August 19, 2019

FAKTOR PENYATUPADUKAN RAKYAT


FAKTOR  PENYATUPADUKAN RAKYAT
(Fikrah Bangi: 321`):
BBB: 18 Zulhijjah 1440H. = 19 Ogos 2019M. (Isnin).
Faktor penyatu masyarakat yang berkesan antaranya ialah pendidikan, sambutan hari-hari bersejarah, perayaan, sukan dan beberapa yang lain.
Pendidikan adalah dilihat faktor penting di dalam menyatukan masyarakat. Amalan pendidikan pada asalnya bukanlah berobjektif bagi menyatukan masyarakat, tetapi ialah bagi menyampaikan ilmu kepada yang dididik dan mengekalkan tradisi warisan. Kesedaran pendidikan berlaku adalah bersamaan kesedaran keilmuan yang timbul. Misalnya kesedaran kepada keperluan membaca bagi mengetahui ajaran dan keilmuan Islam menggerakkan masyarakat Islam yang mula-mula mempelajari tulisan jawi sejak akhir abad ke 13M lagi yang berlaku di Terengganu. Sejak dari itu pembelajaran keilmuan , terutama keilmuan Islam berlaku sejak akhir abad ke 13M, lagi Sejak dari itu tradisi pengajian Al-Qur`an adalah menjadi asas pengajian yang disertai dengan pengfajian tajwid, aqidah, fiqh dan berbagai-bagai lagi. Ini berkembang ke seluruh alam Melayu selari dengan perkkembangan Islam di Alam Melayu. Abdullah Munshi dalam Hikayat Pelayaran Abdullah pada pertengahan abad ke 19 menyebut tentang pengajian lumrah di Terengganu berasaskan Al-Qur`an.
Inggeris apabila datang menjajah Tanah Melayu, merasa perlu diajar asas mengeja, membaca dan mengira kepada penduduk asal di negara ini, maka diwujudkan sekolah pada akhir abad ke 19 diikuti dengan wujudnya Maktab Perguruan di Tanjung Malim bagi mengeluarkan guru-guru sekolah Melayu, manakala sekolah elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK – 1925) untuk anak-anak raja dan anak-anak pegawai elit. Dapatlah dikatakan sistem pendidikan awal ini merupakan sistem teratur pada peringkat awal yang diwujudkan oleh British yang bertujuan bagi memudahkan tadbiran dan komunikasi British dengan rakyat tempatan, tetapi secara tidak langsung ianya menjadi faktor penyatu rakyat di Tanah Melayu pada peringkat permulaan.
Di samping wujud pendidikan awal secara formal yang diwujudkan British seperti sekolah  Melayu dan Inggeris yang diperluaskan di negara ini pada zaman pemerintahan British wujud pendidikan yang diasaskan oleh kaum, bagi meneruskan warisan kaum berkenaan dan tidak menjadi dasar pendidikan negara. Misalnya orang Cina yang datang pada peringkat awal bekerja di lombong-lombong di Selangor, Perak dan yang berada di Pulau Piunang  bagi menjaga tradisi warisan Cina yang dibawa dari negara Cina, maka diwujudkan sekolah asas Cina secara bersendirisan. Sudah tentulah yang diajar ialah mengeja, menulis dan mengira menurut tradisi Cina dan tidak pernah menjadi tradisi pengajian peringkat  negeri  atau negara. Tradisi ini dikatakan sudah mencapai usia 200 tahun (The Star, 18 Ogos 2019). Keadaan yang sama berlaku terhadap kaum India yang bekerja di estet-estet. Bagi mengatasi buta huruf di kalangan mereka, maka diadakan oleh pihak estet dan persendirian diadakah sekolah-sekolah Tamil dalam keadaan yang daif. Tetapi sebagaimana pendidikan Cina, demikianlah pendidikan Tamil tidak pernah dikira sebagai pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah kaum-kaum ini adalah diadakan di dalam skala kecil, lantaran bilangan penduduk berkenaan adalah kecil berasaskan tempat mereka tertumpu seperti di lombong-lombong dan peken-pekan yang mulai tumbuh. Walaupun selepas British mewujudkan pengajian kepada anak-anak elit dan sekolah-sekolah aliran Melayu di samping sekolah-sekolah Inggeris, sekolah Cina yang diasas secara persendirian dan sekolah Tamil di estet-ertet tidak pernah dikira sebagai satu aliran pendidikan kebangsaan.
Usaha ke arah mewujudkan dasar Pelajaran Kebangsaan hanya berlaku menjelang kemerdekaan. Rakyat berasal dari negeri Cina dan India yang dikira sebagai pendatang tidak diiktiraf sebagai rakyat asal negara ini.  Sebagai kompromi dan kerjasama antara kaum, maka melalui Dasar Jos Soli, maka pendatang ke negara ini terutama orang Cina dan India diberi peluang mendapat kerakyatan negara ini. Walau bagaimana pendidikan tradisi mereka yang dibawa dari negara asal mereka tidak pernah diiktiraf sebagai aliran atau dasar pendidikan negara.
Dasar pendidikan kebangsaan adalah dirangka melalui Penyata Razak (1956) yang menjadi asas bagi pendidikan negara yang dipraktik dan diperluaskan hingga kini. Dasar ini menyatukan pendidikan dan rakyat negara ini, terutama melalui Dasar Bahasa Kebangsaan – Bahasa Melayu yang menyatupadukan rakyat negara ini.
Sekian.

August 18, 2019

HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN


HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM PELBAGAIAN
(Fikrah Bangi: 320),
BBB:17 Zulhijjah 1440H. – 18 Ogos 2019M/ (Ahad).
Sebagaimana di dalam ruang landskap terdapat kepelbagaian bentuk muka bumi sebagai tapak landskap dan juga terdapat kepelbagaian tumbuhan dari yang tinggi kepada yang rendah, dari yang besar dan kecil, demikian terdapat berbagai objeks yang terbangun di dalam ruang sama ada binaan , batu batan dan sebagainya, maka semuanya dilihat sebagai satu kesatuan yang mengharmonikan.
Demikianlah melihat negara sebagai sebuah landskap ianya terdiri dari kepelbagaian dari muka bumi dan kepelbagaian dari penghuninya yang dapat dilihat dari kepelbagaian kaum, sebagaimana yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung. Terdapat juga kepelbagaian taraf hidup mereka dari petani dan nelayan yang dikira berada pada tahap miskin, pengusaha ladang, penanam pokok buah-buahan, penternak, terdapat mereka yang berniaga secara kecil-kecilan, manakala di bandar lebih banyak perbezaan. Misalnya ada yang begitu kaya, manakala terdapat mereka yang terlalu miskin. Ada yang bekerja di pejabat, ada di firma-firma, di kilang-kilang dan sebagai boroh yang membanting tulang.
Walaupun kepelbagaian antara satu sama lain perlu memerlui dan bergantunfgan antara satu sama lain. Pengusaha ladang tidak dapat memakmurkan ladang tanpa ada boroh-boroh yang bekerja, demikian firma-firma perlu profesional yang dapat menggerak dan memajukan firma berkenaan. Kesebokan lalu lintas memerlukan pemandu-pemandu yang membawa penumpang-penumpang. Institusi pendidikan memerlukan pelajar-pelajar yang bakal dididik menjadi mereka yang terpelajar dan berguna kepada bangsa dan negara.
Semua kegiatan yang berada pada landskap  dari  berbagai keperluan dan kelengkapan pada dasarnya adalah sesuatu yang harmoni yang merupakan kesatuan dalam kepelbagaian.
Sebagaimana dikatakan kewujudan ruang landskap boleh tumbuh dan berkembang secara liar dan tidak terjaga, maka ibarat ruang landskap sebagai sebuah negara, bagi menjadikannya teratur, maka ianya memerlukan kepada arkitek  dan seni  taman yang diatur dengan baik.

Dimaksudkan bagi membina negara sebagai ruang landskap yang maju dan baik memerlukan pimpinan yang berwibawa yang mempunyai kelayakan bagi memimpin dan mengatur negara. Pimpinan memerlukan pasukan kabinet yang berwibawa dan berkelayakan di dalam bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan.
Sememangnya sifat kepelbagaian rakyat yang terdiri dari miskin dan kaya, tetapi pimpinan hendaklah berusaha agar semua rakyat mendapat pembelaan. Generasi muda diberi pelajaram, mereka diberi peluang mendapat pekerjaan yang memberi faedah kepada diri dan negara. Mereka dipastikan mendapat gaji yang mencukupi. Untuk diri dan keluarga. Mereka berhak dan hendaklah diberi peluang mendapat rumah sebagai tempat perlindungan, Pemerintah hendaklah menggerakkan keperluan ekonomi negara  menjadi negara yang maju.
Sekiranya pemerintah dapat mengatur pemerintahan secara baik, setiap orang mendapat peluang mendapat sumber pendapatan Semua merasa nikmat di dalam negara, maka sesungguhnya negara mencapai kemajuan dan rakyat dari pelbagai kaum bersatu dan dapat hidup di dalam masyarakat secara harmoni.
Sekian.

August 17, 2019

LANDSKAP BUDAYA NEGARA


LANDSKAP BUDAYA  NEGARA
(Fikrah Bangi: 319),
BBB: 16 Zulhijjah 1440H. = 17 Ogos 2019M. (Sabtu).
Sesuatu yang diterima sebagai budaya, adalah sesuatu yang mantap dan indah. Berbaju melayu selengkap dengan bersamping dan bertanjak diterima sebagai pakaian budaya Melayu bagi lelaki   yang mencerminkan sebagai identiti seorang lelaki Melayu yang berjati diri Melayu. Ianya pakaian yang berstatus dan tidak dipakai sembarangan. Dipakai dalam majlis dan acara khusus.
Menyebut landskap Budaya Negara, ianya menggambarkan kedudukan budaya yang bertaraf negara dan dianggap indah. Ianya adalah sebagai realiti budaya negara yang menjadi identiti negara yang dimegahkan.
Sebagaimana sebuah landskap yang berada di dalam suatu kawasan yang muka buminya tidak semestinya rata, sebaliknya mungkin mempunyai tanah tinggi, berbukit, mempunyai lembah, anak sungai, dengan pohon-pohon yang subur dan indah. Landskap sedemikian ditambah indah dengan usaha tambahan dari pengjaganya. Misalnya dengan memotong tanah pada bahagian yang perlu dipotong, membuat denai dan jalan yang boleh dilalui, ditambah dengan tanaman-tanaman hiasan yang menambahkan kecantikan ruang dan pandangan. Pada akhir ruang landskap berkenaan menjadi menarik dan menjadi tempat yang suka dikunjungi, bahkan menjadi tempat yang menarik kehadiran bagi merehatkan minda dan melapangkan jiwa.
Landskap Budaya Negara, adalah tamsilan yang melihat budaya menyeluruh negara adalah sebagai sesuatu yang indah. Budaya negara dari segi alamiahnya adalah cantik. Ianya bergunung ganang, mempunyai hutan tebal, ada  sungai dan adalah lembah dan ada muara ke laut. Di dada bumi negara dihuni oleh penduduk luar bandar yang terdiri dari kampung-kampung yang penduduknya bertani, menanam kelapa sawit , getah dan berbagai tanaman. Mereka juga mengeluarkan hasil hutan dan ternakan, termasuk di sungai. Selain dari kampung-kampung terdapat pekan-pekan yang didiami oleh penghuni dari kaum-kaum yang lebih ramai, ada pusat pentadbiran ada kawasan perniagaan dan perusahaan. Rakyat mengusahakan berbagai kegiatan ekonomi. Pekan-pekan ini mempunyai jalan-jalan yang menghubungkan kawasan pekan dengan bandar-bandar. Bandar menjadi pusat pentadbiran. Kawasan-kawasan dikenali dengan bandar dan ibu negeri yang menjadi pusat pentadbiran dan di sini berpusat pemerintahan negeri. Negeri-negeri berkenaan berpusatkan pemerintahan Pusat yang dikenali sebagai Pusat pemerintahan.
Dari segi penduduk ada rakyat yang miskin yang biasanya berada di luar bandar, manakala di bandar dikira sebagai pusat kegiatan ekonomi. Terdapat di sini berbagai-bagai perusahaan. Di pusat ini terdapat status sosial masyarakat, di mana terdapat kalangan orang politrik yang memerintah, terdapat kalangan pentadbir, pengusaha-pengusaha, orang kaya dan berada, terdapatr rakyat dari kalangan menengah yang mendiami kawasan mewah. Di samping itu terdapat rakyat biasa, tinggal di rumah-rumah pangsa yang agak susah dan berjuabfg bagi mendapat rezeki kehidupan. Manakala kalangan anak-anak berlumba menperbaiki diri dengan mendapat pengajian terbaik bagi mendapat jaminan bahawa dengan berpelajaran, mereka mendapat peluang bekerja secara lebih baik. Pendek kata Lanskap Budaya Negara adalah ruang lingkup negara yang dihuni rakyat dari berbagai kaum dan berbagai taraf kehidupan bagi survival kehidupan.  Landskap Budaya Negara ini dilihat dari mata budaya dan seni  sebenarnya adalah indah. Ia mencerminkan wajah dan imej kehidupan rakyat dan warga  yang menjadi identiti bagi mereka dan negara.
Dengan beranalogi, bahawa ruang lanskap boleh diperbaiki dengan pengindahan  muka bumi, penambahan dengan pokok-pokok hiasan, ditambah dengan jalan-jalan, bahkan disempurnakan landskap berkenaan secara kreatif sehingga menjadi menarik dan disenangi dan dikunjungi, demikianlah secara analogi pihak pentadbir, yakni kerajaan dan pemerintah negara dan negeri tidak sepatutnya berdiam diri, sebaliknya  terus memperbaiki  segala yang berhubungan dengan  landskap negera, terutama dari segi manusia dan rakyat dan segala infra-struktur berkenaan agar terutama rakyat yang menjadi faktor landskap utama negara diberi segala kemudahan yang menggerakkan mereka menjadi maju.
Dengan demikian Lanskap Budaya Negara menjadi indah, maju dan menarik, bahkan disenangi.
Sekian.

August 16, 2019

ADAT, ADAB DAN AKHLAK


ADAT, ADAB DAN AKHLAK
(Fikrah Bangi: 318),
BBB:  15 Zulhijjah 1440H. = 16 Ogos 2019 (Juma`at).
Katiga-tiga perkara di ats adalah merupakan elemen pendidikan yang berjalan serentak ke atas individu dan masyarakat. Ketiga-tiga ada perbezaan yang melengkapkan. Adat sebagaimana telah diperkatakan ialah merupakan nilai yang baik yang dipupuk di dalam masyarakat dan diamalkan dalam masyarakat. Contoh selain dari gotong royong ialah adat mencapai kesepakatan melalui syura. Misalnya bagi melantik seorang ketua kampung, bahkan melantik kabinet menteri pada zaman moden. Manakala `Adab`, ialah peraturan nilai yang juga dilihat baik dari segi agama dan nilai dan diamalkan di tengah masyarakat. Misalnya menghormati ibu bapa, orang tua, pemimpin dan sebagainya. Adab ini terpupuk di dalam kehidupan melalui didikan ibu bapa, masyarakat. Perlakuan beradab adalah dipuji, sebaliknya `Tidak Beradab` adalah dikeji. Dari didikan dan nilai yang baik yang berlaku di dalam masyarakat ini dijadi contoh tauladan oleh individu dalam masyarakat dan cuba diamalkan. Manakala sifat tidak beradab adalah dijauhi.. Manakala `Akhlak` ialah nilai perlakuan yang dilihat lebih tinggi dari adab. Seorang tidak beradab dilihat tidak selari dengan amalan murni, dia dilihat sebagai tidak wajar. Tetapi akhlak adalah nilai yang lebih tinggi yang diukur dengan baik dan buruk. Siapa yang melakukankannya (tidak berakhlak) sekurang-kurangnya dihukum dari segi sosial. Misalnya seorang berpakaian tidak menurut akhlak dan menjolok mata, dikecam. Walau macam mana ia bukan sampai pada tahap yang disifatkan sebagai jenayah yang boleh diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa, Perbutana `Mencuri` misalnya telah melangar adat yang melihat mencuri adalah kesalahan dan bertentangan dari segi adat. Ia juga dilihat tidak beradab dan tidak berakhlak.
Baik adat, adab dan akhlak adalah nilai baik yang dipupuk di tengah masyarakat. Pihak yang melakukan didikan berkenaan ialah ibu bapa, guru institusi agam,a, seperti imam, dan amalan ibadat yang dilakukan, aturan-aturan sosial yang diamalkan di tengah masyarakat. Pada peringkat  mengawal masyarakat agar tidak melampaui tindakan sehingga bercanggah dengan akhlak, ialah undang-undang dan penguatkuasa. Mereka yang melanggar nilai yang lebih dari akhlak seperti melakukan curi, rasuah dan sebagainya menghadapi hukuman dari segi agama yang perbuatan dikutuk dan dikira `Berdosa`, manakala dari hukum perundangan mereka yang mencuri atau melakukan perbuatan rasuah ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah. Ia mungkin di penjara sebagai balasan terhadap jenayah yang dilakukan.
Lapisan-lapisan nilai berkenaan perlu dihidupkan di tengah masyarakat seperti  di dalam berperlakuan, bahkan diajar secara langsung terhapa anak-anak baik pada peringkat tadika, sekolah rendah, bahkan hingga kepada pengajian tinggi, bahkan nilai yang harus dilalui bagi keseluruhan hidup dan masyarakat itu sendiri. Semua adalah mekanisme bagi membentuk nilai masyarakat yang baik. Nilai-nilai ini walaupun dilihat bukan sebagai didikan formal seperti mempelajari keilmuan secara langsung misalnya belajar ekonomi, sains dan  perundangan, tetapi masyarakat menerima, walau bagaimana hebat pencapaian seseorang di dalam bidang akademik atau berjaya di dalam bidang ekonomi, tetap jika ia tidak menjaga di dalam bidang akhlak dan melebihi daripada itu misalnya rterlibat di dalam perlakuan jenayah. Misalnya:
Seorang pemimpin ternyata terlibat di dalam rasuah.
Seorang ekonomis menipu dari segi urusan kewangan
Seorang doktor melakukan skandel seks dengan pegawai wanitanya dan
Seorang peguam terlibat di dalam pembunuhan.
Jika semuanya sabit dengan kesalahan mereka. Mereka dipandang rendah, dipecat dari jawatan, bahkan dihukum penjara.
Sebab itu nilai adat, adab dan akhlak adalah penting. Perlu  dididik selari dengan bidang-bidang yang lain. Selain ianya dilihat sebagai didikan secara tidak langsung perlu dizahirkan di dalam pendidikan formal, supaya masyarakat dididik dengan baik dan cemerlang di dalam semua bidang. Dengan demikian masyarakat dinentuk secara  berilmu dan berperadaban.
Sekian.

August 15, 2019

ADAT CIRI BUDAYA MASYARAKAT


ADAT CIRI BUDAYA MASYARAKAT
(Fikrah Bangi: 317),
BBB: 14 Zulhijjah 1440H. = 15 Ogos 2019M. (Khamis).
Adat adalah salah satu ciri  yang menjadi identiti bagi sesuatu kaum. Adat ialah amalan yang diulang kerana kebaikannya. Akhirnya menjadi amalan baikyang dilakukan oleh kelompok atau kaum. Sebagai contohnya kerja gotong royong di dalam masyarakat dianggap satu kebaikan, kerana ianya dapat membantu kerja-kerja yang dianggap berat dan memerlukan tenaga yang ramai. Sebagai contoh gotong royong bagi menuai padi yang sudah masak misalnya, maka dengan gotong royong padi dapat dituai dengan segara dengan tenaga yang ramai dan mengelak dari rosak dari kerana lama masa dan kerana tidak cukup tenaga menuainya. Amalan seperti ini dianggap baik, maka kerja gotong royong menjadi adat bagi kaum tani di kampung-kampung. Adat murni ini diwarisi.
Adat gotong royong seperti ini bukan setakat menuai padi, tetapi juga dilakukan bagi kerja-kerja yang lain seperti membina rumah, kerja-kerja kahwin, kematian dan sebagainya. Gotong royong dianggap baik, bahkan sebagai ciri nilai budaya yang indah di dalam kehidupan masyarakat harmoni, tidak bersifat individualis. Ciri yang baik ini diikuti dalam kerja-kerja amal di dalam kehidupan moden. Misalnya gotong royong yang dianjurkan oleh misalnya oleh ketua masyarakat atau bandaraya bagi membersih sesuatu kawasan. Gotong royong yang dianjur oleh wakil rakyat bagi membina rumah orang miskin dari kalangan asnaf dengan peruntukan yang disediakan oleh wakil rakyat. Gotong royong bagi memasak bagi mangsa banjir, ribut dan berbagai-bagai kemalangan. Pendek kata gotong royong adalah adat dan amalan yang baik yang asalnya dari kerja amal dikampung-kampung, maka ianya diwarisi dan sesuai diamalkan oleh masyarakat sama ada di kampung maupun di bandar.
Banyak perkara adat yang menjadi ciri kehidupan masyarakat. Pemupukan nilai adat yang antaranya diperkukuhkan dengan nilai  agama, berlaku kepada seorang individu dari masa kecil hingga ke mati. Ini dapat dilihat.
Seorang ibu yang mengandung seorang bayi dilarang dari menganiaya binatang, takut `kenang` yang tujuannya baik supaya seseorang itu bersifat rahmat dan kasihan belas, termasuk kepada ibu, tidak bersifat kasar.
Bila anak dilahirkan, maka ianya diazan ditelinga bagi anak lelaki dan iqamah bagi anak perempuan agar kata-kata awal yang didengar sianak ialah dari kalimat-kalimat suci. Berkat darinya diharap ianya menjadi anak yang baik. Anak juga ditahniq, sebaiknya oleh seorang guru atau orang alim, dengan harapan anak bakal menjadi anak yang terdidik dan baik. Dalam tempoh seminggu sebagai tanda kesyukuran, maka diaqiqahkan anak tersebut, tanda kesyukuran. Jika anak lelaki disembelih 2 ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor, dimasak sedikit rasa manis dan dijamukan kepada masyarakat dan jiran tetangga. Imam atau Tuan Guru akan mendoakan keselamatan dan mengharap anak menjadi anak yang baik, rajin belajar dan memberi manfaat kepada ibu bapa dan mesyarakat.
Masa kecil anak didididik oleh ibu bapa dan keluarga dengfan nilai-nilai yang baik, Misalnya bila hendak makan  dengan tangan kanan dan dimulai dengan bismillah. Ada juga bacaan ketika hendak tidur dan bangun.. Anak terus diajar oleh ibu bapa dan keluarga bercakap. Sebelum menghantar anak ke rumah guru atau sekolah, ibu bapa tekun mengajar anak mengenal huruf, membaca muqaddam dan huruf jawi dan rumi, diajar mengira dan mengeja. Anak-anak dari kecil diajar adat membuang air kecil dan besar. Menjaga kebersihan, makan makanan sihat, cari berpakaian dan cara bergaul dan bermain sesama anak-anak. Segalanya adalah di dalam suasana kasih sayang.
Bersambung ...
Sekian.

August 14, 2019

MAKANAN SEBAGAI ASPEK BUDAYA


MAKANAN  SEBAGAI ASPEK BUDAYA
(Fikrah Bang:  316),
BBB: 1`3 Zulhijjah 1440H. = 14 Ogos 2019M. (Rabu).
Salah satu aspek  yang menjadi bahan budaya di dalam kehidupan manusia ialah makanan.. Untuk hidup manusia memerlukan makanan. Makanan pada asalnya didapatkan oleh manusia yang masih belum mempunyai hubungan dengan luar, ialah dengan mendapatkan atau menanamkan hasil tanaman makanan dari apa yang ada disekelilingnya. Misalnya dari berbagai jenis ubi yang ada disekeliling kawasan kehidupan. Menanamkannya  bila mereka lebih maju misalnya dengan menanam padi, jagung dan berbagai jenis bahan makanan – termasuklah berbagai-bagai buah-buahan yang boleh di dapati di sekeliling kawasan kehidupan. Mereka juga menangkap ikan dan bila bertambah maju mereka juga menternak seperti kambing, lembu dan berbagai-bagai lagi.. Cara mereka menghasilkan makanan dan memakannya adalah merupakan budaya permakanan mereka. Misalnya mereka mulai pandai memasak seperti ubi, beras dan lauk paut.  Antaranya dengan membakar ikan, menyalai daging yang mereka menternak dan berburu. Budaya makanan ini bukan saja jenis-jenis makanan yang mereka dapati dan hasilkan, termasuklah peralatan dan kaedah menghasilkan makanan dan tanaman.
Dalam era yang lebih maju dan berlaku perhubungan dengan luar dan berlaku pertukaran bahan makanan atau sudah ada kaedah berjual beli atau berniaga, maka cara hidup bertambah maju dan makanan yang tidak dapat dihasilkan setempat, dibawa dari luar, atau makanan dari sini dihantar ke luar bagi mendapat pertukaran bahan dan mungkin  wang untuk berjual beli dan berniaga. Barang-barang dari luar dibawa masuk misalnya gandum yang tidak dapat ditanam di Malaysia di bawa masuk dari luar dan beras pula dijual ke luar bagi yang mempunyai kelebihan beras.
Kini kehidupan bertambah moden. Pekerja-pekerja mendapat upah atau gaji dan  berbagai barang dibawa dari luar melalui pengangkutan yang lebih canggih dan cepat. Kini segala barang makanan dari luar dibawa ke sini dan sebaliknya. Kemampuan mendapat berbagai barangan terpulang kepada kemampuan seseorang untuk membeli. Kini limau yang ditanam di Australia atau di Mesir boleh didapat di pasaran. Demikian miusalnya seorang boleh membeli buah kurma dari Timuir Tengah dalam keadaan yang masih fresh. Demikian dengan anggur,  buah zaiton,  zabid dan sebagainya boleh didapati.
Selain dari pengaruh permakanan dari luar dan boleh didapati bagi mereka yang berkemampuan, makanan yang dianggap  baik dan mengenyangkan mempengaruhi cara makanan setempat. Misalnya nasi lemak yang asalnya adalah merupakan makanan asal Melayu, sudah diterima dan menjadi makanan umum, bahkan bukan lagi sebagai makanan waktu pagi, tetapi sepanjang hari. Roti canai yang dianggap dari India atau hasil dari  orang India, kini sudah menjadi makanan yang diterima umum bagi masyarakat dan tidak lagi dimakan waktu pagi. Demikian lagi dengan makanan yong tau foo yang asalnya makanan orang Cina sudah diterima menjadi makanan orang ramai.
Pengaruh makanan juga ada yang dibawa atau dari pengaruh luar negeri, Misalnya tom yam dari Thailand sudah menjadi sebahagaian menu makanan rakyat di Malaysia, Steak dari barat juga menjadi makanan setempat. Sate dulu berasal dari Jawa kini menjadi popular sebagai makanan rakyat.
Makanan setempat juga menjadi popular d tengah masyarakat. Misalnya nasi dagang dari Terengganu menjadi makanan popular bagi berbagai tempat, Nasi kandar dari Penang berkembang dan popular diberbagai tempat. Demikian dengan laksa Johor, dodol Kelantan,  Demikianlah dengan berbagai makanan yang lain. Mskanan juga dikaitkan dengan hariraya, misalnya lemang dan rendang bagi hariraya orang Islam. Demikian dengan perayaan kaum lain ada jenis makanan yang identik dengan perayaan mereka.
Makanan sesungguhnya menjadi sebahagian dari budaya  masyarakat. Kepelbagaian makanan adalah kepelbagaian cita rasa masyarakat. Makanan adalah daya tarikan masyarakat. Sebab itu sering diadakan pesta makanan, juadah Ramadhan yang dapat menarik masyarakat. Ia adalah warna budaya masyarakat.
Sekian.

August 13, 2019

PAKAIAN BUKAN SEKADAR KEPERLUAN


PAKAIAN BUKAN SEKADAR KEPERLUAN

(Frikrah  Bangi: 315),

BBB: 12 Zulhijjah 1440H. = 13 Ogos 201`9M. (Selasa).

Salah satu aspek yang mencirikan budaya ialah pakaian. Pakaian adalah merupalam salah satu keperluan bagi manusia. Tujuan asalnya ialah bagi melindungi diri daripada bahaya seperti melindungi diri dari kesejukan, juga daripada ancaman serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Berpakaian juga dengan tujuan menjaga maruah. Individu atau masyarakat merasa malu jika tubuh badan , apa lagi kemaluan dari terdedah kepada pandangan umum. Perasaan malu ini berlaku bukan saja kepada masyarakat umum, tetapi juga kepada masyarakat primitif seperti orang asli. Mereka menutup kemaluan dengan daun atau kulit agar tidqk terdedah kepada pandangan.

 Evolusi berpakaian terus berlaku sehingga mereka tahu menggfunakan benang dan menenun pakaian. Cara berpakaian adalah berbeza antara satu tempat dari tempat yang lain. Ia bergantung kepada cuaca dan bahan-bahan yang ada. Antara meterial yang terkenal ialah benang yang dibuat dari kapas atau yang lain yang ditenun. Atau dibuat dari bulu binatang. Misalnya bulu biri-biri. Bagi kawasan yang sejuk cuacanya. Misalnya bagi orang eskimo mereka menggunakan pakaian dari bulu binatang, kerana ianya boleh menahan diri dari kesejukan.  Bagi orang Arab yang hidup dalam cuaca yang panas, maka mereka menggunakan baju darpada kain yang tidak panas. Demikian bagi orang Melayu yang bercuaca tropikal menggunakan pakaian dari cotton dan kini berbagai nama yang sesuai dijadikan pakaian sesuai dengan keadaan dan cuaca setempat.


Dari berbagai cuaca menghasilkan berbagai jenis pakaian yang sesuai dengan cuaca setempat  yang mencirikan berbagai budaya pakaian yang menjadi identiti setempat yang berlainan budaya pakaian. Misalnya orang Melayu ber kain dan berbaju melayu dalam masa kebiasaan. Orang Arab dengan jubahnya, orang India dengan kain pelikat dengan baju pendeknya, orang Cina dengan baju manderin dan chemgsam dan sebagainya. Dengan demikian menghasilkan berbagai budaya berpakaian.

Bagi setiap kaum ada pakaian budaya seperti Melayu dengan baju Melayu bertanjak atau bersongkok, orang  Muru-Kadazan dengan pakaian Murut-Kadazannya. Demikian dengan orang Cina, India dan sebagainya memperlihatkan berbagai ciri budaya berpakaian yang unik.

Namun pada peringkat tertentu ada pakaian formal dan diterima sebagai pakaian antarabangsa. Misalnya pakaian kot selengkap diterima sebagai pakaian rasmi pada peringkat antarabangsa, bahkan sama bagi lelaki dan perempuan. 


Sesungguhnya berpakaian adalah mencerminkan budaya kaum dan bangsa.yang menjadi identi, jati diri dan kemegahan bagi mereka.
Sekian.