January 18, 2020

HARI KEDUA BERKEMPEN


HARI KEDUA BERKEMPEN
(Fikrah Bangi: 454),
BBB:  22 Jamadil Awwal 1441H. = 18 Januari 2020-M. (Sabtu).
Hari kedua berkempen ialah pada hari Isnin 22 November 1999 bersamaan 14 Sya`ban 1420. Kempen biasanya berlaku pada sebelah petang ke malam, selepas penduduk pulang dari kerja. manakala  sebelah pagi lebih banyak membuat persediaan di UPU atau di cawangan untuk berkempen  pada sebelah petang ke malam. Aku pada setiap pagi sebagaimana biasa ke Surau Al-Umm berdekatan derngan rumah bersolat subuh  dan mengikuti tazkirah dan berikutnya membeli akhbar-akhbar harian., Selepas itu ke UPU dan bilik gerakan di Al-Mawaddah, mendapat taklimat dan persediaan pada sebelah petang.
Namun sebelum tengahari, aku ditemani Imam Kamaruddin dan beberapa lagi ke Kampus UKM, tempat biasa bagiku berkempen dan bertemu pegawai-pegawai  dan pekerja di Pusanika, tempat perhimpunan mahasiswa dan juga tempat membeli belah dan makan-makan. Selepas itu ke Pejabat di JPM dan FSKK, tempat kerjaku selama ini . Turut menziarah ke beberapa jabatan dan fakulti yang lain. Kebanyakan pegawai dan tenaga pengajar di UKM ini ialah mereka yang biasa dan kenalan. Ziarah adalah sebagai mengukuhkan hubungan dan mengharapka sokongan daripada mereka.
Pada sebelah petang, sesudah solat `Asar kami dan  pengiring-pengiring bergerak ke Pasar Petang juga malam di Jalan Reko. Pasar di sini di tepi deretam kedai ke kawasan perumahan. Pasat di sini sederhana besarnya. Pendudsuknya adalah multirasial yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Kebanyakan mereka mesra dengan kami dan banyak memberi sokongan. Kami menghabiskan masa sepetang di sini berinteraksi dengan penduduk yang keluar membeli di Pasar Petang dan malam di Jalan Reko ini. Pada petang ini juga kami menziarah, mangsa kebakaran di perumahan jalan reko berkenaan dan melahirkan simpati dan berjanji untuk membawa masalah mereka ke pihak berkenaan.
Selepas pulang mandi dan rehat sekejap, aku ke Markas Gerakan di Al-Mawaddah. Di Seksyen Dua Bandar Baru Bangi itu kami dan pengiring bergerak ke Kajang. Kami solat maghrib di surau  di Kampung Muhibbah, Kajang dan berinteraksi dengan para jama`ah di situ dan dari situ bererak bersama pengiring ke Saujana Impian, solat isyak bersama jama`ah dan baca Yasin bersama mereka mohon hidayah dan pertolongan dari Allah.  Kemudian berkejar ke Jalan 6 Bandar Baru Bangi bersama pekerja-pekerja yang membantu kempen bertempat di Marhas di situ.
Daripada Jalan 6 Bandar Baru Bangi ke Bukit Mewah, Kajang menyampaikan ceramah di situ bertempat di Dewan  Serbaguna di siti. Kawasan ini adalah kawasan multerasiall, kemudian dengan pengiring-pengiring berkejar ke UPU Cheras dan berceramah di sini. Kawasan ini mempunyai penyokong-penyokong yang kuat yang diketuai oleh Tuan Haji  Ghazali yang merupakan pemimpin setempat dan ketua cawangan Pas di sini. Di sini terdapatPejabat Pas yang kuat dan juga mempunyai UPU. Kawasan berdekatan dengan Masjid Kuning ini  tidaklah begitu mesra dengan kami. Tapi dikawasan  di sini terdapat sebuah pengajian Pondok. Antara yang tidak sealiran dengan pemimpin masjid, lebih ramai yang datang berjamaah di surau di Ponduk di sini.
Kami lebih mesra dengan jama`ah di pondok iini dan sebelum ini pernah ke sini berjamaah, bahkan berucap di sni
 Opleh kerana tempat ini lebih biasa dan mesra kami agak berlamaan bersama program di sini. Dari  Cheras Batu 10, kqmi bertolak pulang ke Bandar Baru Bangi dan singgah di Taman Seri Inran, Pemimpin di Sri Intan di sini tidak begitu mesra dengan Pas, tapi kita cuba mendekati mereka  melalui pimpinan taman berdekatan dengannya, iaitu Taman Melur, iaitu Tuan Haji  Abdul Aziz adalah penyokong kuat kita.
Dari Taman Seri Intan, kami bertolak pulang ke rumah dan tiba jam 2.00  pagi.
 Sekian.

January 17, 2020

KRONOLOGI KEMPEN MENJELANG HARI MENGUNDI


KRONOLOGI KEMPEN MENJELANG HARI MENGUNDI
(Fikrah Bangi: 453).
BBB: 21 Jamadil Awwal 1441H. = 17 Januari 2020M. (Juma`at).
Selepas penamaan calon pada Sabtu 20 November 1999, maka  bermulalah kempen  calon yang bertanding bagi pilihanraya, khususnya bagi Dun Kajang. Sebagaimana telah dibincangkan bahawa segala program telah diatur oleh parti dan segala kegiatan menurut jaduak yang disusun parti.  Infra-struktur parti digunakan sepenuhnya. Misalnya cawangan-cawangan  bergerak cergas dan calon  melalui cawangan-cawangan bergerak ke cawangan berdasarkan jadual yang diatur. Oleh kerana masa untuk berkempen, iaitu dari 20 November 1999 hingga  28 November 1999, iaitu sekadar seminggu – Mengundi pada 29 November 1999. Maka strategi kempen dan prioriti utama dilaksanakan, supaya tidak berlaku pembaziran masa.
Keselamatan calon diberi perhatian tinggi selepas mendaftar, kerana  boleh dilakukan sabotaj terhadapnya. Sebab itu segala pergerakannya dikawal, terutama oleh Unit Amal. Rumah calon juga dikawal oleh Unit Amal selama dua puluh empat jam dengan mempunyai shift dan giliran dengan sejumlah pengawal diketuai saudara Abdullah dan saudara Agus. Ini untuk mengelak dari misalnya dicolek, dari kemalangan dan berbagai sabotaj yang lain. Calon bergerak secara berkumpulan dalam berkempen./
Selepas pencalonan, maka pada malamnya dibawa bermesyuarat tentang pergerakan yang akan dilakukan. Solat Hajat dilakukan pada malamnya di Markas Al-Mawaddah yang menjadi markas Gerakan Pilihanraya, maka pada keesokan harinya, selain dari kempen kumpulan muslimin dan muslimat ke  lokasi-lokasi dan perumahan tertretu calon dibawa berkempen di Pasar Tani, dihadapan PKNS. Bangunan PKNS di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan kawasan itu masih kurang maju, maka untuk menarik pengunjung diadakan  Pasar Tani. (untuk beberapa masa sahaja, kemudian dihentikan). Calon pergi dengan iringan penyokong dan bercakap di pasar berkenaan memperkenalkan diri dan mengharapkan orang ramai memberi sokongan pada calon.
Selepas berkempen di Pasar Tani, PKNS calon dan pengiring-pengiring bergeraka ke Kajang menuju ke Markas di Sungai Sikamat. Markas di sini antara yang terbesar dan giat. Calon diarak dan disambut di markas itu dan berucap dihadapan orang ramai yang hadir Calon tidak bercakap panjang, sekadar memperkenalkan diri, apa yang akan dilakukan jika kemenangan diberi. Ucapan selanjutnya dilakukan pihak jemputan-jemputan yang lain yang meneruskan kempen.
Pada sebelah malamnya calon, selepas berihat dan solat maghib di Markas Al-Mawaddah Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi, keluar dengan diiringi pengiring-pengiring secara berkonvoi ke kawasan Surau al-Kauthar. Surau ini sejak didirikan amat aktif dan ramai dengan jama`ah, maka pada medan surau itu di tepi jalan diadakan majlis perkenalam calon dan ucapan ringkas disampaikannya. Selepas mengadakan pertemuan di kawasan Surau al-Kauthar dan solat Isya`, calon bergerak bersama-sama pengiring-pengiring ke  Kawasan 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, disambut oleh pihak jawatankuasa yang menganjurkan Majlis Pengenalan calon. Calon diberi slot ringkas untuk berucapa dan memperkenalkan diri, walaupun sebelumnya sudah dikenali. Majlis di sini agak sedikit panjang dengan adanya  dialog dan sedikit jamuan.
Selepas Majlis pengenalan calon di Seksyen 4 Tambahan berdekatan surau di situ, calon bergerak pulang ke rumah diiringi pengiring-pengiring dan berehat di rumah yang rumah berkenaan dikawal oleh pasukan Unit Amal.
Demikianlah pergerakan hari pertama kempen dengan banyak memberi tumpuan pada kawasan di Bandar Baru Bangi dan juga ke Kajang, iaitu di Markas di Sungai Sikamat, iaitu markas terpenting di Kajang.
Sekian.

January 16, 2020

MEMANTAPKAN KEMPEN


MEMANTAPKAN KEMPEN
(Fikrah Bangi: 452),
BBB:  20 Jamadil Awwal 1441H. = 16 Januari 2020M. (Khamis).
Tempoh misalnya sepuluh hari selepas penamaan calon misalnya tentulah tidak cukup  bagi sesebuah parti dan calon untuk berkempen. Sememangnya parti dan calon tidak seharusnya mengharapkan dalam tempoh tersebut dapat mengukuh parti dan memperkenalkan calon. Seharusnya sesebuah parti dan tokoh telah lama bekerja dan melakukan  kerja-kerja memantapkan parti dan mengukuhkan kedudukan calon. Calon terjun biasanya sukar untuk menang, apa lagi yang tidak berorganisasi dan tidak berperti. Kerja seharusnya diatur lama oleh parti yang dilakukan oleh markas dan cawangan-cawangan. Contoh calon bebas yang tidak berparti sukar untuk menang dalam pilihanraya.
Parti yang bertanding seharusnya sudah dikenali dan pestasi calon juga diketahui.. Sesungguhnya kekukuhan parti selain dari sudah dikenali. Parti berkenaan mempunyai infra-struktur yang mantap dan mempunyai  pemimpin dan pentadbiran yang teratur. Parti mempunyai cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang kuat bekerja di dalam memperkenalkan parti dan calon yang bertanding.
Bersama kekuatan parti calon berkenaan sewajarnya mempunyai dokongan NGO dan persatuan yang lain. Semasa kita hendak bertanding di Kajang, kita mempunyai hubungan dan sokongan yang baik dari NGO. Misalnya Cikgu Lee pemimpin NGO di Kajang banyak membimbing kita berhubung dengan kegiatan yang seharus dilakukan. Bagaimana mengadakan pertemuan,bahkan perhimpunan yang mendapat sokongan orang ramai. Beliau mengajar bagaimana membuat hubungan dengan pemberita-pemberita, isu-isu yang sesuai yang layak dibuat kenyataan akhbar dan bagaimana membuat kenyataan akhbar. Dari tunjuk ajar beliau hasilnya kita mempunyai hubungan yang baik dengan pemberita-pemberita  dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan selalu mendapat liputan. Hubungan yang baik perlu dilakukan dengan persatuan penduduk. Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, komuniti India di Kajang dan Pekan Bangi. Kita  menyertai peraytaan dan amalan-amalan budaya mereka seperti Tahun Baru Cina dan Perayaan Ponggal. Bagi mendekati orang Cina perlu mengunjungi premis-premis perniagaan mereka. Di Kajang misalnya melalui En. Yee Jawatankuasa DAP Kajang, kita dibawa menemui setiap peniaga di seluruh kedai Kajang dan Persatuan Peniaga mereka. Peniaga-peniaga tidak bermasalah dan menerima baik kedatangan kita.
Kunjugan yang penting yang harus dilakukan ialah ke pasar-pasar malam, pasar tani dan pasar-pasar moden. Menjelang pilihanyara semua tempat yang demikian menjadi tempat kunjungan bertanya khabar dengan pengunjung-pengunjung dan berterima kasih kepada pengendali pasar. Perlu bertanya masalah-masalah yang dihadapi mereka bagi tujuan untuk membawa masalah mereka untuk diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
Bagi calon muslim seperti di Bandar Baru Bangi dan kawasan-kawasan yang lain di Kajang, kunjungan ke masjid-masjid dan surau-surau  da nberjamaah dengan mereka adalah penting. Dengan demikian kita dapat berkenalan dengan jama`ah. Di dalam kehidupan masyarakat, seorang calon biasanya mendapat jemputan kahwin, maka peluang jemputan adalah digunakan, bukan saja bagi menunaikan jemputan, sebaliknya pada pertemuan dan kehadiran jemputanb-jemputan yang lain memberi peluang untukberkenalan dengan orang ramai. Perayaan-perayaan yang ada misalnya Hariraya `Idul Fitri,  Idul Adhha, Tahun Baru Cina dan sebagainya hendaklah disertai,  bahkan pihak parti wajar mengadakan sambutan dan membuat jemputan kepada orang ramai.
Di samping itu, wajar mengunjungi orang sakit dan bertanya khabar dan menyampaikan buah tangan. Kalau dapat memohon keizinan bagi menziarah hospital setempat dan m membuat kunjugan khusus
Sebenarnya berbagai cara dapat dilakukan bagi mendekati  untuk menemui masyarakat dan menjalankan kempen, terpulang kepada kreativiti pemimpin dan parti.
Sekian.

January 15, 2020

BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI


BERGERAK ATAS MEKANISME PARTI
( Fikrah Bangi: 451),
BBB:  19 Jamadil Awwal 1441H. = 15 Januari 2020M. (Rabu).
Kekuatan sesebuah parti adalah bergantung kepada penyokong-penyokongnya.
Selain dari parti itu sendiri mempunyai ideologi dan tawaran yang menarik, ianya seharusnya mempunyai mekanisme yang dapat memperkukluhkan parti dan mendapat sokongan rakyat. Salah satu cara memperkasakan parti ialah dengan mewujudkan barisan kepimpinan dan badan parti dan cawangan-cawangan.
Pas adalah terkenal sebagai organisasi yang teratur dan mempunyai banyak cawangan  dan tenaga kerja yang mantap.  Pas mempunyai kepimpinan pihak paling atas dan mempunyai ibu pejabat pada peringkat  pusat yang terletak diibu negara. Jawatankuasa pusat mentadbir parti dari peringkat pusat. Di bawah dari peringkat pusat ialah pentadbiran peringkat negeri yang mempunyai jawatakuasa pada peringkat negeri dan pejabat pada peringkat negeri.
Bagi setiap negeri ada  kawasan-kawasan yang juga mempunyai jawatankuasa pada setiap kawasan. Kawasan biasanya menurut daerah bagi setiap negeri. Misalnya Daerah Hulu Langat, di Selangor. Bila aku dipilih menjadi calon, sebenarnya aku berterima kasih kepada pimpinan Daerah Hulu Langat, iaitu Dr. Che Rusli Che` Mat dan Jawatankuasa yang telah menyediakan infra-struktur parti yang aku dan  AJK menurut apa yang telah disediakan dan menambah serta  memperbaiki apa yang kurang.
Parti Pas di Hulu Langat sejak aku terlibat mulai dari 21 Mei 1999 mempunyai tadbiran daerah bertempat di  Markas Tarbiyyah al-Thaqafiyyah  di  Teras Jernang – kini termasuk di bawah kawasan Sepang.  Pas Hulu Langat pada masa itu sudah mempunyai cawangan dan markas cawangan. Cawangan-cawangan pada masa itu:
1)      Cawangan 1/3 berpejabat sementara di No/ 11. Jalan 1/3K, 43650 Bandar Baru Bangi.
2)      Markas Al-Mawaddah di Jalan Dua, Bandar Baru Bangi.
3)      Markas Batu 10, Taman Mesra, Kajang.
4)      Markas Taman Sikamat, Batu 12, Kajang.
5)      Markas Batu 10, Kajang.
6)      Markas Taman Rakan, Kajang
7)      Markas Pekan Bangi, Hulu Langat.
8)      Markas, Pekan Semenyih.
9)      Markas  Bukit Mewah, Kajang
10)   Markas Teras Jernang.
Markas-markas ini adalah merupakan cawangan-cawangan yang mempunyai jawatankuasa yang menggerakkan kegiatan parti, mengadakan berbagai kegiatan bagi menarik sokongan penduduk setempat, kempen mendaftar mengundi  bagi yang belum mendaftar.
Selain daripada markas-markas di atas, ada infra-struktur parti yang lain seperti MTD, pasti-pasti yang menjalankan pendidkan bagi anak-anak penduduk setempat. Pas juga mempunyai unit amal dalam mana Hulu Langat juga mempunyai Unit Amal yang aktif – termasuk di Kajang dan banyak  kerja kebajikan  dan berbagai kegiatan dijalankan. Selain daripada itu Pas mempunyai Muslimat yang mempunyai bidang-bidang kegiatan. Begitu juga dengan Pemuda.
Semasa berkempen aku dan pembantu-pembantu dan dalam menjalankan kegiatan yang lain adalah bergerak melalui cawangan-cawangan berkenaan.
Pendek kata semasa aku menjadi calon, sudah ada infra-struktur parti secara teratur dan mempunyai tenaga dan kader-kader parti yang bertungkus lumus bekerja bagi mengukuhkan kedudukan Pas di Hulu Langat, khususnya Kajang.,
Di atas landasan inilah kami bergerak dan menjalankan kempen bagi memenangi – Insya Allah DUN Kajang.
Sekian.

January 14, 2020

MENDAFTAR CALON PILIHANRAYA


MENDAFTAR CALON PILIHANRAYA
(Fikrah Bangi: 450),
BBB{ 16 Jamadil Awwal 1441H. = 14 Januari 2020M. (Selasa).
Saelepas pembubaran parlimen  pada 29.11. 1999 dan pemilihan parti untuk calon bagi pertandingan  pada 18.11. 1999 di Taman Melewar yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Setiausaha Agung Pas Pusat –  Ustaz Hasan Shukri, maka  tarikh dan peristiwa yang penting selepas itu ialah pendaftaran calon yang akan bertanding dalam pilihanraya – Iaitu Hari Mengundi ialah pada 29.11.1999. Sebagaimana dimaklumkan bahawa mereka yang bertanding bagi Parti  Alternatif, termasuk Pas di Hulu Langat pada peringkat Perlimen ialah Dr. Mohd. Nor Nawawi dari Keadilan, manakala tiga DUN di bawahnya ialah:
1)      Dr. Shafie bin Abu Bakar bagi DUN Kajang,
2)      Cikgu Fadhil  bagi DUN Dusun Tua, dan
3)      Tuan Haji Zainuddin bin Lampus bagi Dun Beranang
Perkara yang penting bagi pencalonan ialah mengambil borang bagi pencallonan – Borang berwarna merah jambu, dari Pejabat Daerah, Hulu Langat. Borang berkenaan perlu diisi dengan sempurna dan tepat, jika tidak, misalnya berlaku kesilapan atau tertinggal butir-butir penting tidak sempurna, maka ianya terbuka untuk dibantah oleh lawan, pada hari pencalonan. Sebab itu borang yang dibeli dari Pejabat Daerah ini diisi dengan teliti oleh calon dan dibantu oleh jawatankuasa dan jika perlu oleh lawyer. Borang yang diisi ini disemak berulang kali oleh calon dan berbagai pihak seperti saksi dan jawatankuasa parti hingga pasti tidak berlaku kesalahan. Tidak teliti mengisi borang menyebabkan calon ditolak dan pihak lawan boleh menang tanpa bertanding. Dengan aturan ketat ini sememang ada calon yang ditolak (kini lebih mudah).  
Hari penamaan calon adalah hari penting dalam mana calon akan diarak dan diiringi oleh penyokong-penyokong dari berbagai cawangan dan orang ramai yang menyokong.
Pada hari pendaftaran calon pada 20.11.1999 adalah dilakukan di Dewan Bandaran Kajang dekat dengan Stadium Kajang (kini bangunan ini sudah tiada) Penyokong-penyokong parti Pas dan Alternatif telah membuat keputusan lebih awal untuk bergerak dari medan Masjid Kajang, beratur membawa sepanduk menuju ke Dewan, dari medan masjid menyusuri jalan – menyeberang ke jalan yang sebelah kanannya bangunan pemancar Radio Malaysia. Pada pagi itu penuh kawasan dengan penyokong mengarak  calon-calon ke Bangunan Dewan MPKj. Aku pada hari itu memakai baju Melayu berwarna hijau dan berkopiah putih diiringi kumpulan seraya bertakbira dan juga menyanyikan lagu-lagu bersemangat sebagai memberi sokongan dan kekuatan jiwa dan mental kepada calon, sambil menunggu waktu mendaftar.
Manakala pihak calon BN bagi peringkat parlimen Hulu Langat dan juga ketiga-tiga Dun bergerak dari kanan yang pada seberang jalan (Jalan Tukang) ialah Pejabat Umno di sebelah kiri dan Pejabat MCA sebe;ah kanan , tepi sungai tidak jauh dari situ. Mereka sebenarnya merasa konfiden untuk menang, kerana tiada dalam tradisi sejarah di Hulu Langat, parti lain dari BN memenangi pilihanraya. Bahkan Penulis pernah bertembung dengan calom MCA yang bertanding di DUN Kajang Chow Tow Choong, pernah berkata di   depasn Penulis sebagai calon Pas bagi DUN Kajang, bahawa dia berkata, ``Dia berbau kemenangan`, dengan penuh keyakinan di kawasan kajang yang 50% pengundi Melayu dan 50%  Cina dan lain-lain kaum.
Peroses pencalonan pada hari itu  adalah berjalan lancar dan tiada berlaku penolakan. Semua pihak berpuashati dengan proses pencalonan yang berlaku dangam a masing-masing  bergerak  bagi mendepani tugas yang paling penting, iaitu berkempen bagi mempastikan kemenangan calon-calon masing-masing.
Sekian.