August 7, 2020
August 6, 2020
STATUS QUO
(Fikrah
Bangi: 627),
BBB: 16
Zulhijjah 1441H. = 06 Ogos 2020M. (Khamis).
Melihat
kepada penubuhan Negara Bangsa, khususnya di Asia Tenggara, maka polanya amat
bergantung kepada nasib sejarah mutakhir yang dialami oleh negara-negara di
kawasan tersebut, Sejarah yang dominan ialah kesan penjajahan yang diterima
oleh negara-negara berkenaan. Kita lihat, meskipun kesan berlaku selepas Perang Dunia Kedua,
tetapi pola pembentukan negara bangsa di kawasan berkenaan tidak berubah.
Pola
pembentukan Negara Bangsa selepas Peperangan Dunia Kedua yang terus kekal,
ialah Negara Bangsa:
Indonesia hasil dari pola geografi dari penjajahan
Belanda
Vietnam,
Kamboja dan Lous dari bekas penjajahan Perancis
Filipina hasil dari bekas tanah Jajahan Spanyol
Malaya,
Singapura, Sabah dan Sarawak bekas tanah jajahan British
Membicara
khusus di kawasan Alam Melayu, secara
umum kawasan ini sejak dari zaman pra-penjajahan dikenali dengan Gugusan Pulau
Melayu. Tiada pembahagian yang jelas dari segi persempadanan Negara Bangsa di
Kepulauan tersebut, selain daripada sebelumnya dikenali dengan Semenanjung
Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kesultanan Brunei, Kesultanan Manila dan Sulu.
Bila
Jepun memerintah berikut dari Perang Dunia Kedua, Jepun menyatukan pemerintahan
antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sumatera. Penyatuan ini tidak kekal
selepas kekalahannya di dalam Perang Dunia Kedua.
Ada
percubaab di dalam perjuangan kemnerdekaan di Indonesia dan Malaya menyatukan antara Indonesia dengan Malaya. Bung
Hatta (Timbalan Presiden Indonesia) menjelang kekakahan Jepun bertemu dengan
Dr. Burhanuddin Hilmi Pejuang
di Malaya bagi mengisytiharkan Kemerdekaan bersama penyatuan Indonesia-Malaya, tetapi usaha ini
gagal. Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia menurut pola Negara Bangsa
berdasarkan Bekas Tanah Jajahan Belanda, sedangkan British kembali menguasai
Malaya sebelum mencapai kemerdekaan.
Selepas
konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
oleh Indonesia dan juga penentangan Filipina terhadap pembentukan
Malaysia ada rundingan bagi pihak pimpinan Malaysia, Indonesia dan Filipina
bagi membentuk kesatuan longgar yang dikenali dengan Maphilindo Bermaksud
Kesatuan Malaysia, Filipina dan Indonesia sebagai negara-negara serumpun dari
satu keturunan Melayu. Tetapi gagasan ini dilihat sebagai escapisma dan tiada
menjadi kenyataan.
Pola
Negara Bangsa terutama yang bersengkita pada permulaan pembentukan
Malaysia,tetap kukuh berdasarkan geografi bekas tanah jajahan, iaitu:
Indonesia
bekas tanah jajahan Belanda
Filipina bekas tanah jajahan Spanyol
Malaysia
bekas tanag jajahan British.
Walaupun
Singapura dikeluarkan dari Malasia (1965) dan Brunei tidak menyertai Malaysia,
tetapi darisegi kedudukan geografi berada di dalam kawasan berdekatam dan amat
bergantung antara satu sama lain.
Ini
bererti status quo dari pola bekas tanah jajahan atau di bawah pengaruh
berkenaan berterusan.
Pola
dan nasib sejarah ini dipertahankan dan
dilihat inilah pembahagian Negara Bangsa yang perlu dibangun dan dimajukan.
Sekian.
August 4, 2020
TUNTUTAN
FILIPINA TERHADAP SABAH
(Fikrah
Bangi: 626),
BBB: 14 Zulhijjah 1441H. = 04 Ogos 2020M. (Selasa).
Merumitkan
keadaan, penentangan terhadap penubuhan Malaysia disertai sama menentang ialah
Filipina yang pada masa itu di bawah pimpinan Presiden Macapagal. Filipina
bukan setakat menentang, tetapi membuat
tuntutan dengan mendakwa, bahawa
Sabah adalah sebahagian dari
Filipina, kerana Sabah adalah sebahagian
daripada Kerajaan Sulu di selatan Filipina.
Dari
segi sejarahnya telah berlaku perubahan dari segi pemerintahan yang dakwaan
tidak lagi valid. Pada masa Sabah di bawah kekuasaan East Hindia Company,tiada
tuntutan negara itu terhadap Sabah. Bahkan Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai satu kuasa, bahkan
kawasan selatan Filipina tidak menguasai sepenuhnya bahagian selatan yang
dikenali dengan Bangsa Moro. Bangsa Moro ini sepanjang sejarahnya sebagai wilayah Islam, terus menentang Kerajaan
Filipina dan mendakwa mereka tidak pernah dijajah. Mereka mempunyai
otonomi dan berkerajaan sendiri sebagai
bangsa Moro.
Di
dalam hal ini Kerajaan Filipina bersifat double standard. Dari satu segi
Kerajaan Filipina mendakwa kawasan
selatan di bawah bangsa Moro, sebagai
kawasannya, tetapi dari satu segi
kekuasaannya ditolak oleh bangsa Moro. Mereka mau memerintah sendiri.
Tanpa menyelesaikan masalahnya dengan bangsa Moro itu, Filipina menganggap ia
menguasai sepenuhnya terhadap bahagian selatan dan mengakwa Sabah sebahagian dari
Filipina yang tidak ada bukti Sabah diperintah oleh Sulu selepas dikuasai oleh
Syarikat East Hindia Company.. Tiada bukti juga semasa rundingan bahawa Sabah di bawah
pemerintahan Sulu, sebaliknya yang membuat keputusan ialah rakyat Sabah
sendiri. Rakyat Sabah yang sebahagian daripadanya didakwa di bawah Kerajaan
Sulu, sebenarnya lebih senang berada di dalam Malaysia. Mereka lebih bebas
mengamalkan agama Islam yang mereka anuti.
Apa
yang jelas, bahagian selatan Filipina hingga kini kawasan tidak aman., Mereka
tidak menerima kedaulatan Filifina sepenuhnya. Kekacauan dan peperangan demi merebut kekuasaan sering terjadi.
Segolongan daripada mereka bersifat militan, terutama pengikut kumpulan
Abu Sayyaf, mengambil pendekatan sebagai lanun dan merompak pelancong hingga
menyebabkan tiada keamanan pada bahagian selatan.
Situasi
ini terepaksa ditanggung oleh Malaysia danmenumpukan sebahagian dari pasukan
pertahanannya menjaga pertahanan dan keamanan diperairan bahagian utara Sabah.
Apa
yang jelas, tiada suara dari rakyat Malaysia di Sabah yang iingin berada di
bawah Sulu dan Kerajaan Fili[ina. Penegasan mereka dapat dibuktikan dari
pilihanraya-pilihanraya yang diadakkan. Sebaliknya lebih ramai dari penduduk
selatan Filipina untuk berada di Sabah, jika diizinkan. Mereka terpaksa
dihantar pulang. Jika diberi peluang lebih ramai daripada mereka memilih untuk
menetap di Sabah, bahkan kita percaya jika bahagai selatan Filipina diberi
peluang menyertai Malaysia, mungkin lebih ramai menyetujuinya.
Dalam
kata lain tuntutan Filipina termasuk dakwaan terbaru sebelum pembubaran Dewan Undangan
Negeri Sabah menjelang Idul Adhha
baru-baru ini lebih bersifat kontroversi dan mau mengeruhkan suasana, tiada
sambutan dan tiada sokongan dari rakyat Sabah.. Keharmonian patut dijaga oleh
kerajaan Filipina. Mencari persengkitaan tidak memberi faedah bagi kedua-dua
pihak.