tidak mengarang sehuruf daripada tadbirku dan tidak dinisbah kepadaku sesuatu darinya, akan tetapi apabila bersangatan tertekan aku berhibur dengannya (menulis).
Mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, berkata Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi, ``Tidaklah berjaya di sana dengan banyak amalan, adapun kejayaan di sana ialah dengan ikhlas amalan dan mengelokkannya.``
Dengan sanad ini berkata Muhammad bin `Ali, ``Daripada syarat menjadi khadam ialah tawadhuk dan penyerahan.``
Dengan sanad ini juga berkata Muhammad bin `Ali, ``Manusia di dalam mendengar hikmat ada dua:
Yang berakal dan yang bekerja. Maka yang berakal takjub, dia suka dengan  apa yang didengar.  Adapun yang  berkerja berbolak balik seolah hatinya hidup melenggok.``
Dengan isnad ini berkata Muhammad bin `Ali, ``Tiada tanggungan di dunia lebih berat daripada bumi,, kerana bahawasanya siapa yang diberkati dia dipercayai dan siapa yang renggang dia terpisah.
Dan dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, ``Memadalah seorang yang mengalami keaiban menggembirakannya daripada apa yang memudharatkannya.``
Aku mendengar dari Aba al-Husain al-Farisi berkata aku mendengar al-Hasan bin `Ali berkata, aku mendengar Muhammad bin `Ali  al-Tirmidzi berkata, ``Do`a orang mengesakan Allah dengan salawat lima, rahmat ke atas mereka, menyediakan bagi mereka warna-warni bagi tamu bagai sambutan raya, daripada semua suasana dan kelebihan, sesuatu daripada hadiah, menyediakan makanan, minuman  sebagai pengantin bagi muwahhidin.``
(Kandungan ungkapan di atas tidak mencerminkan situasi ketasawufan, tapi diperturunkan lantaran banyak petikan seterusnya berasaskan sanad di atas).
Dengan sanad ini berkata Muhammad bin `Ali, ``Orang berakal ialah mereka yang takut kepada Tuhannya dan muhasabah tentang dirinya.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, ``Siapa yang jahil tentang sifat-sifat kehambaan, maka dia lebih jahil tentang sifat-sifat Ketuhanan.
Dengan sanad yang sama kata Muhammad `Ali, ``Lima jenis kebaikan bagi lima keadaan, kebaikan bagi anak-anak ialah belajar menulis di madrasah, kebaikan bagi pencuri ialah di dalam penjara, kebaikan wanita ialah di rumah,  kebaikan bagi pemuda ialah belajar ilmu, kebaikan bagi yang dewasa ialah di masjid.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, Allah Ta`ala menjamin kepada hambanya rezeki dan memfardhukan kepada mereka bertawakkal.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin`Ali, ``Hakikat cintakan Allah ialah berterusan mesra mendzikiriNya.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, ``Orang mu`min bermanis muka berhati mulia, sedang orang munafik  keruh wajah dan berhati  gundah.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, ``Dunia pengantin raja-raja, cermin para zuhhad, raja-raja menanggung tanggungjawab dipersoal dan para zuhhad memerhati kekejian, maka ditinggalkan,``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali, ``Jadikan muraqabah engkau bagi yang ghaib dari perhatiannya kepada engkau. Dan jadikanlah syukur engkau bagi siapa yang tidak terputus nikmat diterima  dariNya dan jadilah khudhu` engkau bagi siapa yang engkau tidak keluar dari milikNya dan kekuasaanNya.
Dengan sanad yang sama, berkata Muhammad bin `Ali, ``Kawallah hati dengan sempurna takut dan kawallah nafsu dengan sempurna taqwa.``
Dengan sanad ini disoal Muhammad bin `Ali,  ``Adakah orang yang bercakap – seperti berceramah tidak bimbangkan kekejian  akibat ? Katanya sepatutnya dia gerun dan bimbang (dari kesilapan). Selalunya  keluar berguguran percakapan. Perlu ada  persediaan dan saringan persendirian. Ssungguhnya Allah tidak suka kepada perkara yang boleh membawa kepada kekeruhan.
Demikian ungkapan-ungkapan Abu `Abdullah Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi.

Sekian.