November 21, 2018

SOKONG TITAH ARAHAN SULTAN SELANGOR: BAGAIMANA DENGAN DASAR NEGARA ?


SOKONG TITAH ARAHAN SULTAN SELANGOR: BAGAIMANA DENGAN DASAR NEGARA ?
(Fikrah Bangi: 63):
BBB, 13 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 21 November 2018M. (Rabu):
Titah Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Selangor yang merupakan arahan tegas agar semua papantanda jalam dalam dwi-bahasa - Melayu dan Cina agar diturunkan dengan  kadar segera dan diganti dengan bahasa Melayu  adalah disokong sepenuhnya. Sepatutnya ianya bukan sahaja di Shah Alam, bahkan  di seluruh negeri Selangor, bahkan seharusnya dikuatkuasa oleh kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Tindakan adalah dilihat selari dengan dasar negara yang menerima bahawa bahasa rasmi dan kebangsaan  negara ialah bahasa Melayu (Malaysia).
Arahan adalah merupakan sesuatu yang logik, kerana jika dikatakan untuk membolehkan bagi yang tidak memahami bahasa rasmi dan kebangsaan, maka dapat ditanya balik, bahawa bahasa ini dipelajari oleh semua melalui pengajaran di sekolah sejak dari sekolah rendah, menengah dan di pengajian tinggi,m aka hujah tidak memahami itu adalah tidak diterima sama sekali. Seharusnya semua pihak menerima  dasar dan perlembagaan negara.
Kita mempersoalkan bagaimana kerajaan tempatan seperti Shah Alam meluluskan polisi penggunaan dwi-bahasa pada papan-papan tanda bagi Shah Alam tanpa menghiraukan polisi dan dasar negara. Mungkin di dalam perbahasan di dalam Majlis Perbandaran Shah Alam ditimbulkan untuk memberi gambaran terhadap, terutama pelancong-pelancong dari negeri Cina terhadap sifat liberal dan keterbukaan pihak Majlis Perbandaran Shah Alam. Berapa ramai sangatlah  pelancong dari negeri Cina ke Shah Alam ? Kalau berdasarkan hujah mau menarik pelancong, maka bahasa-bahasa yang lain turut  juga mendapat hak diberi  perhatian, umpamna tulisan jawi bagi pelancung  dari Asia Barat. Demikian tulisan Jepun bagi pelancong dari jepun. Hujah-hujah sedemikian adalah remah dan tidak patut menjadi faktor pertimbangan. Sesungguhnya dengan papan tanda yang lebih dari satu bahasa memakan ruang dan tidak ekonomik dan mengganggu pandangan yang sepatutnya ringkas dan jelas.
Kita lebih melihat papan tanda berbahasa Kebangsaan dan Cina ini terhasil dari  desakan bagi menggunakannya bagi melaksanakan polisi liberal dan sama rata di dalam masyarakat yang multirasial. Desakan dari pandangan ini menyebabkan papantanda dwi bahasa ini diluluskan, tanpa mempertimbangkan dasar bahasa Negara yang melihat dan mau memupuk  kesatuan masyarakat melalu penggunaan bahasa kebangsaan yang  semua rakyat di negara ini mempelajari bahasa Kebangsaan.
Apa yang dapat dipersoalkan, apakah ini pertanda sebagai satu daripada tuntutan melalui `retifikasi Icerd` yang sedang hangat diperkatakan kini ? Jika demikian ini merupakan permulaan tuntutan ke arah yang lebih besar pada masa akan datang, bahawa atas nama persamaan danpenghapusan diskriminasi, maka semua bahasa di negara ini berhak menjadi bahasa rasmi, maka dasar pelajaran juga perlu dirubah bagi memenuhi hak dan persamaan bahasa. Tuntutan sedemikian akan melarat kepada kedudukan agama Islam, keistimewaan-keistimewaan yang diperuntukkan kepada bumiputra dan boleh membawa kepada mempersoalkan tentang kedudukan raja-raja dan sebagainya.
Situasi seperti ini jika dibiarkan maka tujuan bagi memupuk persatuan, identiti dan jati diri Malaysia tidak tercapai. Yang akan terhasil ialah kekacauan, pertikaian dan hilang keamanan dan ketenteraman.
Manifestasi tuntutan persamaan bahasa adalah merupakan tuntutan permulaan bagi seperti `ratifikasi ICERD`, jika dibiarkan ianya akan meluas kepada bidang-bidang yang lain. Tindakan Tuanku Sultan Selangor memadamkan elemen Icerd dari peringkat awal ini dapat menyekat dari berlakunya tuntutan-tuntutan yang lain.
Kita berharap tindakan mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan dan rasmi ini diambil perhatian dan  tindakan oleh Kerajaan Pusat. Mutakhir ini kita melihat Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai kehilangan fungsi dan lari dari  tugas dan peranannya. Pihak Kementerian Pendidikan sendiri sebagai tidak mempeduli tentang dasar memperkasakan bahasa dan dibiarkan hanyut begitu sahaja.
Negara perlu jelas dengan dasar bahasa dan perlaksanaannya.
Sekian.

November 20, 2018

MAULID AL-RASUL: SETAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM


MAULID AL-RASUL: SETAHUN PENGGUNAAN MASJID
(Fikrah Bangi: 62):
BBB, 12 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 20 November 2018M. (Selasa):
Kehadiran Maulid al-Rasul pada kali ini mempunyai significant bagi Masjid Al-Umm, kerana pada bulan Maulid al-Rasul 1439/2017 atau lebih tepat pada  Sabtu 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. bersamaan dengan 16 Disember 2017, pertama kali Masjid Al-Umm mengadakan sambutan Maulid al-Rasul di Masjid Al-Umm, iaitu selepas dua hari mendapat CPC pada 14 Disember 2017, berikutan dari itu diadakan solat zohor dan terus solat waktu diadakan berikutnya secara berterusan. Sesungguhnya tidak ada perbincangan secara sengaja sebelumnya untuk mengadakan solat zohor dan solat waktu seterusnya, sebaliknya ianya diambil keputusan secara spontan, iaitu berikutan dari acara sambutan Maulid al-Rasul. Masa itu belum ada sejadah atau carpet secara rasmi di Masjid al-Umm, sebaliknya sejadah dan carpet yang suduh lusuh dibawa dari Surau al-Umm dan digunakan bagi solat-solat waktu seterusnya. Dengan didirikan solat Zohor dan solat-solat waktu seterusnya di Masjid Al-Umm, maka secara spontan solat-solat waktu mulai dihenti dari dilakukan di Surau Al-Umm. Selepas itu sebuah badan kebajikan dari Shah Alam diketuai oleh Ustazah Masni yang turut mengadakan beberapa kali gotong royong membersih masjid telah mewaqafkan sejumlah besar sajadah, Qur`an, rihal, peti wang, dan lain-lain kepada masjid yang digunakan hingga kini.
Kehadiran Maulid al-Rasul pada tahun ini (1440H./2018), kali ini memang dirancang, iaitu dengan mengadakan secara besar-besaran, kerana kehadiran Maulid al-Rasul pada tahun 1440.2018 memberi erti:
a)      Setahun Masjid Al-Umm digunakan
b)      Bersyukur kepada Allah kerana mendapat CCC pada  4 Oktober 2018.
c)       Bersyukur kerana Masjid Al-Umm didaftarkan di JAIS-MAIS pada 10 Oktober 2018.
d)      Bersyukur kerana pada 11 Oktober pihak MAIS mengadakan penyerahan secara simbolik  Masjid yang diterima dari pihak kontrektor  dan menyerahkannya kepada Pengerusi yang mewakili Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid Al-Umm.
e)      Bersyukur kerana pada keesokan harinya, iaitu  Juma`at 12 Oktober 2018=03 Safar 1440 solat Juma`at pertama mulai didirikan di Masjid Al-Umm.
Sempena Maulid al-Rasul pada tahun 1440H./2018 ini, maka pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm telah membincangkan aginda menyambut Maulid al-Rasul di Masjid Al-Umm di dalam mesyuarat bulanannya sejak bulan Ogos 2018 dan minit berkenaannya terus dibincang dan diperhalusi sehingga bulan November, bahkan sebuah Jawatankuasa ditubuh dan  mengadakan dua kali mesyuarat Jawatankuasa Khas menyamut Maulid al-Rasul.  Adalah dicadangkan pada mulanya untuk sambutan ini diadakah pada  Sabtu 16 Rabi`ul-Awwal 1440H. bersamaan 24 November 2018, iaitu dengan mengadakan Forum Maulid al-Rasul dan sempena dengan itu seekor lembu akan disembelih untuk jamuan bagi sambutan.
Sedang kami mencari penyumbang atau sponsor bagi Sambutan Maulid ini, pihak Adun Sungai Ramal menawarkan peruntukan seekor lembu dan biayai untul empat orang bagi forum Maulid al-Rasul, dengfan syarat tarikh sambutan diubah dari  24 November  kepada 22 November, iaitu pada hari Khamis malam Juma`at, kerana pada tarikh ini pihak Adun mempunyai masa. Cadangan tukar tarikh itu diterima oleh pihak Jawatanmkuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Mutakhir pihak Jawatankuasa telah menempah seekor lembu dengan tambahan seekor kambing dari pihak yang mengadakan akikah. Penyembelihan akan dilakukan di rumah sembelih di Pekan Bangi dan dibawa ke masjid pada pagi 22 November itu untuk dilapah dan gotong royong memasak untuk jamuan pada malamnya.
Orang ramai adalah dijemput menyertai  gotong  royong dan sambutan.
Sekian.

November 19, 2018

KONGRES NASIONAL PKR KE 13: PERALIHAN KUASA


KONGRES NASIONAL PKR KE 13: PERALIHAN KUASA
(Fikrah Bangi: 61):
BBB, 11 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 19 November 2018M. (Isnin):
Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Shah Alam sejak dari Khamis (15 November) mencapai puncaknya pada petang Ahad (18 November 2018) dengan pengumuman calon-calon yang menyandang jawatan-jawatan yang dimenangi di dalam pemilihan calon sejak kempen bermula dari 22 September  2018 yang lepas..
Peralihan kuasa yang utama ialah dengan pengunduran Datin Seri Wan Azizah dari jawatan Presiden PKR kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim jam 3.00 petang (18 November).
Menyebut tentang pengorbanan Azizah, menurut Anwar,  dalam ucapan sulungnya``Tiada ungkapan yang setepat dapat diucapkan berhubuing dengan perjuangan yang dilakukan Azizah. Selama dua puluh tahun  dia berjuang (dari 1998) - sedang saya di dalam penjara.Beliau bersama-sama penyokong menubuhkan PKR (4 April 1999). Dia menghadapi jatuh bangun dalam politik. Memenangi 5 kerusi (1999) dan tinggal satu kerusi (2004) – Permatang Pauh. Menghadapi tekanan dan kesukaran dari pihak pemerintah, lantaran sebagai pembangkang yang  dicurigai. Jauh berbeza dengan zaman kemenangan yang dialami kini.
(Berikut dari penarikan diri Azizah, beliau dicadangkan menjawat jawatan Ketua Jawatankuasa Penasihat  PKR).
Merujuk kepada sengitnya pertandingan bagi merebut kerusi terutama Timbalan Presiden Dato` Seri Anwar menyatakan beliau tidak campur tangan dalam pemilihan, khususnya pertandingan antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden. Walau bagaimana beliau tidak senang dengan kekecohan yang berlaku seperti diKedah, Pulau Pinang dan Sabah. Antaranya melibatkan pertelagahan bersifat fizikal, bahkan antaranya menjadi kes polis dan sampai kepada SPRM. Pada peringkat akhirnya berhubung dengan kekecohan di Sabah, beliau campurtangan dan bergembira dengan sikap Rafizi yang menerima keputusan kekalahannya kepada  Azmin. Beliau juga sukacita kedua mereka kembali bersatu ibarat kiambang bertaut dan mengharapkan semua peringkat melupakan kem-kem dan kembali bersatu.
Dato` Seri Anwar mengaku kekecohan antaranya melibatkan kaedah pengundian baru – e undi. Kaedah ini antaranya boleh dimanipulasi dan  ada kaedah boleh menghilangkan maklumat . Beliau berharap ada pendekatan lebih baik yang dapat digunakan pada masa hadapan dengan cara yang lebih efficient.
Menurut Dato` Seri Anwar, selepas campur tangannya dan menerima jawatan sebagai Presiden, selepas ini, tidak ada kompromi lagi bagi yang melakukan kesalahan. Mereka yang boleh disifatkan sebagai barah dalam parti tidak layak dikekalkan dalam parti. Pertambahan ahli, khususnya dalam masa mutakhir  sehingga 400,000 yang menjadikan ahli kini lebih 900,000 tidak menjadikan parti kuat, jika di dalamnya terdapat ahli yang tidak jujur dan menjadikan keahlian dalam parti sebagai tempat mencari kesempatan. Menurutnya kita tidak membezakan antara ahli lama dan baru yang penting ialah yang jujur dan berkualiti.
Dato` Seri Anwar mencadangkan selepas kongres ini perlu diatur kursus keahlian parti dari peringkat tertinggi membawa kepada peringkat grassroot , dari  yang lama dan baharu, semuanya dikehendaki mengikuti kursus keahlian yang dirangka oleh parti.
Dato` Seri Anwar juga mencadangkan apa yang tidak perlu disegerakan tidak perlu dibincangkan contohnya ICERD yang membimbangkan, khususnya masyarakat Melayu dan bumiputra.
Pengumuman perlatikan jawatan antaranya:
Dato` Ahmad Karim –Pengerusi Tetap
Naib Presiden:
Nurul Izzah Anwar, Tien Chua, Xavier Jayakumar dan Zuraidah Kamaruddin.
Antara Jawatankuasa ialah, Abdullah Thani, Amiruddin Sa`ari, Saifuddin Nasution, Elizabith Wong, Gun Peng Wei, Kamaruddin Jaafar,Nik Nazmi bin Ahmad, Sivarasa Rasiah,  dan yang lain lagi.
Sekian.

November 18, 2018

PKR MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH


PKR MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH
(Fikrah Bangi: 61):
BBB,  10 Jamadil-Awwal 1440H. = 18 November 2018M. (Ahad):
Kini, beberapa hari ke hujung minggu hari ini PKR mengadakan Persidangan Agungnya kali ke 13 bertempat di Shah Alam. Ianya puncak dari pemilihan pimpinan diadakan sejak 22 September 2018 yang lepas. Mesyuarat Agung kali ini mempunyai significant yang tersendiri, kerana,
a)       Dengan Mesyuarat Agung ini Wan Azizah Penyandang Presiden PKR meyerahkan jawatan Presiden kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebulat suara sebelumnya.
b)      Anwar merupakan Presiden yang Kedua  yang sebelumnya sebagai Ketua Umum’
c)       Saudara Azmin Ali berganding dengan Anwar Ibrahim mengendalikan kepimpinan PKR’
Sesugguhnya PKR kini berada pada situasi yang mantap sejak penubuhannya 4 April 1999 dan akan menuju kepada lebih  mantap.  Kini PKR adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dalam  PH, ianya mempunyai 50 kerusi dari 113 kerusi (angka ini bertambah dengan kemasukan ahli parlimen yang melompat parti), berbanding dengan Dap yang mempunyai 42 kerusi, sedangkan BP Bersatu hanya 15 kerusi. Ertinya saudara Anwar mempunyai peluang menjadi Perdana Menteri, tanpa ihsan dari mana-mana pihak , tetapi dengan majoriti kerusi PKR.
Kekuatan PKR kerana kekukuhanya dari segi sejarah pembentukannya dan  sifat parti itu sendiri, jika Umno mempunyai kegemilangan sejarah sebagai parti yang berjuang dan menghasilkan kemerdekaan, maka PKR adalah parti yang mendapat simpati dan pembelaan dari rakyat terhadap Anwar yang dianggap teranyaya  akibat dari fitnah yang dihadap terhadapnya. Mata lebam akibat dipukul menjadi lambang bendera PKR dan simbol PKR, bahkan menjadi simbol bagi PH di dalam pilihanraya ke 14 yang lepas. Penubuhan PKR pada  4 April 1999 di Hotel Rennaissance, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Wan Azizah, sedangkan Anwar di dalam penjara mendapat simpati yang tinggi dari rakyat. Penubuhan PKR ialah kerana  membela yang teraniya dan menuntut keadilan. Bayangkan kesiksaan yang dialami  oleh Anwar dan keluarganya lebih dari dua dekad. Semuanya menjadi azimat bagi perjuangan keluarganya dan rakyat yang  mendukung dan membelanya.
Significant seterusnya, bahawa PKR adalah parti yang tidak dinisbahkan kepada kaum seperti Umno bagi Melayu,  MCA bagi Cina dan  MIC bagi India. PKR adalah parti yang berjuang bagi menegakkan keadilan bagi semua kaum tanpa mengira agama dan budaya, agama dan batas-batas yang lain. Dan sememangnya parti itu dianggotai dan dipimpin oleh berbagai-bagai kaum. Kemenangan yang dicapai dalam  Pilihanraya ke 14 juga mencerminkan kepelbagaian kaum. Pendek kata parti ini parti yang bersifat multi-rasial dan  wakil-wakil rakyat yang dipilij adalah bersifat multi-rasial.
PKR adalah merupakan parti yang paling popular di  kalangan  rakyat di negara ini,  lantaran itu ia menjadi rebutan dari kalangan  rakyat untuk menjadi ahli parti itu, bahkan unyo mendapat peluang menjadi pemimpin  melalui PKR. Melalui pemilihan pimpinan dari peringkat akar umbi, berlaku kekecohan, bahkan pertentangan fizikal hingga berlaku report polis. Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa PKR begitu popular di kalangan rakyat, tetapi dari satu segi, mungkin yang tidak faham dengan  sirah dan persejarah parti itu bertindak di luar dari batas-batas akhlak. Sememangnya dilihat bahawa keahlian parti ini kurang ditarbiah dengan  nilai-nilai akhlak sebagaimana berlaku di dalam mesyuarat Agung Pas misalnya,. Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa perpecahan di dalam PKR.
Walau bagaimana kita percaya melalui Mesyuarat Agung ke 14 dan dengan kepimpinan yang baru, PKR akan terus bergerak maju an mejai dan menjadi  kepimpinan utama di dalam pemerintahan.
Sesungguhnya PKR mempunyai masa depan yang cerah.
Sekian.

November 17, 2018

ICERD TIDAK PERLU DI MALAYSIA


ICERD TIDAK PERLU DI MALAYSIA
(Fikrah Bangi:  60),
BBB, 9 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 17 November 2018M. (Sabtu):
Isu ICERD, iaitu peruntukan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Menghapuskan segala diskriminasi  kaum, menarik perhatian banyak pihak termasuk, kalangan ahli politik, pengamal undang-undang, ahli akademik dan orang ramai. Peruntukan adalah salah satu dari ratusan akta PBB yang sebahagian besar telah ditandatangani oleh berbagai negara termasuk oleh Malaysia, kecuali sebahagian kecil daripadanya termasuk ICERD yang belum ditandatangani oleh Malaysia. Perkara ini dibawa ke dalam persidangan atarabangsa di sini baru-baru ini.
Pihak tertentu, termasuk DAP menyokong diritifikasi ICERD ini dengan hujah-hujah tertulis  dikeluarkan.  Perbincangan menarik dianjurkan oleh TV Hijrah (Juma`at malam 16.11.2018) yang membicarakan isu ini dan diperkatakan oleh dua tokoh, iaitu Latifah Koya Pengamal Undang-undang  dan  Prof. Madya Dr.  Sham Rahayu Pensyarah Fakulti Undang-Undang UIAM.
Latifah Koya berpendapat, tidak ada masalah bagi Malaysia untuk menandatanganinya. Isunya ialah `Menghapuskan segala diskriminasi kaum` tidak lebih dari itu dan tidak menjejaskan sebarang peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia. Beliau tidak menghuraikan implikasi yang diakibatkan oleh ICERD terhadap peruntukan, terutama 153 Perlembagaan Malaysia.
Manakala Sham Rahayu melihatnya menggugat peruntukan 153 dari kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputra di Sarawak dan Sabah. Ianya akan menggugat MARA, tanah  reserve Bumiputra, biasiswa, potongan harga rumah dan quota-quota yang lain. Menurut Latifah ICERD tidak menggugat apa yang disebutkan oleh Sham Rahaya. Tetapi  semua perlindungan berkenaan dapat dihapuskan bila perbezaan dapat dihapuskan katakan selepas 30 tahun akan datang. Tetapi menurut Sham Rahayu, tiada jaminan dengan kelulusan ICERD, bahawa penghapusan yang lain di dalam perlembagaan yang dianggap diskriminasi, dihapus  satu persatu. Kita perlu reservasi sebelum perkara ini berlaklu. Perkara-perkara penting sebegini tidak boleh dijadikan bahan ujian.
Latifah Koya tetap dengan pendirian bersetuju dengan ICERD patut diterima dan ditandatangani oleh Malaysia, manakala Sham Rahayu berpendapat apa yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia sudah cukup bagi menjaga  hak-hak terutama bukan bumiputra. Kita hendaklah membina bentuk dan identiti negara Malaysia secara integriti menurut acuan kita sendiri,
Manakala beberapa yang lain seperti Nazri Aziz Bekas Menteri Kabinet yang lalu tidak bersetuju dengan ICERD, bahkan tidak perlu di Malaysia. Perlembagaan telah memberi peruntukan bagi kaum lain, termasuk kebebasan beragama (Star, 16.11.2018: 13).. Manakala Azlina Aziz yang juga  Bekas Menteri Kabinet bagi Kerajaan Barisan Nasional, maukan isu berkenaan ICERD dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.(UM, 16.11.2018: 13).
Pendirian yang lebih tegas dan keras ialah datangnya dari Pas. Sejak isu ini dibincangkan Pas tidak saja membantah, tetapi telah menganjurkan demonstras, termasuk di luar parlimen bersama dengan NGO-NGO membantah ditandatangani ICERD, bahkan menganggap perkara itu (ICERD) tidak perlu. (Sinar, 16.11.2018: 4).
Presiden Pas itu memberi amaran, jika ICERD diterima, maka Pas akan menganjurkan bersama dengan NGO-NGO demonstrasi secara besar-besaran menuntut supaya ICERD jangan ditandatangani.
Kita berharap isu sensitif yang menyentuh kaum, agama, bahasa dan perlembagaan  ini ditangani sebaik mungkin oleh pemerintah. Kita menyokong ICERD tidak diterima dan tidak perlu di Malaysia. Malaysia hendaklah membina tamadun, peradaban dan kemajuan menurut acuannya sendiri.
Sekian.

November 16, 2018

MEMBENTUK JATIDIRI DAN IDENTITI NEGARA: PERTAHAN DAN OLAH PERLEMBAGAAN


MEMBENTUK  JATIDIRI DAN IDENTITI NEGARA: PERTAHAN DAN OLAH PERLEMBAGAAN
(Fikrah Bangi: 59),
BBB,  8 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 16 November 2018M. (Juma`at):
Negara dan warga negara (rakyat), tidak akan henti-henti diserang oleh berbagai-bagai  `Serangan Fikiran` sama ada dari luar dan dari dalam. Semuanya adalah tawaran dan ujian yang sebenarnya, walaupun luarannya kelihatan perfect, tetapi tidak sempurna dari segi amalan. Amerika yang dapat dianggap sebagai juara yang kononnya menjuarai demokrasi, tidak mencermin sifat demokrasinya, sebalik bangkit sebagai kapitalis terbesar dan polis dunia. Negara komunis seperti Cina, tidak berjaya mengamalkan konsep `Comunenya, sebaliknya  wajahnya berubah selepas Mou Tzi Tong dan kini memperlihatkan belangnya, ianya juga kini makin memperlihatkan sifat kapitalis komunisnya yang sekarang sedang berperang dengan Amerika dari segi pengusaan ekonomi dunia. Jepun sebenarnya makin kecil di antara kedua pertarungan ini. Kuasa-kuasa besar seperti ini tidak saja menayangkan kekuasaan ekonomi, tetapi pengaruh yang  meminta kita berada di bayah kemegahan mereka. Kita tidak sepatutnya  `disedut` atau sengaja membiarkan diri berada di bawah mana-mana pengaruh. Kita sepatutnya bangkit dengan membentuk ` Jatidiri dan identiti Negara sendiri. Kita tidak seharusnya merendah diri dan berkiblat ke mana-mana pihak. Kita perlu menyedari kelemahan, memperbaiki dan membina kekuatan dengan jati diri dan identiti sendiri. Kita jangan terpesona dengan ideologi dan falsafah yang muluk-muluk yang dipamer di pasaran terbuka dan kita terpengaruh dengan fatamorgananya yang merupakan sampah dari kesongsangan ideologi berkenaan seperti liberalisme, pluralisme, persamaan agama dan kebebasan beragama, perkahwinan sejenis dan mutakhir ratifikasi ICERD. Ini adalah ujian mutakhir bagi menguji ketahanan jatidiri dan identiti negara yang terbina sejak kemerdekaan. Ini ialah kerana pihak yang membawa masuk `ICERD` ini, melihat bahawa ketika jatidiri dan identiti yang selama ini terbina sedang tercabar hebat, maka inilah peluang yang seharusnya diambil kesempatan.
Kita melihat ketika serangan fikiran ini diajukan, sememangnya tiada lagi pertahanan dari kekuasaan utama cuba memadamkan sekaligus dengan kekuasaan yang ada, sebaliknya yang mempertahankan ialah dari `akar umbi` masyarakat, tetapi tetap mendapat sokongan rakyat. Dan ketika melihat `akar umbi` ini dapat menggemblengkan pendapat banyak yang sukar dilenyapkan, maka barulah pihak establishment baru yang baru mendapat kuasa ini melahirkan pendapat kononnya berdiri bersama rakyat menentang `serangan fikiran` yang sebenarnya berhasrat mau mencabar perlembagaan negara yang menjadi panduan dan pegangan di dalam pemerintahan dan kehidupan masyarakat selama ini.
Di dalam keadaan sekarang bagi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan bangsa Malaysia, bagi mempertahan dan membina jatidiri  dan identiti negara hendaklah mempertahankanPerlembagaan Malaysia. Maksud mempertahan ini, bukan setakat semata-mata mempertahan, tetapi memahaminya melalui pengolahan pakar-pakar perundangan yang berhubung dengan perlembagaan Malaysia. Ianya hendaklah disebarluaskan bagi kefahaman bagi semua pihak baik dari kalangan pemerintah dari setinggi-tingginya membawa kepada orang-orang politik, pentadbir-pentadbir, pegawai-pegawai kerajaan, tokoh-tokoh koporat, kalangan swasta, para `ulama`, pendndidik dari peringkat tertinggi dari universiti-universiti, kolej hingga ke peringkat sekolah, bahkan ianya boleh di bawa ke masjid-masjid, surau-surau dan tempat-tempat ibadat yang lain,  di samping membandingkan pada pengajian masjid-surau  konsep pemerintahan yang diutarakan di dalam  seperti  Al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Al-Mawardi, Al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun dan Fiqh al-Siyasiyyah oleh Al-Qaradhawi.
Perlembagaan Malaysia bukan setakat memahami kandungan semata-mata, tetapi darinya hendaklah dikembangkan bagi membina tamadun dan peradaban yang menjadi jatidiri dan identiti negara. Ianya dapat diolah ke dalam bidang pendidikan, politik pemerintahan, perusahaandan di dalam berbagai bidang ekonomi dan perniagaan, teknologi, beragama, nilai akhlak dan keperibadian. Kelemahan kita selama ini dari bangkit adalah kelemahan kita sendiri. Jika jepun dapat bangkit hanya dalam dua dekat selepas keruntuhan, mengapa kita tidak bangkit berdekad-dekat selepas kemerdekaan ?
Kita perlu bangkit menurut acuan dan keperibadian sendiri. Kita jangan bersifat peniru dan taqlid buta, kita hendaklah bangkit dengan jatidiri  dan identiti sendiri. Kita tidak terlewat untuk bangkit.
Sekian.

November 15, 2018

SERANGAN FIKIRAN: CABARAN DAN JAWAPAN


SERANGAN FIKIRAN: CABARAN DAN JAWAPAN
(Fikrah Bangi: 58),
BBB,  07 R.Awwal 1440H. = 15 November 2018M. (Khamis):
Musuh-musuh Islam secara berjadual terus  menyerang umat Islam, termasuk orang Melayu yang beragama Islam yang  merupakan majoriti penduduk negara Malaysia ini. Tujuan serangan tidak lain dari melemahkan kedudukan Islam dan Melayu dan membolehkan musuh berkenaan menguasai mereka.
DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan  Negeri Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Selangor ketika melancarkan buku  `Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam semalam mengingatkam tentang bahaya  Liberalisme dan Pluralisme terhadap umat Islam-Melayu.
Baginda  dukacita dan menempelak, bahawa antara yang mendukung liberalisme ini adalah pemimpin-pemimpin Islam sendiri. (Sinar, 14 November 2018: 1).
Faham liberalisme dan pluralisme kini dilanjutkan kepada ICERD yang mau mempraktikkan kebebasan dan keadilan bagi semua tanpa memikirkan kesesuaian dan implikasi dari apa yang dituntut yang kedengaran indah dari segi sebutan dan tidak melihat dari segi implikasinya. Kebebasan dan keadilan bukan bererti memberi hak secara sama kepada semua yang boleh membawa kekacauan dari segi nilai dan peraturan. Sebagai contoh mau kebebasan dari segi gender – misalnya menuntut diliberalkan dari segi perkahwinan sejenis, jika dihalalkan dari segi perundangan boleh membawa porak peranda kepada kehidupan kerana melanggar hukum tabi1i yang telah ditentukan oleh agama dan adat budaya. Begitu juga konsep pluralisme yang menuntut kebebasan untuk menganut agama dan bebas untuk berkahwin tanpa menghiraukan aturan agama juga membawa kepada kekacauan dari segi hidup berkeluarga. Demikian dari segi ICERD yang mau menghapuskan kedudukan dan pengenalan kaum, bahkan agama dan melihat semua adalah sama rata dari  hak dan kedudukan. Dalam konteks di Malaysia ianya merupakan penghapusan dari segi rupabangsa dan kedudukan dan semua adalah bertaraf sama. Ini bererti menolak `Ketuanan` hak kaum ,misalnya Melayu dan kedudukan agama Islam, bahkan menolak Perlembagaan Negara ini yang diterima dan dipraktikkan selama ini. Dalam erti kata lain Perlembagaan Negara akan diubah menurut kesesuaian sebagaimana dituntut oleh liberalisme, pliuralisme dan tuntutan ICERD itu sendiri.
Apa yang didefinasikan tentang keadilan sebagai persamaan adalah tidak tepat. Keadilan ialah meletak sesuatu pada tempatnya, Sebagai contoh kepada anggota tubuh badan kita, tiap anggota  ada peranan dan haknya. Peranan dan tugas kaki ialah berjalan. Dia sepatutnya tidak mengambil peranan tangan dan sebagainya, jika sedemikian merosakkan kedudukan. Demikianlah perbandingan. Dalam keluarga ada hak dan keadiklan. Ayah sebagai ketua keluarga dan mengambil perana menjaga nafkah dan keperluan keluarga, demikian ibu ada peranan di dalam keluarga demikian juga dengan anak. Keadaan sedemikian dapat dikiaskan. Misalnya adil bagi perkahwinan adalah berlaku antara seorang lelaki dengan perempuan yang dapat meneruskan tabi` kehidupan dan meneruskan zuriat keturunan. Di dalam kehidupan yang bersifat plural  dan multirasial di negara kita misalnya ada pemimpin yang  ditentu dan dipilih yang seharusnya dipatuhi. Adalah kacau dan huruhara jika semua berpendapat semua layak jadi pemimpin dan mengambilalih kuasa yang dia bukan  pada tempatnya,.
Keadilan meskipun kepada yang berpegang kepada liberalisme, pluralismem bahkan ICERD hendaklah patuh pada peraturan yang ditentukan. Alam mempunyai peraturan ada malam dan siang yang perlu patuh pada peraturan dan jika dilanggar akan binasa. Diri juga ada aturan tabi`i yang ditentukan. Diri perlu makan, minum, tidur bangun dan sebagainya jika dilanggar, maka akan berlaku kerosakan, Demikianlah dengan kehidupan bermasyarakat ada ketua dan pemimpin, ada kalangan pekerja, pegawai, peniaga, pengusaha, buruh, petani dan nelayan. Keadilan bahawa masing-masing menjalankan fungsi masing-masing dan mendapat hak masing-masing, jika tidak akan berlaku kekacauan.
Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan sesuatu itu hendaklah menjalankan peranannya menurut fitrah dan peranan yang ditentukan.
Sekian.