August 7, 2019

BAHASA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA


BAHASA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 309),
BBB: 06 Zulhijjah 1440H. = 07 Ogos 2019M. (Rabu).
Bahasa Malaysia berasaskan bahasa Melayu dilihat sebagai faktor penting di dalam menyatupadukan bangsa Malaysia. Penyatuan ini berlaku dan terlaksana atas beberapa faktor.
1)      Mengaktakan bahasa tersebut, khususnya di dalam pembelajaran dan peperiksaan.
2)      Memberi nilai ekonomi terhadap bahasa tersebut
3)      Penggunaan di dalam media
4)       Majlis formal
5)      Komunikasi  sosial
6)      Berbagai.
Sebagaimana disebutkan, bahawa mengaktakan - bahawa dasar pengajian adalah melalui bahasa Melayu yang dikenal sebagai bahasa Malaysia. Bila semua bidang pendidikan seperti sekolah, kolej, universiti dan berbagai pendidikan  menggunakan bahasa Melayu, maka dengan sendirinya berkembang secara formal dan teratur.  Semua bidang keilmuan diajar dalam bahasa tersebut.  Mereka dikehendaki lulus di dalam peperiksaan  dengan menggunakan bahasa tersebut. Mereka yang hendak menjadi warganegara juga dikehendaki menguasai bahasa tersebut dan lulus. Dengan penggunaan bahasa tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran menghasil dan bertambah ilmu dengan terhasilnya kajian dan penulisan keilmuan buku-buku di dalam bahasa tersebut.
Kesan ketara bagi perkembangan bahasa dan penggunaannya, ialah dengan memberi nilai ekonomi terhadap kebolehan dan kelulusan bahasa tersebut. Misalnya mewajibkan pelajar-pelajar lulus dalam bahasa Melayu bagi mendapat Sijil Pelajaran Malaysia, maka dengan sebab itu bahasa ini dipelajari dengan sungguh-sungguh untuk lulus di dalam peperiksaan. Mewajibkan mereka yang hendak bekerja di dalam saktor kerajaan dan swasta adalah satu cara  meningkatkan kemnampuan berbahasa. Seorang pekerja tidak diterima bekerja tanpa kelulusan kertas bahasa di dalam peperiksaan di dalam SPM. Ianya seharusnya dikuatkuasakan bukan sahaja bagi pekerja di sektor kerajaan tetapi juga di dalam bidang swasta.
Satu lagi kaedah yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu ialah dengan menggunakannya sebagai bahasa di dalam media-media seperti penggunaan di dalam media letronik seperti tv dan radia, internet  dan media cetak. Bahasa ini hendaklah  menjadi bahasa utama dari segi penggunaan. Saluran bagi bahasa lain adalah kurang dan terhad dan semata-mata atas kepentingan.
Penghormatan hendaklah diberikan terhadap bahasa Melayu di dalam majlis-majlis formal. Misalnya mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam parliman sebagaimana diamalkan kini. Bahasa ini juga hendaklah diberi penghormatan dengan menggunakannya di dalam forum , seminar dan persidangan antara bangsa, terutama yang berlaku di dalam negara. Ini sebagaimana digunakan oleh bangsa-bangsa lain di negerinya. Bagi perwakilan luar disediakan terjemahan. Dalam hal ini kita selalu malu dan tidak mau menggunakan bahasa rasmi kita di dalam forum, seminar dan persidangan antara bangsa.
Bangsa Malaysia hendaklah menghormati bahasa sendiri dan megah menggunakannya di dalam hubungan seharian. Suasana in tidak terjadi bagi bahasa Malaysia, setengah pihak bermegah menggunakan bahasa lain sebagai bahasa komunikasi, Ini tidak membantu perkembangan bahasa itu.
Berbagai kaedah lagi penggunaan bahasa Malaysia yang dapat  menyatupadukan rakyat  dan warga negara misalnya, menjadikan bahasa tersebut sebagai media seni  dan sastera yang dapat mengungkapkan taraf seni dan sastera yang tinggi yang dapat meninggikan bahasa tersebut misalnya melalui drama, lakun layar, penghayatan puisi  dan berbagai lagi yang memperlihatkan bahasa tersebut berada pada tahap seni yang tinggi.
Walau apa pun bahasa Melayu kini adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang diguna rakyat dan penggunaan di dalam berbagai bidang yang dapat menyatukan rakyat. Kini tiada rakyat Malaysia yang tidak dapat menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Bahasa Malaysia benar-benar dapat menyatupadukan rakyat negara ini.
Apa yang diharapkan bahasa tersebut harus dipertingkatkan di dalam bidang-bidang keilmuan, formal, komunikasi, teknikal  dan berbagai bidang dan menjadi bahasa dihormati dan dijunjung tinggi.
Sekian.

August 6, 2019

DASAR PELAJARAN MEKANISME PEMBINAAN NEGARA BANGSA


DASAR PELAJARAB NEKANISME PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 308),
BBB:  05 Zulhijjah 1440M. = 06 Ogos 2019M. (Selasa).
Dasar Pelajaran adalah mekanisme penting di dalam membina Negara Bangsa, lantaran melalui Dasar Pelajaran dapat menyatukan keilmuan dan pelajaran yang dapat diikuti oleh warga negara yang menjadikan mereka orang yang berilmu. Melalui Dasar Pelajaran yang menggunakan bahasa  pengantar yang sama dapat menyatupadukan warga negara sesuatu bangsa.
Menjelag kemerdekaan negara, tiada kesatuan dari segi Dasar pelajaran yang diikuti. Aliran utama ialah pengajian pada peringkat menengah dan menengah tinggi (HSC) yang berkiblatkan ke England. Sijil yang diperiksa diberi nilaian pada tahap Cambridge dan (MC) pada peringkat negara. Bahasa digunakan ialah bahasa Inggeris. Mereka yang lulus dengan baik berpeluang menyambung pelajaran misalnya ke universiti di Singapura atau ke England.
Pada peringkat rendah ada sekolah rendah aliran berbahasa Inggeris  yang meningkat kepada HSC, manakala sekolah Melayu bagi bumiputra hanya pada peringkat rendah tertingginya darjah enam. Dengan kelulusan ini mereka layak memohon menjadi guru sekolah rendah setelah melalui latihan perguruan. Peluang-peluang untuk bekerja pada bahagian lain adalah terhad berbanding dengan yang lulus dalam aliran Inggeris.
Di samping aliran berbahasa Inggeris, terdapat sekolah Cina yang mempunyai kurikulumnya tersendiri dan bersifat kecinaan. Sekolah-sekolah ini didirikan oleh komuniti berkenaan bagi kemampuan mereka berbahasa Cina dan berkemampuan membaca, menulis dan mengira. Sekoplah pada peringkat rendah dan menengah didirikan oleh komuniti berkenaan atau oleh merekla yang berada dan mereka sendiri membiayai. Kelulusan mereka berkelayakan untuk bekerja di sektor-sektor perniagaan yang mereka menguasai. Arah pengajian mereka bagi melanjutkan pelajaran ialah seperti ke Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Bagi kaum India yang bekerja di estet-estet dan sebagai buruh jalanraya mereka bersekolah Tamil yang antaranya didirikan oleh pihak estet atau secara persendirian. Kurikulum  adalah terhad pada peringkat rendah dan berorientasikan negara India. Pengajian setakat darjah rendah dan tidak kemana-mana.
Pada peringkat negeri-negeri pula ada aliran agama yang kurikulumnya di sedia dan dikawal oleh pihak jabatan agama negeri.Terdapat pengajian pada peringkat ibtida`i dan thanawi. Pengajian sedemikian adalah menumpukan kepada pengajian agama dan menggunakan bahasa Arab dan juga bahasa Melayu. Mereka yang lulus pada peringkat thanawi layak memohon jadi guru, pegawai agama dan sebagainya.
Selepas kemerdekaan negara, usaha yang penting dilakukan oleh Datuk Abdul Razak bin Hussein yang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Pelajaran. Usaha berkenaan ialah merangka Dasar Pelajaran Negara yang diikuti oleh  pelajar-pelajar menurut aliran kebangsaan. Dasar ini dikenali sebagai Dasar Pelajaran Razak (1956). Dasar ini merangkumi pengajian pada peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.  Bahasa pengantar bagi pengajian ialah bahasa Melayu. Walau bagaimana oleh kerana pengajian  pada peringkat rendah menggunakan bahasa Melayu dan tidaklah sukar mengikuti kurikulum Dasar Pelajaran Razak, tetapi untuk tingkat menengah  menimbulkan masalah, kerana tiada aliran Melayu pada perimng kat menengah, maka ianya menimbulkan kesulitan pada peringkat awal. Kelas menengah Melayu ditumpangkan di sekolah Inggeris sebagai pilot projek. Mereka ditumpang di Cliffod School di Pahang dan di beberapa sekolah lain , manakaa usaha-usaha dilakukan bagi mendirikan Sekolah Menengah Melayu seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, di  Sekolah Dato` Abdul Razak di Seremban dan kemudian di Sekolah Alam Shah di Selangor. Walau bagaimana pada peringkat permulaan pengajian masih bersifat MC berkiblatkan Cambridge. Apabila sekolah-sekolah berkenaan mengikuti pengajian di dalam bahasa Melayu, maka kelulusan   berbahasa Melayu  sukar mendapat peluang menyambung pengajian di universiti seperti diUnversiti Malayan dan lain-lain.
Dari satu pihak walaupun sudah ada Dasar Pelajaran Razak, sekolah-selolah agama negeri-negeri masih mengikut dasar pelajaran agama negeri, juga aliran Cina masih berterusan dan juga  Tamil.
Sedang dari satu pihak tidak adanya pengajian tinggi bagi aliran kebangsaan meneruskan pengajian. Ini menimbulkan desakan ke arah mewujudskan universiti bagi menampung lulusan berkenaan.
Sekian.

August 5, 2019

DASAR EKONOMI TIDAK MEMBANTU PEMBINAAN NEGARA BANGSA


DASAR EKONOMI TIDAK MEMBANTU PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi:  307),
BBB:  04 Zulhijjah 1440H. = 05 Ogos 2019M. (Isnin).
Pada permulaan kemerdekaan, tiada dasar jelas bertujuan membina negara bangsa. Kesebokan pada peringkat permulaan adalah menjaga keamanan negara yang masih dalam ancaman komunis yang masih aktif bergerak di hutan rimba. Dasar Gibb terpaksa dijalankan, iaitu mengasingkan  kelompok-kelompok orang Cina daripada dicerobohi komunis (minta bantuan dan sokongan), iaitu dengan mengasingkan mereka ke kawasan-kawasan terkawal yang dikenali dengan `Kampung Baru`. Banyak kampung  baru yang diwujudkan pada zaman darurat yang kesannya masih terdapat hingga kini. Banyak peruntukan bagi mencegah komunis mendapat pertolongan terutama dari orang-orang Cina terpencil yang menghadapi ugutan jika tidak membantu mereka.
Tiada dasar ekonomi jelas pada peringkat permulaan. Yang jelas pola ekonomi lama adalah diikuti, bahawa orang Melayu dengan ekonomi bertani  dan nelayan di kampung-kampung di luar bandar yang dapat dikatakan ekonomi secukup hidup. Orang India adalah paling miskin, mereka hidup dan bekerja di estet-estet dengan syarikat plantation yang besar-besar seperti Dunlop, Sime Darby, Sigilly dan berbagai lagi. Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai boroh kasar membina jalan raya dan keretapi.
Manakala orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan setengahnya yang kaya menjalankan perusahaan lombong yang mereka dianggap membantu ekonomi negara di samping membantu ekonomi penjajah yang nasih ada. Orang Cina yang berada dikenali dengan golonganb taukey.
Perlantikan kabinet pasd zaman Tunku Abdul Rahman masih berdasarkan pola-pola kaum. Misalnya untuk Menteri Pembangunan Luar bandar yang  ditujukan lebih kepada Melayu adalah menteri Melayu. Misalnya Dato` Abdul Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri yang kemudian diteruskan oleh Ghafar Baba yang identik kementeruian tersebut dengannya. Manakala bagi kementerian buruh dan kerjaraya adalah dari kaum India seperti Manikavasagam membawalah kemudiannya kepada Samy Velu yang agak lama dan identik  dengan kerjaraya. Manaka bidang kewangan diberi tugas kepada taukey seperti Tang Cheng Lok hinggalah kepada Tan Siew Sing yang Menteri Kewangan adalah identik dengan beliau.
Pola ekonomi yang bersifat kaum yang politik juga bersifat kaum, bermaksud parti politik juga bersifat kaum seperti Umno, MCA dan MIC tidak membantu di dalam menyatukan masyarakat bagi membina negara bangsa. Permasalahan ini seperti tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin pada masa itu, sedang rakyat sendiri tidak sedar kerana sudah lali dengan situasi yang diamali oleh mereka sejak zaman penjajahan. Pemnecahan seperti ini lebih menguntungkan penjajah yang memang menggunakan polisi `Devide and Rule` Jika berlaku penyatuan kaum dan kesedaran di kalangan mereka tentulah menyusahkan penjajah.
Jika dilihat kepada pembangunan infrastruktur pada peringkat permulaan tidaklah banyak. Jalan-jalan raya yang menghubngkan negeri-negeri adalah kurang dan rendah mutu. Feri-feri digunakan bagi merentasi sungai-sungai. Tiada kepakaran membina jalan raya. Pada zaman permulaan, jika mau ke Kuala Lumpur misalnya dari Kual;a Terengganu memakan masa dua hari jika tidak banjir. Kemudahan telefon jika kecemasan perlu ke Balai Polis atau pejabat Daerah dan sebagainya. Mempunyai radio adalah dianggap luxury. Pada zaman Tunku diadakah Musabaqah al-Qur`an yang diikuti melalui radia. Satu shiar Islam yang dibina pada zaman Tunku ialah Masjid Negara.
Pembinaan yang jelas pada zaman Tunku ialah membina stadium Merdeka yang Tunku adalah peminat Bola Sepak, juga pembinaan Stadium Negara bagi perhimpunan rasmi. Kuala Lumpur pada masa itu adalah masih sebahagian daripada Selangor. Ia adalah bandar sederhana, masih belum ada PJ. Kawasannya adalah dari Gombak ke Kg. Kerinchi dan ke utaranya Jalan Ipoh dengan Klang masih terasing. Jumlah penduduknya di bawah dari satu juta penduduk.
Bagaimana pun Kuala Lumpur adalah ibu negera dan nadi pembangunan negara meskipun masih belum  jelas dari segi konsep  Pembinaan Negara Bangsa.
Sekian.

August 4, 2019

KEPERLUAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA - PERTAHANAN DAN DASAR LUAR


KEPERLUAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA -  PERTAHANAN DAN DASAR LUAR
Fikrah Bangi: 306),
BBB:  03 Zulhijjah 1`440H. = 04 Ogos 2019M. (Ahad).
Banyak keperluan bagi melengkapkan sebuah negara bangsa. Ianya tidak cukup dengan penerimaan kemerdekaan negara. Ianya memerlukan jaminan bagi penerusan negara berkenaan. Antara yang terpenting negara perlu ada pertahanan yang dapat menjaga negara dari pencerobohan musuh atau anasir dalaman yang menggugat keamanan yang menyebabkan rakyat dalam negara tidak aman. Pada peringkat permulaam negara masih bergantung dengan British. Bahagian pertahanan masih di bawah pegawai dari British, sungguhpun negara sudah mempunyai tentera sendiri. Keadaan negara yang masih belum aman dan masih di dalam keadaan darurat bagi banyak kawasan, sebab itu masih memerlukan lindungan British. Dari segi kerjasama negara pada masa itu merasa lebih dekat dengan Australia – New Zealand di bawah British dari jiran terdekat.
Pada peringkat permulaan perjuangan dan kerjasama kerajaan lebih dekat dengan anggota negara-negara Komanwel dari negara-negara jiran. Bahkan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaya pada masa itu mengambil inisiatif memperjuangkan nasib rakyat Aftika Selatan sebagaimana salah sebuah negara di dalam anggota Komanwel. Tunku memperjuangkan pembelaan terhadap rakyat asal negara itu yang didiskriminasi dengan dasar apartheid.  Tunku dengan lantang memperjuangkan isu ini dalam meeting dengan negara-negara komanwel Kejayaan membasmikan dasar ini yang dipimpin oleh Nelson Mandela dapat dikaitkan juga sebagai kejayaan yang diperjuangkan oleh Tunku.
Kerjasama ketenteraan pada peringkat awal Malaya lebih cenderung kepada kerjasama dengan British, Australia dan New Zealand sebagai negara-negara di bawah pengaruh British. Sebelum perlantikan Agong, rakyat memandang Queen di England sebagai  Queen di negaraini. Apa lagi mata wang negara sebelum dikeluarkan mata wang sendiri, wajah Queen inilah pada mata wang negara.
Sebagaimana pertahanan masih bergantung dengan England dan negara-negara di bawah British, maka demikian dengan dasar luar lebih condong kepada British dan negara-negara komanwel
Negara Malaya pada masa itu, oleh kerana berpengalaman menerima ancaman komunis dan ramai tentera yang terkorban di samping komunis lebih ramai terkorban menyebabkan Malaya pada peringkat permulaan amat anti komunis. Negara-negara komunis walaupun tidak bertentang secara berhadapan, mereka  dan negara mereka seprti Rusia,  China Komunis dan yang sama ideologi dengan mereka adalah sebagai musuh. Bagi rakyat negara ini, kempen dengan menyatakan `Komunis Tidak Bertuhan` sudah cukup bagi rakyat negara ini, khususnya bagi rakyat Islam memusuhi komunis tidak bertuhan.
Usaha pada peringkat awal sebagai keluar dari kepompong British, ialah inisiatif yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman ialah kerjasama dengan negara-negara jiran. Dimaksudkan dengan Thailand, Filipina, Burma, Laos dan Kamboja yang akhirnya tertubuhnya ASA (Association of Southeast Asia) yang akhirnya menjadi lebih mantap dengan nama Asean
Pada zaman Tengku adalah dilihat beliau tidak menghalakan kerjasama  dengan Indonesia, biarpun negara itu paling dekat dan sama serumpun. Beliau tidak mesra dengan Sukarno yang merupakan Presiden Indonesia yang memperjuangkan  Afro-Asia dan kebangkitan Dunia Ketiga. Pimpinan utama bagi Dunia Ketiga ini ialah Sukarno-Nehro, Nasir dan Tito. Sedangkan Malaya dilihat kecil masih berjuang dalam lingkungan negara-negara Komanwel yang bertuankan penjajah. Sekurang-kurangnya masih terjajah dari segi minda.
Pada permulaan zaman Tunku minda negara masih benar-benar belum bebas.
Seklian.

August 3, 2019

PEMBINAAN NEGARA BANGSA


PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 305).
BBB: 02 Zulhijjah 1440H. = 03 Ogos 2019M. (Sabtu).
Kemerdekaan Negara Malaya adalah merupakan proses ke arah pembinaan  negara bangsa. Sebelum kemerdekaan dapatlah dikatakan negeri-negeri Melayu di Semenanjung adalah merupakan negeri-negeri orang Melayu. Kerana kependudukan secara rasmi adalah orang Melayu. Walaupun sudah ada orang-orang bukan Melayu, mereka ini dianggap sebagai pendatang yang di bawah oleh penjajah, bagi kepentingan ekonomi penjajah. Orang India dibawa dari India bagi menjadikan mereka pekerja-pekerja ladang di estet-estet getah bagi di export atau dibawa pulang ke England bagi  kemajuan industri di sana, Orang India juga digunakan sebagai boroh yang bekerja dengan keretapi dan pembinaan jalan raya bagi kemudahan dikeluarkan bahan-bahan ekonomi penjajah. manakala orang Cina yang sebahagian mereka telah datang peringkat awal dan bertambah bagi kepentingan pengeluaran bijih timah yang juga bagi kepentingan penjajah.
Orang Melayu dibiarkan dengan kehidupan dikampung-kampung secara tradisi menanam padi dan juga menanam getah bagi kepentingan penjajah. Mereka adalah dianggap paling mundur dan tidak banyak menymbangkan ekonomi kepada penjajah. Keadaan mereka adalah harmoni dan tidak berlaku konflik, kecuali di kalangan kongsi-kongsi dan penguasa-penguasa bijih. Orang Melayu hidup setia di bawah pemerintahan raja-raja Melayu. Walau bagaimana sebelum kemerdekaan  dan sebelum tercetusnya Malayan Union, keadaan negeri-negeri Melayu agak terpisah dan longgar hubungan antara negeri. Negeri-negeri di Pantai Barat dianggap maju, kerana banyak hasil ekonomi dan ramai pula dengan pekerja-pekerja yang memberi pulangan ekonomi kepada penjajah. Adapun negeri-negeri di Pantai Timurt agak terabai, kerana kurang dari segi hasil mahsul yang dapat dikaut oleh penjajah.
Selepas perang Dunia Kedua, ada beberapa usaha menyatukan negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1948 diusulkan agar negeri-negeri Melayu bersatu di dalam gabungan yang dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penyatuan negeri-negeri berkenaan tidaklah merubah dari segi geografi dan sistem pemerintahan bernegeri. Tiap-tiap negeri, tetap dari segi sempadan masing-masing dengan Raja atau Sultan adalah pemerintah negeri dengan wujudnya pentadbiran tertinggi di negeri yang dikenali dengan Menteri Besar, manakala pada setiap daerah mempunyai ketua yang dikenali dengan pegawai Daerah. Di bawah mereka adalah penghulu-penghulu dan ketua kampung.. Sistem ini berterusan hingga menjelang kemerdekaan, apabila pihak penjajah memperkenalkan satu konsep pemerintahan yang dikenali dengan Malayan Union bertujuan menyatukan neger-negeri dibawah sat penyatuan. Pada masa ini gerakan politik tanahair sedang rancak ke arah menuntut kemerdekaan. Parti-parti politik Melayu atau yang lebih dikenali dengan Umno, menentang Malayan Union. Malayan Union dituduh bertujuan untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu. Lantaran itu Malayan Union ditiadakan akibat dari penentangan berkenaan
Sebagaimana dimaklum melalui rundingan terutama Umno, pihak British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaya pada masa itu atas kerjasama Umno, MCA dan MIC. Satu cara penyelesaian yang dianggap sebagai satu cara menyatupadukan rakyat di negara ini, adalahj disetujui melalui konsep Jos Soli, maka rakyat dari kaum Cina dan India yang bekerja di sini dan tidak berhasrat pulang ke negara asal mereka diberi kerakyatan melalui Jos Soli tersebut. Mereka adalah dari keturunan Cina dan India. Ini adalah merupakan hasil rundingan dengan pihak penjajah dan kerjasama Parti Perikatan yang terkandung di bawahnya MCA dan MIC. Dengan penerimaan kerakyatan ini memperkukuhkan sokongan rakyat terutama kepada Part Perikatan pada masa itu. Langkah ini dapat dikatakan sebagai proses  pembinaan negara Bangsa yang dikenali dengan Malaya Merdeka.
Sekian.

August 2, 2019

SITUASI MENJELANG KEMERDEKAAN


SITUASI MENJELANG KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi:  304),
BBB: 01 Zulhijjah 1440H. 02 Ogos 2019M. (Juma`at).
Sebagaimana disebutkan berikut dari berakhirnya perang Dunia Kedua (!945), banyak negara bergerak dan menuntut kemerdekaan negara. Ada secara, depat disifatkan aman seperti India, ada yang mengangkat senjata menentang penjajah seperti di Indonesia. Malaya pada masa itu juga bergerak ke arah kemerdekaan. Malaya selalu disifatkan menuntut kemerdekaan secara aman, Tetapi tidak secara aman sepenuhnya, kerana dalam masa begarak dan giat dengan tuntutan ada beberapa situasi yang dihadapi negara pada masa itu. Pertama wujudnya gerakan kiri. Mereka disifatkan sebagai komunis dan menentang pemerintah British pada masa itu secara bersenjata. Mereka bergerak secara gorela dari hutan dan dari kalangan penyokong-penyokong mereka. Kawasan `Hitam` terpaksa diisytiharkan darurat, seperti dikawasan antara sempadan Siam dan Malaya (Betung), di sebahagian dari Pahang, Perak, Johor dan lain-lain.  Pertempuran bersenjata sering berlaku seperti `Pereistiwa Bukit Kepong`, di Johor. Kejayaan komunis terbesar,  bahawa mereka berjaya ambush dan membunuh Pesuruhjaya British di Malaya, iaitu  Sir Edward Gent. Kawasan negara terpaksa dikategorikan sebagai `Kawasan Hitam` dan diputihkan sedikit demi sedikit.
Di samping ancaman di atas, kehangatan menuntut kemerdekaan berlaku. Persatuan-persatuan dan parti politik Melayu muncul dan akhirnya bergerak atas nama parti dikenali dengan Umno dipimpin oleh Dato` Onn bin Ja`far seorang bekas wartawan dan tokoh politik dari Johor. Tetapi pimpinan dari Dato` Onn tidak berterusan, kerana beliau meletakkan jawatan dan menubuhkan parti Negara dan tidak mendapat sokongan, kecuali di Kuala Terengganu. Tunku dan barisan kepimpinan Umno termasuk wakil dari MCA dan dari MIC memimpin rombongan ke London merundingkan kemerdekaan Malaya,  Umno disifatkan sebagai golongan nasionalis.  Terdapat satu lagi kekuatan yang berasaskan Islam,. Gerakan Islam ini sama tua dengan Umno. Kegiatan awal Parti Islam ialah bertempat di Perak, khususnya di tempat yang dikenali dengan Gunung Semanggul, tokoh terkenal dari sini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang menubuhkan parti Hizbul Muslimin yang Dato` Onn pernah sifat ``Bahaya Dari Gunung`. Tetapi parti ini diharamkan oleh British. Bagi menggantikan perjuangan keislaman ditubuhkan Pasti  Islam dipimpin  oleh Dr. Burhanuddin Hilmi lulusan Hemoparti dari India. Beliau yang bergerak pada awal dalam PKMM dan pernah merancangkan pengisytiharan kemerdekaan Malaya bersama Indonesia menghadapi tekanan British.
Menjelang kemerdekaan British pernah mengadakan pilihanraya 1955. Dalam pilihanraya ini semua kerusi  (51) diikuasai oleh Parti Perikatan (Umno, MCA dan MIC), hanya satu kerusi dimenangi oleh PSA dari Perak., Sudah ada parti-parti radikan pada masa itu seperti Parti Sosialis dipimpin oleh Bustaman dan Parti Rakyat dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, tetapi masih tidak mendapat sokongan rakyat.
Atas majoriti dan pengaruh besar dari sokongan rakyat, maka Umnolah parti sokongan rakyat yang menjuarai tuntutan kemerdekaan. Tunku dan rombongan ke London memimpin rombongan tuntutan kemerdekaan. Akhirnya persetujuan dicapai dan tarikh kemerdekaan negara Malaya diisytiharkan di Melaka sepulang kepulangan dari London. Melaka dipilih tempat pengisytiharan, kerana Melaka awal dijajah dan tempat perjuangan wira Melayu seperti Hang Tuah dan Tun Perak.
Atas sifat rundingan kemerdekaan secara aman, maka disifatkan kemerdekaan dicapai secara aman pada 31 Ogos 1957, walaupun sebahagian kawasan di negara ini masih kawasan Hitam,. Rundingan pernah diadakan oleh Tunku Abdul Rahman dengan kumpulan Komubis  di Baling yang diketuai komunis ialah Cheng Peng. Namun atas syarat diminta oleh komunis dan kehendak Tunku supaya mereka meletakkan senjata tidak diterima, maka rundingan sebelum kemerdekaan itu adalah gagal dan komunis mereruskan perjuangan dari dalam hutan. Mereka ini lemah dan hilang penentangan kerana tidak disokong rakyat.
Penulis sebagai anak sekolah menengah pada masa itu (Sekolah `Arab Kuala Berang, Terengganu)  berkesempatan mengikuti perkembangan politik tanahair. Misalnya mengikuti ceramah Dr, Burhanuddin Hilmi yang diadakan di Padang berdekatan Pejabat Daerah, Hulu Terengganu dan mempunyai gambar kenang-kenagan semasa menyambut kemerdekaan. Antaranya bergambar dengan kawan-kawan di pintu gerbang dambutan kemerdekaan di Padang Pejabat Daerah di tepi sungai Hulu Sungai Terengganu, di Kuala Berang. Bila berpindah ke Kuala Terengganu (Sekolah Sultan Zainal Abidin), keseronokan ialah mendengar ceramah Dato` Onn dari Parti Negara bersama Gharib Rauf.
Parti Periktan memerintah Negara, tetapi pada pilihanraya 1959 Pas menguasai Terengganu, antaranya ada wakil Parti Ngara dan Dato` Onn berjaya ke Parlimen mewakili Ladang, Kuala Terengganu.
Sekian.

August 1, 2019

WARNA PERJUANGAN KEMERDEKAAN


WARNA PERJUANGAN KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi: 303),
BBB:  29 Zulkaedah 1440H. = 01 Ogos 2019M. (Khamis).
Mulai 1940an lumrah dengan perjuangan kemerdekaan negara di negara-negara dijajah. Sebelum dari itu perjuangan kemerdekaan agak kurang ketara, kerana pada anggapan negara-negara yang dijajah, mereka berpendapat adalah sukar mengalahkan negara-negara yang menjajah mereka, kerana mereka terlalu kuat. Sebarang pemberontakan yang berlaku, mereka mampu memadamnya. Berlainan selepas 1940an, khususnya selepas berlaku peperangan dunia kedua (1940-1945) , mereka menyaksikan sendiri, bahawa negara-negara penjajah yang dianggap kuat itu rupanya dapat dikalahkan. Misalnya British yang berkuasa di beberapa negara di Asia seperti di Malaya, Burma,  India dan tempat-tempat yang lain dapat dikalahkan oleh Jepun , Belanda yang menguasai Indonesia juga dapat dikalahkan oleh Jepun, bahkan Amerika yang menguasai Filipina – selepas Spanyol juga dikalahkan oleh Jepun.  Juga penjajahan-penjajahan yang berlaku di benua-benua yang lain berubah penguasaan.
Biarpun penjajah seperti Jepun  dan German kemudian kalah dan setengah penjajah cuba kembali menjajah di tempat mereka menjajah seperti British kembali ke Malaya – Juga Borneo, Belanda kembali ke Indonesia dan diberbagai tempat lain, tetapi pandangan rakyat dan negara-negara yang dijajah terhadap bekas penjajah mereka sudah berubah. Pandanganm baru, bahawa penjajah dapat dikalahkan, sebab itu mereka yang kembali untuk memerintah perlu ditentang, mereka tidak kuat mana, Kemerdekaan perlu direbut dan pejuang-pejuang sanggup mengangkat senjata melawan `Tuan` yang telah menjajah mereka. Ini ketara berlaku di Indonesia. Belanda sebenarnya negara kecil di Eropah, jauh lebih kecil dari negara Indonesia dan penduduk mereka tidak serama rakyat Indonesia yang dijajah, lantaran itu menimbulkan keberanian untuk rakyat Indonbesia menentang Belanda. Pejuang-pejuang kemedekaan negara seperti Sukarno, Hatta dan tentera  rakyat bangkit mengangkat senjata dengan apa jua jenis senjata. Belanda yang tak sekuat mana mendapat tentengan yang sengit dari rakyat. Perjuangan berterusan sehingga Bangsa Bersatu campur tangan . Belanda  terpaksa keluar dari Indonesia secara hina dan Indonesia secara bermaruah mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.
Di Malaya British juga tidak diterima secara tangan terbuka bagi kembali menjajah Malaya,.  Pada peringkat akhir kekalahan Jepun di Malaya ada usaha memperjuangkan kemerdekaan.
Antaranya ada usaha untuk mencapai kemerdejkaan bersama Indonesia. Misalnya usaha ini dilakukan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), antaranya diketua oleh Dr. Burhanuddin Hilmi.  Tetapi bila kemerdekaan diisytiharkan oleh Indonesia, Malaya ketinggalan dan tidak  bersama mengisytiharkan kemerdekaan dan mereka terpaksa berdepan British yang kembali memerintah.
Dalam tempoh transisi ada yang mengambil kesempatan `Bintang Tiga`  bermaharaja lela dan banyak melakukan pembunuhan terhadap mereka yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka dapat dipadam oleh British.
Ada kumpulan kiri yang menentang kepulangan British, tapi tidak mampu menentang secara berdepan, kerana kelengkapan senjata Britidh, mereka berundur dan berjuang secara gorela di dalam hutan. Mereka ini dikenali sebagai komunis. Antara pimpinan ialah Cheng Pen dan pengikut-pengikut dan kumpulan gerakan kiri Melayu antaranya dikenal oleh Rashid Maidin, Musa Muhammmad, Shamsiah Faqih dan lain-lain. Mereka dikenali sebagai golongan kiri dan berjuang secara bersenjata antaranya dari hutan rimba.
Satu golongan lagi kumpulan yang bergerak secara organisasi dan menentang British antaranya menentang Malayan Union – Gagasan British bagi Malaya. Dari berbagai-bagai organisasi ini membentuk kesatuan antaranya melahirkan Umno sebagai komponan paling penting. Dari tentangan terhadap Malayan Union melahirkan gerakan politik menuntut kemerdekaan.
Perjuanganm kemerdekaan tanahair ada yang berbentuk radikal dan ada yang berjuang secara desakan dan keamanan.
Sekian.